You are on page 1of 21

PENDAHULUAN

Islam merupakan agama dan pegangan yang harmoni untuk manusia sejagat yang mana ia
telah menetapkan satu sistem keadilan dan keseimbangan dalam pembahagian harta dan
kekayaan tanpa menindas antara satu sama lain, serta tidak membiarkan golongan miskin dan
orang yang memerlukan pertolongan hidup dalam kesusahan. Justeru itu Islam telah
menentukan satu sistem yang dinamakan Zakat.

zakat merupakan ibadat kewangan yang sangat dititik beratkan dalam Islam sepertimana
kefardhuan solat untuk menjadi seorang Islam yang sempurna. Ia mempunyai kedudukan
yang sangat tinggi dan dijadikan salah satu daripada rukun Islam berasaskan sabdaan
Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang bermaksud:

“Islam diasaskan atas lima perkara: kesaksian bahawa tiada tuhan selain daripada Allah
dan Muhammad pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan fardu
haji dan berpuasa di bulan Ramadhan”.
(Hadis Riwayat Bukharidan Muslim)

Zakat wajib dikeluarkan ke atas setiap muslim dengan beberapa jenis harta yang telah
ditetapkan setalah memenuhi syarat dan tempoh tertentu. Setiap muslim yang mempunyai
harta hendaklah memberi sumbangan kepada golongan yang tidak mampu atau kurang
mampu samada berupa wang ringgit, emas, perak, barang dagangan, haiwan ternakan, buah-
buahan dan biji-bijian menurut nisab dan kadar yang tertentu sebagaimana yang termaktub
dalam al-Quran, surah at-Taubah ayat 60:

Maksudnya:
“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin,
pengurus-pengurus zakat, para mu'allaf yang dipujuk hatinya, untuk budak, orang-orang
yangberhutang, untuk jalan Allah dan untuk mereka yang sedang dalam perjalanan, sebagai
suatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana .”
Allah mengigatkan kepada seluruh hambaNya di dalam surah at-Taubah, ayat 34 dan 35:

Maksudnya:
Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menginfakkannya di jalan
Allah ,maka berikanlah khabar gembira kepada mereka bahawa mereka akan mendapat azab
yang pedih. Ingatlah hari ketika emas dan perak dipanaskan dalam neraka jahannam,lalu
dengan itu diseterika dahi, lambung dan belakang mereka,lalu dikatakan kepada mereka
"Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri,maka rasakan akibat dari
apa yang kamu simpan itu".

Kewajipan zakat merupakan asas bagi pembinaan dan pembangunan ekonomi umat Islam
untuk memantapkan agama Islam. Ia juga dapat melaksana dan mengukuhkan nilai keadilan
sosial dan menjadi jalan keluar bagi masalah kemiskinan. Dana yang terkumpul dari zakat
juga dapat membiayai usaha dakwah dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk menegakkan
syariat Allah s.w.t. Secara umumnya zakat dapat mengukuhkan sistem jaminan sosial dan ia
merupakan aset penting umat Islam dalam mengurangkan kemiskinan ummah dan pada masa
yang sama dapat menangani isu-isu sosio-ekonomi yang lain untuk menuju kearah satu
sistem ekonomi Islam yang sempurna.

Allah s.w.t telah mengeluarkan perintah berzakat ini disertakan dengan perintah sembahyang
sebanyak 30 kali disebut dalam al-Quran. Perintah ketaatan membayar zakat adalah jelas
sehingga terdapat perintah dalam al-Quran untuk kerajaan Islam atau institusi zakat
mengambilnya secara paksa bagi mereka yang enggan melaksanakannya. Allah s.w.t
berfirman dalam al-Quran, surah at-Taubah, ayat 103:

Maksudnya:
“Ambillah daripada harta mereka sadaqah (zakat) untuk membersihkan dan menyucikan
mereka dengannya”.

Daripada hadith nabi s.a.w, sebarang harta yang dinyatakan dalam kewajipan zakat secara
jelas adalah wajib ditaati tanpa sebarang alasan. Mengingkari kewajipan zakat adalah kafir.
Pemerintah dibolehkan memaksa dan memerangi golongan yang ingkar membayar zakat
sebagaimana berlaku di zaman khalifah Abu Bakar r.a.
PENGERTIAN ZAKAT

Zakat merupakan salah satu asas tertegaknya syariat Islam dan termasuk salah satu ibadah
dari rukun Islam yang lima selain sembahyang, puasa dan naik haji ke Mekah bagi orang
yang berkemampuan. Zakat ialah nama bagi harta yang tertentu, diambil daripada harta yang
tertentu, menurut peraturan (syarat-syarat) yang tertentu dan diberikan kepada orang-orang
tertentu yang berhak menerimanya. Mengeluarkan zakat hukumnya adalah wajib ke atas
setiap muslim yang mencukupi syarat-syarat wajib mengeluarkan zakat, sama ada zakat harta
ataupun zakat fitrah. Zakat boleh didifinisikan kepada tiga bahagian, iaitu dari segi bahasa,
istilah dan juga syarak.

Pengertian zakat dari sudut bahasa ialah:


Ibn Manzur menyebut dalam kitabnya Lisan Al-Arab bahawa asas zakat ialah bersih, tumbuh,
berkat dan pujian. Semuanya digunakan dalamAl-Quran dan hadis. Ini kerana zakat dapat
mengembangkan harta yang telah dikeluarkan zakatnya dan menjauhkannya dari segala
kerosakan sebagaimana Ibnu Taimiah berkata:
"Diri dan harta orang yang mengeluarkan zakat menjadi suci dan bersih serta hartanya
berkembang secara maknawi."

