You are on page 1of 6

BAB 7 USAHA KE ARAH KEMERDEKAAN

7.1 Latar Belakang Idea Negara Merdeka


Kesatuan Melayu Muda (KMM)

 Dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob


 Matlamat:
o Memperjuangkan kemerdekaan melalui Melayu Raya

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

 Dipimpin oleh Dr. Burhanuddin al-Helmi


 Matlamat:
o Menanam semangat kebangsaan
o Bekerjasama dengan kaum lain demi perpaduan
 Juga menggunakan konsep Melayu Raya

Angkatan Pemuda Insaf (API)

 Dipimpin oleh Ahmad Boestamam


 Matlamat:
o Permerintahan demokrasi dan dasar ekonomi yang berteraskan rakyat
 Berjuang secara lembut tetapi menggunakan kekerasan jika terpaksa
 Diharamkan oleh British atas imej radikal

Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak

 Dipimpin oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah


 Matlamat:
o Sarawak menjadi negeri merdeka di bawah pemerintahan Raja Brooke

Pergerakan Pemuda Melayu (PPM)

 Matlamat:
o Sanggup berkorban demi memerdekakan Sarawak
 Menubuhkan pasukan Rukun 13 untuk membunuh pengawai British dan Datu Melayu yang
sokong penyerahan Sarawak

United Malays National Organisation (UMNO)

 Dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar


 Matlamat:
o Menyatukan orang Melayu
o Mempertahankan hak bangsa Melayu
o Mempertahankan kedudukan Raja-raja Melayu
o Memerdekakan Tanah Melayu melalui perundingan
 Menentang Malayn Union

Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PKML)

 Dipimpin oleh Tengku Noordin dan Zakaria Gunn


 Matlamat:
o Memerdekakan Sabah daripada British
 Menggunakan dasar tidak bekerjasama dengan penjajah

Malayan Indian Congress (MIC)

 Diasaskan oleh John Thivy


 Matlamat:
o Bekerjasama dengan kaum lain untuk memerdekakan Tanah Melayu
o Kewarganegaraan kepada mereka yang taat setia kepada Tanah Melayu sebagai
tanah air

Hizbul Muslimin

 Dilahirkan daripada perhimpunan Majlis Agama Islam Tertinggi (terdiri daripada ulama)
 Matlamat:
o Memerdekakan Tanah Melayu sebagai negara Islam
 Telah diharamkan oleh British

Malayan Chinese Association (MCA)

 Dipimpin oleh Tan Cheng Lock


 Matlamat:
o Menjadikan Tanah Melayu yang berbilang kaum sebuah negara yang berdemokrasi
penuh
o Menyatukan masyarakat Cina dan bekerjasama dengan kaum lain untuk
memerdekakan Tanah Melayu

Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)

 Dipimpin oleh Dr. Burhanuddin al-Helmi


 Matlamat:
o Tanah Melayu merdeka dengan menjalankan hukum Islam
o Membina satu negara dan bangsa yang teguh
o Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang tunggal
Independence of Malayan Party (IMP)

 Diasaskan oleh Dato’ Onn Jaafar


 Beliau berpendapat tuntutan kemerdekaan tidak boleh dibuat tanpa kerjasama kaum lain
 Beliau mahu orang Melayu menjadi pemimpin tetapi kaum lain juga diberi hak politik dan
ekonomi

7.2 Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum


Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

 Juga dikenali sebagai Communities Liaison Committee (CLC)


 Ditubuh kerana British hanya memberikan kemerdekaan jika kerjasama antara kaum wujud
 Objektif pembentukan CLC:
o Mengkaji hubungan antara kaum
o Pembahagian sumber politik, ekonomi, dan sosial yang adil
o Harmoni dalam kalangan penduduk

Peranan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

Isu-isu yang dibincangkan

 Isu persediaan berkerajaan sendiri


 Isu kedudukan istimewa orang Melayu
 Isu orang Melayu tidak mendapat peluang yang sama dalam ekonomi
 Isu pemberian syarat kepada bukan Melayu
 Isu sistem persekolahan yang berbeza mengikut kaum

