You are on page 1of 9

BAB 25

HUBUNGAN PEKONGSI DENGAN PIHAK KETIGA

OBJEKTIF BAB

Setelah anda mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Memahami hubungan pekongsi dengan pihak ketiga.
2. Meneliti tentang kuasa yang ada pada seorang pekongsi dalam
mengadakan hubungan dengan pihak ketiga.
3. Mengenal pasti tentang cara-cara seseorang pekongsi
mengendalikan kuasa yang telah diberikan kepada mereka.
4. Mengetahui tentang kesan penggunaan kuasa pekongsi
terhadap pihak ketiga.

25.1 PENGENALAN

Dalam menjalankan perniagaan, setiap pekongsi akan menjalinkan


hubungan perniagaan dengan orang-orang yang berurusan dengan
mereka. Setiap hubungan ini sebenarnya diwujudkan oleh ejen yang
menjalankan tugas bagi pihak firma. Ejen itu sebenarnya adalah terdiri
daripada pekongsi dalam firma itu sendiri. Setiap pekongsi yang
menjalankan urusan firma akan bertindak sebagai ejen bagi pihak firma.
Terdapat salah satu peruntukan di dalam Akta Perkongsian yang
mengatakan bahawa pekongsi adalah merupakan ejen kepada firma atau
pekongsi-pekongsi lain. Ini bermaksud, prinsip ejensi adalah antara
prinsip yang perlu wujud dalam undang-undang perkongsian.

Setiap ejen yang bertindak bagi pihak firma akan melakukan urusan
sebagaimana yang diarahkan oleh firma kepada mereka. Setiap ejen
mempunyai kuasa untuk bertindak bagi pihak firma. Sekiranya ejen
bertindak dalam bidang kuasa yang telah diperuntukkan, maka segala
tindakannya akan mengikat firma selaku prinsipalnya.

Kuasa seseorang ejen untuk bertindak boleh dibahagikan kepada dua


iaitu

(a) Kuasa zahir – kuasa seseorang ejen yang pada pandangan


orang lain ejen mempunyai kuasa tersebut. Kuasa ini
terkandung dalam seksyen 7 Akta Perkongsian 1961.

197
(b) Kuasa nyata – kuasa yang diberikan secara nyata oleh
prinsipalnya. Kuasa ini diperuntukkan dalam seksyen 8
dan 9 Akta Perkongsian 1961.

Untuk menjelaskan lagi kedudukan kuasa-kuasa ini, kita akan


membincangkannya secara terperinci selepas ini.

25.2 KUASA ZAHIR

Kuasa zahir adalah kuasa seseorang ejen yang pada pandangan orang lain
ejen itu mempunyai kuasa tersebut. Seksyen 7 Akta Perkongsian 1961
memperuntukkan:

7. Setiap pekongsi adalah wakil bagi firma dan pekongsi-


pekongsi yang lain bagi maksud perniagaan
perkongsian itu: dan tindakan setiap pekongsi yang
melakukan apa-apa tindakan untuk menjalankan
secara yang lazim jenis perniagaan yang dijalankan
oleh firma itu yang dia menjadi ahli, mengikat firma
dan pekongsi-pekongsinya, kecuali jika pekongsi yang
bertindak itu pada hakikatnya tidak mempunyai kuasa
bertindak untuk firma dalam perkara tertentu itu dan
orang dengan siapa dia berurusan itu tahu bahawa
dia tidak mempunyai kuasa atau tidak tahu atau
percaya bahawa dia seorang pekongsi.

Apa yang dimaksudkan dengan seksyen 7 ialah setiap orang luar atau
pihak ketiga yang berurusan dengan firma berhak mengandaikan setiap
pekongsi sebagai mempunyai kuasa untuk bertindak bagi pihak firma.
Pihak ketiga berhak menganggap bahawa pihak firma telah mewakilkan
kuasa mereka kepada pekongsi untuk bertindak dan segala tindakan
pekongsi akan dipersetujui oleh firma. Perwakilan ini akan mengikat
firma di atas segala tindakan pekongsi.

