You are on page 1of 6

PENGENALAN

Wakaf berasal daripada perkataan Arab, iaitu al-waqf diambil dari kata kerja fiil
waqafa yang bermaksud menahan ‘al-habs’ dan menegah ‘al-man’ ‘ di mana ia
merupakan kata terbitan atau masdar bagi waqafa yang bererti menahan sesuatu
atau memenjarakan dan jama’nya awkaf. Juga digunakan perkataan al-Habs yang
bererti berhenti atau menahan. Perkataan waqf diambil daripada kata kerja fi’il
‘waqafa’ yang membawa maksud menahan dan menegah. Oleh itu, kata terbitan
atau masdar waqf ini bererti menahan sesuatu atau memenjarakan. Secara
umumnya menurut bahasa pula, wakaf bermaksud terhenti, tertegah,terbeku atau
tertahan.

Ibn Qudamah pula menjelaskan wakaf bermaksud menahan asal sesuatu dan
membelanjakan manfaatnya. Manakala menurut Siti Mashitoh, dalam perundangan
Islam wakaf difahami sebagai suatu bentuk dedikasi harta sama ada secara terang
(sareh) atau sindiran (kinayah), iaitu harta (substance) ditahan dan hanya
manfaatnya sahaja yang diaplikasikan kepada tujuan kebajikan sama ada berbentuk
umum atau khusus.

Perkataan penahanan atau tahan yang dimaksudkan ini ialah menegah harta
tersebut daripada dimiliki oleh orang lain dan mendermakan manfaatnya kepada fakir
miskin ataupun untuk tujuan kebajikan yang lain. Menurut al-Zuhayli, wakaf dari segi
istilah ialah menahan harta benda yang kekal zatnya serta boleh dimanfaatkan bagi
tujuan kebajikan dan ia diserahkan kepada pihak yang telah ditentukan dengan
harapan ia dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT. Dalam hadis Rasulullah SAW
yang diriwayatkan oleh Bukhari, Rasulullah SAW bersabda kepada Sayidina Umar
r.a yang bermaksud: ‘Jika kamu kehendaki, tahankan (wakafkan) asal harta itu dan
sedekahkan hasilnya’.

Wakaf dari segi istilah berbeza-beza mengikut ulama’ kerana perbezaan pada
sebahagian syarat-syarat wakaf ;

a) Menurut mazhab Syafii, wakaf bermaksud menahan harta yang boleh memberi
manfaatdengannya, serta kekal ain fizikalnya dengan memutuskan hak pengurusan
yangdimiliki oleh pewakaf untuk diberi kepada tempat yang diharuskan selagi wujud
padaketika itu.
b) Menurut mazhab Hanafi, wakaf bermaksud menahan (‘ain) barang pemilik dan
sedekahkan manfaatnya kepada fakir miskin ataupun menggunakannya pada apa-
apatujuan kebaikan atau kebajikan.
c) Menurut mazhab Maliki, pula wakaf bererti menjadikan manfaat bagi sesuatu
harta yang dimiliki bagi sesuatu harta yang disewakan atau hasil pendapatan kepada
orang yang berhak, dengan satu akad (lafaz ijab) dalam jangka masa tertentu
mengikut kehendak pewakaf.
d) Menurut mazhab Hambali, wakaf ialah penahanan dan mewakafkan (sesuatu
barang)dan menyedekahkannya.

Secara umumnya, wakaf merupakan amalan sedekah yang memberikan manfaat


kepadamasyarakat sejagat daripada harta yang telah diberikan oleh pemilik asalnya.
Dan hasil daripada harta tersebut hendaklah digunakan pada jalan kebaikan. Sejarah
pengamalan wakaf terdapat perbezaan pendapat mengikut ulama’ dan ahli sejarah
Islam.

Menurut Muhammad Abu Zahrah, amalan wakaf telah bermula sebelum kedatangan
Islam, apabila masyarakat telah menginfakkan hartanah kepada ahli-ahli ibadah.
Kenyataan ini telah diterima oleh jumhur ulama’ kecuali Abu Hanifah. Walau
bagaimanapun, beliau tidak menolak adanya pembinaan masjid al-Aqsa dan al-Bait
al–Haram sebelum kedatangan Islam.

Justeru, nyatalah telah wujud amalan jariah dalam mendirikan kedua-dua buah
masjid tersebut. Pembinaan dan kewujudan kedua-dua buah masjid ini menjadi fakta
utama dan penting dalam sejarah amalan wakaf kerana terlibat dalam peristiwa Israk
dan Mikraj. Ia turut melibatkan sejarah perjalanan nabi-nabi yang terdahulu, terutama
nabi Adam a.s, nabi Ibrahim a.s dan anaknya nabi Ismail a.s. apatah lagi kedua-dua
buah masjid ini pernah menjadi kiblat dalam perintah amalan solat. Justeru, kedua-
dua masjid tersebut merupakan bahan bukti amalan wakaf orang-orang yang
terdahulu.

