You are on page 1of 12

BAB 8 : TEKS CERPEN

( KADUK , AYAM DAN RAJA )

SINOPSIS

Cerita dimulakan dengan menarik perhatian pembaca tentang kisah Kaduk . Pada zaman dahulu , raja memiliki kuasa mutlak . Raja yang zalim akan
merampas dan menipu rakyat . Sikap tamak sesetengah raja membuatkan kehidupan rakyat jelata semakin susah dan dihimpit kemiskinan . Hal inilah yang
terjadi kepada Kaduk . Tanahnya telah dirampas oleh raja .

Hakim merupakan cucu daripada keturunan Kaduk . Dia seorang yang terpelajar dan merupakan lulusan sebuah universiti . Hakim memiliki kesedaran
untuk mendapatkan hak datuknya semula yang dirampas secara tidak sah oleh raja . Hakim telah mendapatkan bantuan sahabatnya yang bernama Azman
iaitu lulusan jurusan undang-undang . Di mahkamah , Azman bijak berhujah . Dia mengatakan bahawa tanah itu telah diambil oleh raja tanpa sebarang bukti
dan tandatangan . Azman berhujah dengan mengatakan bahawa Kaduk menyerahkan ayamnya , iaitu Si Kunani kepada raja tanpa kerelaanya . Kadut takut
dituduh sebagai penderhaka . Setelah Si Kunani menang dalam persabungan , Kaduklah yang sepatutnya menerima hadiah kemenangan itu . Berdasarkan
alasan itu , akhirnya tanah Kaduk yang telah dirampas dikembalikan semula kepada warisnya , iaitu Hakim . Keluasan tanah itu ialah empat ekar .

Hakim bercadang untuk menjalankan projek menternak ayam di kawasan tanah tersebut . Penternakan ayam secara kontrak ini dibuat dengan sebuah
syarikat besar , iaitu Global Chicken . Cawanganya di Malaysia menggunakan nama Rangkaian Jasa Anrikultur atau singkatannya RAJA . Tujuan Hakim
menceburi bidang penternakan adalah menyahut seruan kerajaan yang mahu rakyat di negara aktif dalam bidang pertanian . Banyak faedah yang akan
disalurkan oleh kerajaan kepada rakyat melalui Dasar Ekonomi Baru .

Sebagai langkah permulaan , Hakim membina reban ayam tertutup yang menggunakan teknik canggih . Kos tersebut menelan belanja dua ratus ribu
ringgit . hakim sukar mendapatkan pinjaman bank . Hasil bantuan seorang Yang ditandatangani dengan Syarikat RAJA .

Sebenarnya , Hakim banyak menghadapi masalah ketika berurusan dengan syarikat besar ini . Masalah pertama ialah jalan masuk ke kawasan
penternakan itu tidak diturap . Semasa hujan , lori-lori telah tersangkut dalam selut lumpur . Orang-orang kampung pula merungut dan membuat bantahan
kerana jalan mereka rosak . Seperkara lagi , Hakim banyak berhutang dengan Syarikat RAJA . Hal ini dikatakan demikian kerana Starikat RAJA membekalkan
anak ayam , dedak , ubat-ubatan serta keperluan lain . Syarikat Raja menentukan harga barangan tersebut dan membuat potongan hasil jualan ayam
kepadanya . baki keuntungan jualan itu tidak dapat menempung kos keseluruhan penternakannya . Hakim berasa kesal kerana perkiraannya sebelum ini
jauh tersasar . Syarikat besar yang diharapkan dapat membantunya gagal bebrbuat demikian . Akibatnya , hutang Hakim semakin meningkat , sebaliknya
Syarikat RAJA terus mengaut keuntungan .
Azam menasihati Hakim agar berurusan terus dengan jabatan Haiwan . Hal ini untuk mengelakkan penternak kecil terus terperangkap dengan permainan
syarikat besar . Azam bersimpati dengan nasib yang menimpa sahabatnya Hakim . hakim kini dihimpit oleh masalah hutang yang tidak pernah habis .
Masalah akan bartambah rumit sekiranya hasil pengeluaran ayamnya berkurang .

