You are on page 1of 6

Akad dari sudut penggunaan bahasa Arab mempunyai makna yang pelbagai antaranya, janji,

jaminan, kepercayaan dan ikatan (sama ada ikatan sebenar seperti mengikat tali atau ikatan
simbolik seperti ikatan ijab dan qabul dalam akad jual-beli). Manakala Kamus Dewan pula
memberikan pengertian akad sebagai janji dan perjanjian. Perkataan akad merupakan
perkataan yang sinonim dengan perkataan kontrak.

Akad dari istilah fiqh ialah ikatan di antara ijab dan qabul yang dibuat mengikut cara yang
disyariatkan yang sabit kesannya pada barang berkenaan. Dengan perkataan lain akad
melibatkan pergantungan cakapan salah satu pihak yang berakad dengan cakapan pihak yang
satu lagi, mengikut ketentuan syarak yang akan melahirkan kesan pada barang yang
diakadkan. Dari aspek undang-undang pula, kontrak didefinisikan sebagai semua perjanjian
adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak yang layak membuat kontrak,
untuk sesuatu balasan yang sah, dan dengan sesuatu tujuan yang sah (Akta Kontrak, seksyen
10 (1)).

Akad terbahagi kepada beberapa bahagian mengikut perbezaan sudut pandangan. Antaranya
ialah pembahagian akad mengikut sifatnya dari aspek syarak, dan dari aspek ada atau tidak
ada kesannya kepada akad yang dimenterai.

1. Pembahagian akad mengikut sifatnya dari aspek syarak, terbahagi kepada beberapa
jenis iaitu sahih (‫ )صحيح‬, batil (‫)باطل‬, nafiz (‫)نافذ‬, mauquf (‫)موقوف‬, lazim (‫ )لزام‬dan ja’iz (
‫)جائز‬.

 Akad sahih ialah kontrak yang sempurna semua rukun dan syarat yang ditetapkan
syarak dan tidak ada sebarang unsur dan sifat meragukan yang boleh
mengeluarkannya dari dikira sah dari segi pensyariatannya. Hukum kontrak ini ialah
sah dan sabit kesannya serta-merta sebaik sahaja selesai ijab dan qabul jika tidak ada
khiyar dalam jual beli.

 Akad batil ialah kontrak yang tidak sempurna (cacat) syarat dan rukunnya. Hukum
kontrak seperti ini ialah tidak sah dan tidak melahirkan sebarang kesan sedikit pun.

 Akad nafiz ialah kontrak yang terbit dari seseorang yang mempunyai kelayakan dan
kuasa untuk melakukannya. Hukumnya ialah kontrak seperti ini menerbitkan kesan
segera sebaik sahaja ia dibuat, tanpa tertakluk kepada kelulusan dan keizinan
seseorang.

 Akad mauquf ialah kontrak yang terbit dari seseorang yang mempunyai kelayakan
untuk berkontrak, tetapi dia tidak mempunyai kuasa untuk melakukannya seperti
kontrak yang dilakukan oleh kanak-kanak yang mumaiyiz bagi kontrak yang ada
risiko untung dan rugi. Hukumnya ialah kontrak ini tidak boleh melahirkan sebarang
kesan melainkan setelah mendapat kelulusan dan persetujuan oleh pemilik hak yang
berkuasa melakukannya. Jika pemilik hak tidak mempersetujui atau meluluskannya
maka kontrak itu menjadi batal.

 Akad lazim ialah kontrak yang tidak membolehkan salah satu pihak yang memeterai
kontak membatalkannya tanpa persetujuan pihak yang lagi satu seperti kontrak sewa
dan jual beli.
 Akad jaiz ialah kontrak yang membolehkan salah satu pihak yang berkontrak
membatalkannya tanpa sebarang persetujuan pihak yang lagi satu seperti kontrak
wakalah.

2. Pembahagian akad dari aspek ada atau tidak ada kesannya terhadap akad yang
dibuat pula terbahagi kepada munjiz (‫)منجز‬, muallaq (‫ )معلق‬dan mustaqbali (‫)مستقبلى‬.

 Akad munjiz ialah kontrak yang dibuat dengan lafaz yang tidak digantungkan dengan
sebatang syarat dan tidak disandarkan pelaksanaannya pada masa hadapan. Kontrak
seumpama ini menerbitkan kesan segera ke atas kontrak sebaik sahaja ia dibentuk.

 Akad muallaq ialah kontrak yang dikaitkan kewujudannya dengan wujudnya sesuatu
yang lain. Sekiranya wujud perkara tersebut maka wujudlah kontrak, jika sebaliknya
maka tidak berlakulah kontrak. Sebagai contoh si polan A berkata kepada si polan B,
“jika aku jadi keluar negara maka engkaulah menjadi wakil ku”. Kontrak seumpama
ini tidak akan terbentuk melainkan adanya syarat yang dikaitkan itu.