Al-Qurtubi menjelaskan makna suci, subur dan bertambah pada zakat iaitu
“Apabila seseorang mengeluarkan zakat daripada harta bendanya seolah-olah dia telah
mensucikan hartanya daripada hak-hak wajib yang dituntut oleh orang lain.”

Menurut Imam Nawawi, dari segi bahasa zakat memberi erti kesucian, dan keberkatan.
Dengan mengeluarkan zakat dapat menambahkan lagi harta, di samping itu juga dapat
menambahkan pahala bagi si pengeluar zakat

Pengertian zakat dari sudut istilah ialah:


Manakala dari segi istilah, zakat bermaksud nama bagi bahagian atau harta tertentu yang
wajib diberikan atau dikeluarkan pada kadar tertentu dan diagihkan kepada golongan-
golongan tertentu.
Pengertian zakat dari sudut syarak ialah:
Zakat dari sudut syarak menurut pendapat Mazhab Shafie adalah merupakan suatu kadar
tertentu yang diambil daripada sebahagian harta tertentu, yang wajib diberikan kepada
golongan tertentu apabila sudah cukup syarat-syarat yang telah ditentukan.

Zakat Syar'ie kadang kala dinamakan sedekah di dalam al-Quran dan Hadis. Namun ada
dinamakan infaq, sebahagian ulama fiqh, mengatakan bahwa sedekah wajib dinamakan zakat,
sedang sedekah sunnah dinamakan infaq. Sebahagian yang lain mengatakan infaq wajib
dinamakan zakat, sedangkan infaq sunnah dinamakan sedekah. Firman Allah s.w.t dari surah
at-Taubah, ayat 103:

Maksudnya:
"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya
engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk)
dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi
mereka."

Manakala di dalam Hadis Sahih pula, Rasulullah s.a.w bersabda kepada Muaz ketika baginda
mengutuskannya ke Yaman:

“Beritahulah kepada mereka bahawa Allah s.w.t mewajibkan mereka mengeluarkan sedekah
(zakat) dari harta mereka, sedekah tersebut diambil daripada orang yang kaya di kalangan
mereka dan diberikan kepada orang-orang yang miskin di kalangan mereka”.
Hadis ini dikeluarkan oleh jemaah ahli hadis.

Dengan pengertian ini, jelaslah bahawa sebahagian harta tertentu yang dikeluarkan oleh
golongan yang kaya kepada sekumpulan golongan yang kurang berkemampuan apabila
cukup haul dan nisabnya. Zakat merupakan sesuatu yang diwajibkan ke atas setiap individu
muslim (lelaki dan perempuan) yang mencukupi syaratnya. Firman Allah s.w.t dari Surah al-
Baqarah ayat 43 yang bermaksud:
“Dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan ruku'lah beserta orang-orang yang ruku”.
Zakat merupakan salah satu bukti kesyumulan ajaran Islam. Ini kerana, Islam bukan hanya
mengajar umatnya memelihara hubungan dengan pencipta yang Maha Esa dengan
melakukan ibadah seperti solat, zikir, puasa dan ibadah lain yang berbentuk kerohanian.
Akan tetapi, Islam turut mengajar umatnya agar memelihara hubungan sesama manusia
dengan memberikan harta kekayaan yang dimiliki untuk dikongsi bersama orang yang sangat
memerlukan. Bahkan, pensyariatan zakat merupakan bukti bahawa Islam adalah agama yang
mengambil berat tentang sistem ekonomi, sosial, pembangunan fizikal, pendidikan dan
seluruh aspek kehidupan manusia.

PENSYARIATAN ZAKAT MENURUT SYARAK

Pensyariatan kefarduan zakat berlaku pada tahun kedua hijrah Nabi Muhammad s.a.w. ke
Madinah Munauwarah sebelum pensyariatan kefarduan puasa di bulan Ramadhan Firman
Allah s.w.t dari surah at-Taubah ayat 103:

Maksudnya:
"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah ,supaya dengannya engkau
membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari ahklak yang buruk), dan
doakanlah untuk mereka ,kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi
mereka,dan ( ingatlah ) Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"

Firman Allah s.w.t dari Surah an-Nur Ayat 56:


"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kamu kepada
Rasul supaya kamu beroleh rahmat "

Firman Allah s.w.t dari Surah Al Baqarah Ayat 83:


"Dan (ingatlah wahai Muhammad),ketika Kami mengikat perjanjian taat setia dengan Bani
Israil (dengan berfirman) : Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat
baiklah kepada kedua ibu-bapa ,dan kaum kerabat,dan anak-anak yatim serta orang
miskin,dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik dan
dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan
(perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan sememangnya kamu
orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya"
TUJUAN PENSYARIATAN ZAKAT

Islam telah menetapkan zakat sebagai kewajiban dan menjadikannya sebagai salah satu
rukunnya serta memposisikannya pada kedudukan tinggi lagi mulia. Kerana dalam
pelaksanaan dan penerapannya mengandungi tujuan-tujuan syar'i (maqâshid syari’at) yang
agung yang mendatangkan kebaikan dunia dan akhirat, baik bagi si kaya maupun si miskin.
Di antara tujuan-tujuan tersebut adalah :

Memelihara Kesucian Agama


memelihara kesucian agama(aldin) akan dapat memastikan setiap muslim berpegang teguh
kepada ajaran Islam dan tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengannya.

Zakat Membersihkan Jiwa Seorang Muslim

Zakat merupakan cara yang dapat membersihkan jiwa dan hati daripada sifat-sifat keji yang
memberi kesan kepada masyarakat , iaitu iri hati, dendam dan hasad dengki. bagaimanapun
sifat ini akan menjadi barah dalam masyarakat jika tiada lagi sifat kasih-sayang, tolong-
menolong dan saling bersimpati.