Hakim tiada pilihan selain meneruskan usaha menternak ayam . Kegagalannya melunaskan hutang bank akan menyebabkan tanah pusakanya itu dirampas
. Tindakan bank merampas tanag pusaka itu disamakan dengan tindakan raja merampas tanah datuknya dahulu . banyak persamaan antara dia dan
datuknya , iaitu sama-sama membela ayam dan sama-sama menggadaikan tanah . Yang membezakan ini raja ialah orang yang memegang kusa ekonomi .
Orang-orang bawahan terpaksa mengikut telunjuk mereka .
TEMA

i. Tema cerpen “ Kaduk , Ayam dan Raja ” adalah tentang kesungguhan seorang anak muda menceburi bidang pertanian dan keusahawanan .

ii. Pada dasarnya , projek penternakan itu tampak menguntungkan dan selari denganhasrat kerajaan yang mahu rakyat di negara ini menceburi bidang
pertanian .

iii. Namun , banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh Hakim yang berpunca daripada sikap orang tengah yang banyak menindas dan mengaut
keuntungan .

PERSOALAN

I. Kegigihan seorang anak muda untuk mengusahakan penternakan ayam secara moden . Contohnya :

 Hakim menjadikan tanah datuknya yang seluas empat ekar itu sebagai tanah pertanian .

II. Halangan yang perlu ditempuhi dalam dunia perniagaan . Contohnya , hakim terpaksa berhadapan dengan syarikat besar yang membekalkan
barangan penternakan dan menentukan harganya seterusnya membuat potongan hasil jualan ayam ladangnya .

III. Usaha mengembalikan hak yang telah diambil oleh orang lain . Contohnya :

 Hakim telah mendapatkan bantuan seorang sahabatnya yang bernama Azman untuk mengembalikan hak tanah pusaka milik arwah
datuknya semula .

IV. Kesusahan masyarakat yang mengusahakan bidang pertanian . Contohnya :

 Hakim berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan pinjaman bank , rasa tidak puas hati penduduk kampung dan monopoli syarikat
besar semasa mengusahakan bidang pertanian .

V. Usaha membersihkan nama dan maruah keluarga . Contohnya :


 Hakim berusaha membersihkan nama datuknya yang menyerahkan ayamnya kepada raja tanpa kerelaan .

WATAK DAN PERWATAKAN

1. HAKIM

 Ayah Hakim bernama Hassan dan ayah Hassan bernama Kaduk .

 Seorang yang terpelajar , iaitu lulusan sebuah universiti .

 Dia ingin mendapatkan kembali haknya , iaitu tanah usaka datuknya yang dierampas oleh raja suatu ketika dahulu .

 Hakim menggunakan saluran yang betul dalam menuntut tanah milik datuknya . Akhirnya , dia berjaya mendapatkan tanah itu semula dengan
bantuan Azam .

 Dia becita-cita tinggi , iaitu ingin menjalankan projek penternakan ayam secara moden .

 Dia berani menyahut seruan kerajaan yang mahu para mahasiswa menceburkan diri dalam bidang pertanian .

 Hakim menandatangani kontarak dengan syarikat Chicken Global ataupun RAJA .

 Hakim dihimpit masalah hutang apabila syarikat besar ini memonopoli perniagaan dan pihak bank menuntut hutang .

 Kekesalan timbul apabila dia menjadi mangsa sikap tamak syarikat besar yang menguasai ekonomi negara .

 Hakim menyamakan nasib malangnya dengan nasib yang dialami oleh datuknya , iaitu Kaduk .
2. AZAM

 Azam ialah sahabat baik Hakim .

 Dia merupakan lulusan jurusan undang-undang .

 Seorang yang bijak dan pandai berhujah . Contohnya :

 Dia memenangi kes tuntutan terhadap pengambilan tanah secara tidak sah oleh raja di mahkamah .

