You are on page 1of 3

1. Antara berikut , yang manakah bukan kriteria dalam pengurusan kewangan ?

A. Menetapkan matlamat
B. Menilai kedudukan kewangan
C. Mewujudkan pelan kewangan
D. Mengumpul dan menganalisis

2. Matlamat kewangan ditetapkan berdasarkan konsep SMART . Padanan yang manakah


adalah tidak benar ?

A. S – kemampuan
B. M – boleh akur
C. A – boleh dicapai
D. T – mempunyai kekangan masa

3. Yang manakah bukan kriteria dalam mewujudkan pelan kewangan ?

A. Aliran tunai
B. Pemasaran
C. Sistem kawalan kualiti
D. Refleksi

4. Nytakan definisi bagi pengurusan kewangan untuk sebuah syarikat .

- Pengurusan kewangan merupakan satu kaedah mengurus kewangan dalam


sesebuah syarikat dengan kaedah yang paling efektif untuk mencapai objektif
syarikat tersebut . Ini melibatkan perancangan strategi jangka pendek dan
jangka panjang dalam menguruskan kos perniagaan pada tahap yang optimum
bagi menghasilkan pulangan yang maksimum .

5. Menetapkan matlamat merupakan salah satu langkah dalam pengurusan kewangan yang
efektif . Nyatakan perbezaan antara untung bersih dan perolehan .

- Perolehan ialah pendapatan sebelum menolak kos perniagaan manakala


untung bersih ialah pendapatan selepas menolak kos perniagaan .

6. Melaksanakan pelan kewangan merupakan satu langkah dalam pengurusan kewangan yang
efektif . Nyatakan tiga contoh kekangan di luar kawalan yang mungkin berlaku .

- Peningkatan kos bahan mentah perubahan keadaan ekonomi dan malapetaka


seperti kebakaran kilang .

7. Mengkaji semula dan menyemak kemajuan merupakan salah satu langkah dalam
pengurusan kewangan yang efektif . Nyatakan satu aspek yang perlu dititikberatkan dalam
laporan kewangan bagi sesebuah syarikat .

- Melaporkan sama ada ada sesebuah syarikat mempunyai pertumbuhan atau


tidak di dalam laporan kewangannya . Jika untung bersih tahun semasa adalah
lebih tinggi daripada tahun sebelumnya , maka terdapat pertumbuhan dan
sebaliknya .

8. Jonathan bekerja sebagai seorang mekanik di sebuah kedai membaiki kereta dengan gaji
bulanan RM 3 000 . Dia berhasrat untuk membeli sebuah komputer riba baharu dengan
harga RM 4 000 melalui pinjaman yang ditawarkan oleh sebuah syarikat komputer , iaitu
bayaran ansuran bulanan bagi tempoh 1 tahun dengan kadar faedah 2% setahun .

a. Hitung jumlah ansuran bulanan ( betul kepada RM terdekat ) .

- RM 340

b. Huraikan proses pengurusan kewangan Jonathan berdasarkan lima proses yang terdiri
daripada

i. Menetapkan matlamat

- Matlamat Jonathan adalah untuk membeli sebuah komputer riba baru melalui
pinjaman dengan membayar ansuran bulanan sebanyak RM 340 dalam tempoh
1 tahun .

ii. Menilai kedudukan kewangan

- RM 340 merupakan 11.3 % daripada gajinya . Jika jumlah tanggungannya ialah


kurang daripada 88.7% daripada gajinya , dia mampu memiliki komputer
tersebut .

iii. Mewujudkan pelan kewangan

- Jonathan mesti berjimat-cermat dengan mengurangkan pembelian barangan


yang kurang penting supaya dia mampu membayar RM 340 setiap bulan dalam
tempoh 1 tahun .

iv. Melaksanakan pelan kewangan

- Jonathan mesti berdisiplin dan berjimat cermat dalam perbelanjaan agar


berjaya membayar ansuran sebanyak RM 340 setiap bulan dalam tempoh 1
tahun .

v. Mengkaji semula dan menyemak kemajuan

- Jonathan perlu mengkaji kedudukan kewangannya setiap bulan sama ada dia
menuju kejayaan untuk menjelaskan semua hutangnya dalam masa 1 tahun .
c. Huraikan proses pengurusan kewangan Jonathan berdasarkan konsep SMART .

- Specific ( Khusus )

 Membeli komputer riba baharu

- Measurable ( Boleh diukur )

 Jonathan perlu membayar ansuran bulanan berjumlah RM 340 selama


1 tahun .

- Attainable ( Boleh dicapai )

 RM 340 merupakan 11.3% daripada gajinya , dia seharusnya mampu


membayar ansuran bulanan sebanyak RM 340 .

- Realistic ( Realistik )

 Jika jumlah tanggungannya ialah kurang daripada 88.7% daripada


gajinya , membayar ansuran bulanan sebanyak RM 340 adalah
realistik .

- Time bound ( Mempunyai kekangan masa )

 Menjelaskan hutang dalam tempoh masa 1 tahun .

d. Adakah proses pengurusan kewangan Jonathan itu untuk jangka masa pendek atau
jangka masa panjang

- Jangka masa pendek .

You might also like