Amalan wakaf dipercayai telah wujud dari zaman nabi yang paling awal iaitu zaman
nabi Adam a.s sehinggalah ke zaman nabi Ibrahim a.s dan anaknya nabi Ismail a.s
yang telah bersama-sama membina atau mengimarahkan al-Bait al-Haram semenjak
awal pembinaannya lagi. Hasil kajian sejarah, dipercayai bahawa amalan wakaf yang
pertama berlaku apabila Rasulullah SAW mewakafkan hartanya yang merupakan
hasil daripada wasiat Mukhairiq kepada Baginda pada tahun ke tiga hijrah. Hal ini
terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Sa’ad daripada Muhammad bin
Ka’ab, yang bermaksud:

“Sedekah wakaf yang mula-mula dalam Islam ialah harta wakaf yang diberikan
oleh Rasulullah SAW selepas Mukhairiq mati syahid dalam peperangan Uhud, dan
beliau telah berwasiat; ‘Jika aku mendapat habuan (ghanimah perang), maka
habuan itu adalah untuk Rasulullah SAW’. Maka Rasulullah SAW mengambil harta
tersebut dan mewakafkannya.”
Wakaf pertama pada zaman Rasulullah S.A.W ialah pembinaan masjid Quba yang
dibina sendiri oleh Baginda SAW dan diikuti dengan Masjid Nabawi di Madinah serta
pembinaan rumah Baginda SAW. Ketika zaman khalifah Umar al-Khattab, Masjid
Nabawi mengalami proses pengubahsuaian. Pengubahsuaian yang dilakukan
melibatkan pembelian beberapa bidang tanah yang berdekatan dengan Masjid
Nabawi, kecuali tanah milik al-Abbas yang enggan menjualkannya. Saidina Umar
telah memberi pilihan, sama ada menjualnya mengikut harga yang ditetapkan sendiri
oleh al-Abbas dan tapak rumah baru di sekitar Bandar Madinah berserta kos
pembinaannya akan ditanggung oleh Baitulmal, ataupun menyerahkannya untuk
manfaat umat Islam. Al-Abbas menolak semua tawaran tersebut dan kesnya dibawa
kepada Ubay bin Ka’ab untuk diadili. Walaupun keputusan Ubay telah memihak
kepada al-Abbas, beliau bagaimanapun telah menyerahkan tapak rumahnya itu
kepada umat Islam untuk tujuan pembesaran masjid Nabawi tanpa menuntut apa-
apa bayaran atau ganti rugi.

Amalan mewakafkan tanah turut berlaku sekitar tahun ketujuh hijrah, iaitu selepas
peperangan Khaibar. Hal ini telah dibuktikan dalam sebuah hadis yang bermaksud:

“Diriwayatkan oleh Abdullah ibn Umar r.a ia berkata : Umar r.a memperoleh Tanah
di Khaibar , kemudian ia menemui Nabi SAW untuk bertanya tentang tanah tersebut,
ia berkata : ‘ Wahai Rasulullah, aku memperoleh tanah di Khaibar, aku tidak pernah
memperoleh harta yang lebih bernilai sebelumnya, maka apa yang perlu aku lakukan
dengannya?. Nabi SAW berkata: ‘sekiranya mahu, engkau wakafkanlah dan
sedekahkanlah hasilnya, akan tetapi jangan dijual, jangan dihebahkan dan jangan
diwariskan”. Abdullah Ibnu Umar berkata: Maka Umar menyedekahkan hasil wakaf
tersebut kepada orang-orang fakir, kaum keluarga, hamba-hamba, ibnu sabil dan
paratetamu. Tidak salah bagi penjaga harta tersebut memakan hasilnya atau pun
memberimakan orang lain tanpa menyimpannya. Muttafaq Alaihi dan lafadznya
menurut riwayat Muslim.
Dalam satu riwayat hadis :

‘Dari Uthman ra bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: ‘Barang siapa
menggali sumur (telaga), maka baginya syurga. Uthman berkata: ‘maka telaga itu
pun aku gali’. Dalam satu riwayat al-Baghawi ,Bahawa seorang lelaki dari Bani Ghifar
mempunyai mata air yang dinamakan raumah, sedang dia menjual satu bekas dari
airnya dengan harga satu Mud , maka kata Rasulullah S.A.W ‘ mahu kah engkau
menjualnya kepada ku dengan satu mata air di dalam syurga?. Orang itu menjawab
‘Wahai Rasulullah, aku dan keluarga ku tidak mempunyai apa-apa selain itu. Berita
itu pun sampai kepada Uthman, lalu Uthman membelinya dengan harga 35 ribu
dirham. Kemudian datanglah Uthman kepada Nabi SAW, lalu katanya:

Mahu kah engkau menjadikan bagi ku seperti apa yang hendak engkau jadikan
baginya (pemilik telaga itu)? Beliau menjawab ‘Ya’ Uthman pun berkata: Aku telah
menjadikan telaga itu wakaf bagi kaum Muslimin.

