You are on page 1of 4

TEKNIK MENJAWAB SOALAN GEOGRAFI STPM

1. Teknik menjawab soalan struktur:


a. Soalan struktur perlu dijawab dalam bentuk essei pendek.
b. Pastikan huraian tidak melebihi ruangan kertas yang disediakan.
c. Soalan 3m = 1 isi, soalan 4m= 2 isi, soalan 6m=3 isi

2. Teknik menjawab soalan essei:


a. Pelajar perlu menjawab dalam bentuk perenggan.
b. Bilangan isi diperlukan:
i. Soalan 4m = 2 isi
ii. Soalan 6m = 3 isi
iii. Soalan 10m = 5 isi
iv. Soalan 12m = 6 isi
v. Soalan 13m = 6 isi + 1 kesimpulan
c. Bagi soalan Bagaimana, jumlah markah ialah 13m di mana 4 isi diperlukan iaitu 1 isi=3m
dan 1 kesimpulan=1m.
d. Isi kempen dan pendidikan boleh digunakan di bahagian soalan struktur.
e. Isi pencemaran hanya sekali sahaja boleh digunakan.
f. Hakisan dan pergerakan jisim adalah 2 isi berbeza dan boleh dijadikan 2 isi.
Contoh:
Bagi kejadian tanah runtuh, isi ialah pergerakan jisim. Huraian kejadian tanah
runtuh.
g. Isi kepupusan flora dan fauna TIDAK BOLEH digunakan, tetapi digantikan dengan istilah
ancaman terhadap flora dan fauna atau gangguan terhadap flora dan fauna.
h. Isi penyahutanan TIDAK BOLEH digunakan, tetapi digantikan dengan isi penebangan
hutan.

3. Teknik menjawab berdasarkan kata kunci:


a. Apakah - Soalan konsep, ada ketika diminta berikan definisi.
b. Nyatakan / Senaraikan – Berikan isi sahaja tanpa huraian.
c. Huraikan / Jelaskan / Bincangkan – Berikan huraian terperinci
d. Faktor –
i. Perlu ada perkataan PENEGASAN sebelum atau selepas isi yang dipilih.
Contoh: Pertambahan, berleluasa, tanpa kawalan, berlebihan, peningkatan,
berterusan, berkurangan
ii. Di bahagian huraian, FAKTOR PERLU DIBANDINGKAN.
Contoh: Litupan awan yang tebal akan menurunkan hujan yang lebat
manakala litupan awan yang nipis akan menyebabkan hujan kurang turun.
iii. Jika soalan seperti: Bincangkan faktor yang menyebabkan berlakunya
pencemaran udara (12m), calon perlu berikan dua faktor iaitu faktor fizikal dan
faktor manusia. [Nisbah bilangan isi faktor fizikal dan faktor manusia adalah
BEBAS]

e. Kesan –
i. Ada soalan memerlukan jawapan yang mengandungi kesan positif dan negatif.
Contoh: Bincangkan kesan kemarau terhadap aktiviti manusia.
Calon perlu memberi isi yang mengandungi kesan positif dan kesan negatif.
[isi positif – meningkatkan perniagaan ais | isi negatif – menjejaskan aktiviti
pertanian]

ii. Terdapat juga soalan kesan yang memerlukan isi negatif sahaja.
Contoh: Bincangkan kesan pembakaran terbuka kepada alam sekitar fizikal.

iii. Contoh isi bagi soalan kesan banjir terhadap alam sekitar fizikal:
 Peningkatan hakisan
 Peningkatan pemendapan
 Memusnahkan habitat

iv. Bagi soalan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar fizikal:
 Aktiviti pertanian
 Aktiviti Perindustrian
 Aktiviti perlombongan

f. Langkah –
i. Terdapat DUA langkah mengatasi isu alam sekitar:
 Langkah Perundangan
 [Pemeliharaan] – Akta Kualiti Alam Sekeliling, hukuman,
penguatkuasaan, mewartakan hutan simpan, laporan EIA
 Langkah Bukan Perundangan
 [Pemuliharaan] – Pengurusan/Kestrukturan/Kejuruteraan
Langkah kestrukturan = Langkah yang melibatkan pembinaan
seperti bina gabion, benteng, tembok, groin
 Contoh soalan: Bincangkan langkah yang perlu diambil dalam menangani
isu pencemaran udara di bandar (12m).
 Kata kunci soalan Langkah. Calon wajib memberi isi yang terdiri
daripada Langkah perundangan dan Langkah bukan
perundangan.