 Seorang yang baik hati kerana banyak memberikan nasihat kepada Hakim .

 Bersimpati terhadap masalah hutang yang menghimpit Hakim .

3. CHICKEN GLOBAL / RANGKAIAN JASA AGRIKULTUR / RAJA

 Sebuah syarikat besar yang menandatangani kontrak dengan Hakim .

 RAJA menyediakan keperluan membekalkan anak ayam , dedak , ubat-ubatan serta keperluan lain .

 RAJA mengambil peluang menagut keuntungan yang maksimum dengan mengenakan pelbagai caj kepada petani kecil .
LATAR

1. LATAR TEMPAT

 Sebuah kampung

 Latar tempat berlakunya peristiwa dalam cepen ini adalah di sebuah kampung .

 Tanah kosong di tepi beluka yang tidak diusahakan seluar empat hektar .

 Sebuah kawasan penternakan ayam yang dibina reban yang canggih .

 Mahkamah

 Hakim memenangi kes tuntutan terhadap tanah pusaka milik datuknya di situ .

2. LATAR MASA

 Zaman silam .

 Pada zaman itu , raja masuk ke kampung-kampung untuk mengajak rakyat menyabung ayam .

 Zaman moden .

 Hakim cucu Kaduk , hidup pada zaman merdeka yang serba maju .

 Waktu kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru .

3. LATAR MASYARAKAT

 Masyarakat rakyat jelata pada suatu ketika dahulu yang menjadi mangsa penipuan raja . Contohnya :
 Tanah Kaduk dirampas hasil penipuan raja .

 Masyarakat generasi kini yang sedar akan hak-hak mereka . Contohnya :

 Hakim membawa kes datuknya ke mahkamah untuk menuntut tanah yang diambil oleh raja semula .

 Masyarakat generasi muda yang terpelajari . Contohnya :

 Azam merupakan lulusan undang-undang yang banyak membantu Hakim mendapatkan semula hak-haknya melalui proses
perundangan mahkamah .

 Masyarakat yang gagal mengotakan janji-janjinya . Contohnya :

 Pemimpin kerajaan gagal memberikan bantuan kepada Hakim seperti yang dijanjikan .

 Masyarakat yang tamak dan menindas golongan yang lemah .

 Syarikat RAJA mengenakan pelbagai peraturan dan syarat bagi membolehkan mereka menikmati keuntungan terhadap petani-petani
kecil .

 Masyarakat yang dihimpit masalah kewangan .

 Hakim dihimpit oleh masalah hutang apabila gagal melunaskan hutanya dengan bank .
PLOT

1. BINAAN PLOT

i. Peristiwa-peristiwa dalam plot cerpen ini disusun secara tidak kronologi .

ii. Plot pengenalan atau eksposisi cerpen dimulai dengan pengarang mengimbas kembali kisah Kaduk . Pada zaman dahulu , raja memiliki kuasa
mutlak . Raja yang zalim akan merampas dan menipu rakyat . Mereka yang menentang raja dianggap penderhaka dan dijatuhi hukuman berat .
Sikap tamak sesetengah raja membuatkan kehidupan rakyat jelata semakin susah dan dihimpit kemiskinan . Hal ini yang terjadi kepada Pak
Kaduk apabila tanahnya dirampas oleh raja .

iii. Pada tahap perkembangan , pengarang menjelaskan bahawa Hakim merupakan cucu daripada keturunan Kaduk yang berusaha untuk
mendapatkan semula hak datuknya yang telah dirampas secara tidak sah oleh raja . Hakim telah mendapatkan bantuan sahabatnya yang
bernama Azam , iaitu mahasiswa jurusan undang-undang . Di mahkamah , Azam bijak berhujah . Akhirnya tanha Kaduk yang telah dirampas itu
dikembalikan semula kepada warisnya , iaitu Hakim .