Kesan Peranan CLC terhadap Perpaduan Kaum

 Pilihan raya diadakan


 Kedudukan istimewa orang Melayu diperakui dan kepentingan sah kaum lain juga dijaga
 Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) ditubuhkan untuk memajukan luar bandar
 Syarat kewarganegaraan dilonggarkan kepada bukan Melayu
 Jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan yang diterima semua
7.3 Sistem Ahli
Pembentukan Sistem Ahli

 Tujuan: Melatih penduduk tempatan mentadbir sendiri

 Ahli-ahli Portfolio

Ciri-ciri Sistem Ahli

 Ahlinya bertaraf ‘Menteri’ dan menjaga satu portfolio


 Ahli dilantik oleh Pesuruhjaya British
 Ahli mencadangkan undang-undang yang berkaitan dengan portfolionya
 Merupakan sistem kabinet bayangan

Kepentingan Sistem Ahli ke Arah Kemerdekaan

 Pendedahan kepada penduduk tempatan dalam pentadbiran


 Memupuk perpaduan kaum kerana ahlinya daripada pemimpin berbilang kaum
 Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu mendapat sokongan semua penduduk

7.4 Sistem Pendidikan Kebangsaan

Beberapa laporan atau undang-undang tentang sistem pendidikan kebangsaan telah


diterbitkan

Laporan Barnes 1951

 Menekankan sekolah rendah sebagai tempat membina rupa bangsa


 Kandungan:
o Sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris
o Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris

Laporan Fenn-Wu 1951

 Berikutan bantahan masyarakat Cina terhadap Laporan Barnes


 Kandungan:
o Sekolah Cina diteruskan dengan berorientasikan Tanah Melayu
Ordinan Pelajaran 1952

 Undang-undang yang diluluskan bagi sistem pendidikan yang menggunakan bahasa rasmi
Persekutuan
 Kandungan:
o Terdapat dua jenis sekolah rendah, iaitu yang menggunakan bahasa Melayu dan
yang menggunakan bahasa Inggeris
o Bahasa ibunda diajar sekiranya terdapat 15 orang murid
o Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris

Laporan Woodhead di Sarawak

 Cadangan tentang pendidikan di Sarawak


 Diterima di Sabah dengan beberapa pindaan
 Kandungan:
o Sekolah menengah yang menggunakan bahasa Inggeris
o Menyeragamkan sukatan pelajaran
o Buku teks yang berunsur tempatan
o Pendidikan sivik diajar secara formal

Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956

 Mencadangkan sistem pelajaran kebangsaan yang baharu


 Kandungan:
o Sekolah Umum (rendah) menggunakan bahasa Melayu
o Sekolah Jenis Umum menggunakan bahasa Inggeris, Cina atau Tamil
o Bahasa Melayu dan Inggeris menjadi mata pelajaran wajib
o Sekolah Menengah Kebangsaan menggunakan bahasa Melayu
 Bahasa Inggeris menjadi mata pelajaran

7.5 Penubuhan Parti Politik


Kerjasama Politik ke Arah Kemerdekaan

Pakatan PUTERA-AMCJA

 Memupuk kerjasama politik antara kaum


 Melahirkan Manifesto Perlembagaan Rakyat:
o Pemerintahan sendiri
o Pembentukan Dewan Perundangan
o Menerima kewarganegaraan yang hanya satu

Persidangan Kebangsaan

 Disertai oleh IMP, MIC dan Persatuan Ceylonese Malaya


 Untuk membentuk gabungan parti politik kebangsaan yang bersatu
 Menuntut pilihan raya Persekutuan diadakan

Konvensyen Kebangsaan

 Dihadiri oleh UMNO, MCA dan PAS


 Mendesak British mengadakan pilihan raya Persekutuan

Pembentukan Parti Perikatan

 Dibentuk oleh UMNO, MCA dan MIC yang melambangkan tiga kaum terbesar

You might also like