Firman Allah s.w.t surah at-Taubah ayat 103:


Maksudnya:
Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan
mensucikan mereka dan doakanlah mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi)
ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allâh Maha mendengar lagi Maha mengetahui.

Imam Nawawi rahimahullah mengatakan, “Sesungguhnya kewajiban membayar zakat dalam


ayat di atas berkaitan dengan hikmah pembersihan dari dosa-dosa.”[6]

Ada juga hadits yang menegaskan makna di atas, sebagaimana dalam hadits Muadz bin Jabal
Radhiyallahu anhu bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallambersabda :

Sedekah itu bisa memadamkan kesalahan sebagaimana air memadamkan api.”[HR. Ahmad
5/231 dan at-tirmidzi no. 2616 dan dishahihkan al-Albani dalam Shahih Sunan at-Tirmidzi]
Ayat di atas mengumpulkan banyak tujuan dan hikmah syar'i yang terkandung dalam
kewajiban zakat. Tujuan-tujuan dan hikmah-hikmah itu terangkum dalam dua kata yang
muhkam yaitu, “Dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka.”

Zakat membersihkan jiwa seorang Muslim yang mengeluarkan zakat dari sifat bakhil, tamak
dan sombong. Melalui pembayaran zakat, seorang Muslim dapat menyuburkan rasa kasihan
belas terhadap mereka yang memerlukan.

Pada waktu yang sama, ia dapat menghakis sifat pentingkan diri sendiri sehingga
mengenepikan kepentingan orang lain untuk menikmati pemberian Allah SWT.
Seseorang Muslim sepatutnya mengenali keluarganya, saudara-maranya atau jiran
tetangganya supaya bantuan zakat dapat diberikan sekiranya mereka berada dalam
kesempitan.

Allah SWT menyukai orang-orang yang tidak meminta-minta dan menyembunyikan


keperitan yang dialami dari pengetahuan umum. Firman Allah SWT bermaksud: Dan pada
harta-harta mereka ada hak untuk orang-orang yang miskin yang meminta dan orang
miskin yang tidak meminta. (az-Zariyaat: 19)

Zakat Dapat Menguatkan Hubungan Persaudaraan Dan Kasih Sayang Di Antara


Golongan Kaya Dan Miskin.

ULAMA terkenal, Al-Sheikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, berkata kesan negatif disebabkan
kefakiran dan kemiskinan boleh merosakkan akidah, moral, retaknya keluarga, masyarakat
serta negara.

Miskin dari sudut bahasa bermaksud tidak berharta benda, serba kekurangan, melarat dan
papa, manakala fakir pula bermaksud orang yang berpendapatan kurang daripada pendapatan
orang miskin.

Secara umumnya, fuqaha’ berpandangan golongan fakir dan miskin adalah golongan yang
tidak mempunyai harta atau sumber pendapatan mencukupi bagi sara hidup dirinya sendiri
atau mereka di bawah tanggungannya.
Kemiskinan boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kemiskinan fizikal (harta) dan
kemiskinan mental (minda). Kebiasaannya, tahap kemiskinan itu dipandang dari sudut fizikal
atau material saja iaitu kemampuan pendapatan, pemilikan tempat tinggal, pakaian dan
kenderaan.

Mental miskin lebih kritikal jika dibandingkan dengan miskin harta dari segi impaknya
kepada individu dan masyarakat. Kemiskinan mental berlaku apabila seseorang itu malas
berusaha mencapai tahap selesa dalam hidup sebaliknya hanya bergantung kepada bantuan
dan sumbangan orang lain.

Seseorang yang miskin mental kurang motivasi dan selesa dengan keadaan sedia ada. Jika
diberi bantuan sekalipun, dia cenderung menghabiskan apa disumbangkan kegunaan pada
masa itu, bukan berusaha menggunakannya untuk keluar daripada kepompong kemiskinan.

Bagi mengatasi masalah kemiskinan, Islam sebagai agama syumul mengetengahkan


instrumen zakat yang berfungsi untuk mengagihkan kekayaan secara seimbang bagi
mewujudkan keadilan sosial dalam masyarakat.

Ini sejajar ajaran Islam yang mendukung prinsip ukhuwah, tolong-menolong, nilai
kemanusiaan, keadilan sosio-ekonomi dan kebajikan ummah yang tidak dibatasi perbezaan
warna kulit, bangsa, ekonomi atau sempadan geografi.

Individu yang dikurniakan Allah kekayaan dan pendapatan tertentu diwajibkan membayar
zakat supaya dapat diagihkan kepada golongan berpendapatan rendah serta tidak
berkemampuan seterusnya membentuk masyarakat yang seimbang.

Zakat berupaya meningkatkan taraf hidup golongan kurang berkemampuan dengan


memenuhi keperluan hidup mereka, seterusnya membolehkan mereka berdikari dan tidak lagi
bergantung kepada sumbangan orang lain.