Kuasa zahir adalah merupakan satu kuasa yang begitu luas. Ia


merangkumi kuasa nyata dalam undang-undang ejensi dan kadang-
kadang melebihi kuasa tersebut.

Sebagai contoh, C dilantik sebagai pengarah urusan sebuah syarikat dan


kuasanya dihadkan oleh Lembaga Pengarah kepada semua urusan tidak
melebihi RM2 juta. C kemudian membuat pesanan barang berjumlah
RM3 juta daripada D. Adakah pesanan (pembelian) berjumlah RM3 juta
itu dalam lingkungan kuasa nyata atau di luar kuasa nyata? Sudah tentu ia
terkeluar daripada lingkungan kuasa nyata, dan C akan bertanggungan
sendiri, tetapi sebenarnya tidak, mari kita lihat hujah seterusnya.

198
Pihak D yang berurusan dengan C tidak tahu sekatan atau had kuasa C
dan adalah munasabah bagi D mengandaikan C, sebagai pengarah urusan
mempunyai kuasa pembelian sejumlah itu. Maka pada pandangan D, C
mempunyai kuasa membuat pesanan berjumlah RM3 juta sebab kuasa
sedemikian lazim ada pada seorang pengarah urusan. Dengan demikian
perbuatan C dikatakan tergolong di bawah kuasa zahir. Oleh itu, firma
bertanggungjawab terhadap kesemua jumlah pesanan yang dibuat oleh C.

Contoh di atas adalah merupakan contoh secara umum kuasa zahir.

Terdapat beberapa syarat yang boleh dikeluarkan daripada peruntukan


seksyen 7. Syarat-syarat inilah yang akan menentukan sama ada firma
terikat atau tidak dengan tindakan seseorang pekongsi.

1. Tindakan atau urusan yang dilakukan oleh pekongsi itu


mestilah termasuk atau tergolong dalam jenis perniagaan
yang dijalankan oleh firma itu.

Syarat pertama ialah sama ada sesuatu tindakan tergolong di dalam jenis
perniagaan yang sama dijalankan oleh firma atau tidak. Sekiranya tidak,
maka kuasa zahir tidak akan terpakai. Untuk menentukan tindakan itu
termasuk dalam kategori jenis perniagaan yang dijalankan, hakim
selalunya akan merujuk kepada ‘apakah pada zahirnya pandangan umum
terhadap urusan itu’.

Prinsip ini diputuskan dalam kes Mercantile Credit Co. Ltd lwn Garrod
(1962) 3 All E.R. 1103. Di dalam kes ini Parkin dan Garrod ialah dua
orang pekongsi yang menjalankan perniagaan menyewakan garaj dan
membaiki kereta. P, tanpa kebenaran G telah menjual sebuah kereta
kepada Mercantile Credit Co. Ltd. walaupun pada nyatanya terdapat
perjanjian perkongsian di antara mereka yang melarang sebarang urusan
menjual dan membeli kereta. Parkin, sebenarnya tidak mempunyai hak
milik terhadap kereta tersebut. Wang penjualan kereta itu dimasukkan ke
dalam akaun perkongsian. Mercantile Credit mengetahui kedudukan
kereta itu dan seterusnya menuntut kembali wang yang telah diserahkan
kepada Parkin. Hakim dalam kes ini seterusnya mengutarakan soalan,
apakah pada zahirnya pandangan umum terhadap urusan yang
dijalankan? Hakim seterusnya memutuskan mengikut pandangan umum
iaitu pada zahirnya Parkin sedang melakukan sesuatu yang sejenis dengan
tindakan yang dilakukan oleh orang-orang yang menjalankan perniagaan
garaj. Pada pandangan umum, secara zahirnya urusan menjual kereta
adalah termasuk dalam perniagaan menyewakan garaj dan membaiki
kereta. Mercantile Credit Co. Ltd. berjaya di dalam tuntutannya kerana
penjualan kereta adalah termasuk dalam kategori jenis perniagaan yang
dijalankan oleh firma, dengan itu firma adalah terikat dan

199
bertanggungjawab. Oleh itu Garrod bertanggungjawab untuk
memulangkan semula wang 700 pound sterling kepada syarikat kewangan
tersebut.

