You are on page 1of 9

Tip Menganalisis Soalan Rumusan

1. Baca arahan soalan dengan telitinya , iaitu murid dikehendaki menulis rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan dengan merujuk sama ada dua atau tiga
bahan yang diberikan .

2. Baca petikan ( Bahan 1 ) dengan telitinya untuk mengesan F1 dan F2 yang terdapat dalam
petikan tersebut . Garisi / tandakan isi bagi F1 dan F2 yang ditemukan dalam petikan .

3. Teliti Bahan 2 dan juga Bahan 3 ( jika terdapat tiga bahan ) untuk mengesan F1 , F2 ,
mahupun F3 yang terdapat dalam bahan tersebut .

4. Pada kelazimannya , fokus bagi setiap bahan terdiri daripada :

i. Punca / faktor / sebab :

ii. Kesan / akibat / impak :

iii. Langkah / cara / kaedah :

iv. Ciri / kriteria / sifat :

v. Faedah / manfaat / kelebihan / kebaikan / kepentingan :

vi. Keburukan / kelemahan / kekurangan :

vii. Sumbangan / jasa / pengorbanan :

viii. Peranan / tanggungjawab / tugas :

5. Garis setiap perkataan yang menjadi F1 atau F2 dalam Bahan 1 supaya tumpuan dan
perhatian anda berpusat pada fokus tersebut .

6. Untuk menghasilkan rumusan yang cemerlang , anda perlu menulis sebanyak lapan isi yang
diambil daripada semua bahan yang diberikan dalam soalan .

7. Lapan isi tersebut mestilah terdiri daripada F1 , F2 , dan F3 ( jika ada tiga bahan ) .
Tip Menulis Pendahuluan Rumusan

1. Baca petikan yang dikemukan dengan telitinya .

2. Kesan F1 dan F2 yang terdapat dalam petikan .

3. Bina pendahuluan rumusan berdasarkan F1 dan F2 dalam petika tersebut .

4. Anda boleh menggunakan formula pembinaan pendahuluan seperti berikut :

Dua bahan yang diuji :

Pendahuluan + Fokus 1 + Fokus 2

Tiga bahan yang diuji :

Pendahuluan + Fokus 1 + Fokus 2 + Fokus 3

Contoh Pendahuluan 1 : ( Dua Bahan )

Rumusan membincangkan + F1 + F2
[ 2 markah ]

Contoh :
Rumusan membincangkan F1 punca-punca pencemaran alam sekitar dan F2 langkah-langkah
untuk menangani pencemaran alam sekitar .
[ 2 markah ]

Rumusan membincangkan + F1 / F2
[ 1 markah ]

Contoh :
Rumusan membincangkan F1 punca-punca pencemaran alam sekitar .
[ 1 markah ]
Contoh Pendahuluan 2 : ( Tiga Bahan )

Rumusan membincangkan + F1 + F2 + F3
[ 2 markah ]

Contoh :
Rumusan membincangkan F1 punca-punca pencemaran alam sekitar , F2 langkah-langkah
menangani pencemaran alam sekitar , dan F3 kesan-kesan pencemaran alam sekitar .
[ 2 markah ]

Rumusan membincangkan + F1 + F2
[ 1 markah ]

Contoh :
Rumusan membincangkan F1 punca-punca pencemaran alam sekitar dan F2 langkah-langkah
untuk menangani pencemaran alam sekitar .
[ 1 markah ]

Rumusan membincangkan + F1 + F3
[ 1 markah ]

Contoh :
Rumusan membincangkan F1 punca-punca pencemaran alam sekitar dan F3 kesan-kesan
pencemaran alam sekitar .
[ 1 markah ]

Rumusan membincangkan + F2 + F3
[ 1 markah ]

Contoh :
Rumusan membincangkan F2 langkah-langkah menangani pencemaran alam sekitar dan F3 kesan-
kesan pencemaran alam sekitar .
[ 1 markah ]
Tip Mengenal Pasti F1 dan F2 dalam Bahan 1 ( Petikan )

1. Baca petikan yang dikemukaka dengan teliti .

2. Cari idea utama yang terdapat dalam perenggan pertama . Garisi isi tersebut dan jadukan
sebagai F1 .

Contoh [ Punca Remaja Gagal Mengurus Kewangan ]

Mungkin kebanyakan remaja menggap bahawa kewangan merupakan perkara yang remeh dan
tidak perlu dimasukkan dalam nota penting perancangan masa depan mereka . Secara umumnya ,
sebilangan besar remaja di Malaysia gagal mengurus kewangan mereka . Hal ini dikatakan
demikian kerana mereka lebih cenderung menggunakan sumber kewangan yang diperoleh ke
arah perkara yang berbentuk kepuasan diri melebihi aspek kemampuan kewangan mereka .