Selain daripada itu terdapat kisah di mana Sayidina Ali r.a mewakafkan tanah di
Yanbu’
kegunaan fakir miskin dan untuk tujuan fisibilillah. Selepas beberapa peristiwa yang
berlaku maka amalan wakaf telah berkembang dengan pesat di kalangan para
sahabat dan umat Islam sehingga menjadi teras kepada pembangunan umat
terdahulu dan berterusan sehingga hari ini. Hal ini berdasarkan perspektif sejarah
yang telah membuktikan bahawa institusi wakaf memainkan peranan penting dalam
menaikkan taraf hidup masyarakat sejagat amnya dan umat Islam khususnya.
Kewujudan institusi wakaf telah membantu pertumbuhan bandar-bandar dengan
begitu pesat seperti yang telah berlaku sejak dari zaman awal Islam.
PEMBANGUNAN TANAH WAKAF DI FELDA

Wakaf juga merupakan salah satu daripada institusi ekonomi Islam dari sudut
pengorbanan yang dilakukan oleh para pewakaf dalam mengorbankan hartanya
demi kepentingan umat Islam dalam memartabatkan ekonomi umat Islam dan
kebajikan sosial secara khususnya.

Pembangunan tanah wakaf merupakan suatu perkara pokok yang menjadi


persoalan pada masa kini. Ini kerana apakah bentuk pembangunan yang boleh
dilaksanakan bagi memastikan tanah tanah wakaf yang terdapat didalam rancangan
tidak terbiar dan menjadi sumber ekonomi yang dapat dijana untuk masyarakat
umumnya.

Antara pembangunan tanah wakaf yang terdapat didalam rancangan :

Pembinaan masjid

Masjid yang dibina diatas tanah wakaf merupakan sebuah pusat keagamaan yang
terpenting bagi masyarakat FELDA umumnya,selain daripada menjadi rumah
ibadat,ia juga berperanan didalam penyebaran dakwah dan ilmu,selain menjadi
tumpuan masyarakat menjalankan aktiviti aktiviti yang bersifat keagamaan dan yang
menjurus kepada pembangunan modal insan dan akhlak.

Kegiatan pertanian

FELDA mengambil inisiatif dalam hal ini bagi memastikan tanah wakaf yang ada
boleh diusahakan dan dibangunkan supaya dapat memberi faedah yang berterusan
kepada masyarakat. Ini dibuktikan dengan usaha FELDA yang dapat dilihat di
rancangan rancangan seperti kegiatan pertanian di atas tanah wakaf. Antara
tanaman yang dilakukan adalah seperti kelapa sawit dan juga nenas.

Pertanian merupakan satu bidang dalam aktiviti kehidupan yang penting boleh
mendekatkan diri kepada Allah SWT sebagai hamba yang bertakwa. Hasil pertanian
merupakan sumber untuk kehidupan manusia. Firman Allah yang bermaksud: ‘Dan
bumi sesudah itu dihamparkannya. Ia memancar daripadanya mata airnya dan
(menumbuhkan) tumbuhtumbuhannya. Dan gunung-gunung dipancangnya dengan
teguh, (semua itu) untuk kesenangan mu dan binatang-binatang ternak mu’ (al-
Quran An-Naziat: 30-33). Ibnu Khaldun menjelaskan pertanian merupakan aktiviti
kehidupan yang penting. Ia menghasilkan bahan makanan untuk kehidupan
manusia24. Amalan bertani merupakan satu pekerjaan yang mulia.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: ‘Tiada seorang lelaki menanam sesuatu


tanaman, melainkan Allah SWT menetapkan baginya ganjaran sebanyak jumlah
buah yang dihasilkan oleh tanaman berkenaan’ (Hadis Riwayat Imam Ahmad).
Dalam hadis yang lain pula menegaskan:

‘Tidaklah seseorang memakan makanan yang lebih baik dari orang yang
memakan dari hasil usaha tangannya, dan adalah Nabi Daud as makan dari hasil
tangannya sendiri’ (Hadis Riwayat Bukhari).

Amalan bertani juga dikaitkan dengan sedekah. Maksud Hadis:

‘Tidaklah seorang Muslim menanam tanaman melainkan apa yang dimakan dari
tanaman tersebut bagi penanamnya menjadi sedekah, apa yang dicuri dari
tanamannya
tersebut bagi penanamnya menjadi sedekah, dan tidaklah seorang mengambil
tanamannyamelainkan bagi penanamnya menjadi sedekah’ (Hadis riwayat Muslim)

You might also like