Kes Osman bin Haji Mohamed Usop lwn Chan Kang Swi (1924) 4 F.M.S.L.R.
292, adalah satu kes yang membuktikan prinsip ejensi secara jelas telah
dipakai dalam hubungan perkongsian. Di dalam kes ini, firma
perkongsian ditubuhkan oleh enam orang pekongsi iaitu tiga orang
Melayu termasuk perayu sebagai sleeping partner dan tiga orang Cina yang
mengurus dan mentadbir perniagaan itu. Ketiga-tiga orang Cina yang
menjalankan urusan telah berhutang dengan Ceti dengan pinjaman
berjumlah $10,000 dan mereka telah menyempurnakan nota janji hutang.
Apabila tiba masa membayar, tiga pekongsi tadi gagal membayar hutang
tersebut. Pinjaman ini telah diselesaikan oleh penjamin hutang itu iaitu
Chan Kang Swi. Chan Kang Swi sebagai penjamin telah membayar
hutang tersebut dan kemudiannya telah menuntut ganti rugi dari keenam-
enam pekongsi. Lima orang pekongsi mengaku bertanggungjawab ke atas
hutang tersebut tetapi Osman membantah. Mahkamah memutuskan
keenam-enam pekongsi itu bertanggungan kerana pekongsi-pekongsi
yang menandatangani nota janji hutang itu adalah bertindak bagi pihak
firma dan mereka diberi kuasa untuk berbuat demikian. Pinjaman yang
dibuat adalah untuk perniagaan firma. Osman kemudiannya membuat
rayuan dan mahkamah memutuskan, memandangkan perniagaan
dijalankan untuk keuntungan bersama kesemua pekongsi-pekongsi, pihak
perayu adalah bersama-sama bertanggungan terhadap hutang tersebut.

Pihak firma juga akan bertanggungan terhadap pinjaman yang dibuat


oleh pekongsi untuk tujuan perniagaan firma walaupun pada akhirnya
pekongsi yang meminjam mungkin telah menyalahgunakan wang
tersebut. Pekongsi dianggap mempunyai kuasa secara termaklum untuk
membuat pinjaman bagi kemajuan perniagaan Sekiranya pinjaman
sebegini dibuat, maka firma akan bertanggungan terhadap hutang
tersebut. Prinsip ini diputuskan di dalam kes Chettinad Bank lwn Chop
Haw Lee & Chop Lee Chan (1931-32) F.M.S.L.R. 31, di mana pihak
defendan iaitu firma pajak gadai telah di saman oleh firma perbankan
yang bertindak sebagai plaintif atas sebab dua nota janji hutang yang
tertulis nama kedua-dua firma dan ditandatangani oleh seseorang yang
bernama Chin Yok. Chin Yok yang telah meninggal dunia adalah
merupakan pekongsi kepada kedua-dua firma. Pihak plaintif mendakwa
mereka telah memberi pinjaman kepada defendan tetapi Chin Yok telah
menggunakan wang tersebut untuk kegunaan sendiri. Mahkamah telah
membenarkan permohonan plaintif kerana seseorang pekongsi dalam
perniagaan pajak gadai adalah dianggap melakukan satu perniagaan
dagangan, dan setiap tindakan/pinjaman yang dilakukan adalah mengikat
pekongsi yang lain.

200
2. Urusan itu mestilah dilakukan di dalam cara yang biasa
atau lazim.

Setiap firma hanya akan bertanggungan terhadap urusan yang dibuat


sekiranya sesuatu urusan itu dilakukan dalam cara yang biasa atau lazim.
Sekiranya tidak, firma tidak akan bertanggungan terhadap tindakan itu.