3. Kemudian baca perenggan seterusnya untuk mengesan F2 yang terdapat dalam keseluruhan
petikan .

Contoh [ Kepentingan Pengurusan Kewangan ]

Statistik daripada Jabatan Insolvensi Malaysia berkaitan dengan pembabitan remaja dalam
pinjaman kewangan untuk tujuan memenuhi kehendak peribadi seperti kemewahan hidup
menunjukkan bahawa mereka memerlukan bimbingan dan pengetahuan yang baik tentang aspek
pengurusan kewangan . Setiap remaja seharusnya didedahkan sejak bangku persekolahan tentang
perbezaan antara konsep keperluan dengan kehendak dalam pengurusan kewangan bagi
mengelakkan mereka terjerumus dalam pengurusan kewangan yang tidak teratur . Begitu juga
dengan peranan ibu bapa dalam aspek pengurusan kewangan anak-anak . Mereka perlu mendidik
anak-anak dengan baiknya agar dapat memastikan sumber kewangan yang disalurkan dapat
digunakan sebaik-baiknya . Bagi remaja yang telah mampu menjana pendapatan sendiri ,mereka
bertanggungjawab sepenuhnya dalam aspek pengurusan kewangan mereka .

4. Untuk memudahkan anda mengesan F 1 dan F2 , baca petikan tersebut dengan teliti ,
kemudian guna panduan yang telah diberikan sebelum ini pada bahagian Tip Menganalisis
soalan Rumusan .

5. Garisi banyak isi F1 dan F2 yang terdapat dalam Bahan 1 .

6. Mulakan menulis F 1 dengan menggunakan kata kunci yang sesuai dan begitu juga dengan
F2.

7. Anda digalakkan menggunakan penanda wacana yang sesuai bagi menghubungkan setiap
isi . Sekiranya anda ingin menggabungkan dua isi gunakan kata hubung yang sesuai .
8. F1 dan F2 hendaklah ditulis dengan tepatnya dan padatnya agar jumlah patah perkataan
tidak melebihi jumlah perkataan yang telah ditetapkan .

9. Anda boleh menggabungkan maksimum dua isi bagi setiap fokus dalam satu ayat tanpa
mengubah maksud ayat asal tersebut .

10. Untuk menulis isi bagi setiap fokus dengan tepatnya , anda perlu melakukan perkara-perkara
yang berikut :

a. Contoh langsung tidak dimasukkan . Contoh langsung dapat dikenal pasti menerusi kata-
kata seperti : contohnya , umpanyanya , seperti , dan antaranya termasuklah . Contoh :

i. Masyarakat perlu berusaha bersama-sama untuk meningkatkan kesedaran


amalan membaca dalam kalangan generasi muda .

Contohnya dengan mengamalkan sikap membaca dan menyertai kempen yang


dianjurkan oleh kerajaan .

ii. Media massa seperti televisyen , majalah , akhbar , dan media sosial
menyampaikan maklumat tentang kesedaran menjaga alam sekitar .

 Masyarakat perlu berusaha bersama-sama untuk meningkatkan kesedaran amalan


membaca dalam kalangan generasi muda .

 Media massa menyampaikan maklumat tentang kesedaran menjaga alam sekitar .

b. Contoh tidak langsung tidak perlu disertakan dalam idea bagi setiap fokus . Contoh :

- Pekerja asing , antaranya dari negara India , Indonesia , Filipina , dan Bangladesh
telah mempercepatkan proses pembangunan negara .

Pekerja asing telah mempercepatkan proses pembangunan negara .

c. Huraikan sesuatu konsep tidak perlu ditulis dan hendaklah digugurkan . Contoh :

- Ibu bapa ialah orang yang dekat dengan anak-anak perlu menjadi suri teladan untuk
membentuk sahsiah terpuji dalam diri anak-anak .