iv. Tahap perumitan cerita apabila Hakim banyak menghadapi masalah ketika berurusan dengan Syarikat RAJA . Masalah pertama ialah jalan masuk
ke kawasan penternakan itu tidak diturap . Semasa hujan , lori-lori tersangkut dalam selut lumpur . Hal ini menyebabkan orang kampung
merungut dan mencacinya kerana jalan mereka rosak . Selain itu , Hakim banyak berhutang dengan syarikat RAJA yang membekalkan anak ayam
, makanan dedak , ubat-ubatan serta keperluan lain . Syarikat RAJA berkuasa dalam menentukan harga barangan tersebut dan membuat
potongan hasil jualan ayam . Baki keuntungan jualan itu tidak dapat menampung kos keseluruhan penternakan . Akibatnya , hutang Hakim
semakin meningkat dari sehari ke sehari .

v. Klismaks cerpen ini adalah apabila Hakim tiada pilihan selain meneruskan usaha menternak ayam . Dengan apa-apa cara sekalipun , dia perlu
membayar hutangnya kepada pihak bank . Kegagalannya melunaskan hutang bank menyebabkan tanah pusaka itu akan dirampas .

vi. Manalaka peleraian cerpen ini adalah apabila Hakim mengganggap tindakan bank yang ingin mengambil tanah pusaka itu seperti dengan
tindakan raja merampas tanah datuknya dahulu . Banyak persamaan antara dia dan datuknya , iaitu mereka sama-sama membela ayam dan
sama-sama menggadaikan tanah . Yang membezakan mereka adalah dari segi nama dan jarak masa . Pada zaman ini , raja ialah kalangan orang
yang memegang kuasa ekonomi manakala orang-orang bawahan ditindas dan menjadi mangsa karakusan mereka .
2. TEKNIK PLOT

Pelbagai teknik plot atau teknik penulisan digunakan oleh Zurinah Hassan untuk mengembangkan plot cerpen “ Kaduk , Ayam dan Raja ” .

i. Teknik Pemerian .

 Pengarang memerihalkan raja mengambil tanah Kaduk secara paksa san menggunakan tipu daya . Tindakan ini menyebabkan Kaduk hidup
merempat dan menumpang tanah yang sebenarnya tanahnya sendiri . Contohnya :

 Tapi kau tidak pernah marah kepada raja yang sanggup mengambil tanah Kaduk . Raja sanggup mengambil tanah rakyatnya yang
miskin . Bukan hanya tanah Kaduk malah ramai lagi rakyat yang ditipu dan dirompak pada siang hari . Kau tahu apa yang terjadi
kepada Kaduk selepas tanahnya diambil ? Dia dan isterinya serta seorang anak lelaki , hidup merempat dan menumpang di atas
tanah yang sebernanya tanahnya sendiri . Dari miskin menjadi bertambah miskin . Dari susah menjadi lebih susah . Masa berganti
masa , anak lelakinya pun dewasa dan berumah tangga . kaduk sudah bercucu , seorang lelaki juga . ( halaman 45 )

ii. Teknik Dialog .

 Teknik dialog menunjukkan watak dalam cerpen berkomunikasi . Menurusi dialog antara watak , cerita dikembangkan oleh penulis .
Contohnya :

 “ Kau nak buat tugu Pak Kaduk ke ? Apa gunanya membina tugu dalam kampung ini . Mana ada pelancong yang nak datang
melawat ? ” tanya Azam .

“ Aku bergurau saja . Lagipun ini tanah kampung yang berstatus tanah pertanian . Apalagi yang wajar dibuat selain berkebun dan
menternak . Aku sudah mendapat nasihat dan berbincang dengan beberapa orang . Aku sudah berbincang dengan agensi kerajaan
yang bertanggungjawab memajukan bidang pertanian . ” ( halaman 48 )
iii. Teknik Imbas Kembali .