Sabda Rasulullah SAW memberi peringatan kemiskinan hendaklah dihindarkan malah


Baginda berdoa supaya dijauhkan daripada kefakiran: “Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu
daripada kekufuran dan kefakiran.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Sejarah membuktikan kemiskinan boleh diatasi melalui pengagihan dana zakat
seperti berlaku pada zaman Rasulullah SAW, pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin
serta Khalifah ‘Umar bin Abdul Aziz. Justeru, usaha lebih bersepadu dan
komprehensif perlu dibuat institusi zakat bagi merealisasikan keberkesanan zakat
untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan umat Islam.
Zakat membersihkan jiwa seorang Muslim yang mengeluarkan zakat dari sifat bakhil, tamak
dan sombong. Melalui pembayaran zakat, seorang Muslim dapat menyuburkan rasa kasihan
belas terhadap mereka yang memerlukan. Pada waktu yang sama, ia dapat menghakis sifat
pentingkan diri sendiri sehingga mengenepikan kepentingan orang lain untuk menikmati
pemberian Allah SWT. Seseorang Muslim sepatutnya mengenali keluarganya, saudara-
maranya atau jiran tetangganya supaya bantuan zakat dapat diberikan sekiranya mereka
berada dalam kesempitan.

Allah SWT menyukai orang-orang yang tidak meminta-minta dan menyembunyikan


keperitan yang dialami dari pengetahuan umum. Firman Allah SWT bermaksud: Dan pada
harta-harta mereka ada hak untuk orang-orang yang miskin yang meminta dan orang miskin
yang tidak meminta. (az-Zariyaat: 19)

Ini secara tidak langsung akan mengeratkan ukhuwah di kalangan umat Islam. Apabila
individu Muslim membayar zakat, maka ia akan membantu kehidupan mereka yang
memerlukan. Sekiranya sistem zakat ini dapat berfungsi dengan baik, akhirnya ia akan
merapatkan jurang di antara golongan kaya dan golongan miskin. Harta yang dikurniakan
oleh Allah SWT sebenarnya mempunyai peruntukan untuk golongan yang memerlukan
supaya harta tersebut tidak hanya dapat dinikmati oleh golongan yang kaya sahaja. Firman
Allah SWT yang bermaksud: ..... Supaya harta itu jangan beredar di antara orang-
orang kaya sahaja di kalangan kamu. (al-Hasyr: 7)

Golongan miskin apabila mendapat pertolongan dan bantuan ini akan berterima kasih kepada
golongan yang kaya. Ini dapat mengikis sebarang perasaan negatif seperti iri hati dan dengki
dalam hati golongan miskin. Sekali gus, ia boleh menurunkan graf jenayah seperti rompakan,
kecurian dan ragut dalam masyarakat Islam hari ini. Dalam Islam, sebahagian harta yang
dimiliki oleh golongan kaya adalah hak orang-orang miskin. Dengan kata lain, apabila
pembayaran zakat dilaksanakan, sebenarnya individu tersebut tidak menyumbangkan apa-apa
kepada golongan miskin. Sebaliknya, dia hanya menyerahkan kembali hak golongan miskin
tersebut dari hartanya. Oleh itu, golongan kaya tidak perlu merasa megah atau bangga kerana
memulangkan sesuatu yang memang sudah menjadi hak kepunyaan orang lain.

Sh. Muhammad Ashraf dalam bukunya Lessons in Islam telah menulis: "Rasulullah SAW
telah menggambarkan bahawa zakat sebagai wang yang diambil daripada orang kaya yang
dikembalikan kepada orang miskin. Oleh itu, matlamatnya ialah untuk mengagihkan
kekayaan masyarakat dengan cara yang membolehkan tidak ada umat Islam yang tinggal
dalam kemiskinan (dan penderitaan)". (Doktrin Ekonomi Islam, Afzal-ul-Rahman,
terjemahan Zaharah Salleh, jilid III, m/s 185).

3. Zakat mempunyai peranan dalam menangani masalah pengangguran


Antara sebab utama yang menyumbang kepada pengangguran ialah kemiskinan. Orang yang
miskin sudah tentu tidak mempunyai modal yang minimum untuk menjalankan sesuatu usaha
atau pekerjaan. Dalam hal ini, jika sistem zakat berjalan sepenuhnya, sudah tentu orang yang
miskin berhak menerima bahagian mereka dan membolehkan mereka menjalankan segala
yang dirancang, sesuai dengan kemahiran dan kelayakan mereka.

Allah S.W.T telah berfirman di dalam Al-Quran mengenai pembahagian dana zakat yang
wajib diagihkan kepada lapan asnaf seperti dalam Surah At-Taubah 9 : 60 yang
bermaksud :

“Sesungguhnya zakat itu hanya untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin,


pengurus zakat (amil), mualaf yang dipujuk hati mereka, untuk memerdekakan
hamba, orang-orang yang berhutang, orang-orang berjuang di jalan Allah,
orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai ketetapan yang diwajibkan
Allah dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”.

zakat juga merupakan suatu cara atau kaedah pengagihan kekayaan dan penyelesaian kepada
kemiskinan dan kefakiran yang harus dilaksanakan secara sepenuhnya. Dengan kewajipan
zakat, ia dilihat mampu melatih pengeluarnya agar bersifat dengan sifat pemurah dan
memupuk sifat-sifat yang mulia serta membuang sifat kedekut dalam diri. Tujuan
disyariatkan zakat juga adalah untuk menguatkan ikatan persaudaraan dan kasih sayang.
Apabila setiap org Islam melaksanakan kewajipan zakat dengan mengeluarkan sebahagian
hartanya kepada orang-orang yang berhak, ini menggambarkan betapa mesra dan akrabnya
hubungan antara orang Islam.

Zakat juga mampu mengurangkan jurang tingkat sosial antara orang miskin dan golongan
kaya. Sumbangan zakat mampu membuka peluang-peluang rezeki dan menutup pintu
kemiskinan. Zakat juga mampu mengatasi masalah pengangguran, ini kerana antara sebab
berlakunya pengangguran ialah golongan miskin tidak mempunyai harta yang mencukupi
untuk memulakan perniagaan. Oleh itu, zakat dilihat mampu mmbantu individu untuk
memulakan perniagaan dengan kepakaran dan keupayaannya.