Ibu bapa perlu menjadi suru teladan untuk membentuk sahsiah terpuji dalam diri anak-anak .
d. Frasa atau rangkai kata yang panjang hendaklah digantikan dengan sesuatu konsep yang
sama maksudnya . Contohnya :

i. ... perbuatan membuang sampah ke dalam parit , longkang , sungai , dan laut
( sikap masyarakat )

ii. ... teksi , kereta api , feri , perkhidmatan e-hailing , dan kapal terbang
( pengangkutan awam )

e. Jika terdapat dua isi yang bergabung dalam satu ayat , ambilkan kedua-dua bahagian
tersebut .

Contoh :
... penipisan lapisan ozon terjadi akibat pelepasan asap dari kilang-kilang ( idea 1 ) dan
asap kenderaan yang mengandungi karbon monoksida ( idea 2 ) .

Tip Mengenal Pasti Fokus dalam Bahan 2 dan Bahan 3

1. Baca dan teliti bahan yang terdapat dalam Bahan 2 dan Bahan 3 ( jika ada tiga bahan )

2. Bahan 2 dan Bahan 3 boleh terdiri daripada petikan , prosa , puisi , grafik , dan sebagainya
tetapi mempunyai tema yang sama dengan Bahan 1 .

3. Cari fokus yang hendak disampaikan dalam bahan-bahan tersebut . Pada kebiasaannya ,
fokus dalam Bahan 2 adalah sama dengan F1 yang terdapat dalam bahagian Bahan 1 .

4. Jika terdapat tiga bahan , hal ini bermaksud ada F2 yang perlu anda cari dalam bahan
tersebut .

5. Pastikan anda memilih sekurang-kurannya satu isi yang terdapat daripada Bahan 2 dan
Bahan 3 tersebut .

6. F3 yang terdapat dalam Bahan 3 juga akan ditulis dalam pendahuluan rumusan .

Tip Menulis Kesimpulan / Penutup Rumusan

1. Anda perlu mengingati idea keseluruhan petikan semula dan F1 , F2 , serta F3 untuk menulis
kesimpulan / penutup .

2. Fikirkan penutup berkaitan dengan fokus soalan atau perkara yang difokuskan dalam petikan
.

3. Bina kesimpulan / penutup dengan menggunakan kaedah yang berikut :

Kesimpulannya + Cadangan + Tema + Kesan


4. Gunakan kata hubung untuk menggabungkan ketiga-tiga unsur tersebut ( Cadangan + Tema
+ Kesan ) . Contohnya , agar , bagi , supaya , untuk , kerana , dan sebagainya .

5. Anda perlu menentukan tema petikan dan bahan dengan tepatnya .

6. Yang berikut merupakan cadangan kaedah menulis kesimpulan / penutup .

Contoh formula :

Kesimpulannya , Siapa ? + perlulah / hendaklah _ tema petikan BUSA + kebaikan cadangan .

+ve : bekerjasama merealisasikan , menyokong , menggalakkan

Kesimpulannya Semua pihak Perlulah +ve ? Tema BUSA Kebaikan


, / pelbagai Hendaklah -ve ? *rujuk bagi **mengikut
pihak Haruslah arahan untuk skop /
Mestilah petikan supaya bidang
agar tema
petikan
( Rujuk
jadual )
-ve : bekerjasama membendung , mengelakkan , membasmi

Skop / Bidang Cadangan Kebaikan


( Rujuk Tema )

Pendidikan BUSA

... imej negara dipandang tinggi

... meningkatkan taraf hidup

... melahirkan modal insan cemerlang

Ekonomi BUSA

... negara maju / negara membangun

... taraf hidup masyarakat meningkat

... ekonomi negara meningkat

Sosial BUSA

... kemakmuran negara dapat dikekalkan

... masyarakat sejahtera

... negara sentiasa dipandang tinggi

Alam Sekitar BUSA

... kehidupan yang lebih sihat

... masyarakat hidup lebih baik

... kelestarian alam terjaga .

7. Akhir sekali , anda perlu mengira jumlah perkataan yang telah ditulis .

8. Pastikan rumusan yang anda tulis hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan .
9. Jika hsil rumusan yang anda tulis melebihi 120 patah perkataan , anda boleh memotong
mana-mana perkataan yang tidak penting untuk mengurangkan jumlah perkataan tersebut .

10. Tulis jumlah patah perkataan rumusan pada bahagian kanan bawah rumusan anda .

You might also like