 Akad mustaqbali ialah kontrak yang dibuat dengan lafaz penerimaan disandarkan pada
masa yang akan datang. Hukum kontrak ini ia akan berlaku atau terbentuk segera,
tetapi kesannya tidak ada kecuali pada waktu yang ditetapkan itu, iaitu waktu yang
disandarkan berlaku. (al-Zuhaily,Wahbah, Fiqh & perundangan Islam, jld.4, hlm.235-
248 dan al-Banhawi, Mohd Abdul Fatah, 1999, Fiqh al-Muamalat Dirasah
Muqaranah, Jamiah al-Azhar, Tanta, hlm.11-14.)

Akad jual beli dan jenis-jenisnya

Perkataan al-bai’ (jual beli) dari aspek bahasa bermaksud menukar suatu barang dengan suatu
barang yang lain. Dari sudut istilah syarak pula, al-bai’ mempunyai banyak pengertian yang
diberikan para ulama. Menurut Mazhab Hanafi, jual beli ialah pertukaran suatu harta dengan
suatu harta yang lain mengikut cara yang tertentu. Atau menukar sesuatu yang disukai dengan
sesuatu yang lain yang juga disukai dengan dengan cara tertentu yang berfaedah iaitu dengan
tawaran atau unjuk-mengunjuk. Menurut mazhab Syafie, jual beli ialah pertukaran sesuatu
harta benda dengan harta benda yang lain, yang keduanya boleh ditasharrufkan
(dikendalikan), dengan ijab dan qabul menurut cara yang diizinkan oleh syarak (al-Husaini,
Abi Bakr ibn Muhammad, 2005, Kifayatul akhyar fi halli ghayat al-ikhtisar, Dar al-Salam, al-
Qahirah, Misr, hlm.305). Al-Bai’ juga adalah kontrak pertukaran harta benda yang
memberikan seseorang hak memiliki sesuatu benda atau manfaat untuk selama-lamanya,
bukan dengan tujuan al-qurbah (mendampingi diri kepada Allah) (Mughni al-muhtaj, jld.3,
hlm.2).

Pensyariatan jual beli ini telah sabit dengan nas al-Quran, hadis dan juga ijmak. Terdapat lebih
daripada sepuluh jenis akad jual beli dalam Islam yang boleh berlaku dalam bentuk dan
gambaran yang berbeza. Antara jenis-jenis akad jual beli tersebut ialah:

 Bai’ al-sil’ah bi al-naqd (‫)بيع السلعة بالنقد‬: iaitu jual beli sesuatu barang dengan mata
wang. Jenis ini adalah yang paling meluas berlaku dikalangan manusia. Contonya
ialah membeli sehelai baju dengan Ringgit Malaysia atau US Dollar dan
seumpamanya.
 Bai’ al-muqayadhah (‫)بيع المقايضة‬: iaitu jual beli sesuatu barang dengan barang, seperti
menjual baju dengan beg atau menjual binatang ternakan dengan beras dan
sebagainya.

 Bai’ al-salam (‫)بيسسع السسسلم‬: ialah jual beli sesuatu barangan secara tangguh dengan
bayaran harga secara tunai, seperti menjual barangan yang telah disifatkan butiran
bentuk, spesifikasi, kualiti dan kuantiti secara terperinci dengan bayaran harganya
dibuat secara tunai, manakala penyerahan barang ditangguhkan pada suatu masa yang
ditetapkan.

 Bai’ al-sharf (‫)بيع الصرف‬: iaitu jual beli mata wang dengan mata wang yang sama atau
berbeza jenis, seperti menjual emas dengan emas, perak dengan perak atau emas
dengan perak, ringgit Malaysia dengan rial Saudi dan sebagainya.

 Bai’ al-murabahah (‫)بيسسع المرابحسسة‬: iaitu jual beli sesuatu barangan pada harga kos
bersama tambahan margin keuntungan, seperti menjual sesuatu barangan berharga
RM100 dengan harga kos dan ditambah pula margin keuntungan sebanyak RM10
yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

 Bai’ al-wadhiah (‫)بيع الوضيعة‬: ia adalah lawan kepada jual beli secara murabahah, iaitu
jaul-beli yang dibuat atas sesuatu barangan dengan harga yang lebih murah dari harga
kos, seperti harga barangan adalah RM10 dan dijual dengan harga RM9 atau lebih
rendah.