Mensyukuri nikmat Allâh dengan menunaikan zakat

MEMBINCANGKAN EMPAT KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT DI MALAYSIA

Pengurusan zakat di Malaysia adalah terletak di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab
setiap negeri . Kebanyakan negeri, pengurusan zakat diletakkan di bawah pengurusan Majlis
Agama Islam Negeri (MAIN) dan terdapat juga di sesetengah negeri diwujudkan institusi
khas yang agak tersendiri oleh MAIN untuk menguruskan pembayaran zakat. Bermula
dengan kewujudan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) di Wilayah Persekutuan dalam tahun 1991
dan seterusnya telah diikuti oleh beberapa negeri yang lain seperti Lembaga Zakat Selangor
(MAIS), Pusat Urus Zakat (PUZ) di Pulau Pinang, Pusat Kutipan Zakat (PKZ) diPahang,
Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) dan Pusat Zakat Melaka (PZM). Majlis AgamaIslam
Negeri-Negeri berkenaan telah mewujudkan anak syarikat atau perbadanannya sendiri untuk
mengurus kutipan zakat secara profesional melalui proses penswastaan zakat. Kepelbagaian
medium pembayaran zakat yang disediakan ini selari dengan peredaran zaman dan tuntutan
semasa. Semua kaedah pembayaran zakatini tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk
memberi kemudahan kepada pembayar zakat.
1. Membayar di KAUNTER ZAKAT

Pelbagai kaedah pembayaran zakat telah disediakan, namun perkhidmatan membayar zakat di
kaunter tetap menjadi pilihan utama bagi masyarakat Islam. Kebanyakan daripada
masyarakat Islam lebih selesa menunaikan zakat di kaunter kerana dapat melihat dan merasai
sendiri nikmat membayar zakat. Perasaan lega, gembira dan puas sukar digambarkan apabila
zakat itu telah ditunaikan di depan mata sendiri. Selain itu, pelanggan berasa lebih yakin
kerana melihat sendiri wang zakat mereka ditunaikan terus kepada pegawai zakat. Pada
kesempatan itu juga, mereka berpeluang merungkai pelbagai persoalan berkaitan zakat
dengan pegawai yang bertugas.

Menurut Mazlina Mahathir, Ketua Bahagian Khidmat Pelanggan Lembaga Zakat Selangor
(MAIS), "sungguhpun pelbagai kaedah pembayaran zakat telah disediakan namun
perkhidmatan membayar zakat di kaunter tetap menjadi pilihan utama bagi masyarakat Islam.
Kaunter-kaunter LZS (MAIS) telah dinaik taraf berperingkat-peringkat dengan imej baru
yang lebih selesa dansesuai dengan perkembangan teknologi terkini".

Kebanyakan kaunter menyediakan ruang menunggu yang luas dan selesa dilengkapi dengan
kemudahan televisyen dan bahan bacaan. Selain itu, sistem nombor elektronik juga
digunakan jika terdapat ramai pelanggan yang berurusan. Keselesaan juga dijanjikan dengan
menyediakan sekurang-kurangnya tiga bahagian pembayaran zakat di setiap kaunter.
Kemudahan kaunter-kaunter ini membantu mempercepatkan proses. Antara kemudahan yang
disediakan di kaunter termasuklah taksiran, bayaran dan juga kaunter agihan.

Kerajaan sentiasa memastikan pegawai yang bertugas di kaunter terdiri daripada pegawai
yang terlatih di mana sebelum bertugas di kaunter latihan intensif tentang pengiraan zakat
diberikan kepada mereka. Latihan ini akan diberikan dari semasa ke semasa untuk
meningkatkan pengetahuan pegawai tentang persoalan dan pengiraan zakat.

Dengan kemudahan yang disediakan di kaunter ini diharapkan para pelanggan yang ingin
menunaikan zakat akan sentiasa berasa selesa. Kerajaan akan sentiasa memastikan kepuasan
pelanggan sama ada pembayar zakat mahupun penerima agihan terjamin dalam
meningkatkan mutu perkhidmatannya.

2. Membayar melalui SKIM POTONGAN GAJI

Skim ini diperkenalkan bagi memberi kemudahan kepada kakitangan kerajaan dan swasta
yang beragama Islam dalam menunaikan tanggungjawab mereka membayar zakat tanpa
merasa sebarang bebanan. Menerusi Skim Zakat Pendapatan Melalui Potongan Gaji ini,
pembayar hanya perlu memberikan arahan kepada pihak majikan untuk memotong
sebahagian kecil gaji pada setiap bulan sebagai bayaran zakat. Pihak majikan hanya perlu
merujuk kepada Borang Arahan Potongan yang ditandatangani oleh pekerja bagi mengetahui
jumlah gaji yang harus dipotong untuk bayaran zakat.

Ia dilihat sebagai satu kaedah alternatif yang memudahkan pembayar terutamanya mereka
yang sentiasa sibuk dalam melakukan pekerjaan. Ia merupakan kaedah pembayaran zakat
dibuat sama ada secara bulanan berdasarkan kepada kepada Jadual Potongan Zakat Bulanan
atau melalui pengiraan zakat secara manual. Datuk Seri Najib Razak menyeru umat Islam
menunaikan zakat melalui potongan gaji dalam talian untuk menambah saham akhirat.
“Proses pembayaran zakat kini boleh dilakukan melalui potongan gaji dalam talian.
Berzakatlah kita untuk akhirat,” kata Perdana Menteri dalam tweet terbarunya.