 Pengarang menggunakan teknik imbas kembali untuk menceritakan sesuatu peristiwa dan kejadian . Contohnya :

 Sejak dahulu , dia sering mendengar pidato , “ Tuan-tuan dan puan-puan , sebahagian besar bahan makanan rakyat kita ialah bahan
makanan yang diimport , sedangkan kita ada ratusan ribu ekar tanah yang terbiar kosong dan tidak produktif . Mengapakah kita
bergantung pada beras , ikan , daging , ayam dan sayur-sayuran import ? Keadaan ini akan membahayakan kita kalau terjadi
sesuatu bencana . Kerajaan mengutamakan bidang pengeluaran makanan kerana ini soal keselamatan negara . ” ( halaman 48 )

GAYA BAHASA DAN UNSUR BAHASA

1. Dalam aspek diksi atau pemilihan kata , pengarang telah menggunakan perkataan sehari-hari yang mudah difahami oleh pembaca .

2. Dari segi pembinaan ayat , pengarang menggunakan ayat pendek , ayat sederhana panjang dan ayat panjang .

3. Personafikasi . Contohnya :

 Hanya angin petang sesekali datang menyapa ( halaman 51 )

4. Peribahasa . Contohnya :

 Membuka mata ( halaman 48 )

 Membakar semangat ( halaman 49 )

5. Perulangan kata . Contohnya :

 Hakim menjawab , “ Ya , mereka hantar segalanya dengan harga yang mereka tentukan . Kini hidupku bergelumang dengan hutang . Setiap
saat aku berhutang dengan RAJA . Kau fikirkan pula , kalau nasibku malang dan nilai jualanku kurang daripada harga dedak dan ubat yang
mereka bekalkan , beerti aku akan menanggung hutang kepada RAJA . Berhutang dan berhutang . ” ( halaman 52 )
NILAI

1. Nilai kegigihan . Contohnya :

o Kegigihan seorang anak muda lepasan unversiti untuk mengusahakan penternakan ayam secara moden .

2. Nilai rasional . Contohnya :

o Hakim menuntut hak datuknya melalui saluran yang betul , iaitu melalui proses mahkamah .

3. Nilai katabahan . Contohnya :

o Hakim tabah untuk meneruskan usaha menternak ayam walaupun terpaksa menanggung beban hutang dan menempuh pelbagai rintangan
yang lain .

4. Nilai tanggungjawab . Contohnya :

o Hakim berusaha untuk membersihkan nama dan maruah datuknya yang tercalar .

5. Nilai berdikari . Contohnya :

o Hakim tidak memohom bantuan daripada pihak kerajaan sebaliknya membuat pinjaman bank .

6. Nilai kebijaksanaan . Contohnya :

o Azam menggunakan kepakarannya dalam bidang guaman untuk membantu Hakim mendapatkan tanah yang menjadi haknya semula .
PENGAJARAN

1. Kita tidak seharusnya cepat putus asa , sebaliknya mengusahakan sesuatu dengan sungguh-sungguh . Contohnya :

o Hakim berusaha dengan sungguh-sungguh untuk mendapatkan hak keluarganya yang telah dirampas oleh raja .

2. Kita tidak seharusnya terlalu mengharapkan bantuan orang lain , sebaliknya kita hendaklah berdikari . Contohnya :

o Hakim tidak mengharapkan bantuan kerajaan sebaliknya berusaha mendapatkan pinjaman bank .

3. Kita sewajarnya bertanggungjawab menjaga dan membersihkan nama serta maruah keturunan kita . Contohnya :

o Hakim menunaikan tanggungjawab dengan membersihkan nama dan maruah datuknya .

4. Kita perlulah bersikap rasional dengan menggunkan saluran yang betul bagi menuntut kembali hak-hak . Contohnya :

o Hakim menggunakan saluran undang-undang / mahkamah untuk mendapatkan hak keluarganya yang telah dirampas oleh raja .

5. Kita hendaklah menolong orang yang memerlukan bantuan kita . Contohnya :

o Azam membantu Hakim mendapatkan haknya dan membersihkan nama serta maruah datuknya di mahkamah .

You might also like