 Bai’ al-tauliah (‫)بيع التولية‬: ialah jual beli sesuatu barangan dengan harga kos tanpa ada
lebih mahupun kurang dari harganya. Seperti barangan berharga RM100 dijual dengan
RM100.

 Bai’ al-urbun (‫)بيسسع العربسسون‬: iaitu satu bentuk jual beli dimana pembeli membayar
sejumlah wang pendahuluan. Sekiranya jual beli diteruskan maka wang pendahuluan
ini akan menjadi sebahagian daripada harga barangan. Jika tidak, maka wang yang ini
tidak akan dikembalikan kepadanya.

 Bai’ al-talji’ah (‫)بيع التلجئة‬: ialah suatu bentuk jual beli yang dibuat oleh penjual yang
dalam kesempitan (terpaksa) kerana kuatir dan takut hartanya diambil oleh orang lain.
Bagi menyelamatkan hartanya, ia bersepakat dengan seseoarang bagi menzahirkan
akad jual beli dan menyembunyikan tujuannya yang sebenar. Seperti menjual rumah
untuk mengelak dari dilelong oleh bank atau permiutang.

 Bai’ al-wafa’ (‫)بيسسع الوفسساء‬: iaitu jual beli barangan dengan syarat apabila penjual
membayar semula harga barangan yang dijual maka pembeli akan mengembalikan
semula barangan yang dijual kepada penjual.

 Bai’ al-istishna’ (‫)بيع الساتصناع‬: iaitu jual beli dalam bentuk tempahan perbuatan barang
tertentu dengan spesifikasi yang tertentu yang menghendaki penjual, pemaju, pengilan
atau orang lain membuatkan barangan yang ditempah tersebut untuk pembeli.

 Bai’ al-inah (‫)بيع العينة‬: iaitu jual beli yang berlaku antara penjual dan pembeli, di mana
penjual menjual asetnya kepada pembeli dengan harga tangguh lebih tinggi, kemudian
penjual membeli semula aset tersebut daripada pembeli dengan harga tunai yang lebih
rendah. Keadaan sebaliknya boleh berlaku.

Kesimpulannya, kepelbagaian bentuk dan jenis-jenis akad, khususnya akad jual beli
menunjukkan keunikan sistem muamalat dalam Islam. Kepelbagaian bentuk dan jenis ini
tidak lain adalah untuk memenuhi hajat dan maslahah yang diperlukan oleh manusia dalam
kehidupan didunia ini. Semoga tulisan ini memberikan manfaat dan panduan kepada kita ke
arah memahami akad dan kontrak dalam syariat Islam.

 Printer-friendly version

Mengikut mazhab Syafie, ijab dan kabul menjadi salah satu rukun dalam
jual beli dan wajib dilafaz secara jelas. Walau bagaimanapun, kita tidak
perlu risau kerana jual beli kita itu tetap sah. Menurut beberapa ulama'
mazhab yang tersohor seperti Imam Nawawi telah mentarjihkan pendapat
dalam mazhab Syafie itu dengan mengharuskan jual beli tanpa lafaz ijab
kabul. Dalam feqah, perkara ini dikenali dengan bai' al-mu'atah atau al-
ta'ati. Terjemahannya mungkin jual beli unjuk-mengunjuk.

Dalam Islam, satu perkara penting yang menjadi matlamat jual beli ialah
redha-meredhai. Al-taradi, al-rida atau saling meredhai adalah elemen
penting yang menentukan keharusan jual-beli berkenaan. Hukum ini
kerana nature sesuatu akad dalam Islam adalah berasaskan kepada
matlamat merealisasikan maqasid (matlamat). Justeru, para fuqaha
merumuskan satu kaedah feqah yang berbunyi: "Apa yang diambil kira
dalam akad atau kontrak ialah maqasid (matlamat) dan maksud, bukan
lafaz luaran atau binaan huruf."

Mengapa perlu sighah ijab dan kabul? Saling meredhai perlu


direalisasikan dalam jual beli. Namun, redha adalah unsur dalaman yang
terletak di dalam hati. Manusia tidak mampu mengetahui apa yang
tersemat dalam hati orang lain. Maka, syariat menggantungkan hukum
keabsahan jual beli pada sesuatu yang zahir iaitu sighah.

Firman Allah Taala : "Wahai orang yang beriman, janganlah kamu makan
(gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan cara yang salah (tipu,
judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan
secara suka sama suka antara kamu (redha-meredhai). (Surah al-Nisa' 4:
29)
Sabda Nabi s.a.w. : "Sesungguhnya jual beli berasaskan kepada saling
meredhai." (Ibnu Majah, al-Sunan, no. 2269, jil. 7)
Bagaimana pula dengan jual-beli melalui internet? Jual-beli melalui
internet adalah sah walaupun tidak ada pertemuan secara hakiki antara
penjual dan pembeli dalam satu majlis. Hal ini kerana pertemuan antara
kedua-duanya bukan menjadi matlamat ataumaqasid utama dalam jual
beli tersebut. Sebab itu dalam feqah menjelaskan "asal dalam keabsahan
kontrak ialah al-taradi".