Tujuan utama skim ini dilaksanakan adalah untuk memudahkan para pembayar zakat
menunaikan zakat mereka, di samping mengelakkan rasa terbeban untuk menunaikan zakat
dalam jumlah yang banyak pada hujung tahun. Namun apa yang lebih penting melalui Skim
ini, pembayar dapat merasai nikmat berzakat kerana dapat menunaikan zakat pada awal
haul,”

Manakala, jika pembayar ingin menambah, mengurang atau memberhentikan potongan zakat,
mereka perlu memaklumkan kepada bahagian pentadbiran atau bahagian gaji mereka dan
mengisi borang potongan gaji di ruangan menambah atau mengurang. Berkenaan dengan
masalah kelewatan potongan zakat melalui potongan gaji setelah individu terbabit selesai
mengisi borang dan menyerahkannya kepada Pusat Punggutan Zakat di setiap negeri.

3. Membayar zakat melalui POS MALAYSIA BERHAD


Bayaran zakat melaluli Pos Malaysia telah memberi kemudahan untuk mengedarkan risalah
zakat dengan kerjasama posmen di lokasi-lokasi strategik seluruh negeri. Pos Malaysia
merupakan ejen kutipan zakat bagi memudahkan umat Islam dalam menunaikan kewajipan
mereka membayar zakat.

Dalam Akhbar utusan malaysia, Tan sri Adam Kadir berkata, ini membuktikan
keyakinan Majlis Agama Negeri terhadap keupayaan Pos Malaysia membantu
memantapkan lagi kutipan zakat. “ Pelanggan akan mendapat lebih kemudahan dalam
menangani urusan zakat mereka melalui pejabat-pejabat pos berdekatan, “ katanya.

4. Membayar melalui AKAUN BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)

institusi perbankan di negara ini telah memberikan satu nilai tambah kepada perkhidmatan
mereka dengan menyediakan kemudahan pembayaran zakat. Kemudahan ini begitu dirasai
dan pelanggan yang menggunakan perkhidmatan tersebut terus bertambah serta bank yang
mengambil bahagian terus meningkat.

kerajaan sentiasa mewar-warkan dan menyeru masyarakat untuk memilih perkhidmatan


khusus dinamakan ‘Zakat & Bank’ dengan motto ‘Mudah dan Masa Terjamin’ sebagai
pilihan menunaikan zakat. Perkhidmatan ini adalah rangkuman daripada pembayaran
zakat di bank-bank dan beberapa institusi yang dilantik sebagai ejen kutipan zakat.

5. Bayaran zakat melalui INTERNET BANKING


Perkhidmatan pembayaran zakat melalui internet merupakan transaksi pembayaran zakat
yang dilaksanakan menggunakan teknologi internet sebagai kaedah berurus niaga. Kaedah
pembayaran zakat melalui internet ini telah dilaksanakan oleh kerajaan semenjak tahun 2002.

Melalui kaedah ini, pelanggan mempunyai lebih banyak pilihan kemudahan pembayaran
zakat dengan tidak menjadikan kaunter-kaunter sebagai tumpuan sahaja terutamanya pada
bulan puncak Ramadhan saban tahun. Ia juga bertujuan menyediakan kaedah alternatif
kepada pembayar-pembayar zakat untuk keselesaan mereka sesuai dengan perkembangan
semasa. Sejajar dengan perkembangan celik IT di kalangan rakyat Malaysia, keyakinan
pembayar terhadap kaedah pembayaran online dan kesibukan pembayar sehingga tidak
mempunyai masa untuk berurusan di kaunter serta transaksi yang mudah, cepat dan berkesan
menjadikan pembayaran internet ini menjadi satu trend pada masa kini.

Pembayar zakat hanya perlu melayari portal e-zakat di www.e-zakat.com. my dan klik pada
pembayaran FPX untuk membayar zakat. Pembayar perlulah mempunyai akaun terlebih
dahulu di bank-bank yang terlibat sebelum boleh meneruskan pembayaran. Ikuti langkah-
langkah yang diberikan. Pembayar tidak perlu mendaftar ataupun membayar untuk
menggunakan FPX. Pembayar hanya perlu mempunyai akaun bank, ID dan kata laluan
(password) kemudian barulah boleh membuat pembayaran secara online di bank tersebut.
Pembayar juga tidak akan dikenakan sebarang bayaran tambahan jika menggunakan
perkhidmatan ini. Akan tetapi had minimum yang ditetapkan ialah sebanyak RM10 bagi
setiap pembayaran. Proses pengeluaran resit bayaran zakat akan dilakukan dalam tempoh 14
hari waktu bekerja.

Dengan itu, pembayar zakat tidak lagi perlu ke pusat-pusat pembayaran zakat dan menunggu
giliran di kaunter atau menghabiskan waktu menunggu tapak letak kereta. Sebaliknya kini
mereka hanya memerlukan perkhidmatan internet dan melayari portal rasmi di setiap negeri.
Kaedah pembayaran ini bertujuan memenuhi keperluan teknologi terkini iaitu menyediakan
bayaran secara online secara cepat, mudah dan selamat
5.0 MENGHURAIKAN KAEDAH YANG BOLEH MENINGKATKAN LAGI
KESEDARAN DI KALANGAN UMAT ISLAM.

Menganjurkan Kempen Zakat Melalui Ceramah, Seminar, Dialog, Diskusi, Kursus


Pusat Zakat Selangor (PZS) MAIS telah mengadakan satu majlis dialog di Shah Alam bagi
mendedahkan kepada usahawan dan ahli korporat tentang isu-isu zakat terkini dan
implikasinya dalam dunia perniagaan. Melalui dialog itu pelbagai isu telah dikupas termasuk
kaedah pengiraan untuk potongan zakat perniagaan terhadap cukai korporat, peranan dan
perkembangan terkini institusi zakat terutama daripada segi kutipan dan agihannya di
samping implikasinya terhadap golongan korporat.