3. Pihak lain yang berurusan itu mestilah mengetahui atau


percaya bahawa orang yang dengan siapa dia berurusan itu
adalah seorang pekongsi.

Firma hanya akan bertanggungan sekiranya dapat dibuktikan bahawa


pihak ketiga yang berurusan itu tahu atau percaya bahawa mereka sedang
berurusan dengan seorang pekongsi.

Prinsip ini dengan jelas digambarkan dalam kes Sithambaram Chetty lwn
Hong Hing & Lain-lain (1928) S.S.L.R. 52, di mana di dalam kes ini dua
orang pekongsi yang bermastautin di Singapura telah menjalankan
perniagaan menjual arak berubat di Pulau Pinang bernama Hop Hing.
Perniagaan ini dijalankan oleh dua orang pengurus, iaitu pihak kena
tuntut dan seorang lagi bernama C.F.S. Pihak umum tidak tahu
hubungan pekongsi dengan perniagaan mereka kerana mereka tidak
pernah mendedahkannya dan tidak pernah mengambil bahagian dalam
perniagaan itu. Semuanya dilakukan oleh dua orang pengurus tadi dan
pada pandangan umum kedua-dua pengurus tadi adalah rakan kongsi
mereka. Salah seorang daripada pengurus itu telah meminjam wang
daripada beberapa Ceti termasuk pihak yang menuntut dan kemudiannya
menghilangkan diri. Pihak menuntut kemudiannya membuat tuntutan
terhadap firma tetapi di bantah oleh kedua-dua orang pekongsi.
Mahkamah memutuskan bahawa kedua-dua pekongsi atau firma
bertanggungan ke atas pinjaman itu. Kegagalan mereka memberitahu
umum tentang kedudukan mereka dalam perniagaan itu menyebabkan
pihak umum percaya bahawa pengurus perniagaan itu adalah pekongsi
dan seterusnya mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Kes lain yang berkaitan ialah Chan Yin Tee lwn William Jacks & Co.
(Malaya) Ltd. (1964) 30 MLJ 290, di mana di dalam kes ini tindakan Chan
memperkenalkan Yong seorang remaja, sebagai rakan kongsinya
membawa kesan bahawa Chan akan bertanggungan pada setiap tindakan
yang dilakukan oleh Yong. Dalam kes ini Yong telah membuat pesanan
barang bagi keperluannya sendiri tetapi tidak mampu menjelaskan
pembayarannya. Mahkamah antara lain memutuskan bahawa Chan,
sebagai rakan kongsi akan bertanggungan terhadap hutang Yong.

201
Selepas seseorang itu tahu atau percaya bahawa dia sedang berurusan
dengan seorang pekongsi, maka dia boleh membuat andaian seorang
pekongsi mempunyai kuasa zahir untuk bertindak bagi pihak firma dan
pekongsi-pekongsi lain.

Tahukah kamu terdapat beberapa cara untuk mengetahui seseorang itu


adalah pekongsi? Antara caranya ialah

(a) melalui pengetahuan dari berbagai sumber dan juga


daripada urusan yang lepas, dan
(b) dengan cara firma mengemukakan kepada pihak ketiga
bahawa A adalah rakan kongsi.

4. Pihak yang berurusan itu mestilah tidak mengetahui


bahawa orang yang dengan siapa dia berurusan itu
sebenarnya tidak mempunyai kuasa atau kebenaran dari
pekongsi-pekongsi yang lain untuk menjalankan urusan
bagi pihak firma itu.

Contohnya jika C berurusan dengan A, seorang pekongsi, dan C


mengetahui A tidak mempunyai kuasa membuat urusan tersebut
dengannya, maka firma (tempat A menjadi pekongsi) tidak akan
bertanggungan terhadap C. Masalah yang timbul kemudiannya hanya
akan ditanggung oleh A dan C. Dalam erti kata yang lain, firma tidak
terikat dengan tindakan A.