AKAD atau kontrak adalah satu simbol atau tanda wujudnya kerelaan di antara dua
pihak yang berkontrak. Sighah adalah rukun yang penting dalam sesuatu akad di
mana tanpanya sesuatu kontrak itu dianggap tidak berlaku.

Hal ini dapat ditelusuri menerusi firman Allah dan sabda Nabi SAW. Antaranya firman
Allah SWT yang bermaksud: Melainkan yang halal (kamu makan), bahawa harta
benda perniagaan itu, dilakukan rela sama rela di antara kamu. (an-Nisa': 29).

Demikian juga sabda Nabi SAW, daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi SAW,
baginda bersabda: "Kedua pihak yang berjual beli tidak boleh berpisah kecuali
setelah adanya kerelaan di antara keduanya". (riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Sighah atau secara mudahnya disebut sebagai lafaz akad adalah merupakan salah
satu rukun yang mesti wujud pada sesuatu kontrak.

Para ulama sepakat bahawa ketiadaan sighah akan menjejaskan akad yang
dimeterai.

Ini bermakna, sesuatu kontrak itu tidak akan sah tanpa berlakunya sighah.
Sighah mengandungi dua komponen iaitu ijab (penawaran) dan qabul (penerimaan)
yang diungkapkan oleh kedua-dua pihak yang berkontrak.

Ijab adalah memberi tawaran sesuatu supaya diterima. Sebagai contoh, ijab pada
jual beli adalah tawaran menjual sesuatu kepada pembeli dengan harga tertentu
seperti: "Aku jual barang ini kepada engkau dengan harga RM100", "Barang ini untuk
engkau dengan harganya RM200".

Qabul pula adalah menerima. Sebagai contoh: "Aku beli barang ini dengan harga
RM100" atau "Aku terima barang ini dengan harga RM200".
Ungkapan tersebut boleh berlaku sama ada melalui perkataan, tulisan atau isyarat.
Objektif sighah adalah menyatakan kerelaan dan persetujuan keatas kontrak yang
dimeterai. Kerelaan dalam kontrak adalah sangat penting kerana di sebalik kontrak
yang dimeterai itu mempunyai hak dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh
kedua-dua pihak yang berkontrak tersebut.

Bentuk sighah yang boleh digunakan dalam majlis akad mestilah terdiri daripada
perkataan, tulisan atau perbuatan yang difahami oleh kedua pihak yang terlibat
bahawa maksud jual beli itu telah berlaku seperti perkataan "saya jual" dan "saya
beli".

Sighah secara perbuatan adalah seperti jual beli di mesin seperti urusniaga melalui
kad ATM dan sebagainya.

Dalam pelaksanaan sighah ini, lafaz qabul tidak boleh menyanggahi lafaz ijab. Lafaz
penerimaan hendaklah selari dengan lafaz penawaran.

Contoh, penjual menawarkan (ijab) untuk menjual sebuah kereta 'A' dengan harga
RM50,000, maka pembeli dalam lafaz penerimaannya (qabul) hendaklah bersetuju
seperti yang ditawarkan.

Ini kerana percanggahan pada lafaz akan menunjukkan percaggahan pada maksud.
Justeru, tidak mungkin dua pihak yang berlainan hasrat dan niatnya dapat bersetuju
diikat dalam satu kontrak.

Kesannya, ia akan membawa kepada perselisihan dan permusuhan di antara kedua-


dua pihak itu setelah berlangsungnya majlis akad. Tidak ada pihak yang menang
dalam keadaan ini.

Akad itu dianggap tidak sah dan ia perlu diulang kembali dengan lafaz dan maksud
yang sama.

Lafaz ijab dan qabul disyaratkan juga agar tidak boleh dibuat secara bersyarat
(taklik) seperti kata penjual: "Saya jual rumah ini kepada awak dengan syarat
sekiranya saya ke luar negara". Malah bagi kontrak jual beli secara langsung ia juga
tidak boleh diselangi dengan perkataan yang lain antara keduanya.

Oleh itu, Islam amat melarang jika sesuatu akad atau perjanjian yang ingin dimeterai
tidak mempunyai maklumat lengkap. Semua perkara yang berkaitan dengan kontrak
perlu dijelaskan secara terperinci dan kedua-dua belah pihak mesti memahami
penjelasan tersebut sebelum majlis akad berlangsung.

You might also like