Usaha memberi kesedaran kepada masyarakat bukanlah hanya tugas pusat pengurusan zakat
semata, bahkan semua pihak harus menyeberkan ilmu mengenai zakat kepada umat Islam.
Ahli akademik juga kini semakin banyak terlibat dalam aktiviti ini seperti ini. Antara
program yang telah dijalankan ialah Muzakarah Pakar Zakat anjuran Kumpulan Kajian Zakat
dan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia pada 21 dan 22 Disember 2002
di UKM. Muzakarah yang dihadiri oleh ahli akademik, penggubal dasar, penyelidik, pelajar,
dan individu ini membincangkan penemuan terkini kajian zakat, penerokaan sumber zakat,
serta jaringan keselamatan sosial zakat sebagai salah satu alat keselamatan yang penting.

Selain itu, maklumat mengenai zakat juga boleh dihebahkan melalui bahan bacaan bercetak
seperti buku, majalah, surat khabar dan sebagainya. Kerajaan juga perlu menggunakan
saluran media elektronik seperti televisyen, radio, dan internet bagi menyampaikan informasi
mengenai zakat kepada umum. Masih ramai di kalangan anggota masyarakat yang masih
kurang faham mengenai zakat, kaedah pembayarannya, cara mengira nilai zakat dan
sebagainya.

Usaha-usaha ini juga perlu ditambah dengan sokongan semua pihak. Masjid dan surau juga
wajar dijadikan platform untuk memberi penerangan kepada masyarakat mengenai zakat.
Pihak jawatankuasa surau atau kampung boleh bekerjasama dengan institusi zakat untuk
mengadakan ceramah, seminar atau kursus berkaitan zakat. Aktiviti ‘turun padang’
sepatutnya lebih diperbanyakkan berbanding saluran lain kerana dengan cara berdepan dan
dari mulut ke mulut lah, kefahaman dan kesedaran dapat ditanam dengan berkesan.
Menurut Pengerusi, Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Dato’
Haji Abdul Rahim Abu Bakar, "peranan utama institusi zakat adalah menyedarkan
masyarakat Islam dan mendidik mereka agar menunaikan satu daripada lima rukun Islam
iaitu zakat. Ini seterusnya dapat membantu golongan yang memerlukan bantuan wang
zakat."

Usaha-usaha peningkatan kefahaman berzakat dan pemasaran perlulah dilaksanakan secara


berterusan oleh institusi zakat seperti publisiti radio dan TV, majlis-majlis dialog dan
taklimat kepada majikan, kempen, pengiklanan di majalah dan akhbar, ‘electronic billboard’
serta sistem pesanan ringkas (SMS) dan sebagainya. Program-program yang dijalankan juga
perlulah merangkumi segenap lapisan masyarakat sama ada kakitangan kerajaan atau swasta,
ahli korporat, penduduk bandar dan luar bandar.

Dakwah Zakat Melalui Media Baru

Teknologi hari ini membawa banyak manfaat pada dunia dakwah Islam secara global.
Dakwah adalah satu kaedah untuk menyeru, mengajak dan menyampaikan ajaran Islam
melalui teknik dan pendekatan tertentu secara bijaksana.

Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah


melancarkan gerakan dakwah zakat secara maya melalui penggunaan media sosial. Laman
sembang Facebook adalah antara laman media sosial yang disertai PPZ-MAIWP bagi
menyebar luaskan dakwah zakat kepada umum setelah melihat kelebihan menarik pengguna
dimonopoli laman tersebut.

Melalui media sosial ini segala aktiviti dan informasi dapat disampaikan dengan mudah
kepada rakan pengguna seluruh dunia melalui aplikasi dalam internet ataupun penggunaan
peralatan perhubungan lain seperti telefon bimbit. Secara tidak langsung media ini
memudahkan pengguna untuk turut menjadi pendakwah dengan mengoptimumkan fungsi di
Facebook seperti wall post, notes dan perkongsian gambar tanpa memerlukan kemahiran
berceramah atau berpidato seperti pendakwah di pentas ceramah.
Justeru itu, PPZ-MAIWP tidak mahu melepaskan peluang dalam mencari prospek zakat
melalui Facebook bagi menanam kefahaman zakat dengan cara mudah dan digemari sekali
gus menjadi pembayar zakat bagi membantu asnaf yang memerlukan.

PPZ memperkenalkan portal terbaru di laman webnya untuk masyarakat mengenali


perkhidmatannya dengan lebih cepat dan mudah. Di laman
web www.zakat.com.my pengguna boleh mendapatkan pelbagai info zakat. Bahagian utama
muka depannya dipapar dengan gambar-gambar dan berita ringkas berkaitan aktiviti PPZ-
MAIWP. Terdapat tiga bahagian utama di portal ini iaitu ruangan Taksir Zakat, Bayar Zakat
dan Semak Penyata Zakat.

Cara ini merupakan salah satu langkah bagi menembusi generasi muda untuk mendekati lagi
ibadah berzakat dengan menggunakan alat berdakwah yang diminati kumpulan sasar ini.
Golongan muda belia biasanya kurang berminat dengan jalan dakwah konvensional seperti
ceramah dan kaunter info.