Kuasa zahir seseorang pekongsi adalah luas. Justeru itu, seksyen 10


dalam akta yang sama telah membenarkan pekongsi-pekongsi membuat
perjanjian untuk mengenakan sekatan terhadap kuasa ini. Peruntukan ini
dibuat untuk mengurangkan kemungkinan firma dibebani oleh kuasa
zahir yang terlalu menyeluruh ini.

25.3 KUASA NYATA

Kuasa nyata ialah kuasa yang diberikan kepada ejen secara nyata oleh
prinsipalnya iaitu sama ada secara lisan atau secara kesimpulan yang
timbul daripada kelakuan pihak-pihak yang terlibat. Dengan kata lain,
kuasa nyata adalah kuasa yang secara nyata diberikan kepada pekongsi
atau kuasa yang secara jelas dibenarkan oleh firma untuk digunakan oleh
pekongsi. Kuasa ini boleh timbul dalam beberapa keadaan, iaitu sama ada
secara lisan atau bertulis atau secara termaklum dari perbuatan atau
perlakuan firma itu sendiri.

202
Sebagaimana yang kita ketahui kuasa zahir yang dilakukan akan mengikat
firma sekiranya satu tindakan biasa atau lazim dengan perniagaan firma
telah dilakukan. Bagi tindakan yang tiada kaitan dengan perniagaan firma,
tindakan pekongsi hanya akan mengikat firma sekiranya dia secara
khusus diberikan kuasa oleh firma untuk melakukan tindakan itu. Inilah
yang dipanggil kuasa nyata. Ini bermakna kuasa secara nyata atau khusus
diberikan kepada pekongsi.

Sebagai contoh, A adalah seorang pekongsi. Dia telah menandatangani


sekeping cek firma sedangkan kuasa untuk menandatangani cek tidak
secara nyata atau secara khusus diberikan oleh firma kepadanya. A akan
bertanggungan sendiri terhadap tandatangannya.

Peruntukan seksyen yang berkaitan dengan kuasa khusus atau kuasa


nyata ialah seksyen 9. Seksyen ini memperuntukkan:

9. Di mana seorang pekongsi menggunakan


keamanahan (kepercayaan) firma untuk maksud
yang jelas tidak berkaitan dengan perjalanan biasa
perniagaan firma itu, firma tidak terikat, kecuali
jika beliau pada hakikatnya secara khusus diberi
kuasa oleh pekongsi-pekongsi lain, tetapi seksyen
ini tidak menyentuh apa-apa tanggungan
persendirian yang ditanggung oleh seseorang
pekongsi.

Apa yang dapat difahami dari peruntukan ini ialah setiap pekongsi tidak
boleh menggunakan keamanahan atau kepercayaan firma untuk
mengenakan firma dengan tanggungan hutang bagi maksud yang tidak
berkaitan dengan perjalanan biasa perniagaan firma, kecuali jika pekongsi
tersebut telah secara khusus diberi kuasa untuk berbuat demikian.

Satu contoh kes ialah Sherrif lwn Wilks (1880) 1 East. 48, dua dari tiga
orang pekongsi telah membuat pinjaman atas nama firma sebelum
pekongsi ketiga menjadi ahli kongsi. Mahkamah memutuskan pekongsi
ketiga tidak akan bertanggungan kerana keadaan ini adalah sama seperti
seorang pekongsi yang mengenakan tanggungan bersama semua
pekongsi bagi suatu hutang persendirian.

Sementara itu, timbul persoalan, adakah perlu bagi orang yang berurusan
dengan pekongsi tadi mengetahui atau mengesyaki bahawa pekongsi itu
tidak mempunyai kuasa. Seksyen 9 tidak menyebut akan keperluan
pengetahuan atau syak secara munasabah ini. Tetapi di dalam kes Garland
lwn Jacomb (1873) L.R. 8 Ex. 216, mahkamah memutuskan bahawa jika
seorang pekongsi telah memperakui bil atas nama firma bagi tujuan

203
persendiriannya, yang mana dia tidak secara nyata diberi kuasa untuk
melakukan tindakan tersebut, maka orang yang menerima bil itu tanpa
mengetahui yang bil itu dikeluarkan oleh pekongsi tanpa kuasa nyatanya,
masih boleh membuat tuntutan terhadap firma.