KESIMPULAN

Masih terdapat umat Islam pada masa kini yang tidak mengambil berat atau tidak tahu
mengenai kepentingan ibadat ini. Sesetengah umat Islam hanya tahu mengenai zakat fitrah
yang wajib dibayar ketika bulan Ramadan sahaja. Selain itu, ada juga mengambil berat soal
sembahyang, puasa dan menunaikan ibadat haji namun penghayatannya tidak sama terhadap
ibadat zakat. Justeru, ini memerlukan suatu institusi yang kemas lagi teratur dalam usaha
memberikan kefahaman kepada maysarakat mengenai zakat, di samping mengutip dan
mengagih wang zakat berkenaan.

Betapa pentingnya zakat yang menjadi rukun daripada rukun-rukun Islam yang lima. Sikap
Sayidina Abu Bakar r.a yang tegas memerangi golongan yang enggan membayar zakat
sebagai contoh ia tidak boleh dipisahkan daripada kamus kehidupan muslim, masyarakat dan
negara. Ini kerana ia menjadi tonggak ekonomi umat yang perlu diurus dengan pengurusan
yang baik.

Umat Islam perlu melihat zakat sebagai satu instrumen penting untuk penyucian harta.
Instrumen ini perlu ditambah nilai agar ia dapat berfungsi secara sistematik dan tersusun.
Kesannya, semua pihak akan dapat menggerakkan ekonomi masing-masing termasuklah
golongan fakir dan miskin yang mendapat suntikan modal untuk menerus dan
membangunkan kehidupan mereka.

RUJUKAN
http://books.google.com.my/books?
id=1J8DVOQmtGQC&pg=PA13&lpg=PA13&dq=sejarah+pensyariatan+zakat&source=bl&
ots=EuOtbJvLkQ&sig=MOIlJHsIvFwujkIGM0SIwVg3Y4s&hl=en&sa=X&ei=xU_BUcWfL
4-3rAfFiYCICA&ved=0CEYQ6AEwAg#v=onepage&q=sejarah%20pensyariatan
%20zakat&f=true

http://almanhaj.or.id/content/3335/slash/0/zakat-dalam-islam-kedudukan-dan-tujuan-tujuan-
syarinya/

http://xinniralubayna.blogspot.com/2009/07/mempertingkat-peranan-institusi-zakat.html
http://www.islam.gov.my/muamalat/akhbarmajalah/dakwah-zakat-melalui-media-baru
http://sukpengurusan.terengganu.gov.my/maxc2020/agensi/index_article.display.php?
cid=4&idcat=196&aid=1026
http://xinniralubayna.blogspot.com/2009/07/mempertingkat-peranan-institusi-zakat.html
http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/makin-mudah-bayar-zakat-1.8763
http://www.scribd.com/doc/84938144/Profil-Kemiskinan-dan-Kesan-Agihan-Zakat
http://kewangan-pengurusan-islam.blogspot.com/2011/12/zakat-bukan-bebanan-tetapi-
kewajipan.html
Memetik kata-kata Dr. Yusuf Al-Qaradhawi melalui bukunya “Agar Berjaya Muassasah
Zakat dalam Penerapan Masa Kini,” antara lain menyebut: “Dari sini saya katakan
sesungguhnya penubuhan lembaga zakat atau mengeluarkan undang-undang untuk mengatur
pemungutan dan pembahagiannya, wajib menjadi satu bahagian dari langkah yang
menyempurnakan pelaksannaan peraturan Islam dan kembali kepada kehidupan Islam yang
benar.”
Sesungguhnya peraturan Islam terhadap kehidupan ialah peraturan yang saling bersangkut
paut dan menyempurnakan antara satu sama lain, tidak boleh dibahagi-bahagikan dan tidak
boleh diambil sebahagiannya tanpa sebahagian lainnya, maka adakalanya yang ditinggalkan
itu ialah penyempurna atau syarat bagi yang diambil. Oleh itu, Allah S.W.T. memerintahkan
orang-orang mukmin memasuki Islam secara menyeluruh, menjalankan pengajaran-
pengajaran dan syariat-syariatnya secara keseluruhan seperti yang dijelaskan dalam firman
Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah
kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.”
(Surah Al-Baqarah: 208)
Keselamatan di sini ialah Islam, kerana ia adalah sumber keselamatan diri dan masyarakat.
Ertinya masuklah kamu ke dalam syariat Islam secara keseluruhannya. Bukanlah seperti yang
diiginkan sebahagian Yahudi untuk memasuki Islam dengan memelihara sebahagian syariat
dan tradisi mereka yang kuno.
Maka Al-Quran menolak yang demikian itu kecuali mereka memasuki Islam secara
keseluruhannya dan mengambil semua tali Islam dari syariat-syariatnya. Menjalankan seluruh
perintahnya dan meninggalkan semua larangannya. Inilah tafsiran Ibn Kathir.
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menambah berkenaan dengan peraturan zakat yang mahu
diterapkannya. Antara lain katanya: Mengumpulkan penghasilan yang sedikit tidak cukup
untuk menghadapi kefakiran yang tersebar dan masalah-masalah sosial yang lahir di
belakangnya dan kelemahan penghasilan ini kembali kepada beberapa sebab yang lebih
penting iaitu:
Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui apa yang diperlukan oleh manusia sebagai
makhluknya. Justeru, Allah SWT menurunkan syariat sebagai garis panduan yang perlu
dipatuhi. Sekiranya syariat ini gagal diikuti, ia akan menyebabkan kehidupan individu dan
masyarakat Islam tidak harmoni dan huru-hara.
Antara tujuan pensyariatan (maqasid syariah) adalah untuk menjaga harta (hifz mal).
Antara hukum Allah SWT yang berkaitan dengan pemeliharaan dan penjagaan harta adalah
kewajipan zakat.

You might also like