Di dalam kes Kendall lwn Wood (1871) L.R. 6 Ex. 243, pihak defendan
telah menerima wang 1000 pound sterling dari W (rakan kongsi plaintif)
bagi bayaran hutangnya. Wang itu adalah sebenarnya milik firma
perkongsian tempat di mana plaintif dan W menjadi pekongsi.
Mahkamah memutuskan plaintif tidak boleh memberi kuasa secara
khusus kepada W untuk menggunakan wang perkongsian bagi tujuan
persendiriannya, dan dia juga tidak boleh melakukan sesuatu yang boleh
menyebabkan pihak defendan percaya bahawa W mempunyai kuasa
untuk berbuat demikian.

Satu lagi peruntukan berkenaan kuasa pekongsi ialah seksyen 8 yang


menyatakan:

8. Sesuatu tindakan atau suratcara berkenaan


perniagaan firma itu yang dilakukan atau
disempurnakan atas nama firma, atau dalam apa
cara jua yang menunjukkan niat untuk mengikat
firma, oleh sesiapa yang diberi kuasa untuk
berbuat demikian, sama ada pekongsi ataupun
bukan, adalah mengikat firma dan semua pekongsi.

Adalah jelas bahawa untuk mengenakan tanggungan terhadap firma,


sebarang surat ikatan, suratcara boleh niaga seperti cek dan sebagainya
yang disempurnakan atas nama firma perlulah wujud satu kuasa khusus
yang dibenarkan oleh firma untuk melakukannya.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Firma Canggih adalah merupakan sebuah firma perkongsian yang


menjalankan perniagaan membeli dan menyewa rumah-rumah
kedai di Bandar Sejahtera. Firma ini terdiri dari 10 orang ahli
pekongsi. Salah satu fasal di dalam perjanjian perkongsian telah
melarang dengan jelas sebarang urusan menjual rumah-rumah
tersebut. Dua orang pekongsi, iaitu Yusri dan Norman telah
menjual tiga lot rumah kedai itu tanpa pengetahuan pekongsi-
pekongsi lain kepada Syarikat Kaya Sendirian Berhad.
Keuntungan dari hasil jualan telah dimasukkan ke dalam akaun

204
firma. Menyedari tentang hal ini, ahli-ahli firma telah memaksa
supaya Syarikat Kaya memulangkan balik pemilikan rumah
kepada firma kerana mereka hanya menjalankan perniagaan
membeli dan menyewa rumah kedai dan bukannya menjual
rumah tersebut. Syarikat Kaya enggan berbuat demikian.
Nasihatkan kedua-dua pihak mengikut prinsip undang-undang.

2. Klinik Afiat telah ditubuhkan pada tahun 1982 untuk


memberikan perkhidmatan perubatan kepada pesakit di daerah
Subang. Doktor Deris, selaku pekongsi telah membuat pesanan
ubat-ubatan dari Lian Farmasi secara kredit. Adalah menjadi
kebiasaan bagi Lian Farmasi membekalkan ubat secara kredit
kerana ia adalah merupakan satu-satunya pembekal ubat-ubatan
di kawasan itu. Apabila tiba masa pembayaran, Klinik Afiat walau
bagaimanapun menafikan tanggungan atas alasan klinik tidak
pernah memberi kuasa kepada Doktor Deris untuk memesan
ubat dari Lian Farmasi. Mereka mendakwa bahawa mereka
sudahpun mempunyai farmasi yang boleh membekalkan ubat
kepada mereka dengan harga yang lebih murah. Nasihatkan Lian
Farmasi dalam hal ini.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

205

You might also like