g. Cadangkan –
i. Bagi soalan cadangkan, SEBELUM perkataan isi yang dipilih, perlu ada perkataan
PENGUKUHAN atau perkataan yang menunjukkan peningkatan seperti
MEMPERGIATKAN / MENAMBAH / MEMPERTINGKATKAN /
MEMPERKUKUHKAN / MENGGALAKKAN DAN LAIN-LAIN

h. Sejauhmanakah –
i. Soalan ini ada ISI PRO dan ISI KONTRA. Nisbah bilangan isi pro dan isi kontra
adalah bebas
 Isi pro – menyokong soalan
 Isi kontra – ada faktor lain
 Sebelum masuk isi kontra, perlu ada ayat
“WALAUBAGAIMANAPUN TERDAPAT FAKTOR LAIN atau SELAIN
ITU, TERDAPAT FAKTOR LAIN”
i. Bagaimanakah –
i. 1 isi=3m (ISI + PROSES + KESAN)

j. Cabaran –
i. Mesti ada kata penegasan PERLUASAN / PENINGKATAN / LEMAH
Contoh: Teknologi rendah/ modal kurang/ kekurangan tenaga buruh

ii. Contoh soalan: Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh negara Malaysia dalam
memajukan kegiatan pertanian. (12m)
 Bagi menjawab soalan CABARAN, calon perlu menyatakan CABARAN /
MASALAH / KEKURANGAN yang dihadapi bagi menghadapi sesuatu isu.
 Perlu merangkumi isi ekonomi, teknologi, politik, sosial dan budaya,
modal, Kerjasama antarabangsa / pasaran antarabangsa
k. Pengaruh –
i. Contoh soalan: Jelaskan pengaruh suhu terhadap proses luluhawa.
 Isi dan huraian mesti ada perkataan BERTAMBAH / BERKURANG /
MENINGKAT / MENURUN

*********************************************************************************

TAMBAHAN TEKNIK

1. Jawapan perlu mengikut urutan. Contoh soalan: Nyatakan 3 sektor ekonomi.


a. Sektor primer
b. Sektor sekunder
c. Sektor tertier

2. Kesan perubahan iklim terhadap alam sekitar fizikal:


a. Kemarau
b. Banjir
c. Pencairan ais
d. Ribut

3. Isi kepupusan flora dan fauna perlu DIGANTI dengan ANCAMAN TERHADAP FLORA DAN
FAUNA atau GANGGUAN TERHADAP FLORA DAN FAUNA

4. Langkah kestrukturan = Langkah kejuruteraan


a. Melibatkan pembinaan yang dilakukan oleh manusia
b. Contoh: memotong atau menarah bukit / membina benteng / membina gabion /
membina cerucuk kayu atau besi / memasang jaring dawai / menyimen permukaan
cerun / membina sistem longkang / membina parit di cerun

5. Aktiviti pertanian terdiri daripada:


a. Aktiviti penebangan pokok
b. Aktiviti membajak
c. Aktiviti meracun makhluk perosak
d. Aktiviti membaja
e. Aktiviti pembakaran sisa pertanian
f. Aktiviti membina teres
g. Aktiviti menuai

6. MEWARTAKAN HUTAN SIMPAN – Langkah Perundangan

7. Bentuk Kerjasama seperti PROTOKOL – Langkah Bukan Perundangan

8. Sekiranya soalan “Berdasarkan contoh negara tertentu” calon perlu memberi nama negara
tersebut, atau jika soalan bertanyakan DI SESEBUAH KAWASAN, maka calon perlu memberi
nama kawasan yang dikaji.

9. Pencemaran udara dan Jerebu dikira sebagai 2 isi. (lain)

10. Kesimpulan TIDAK BOLEH MENGULANG BALIK isi yang telah digunakan di dalam jawapan.
Boleh diberikan CADANGAN PENAMBAHBAIKAN atau menyimpulkan Langkah terbaik. Ayat
kesimpulan perlu nampak kematangan.

11. Jika soalan menggunakan Sistem Bumi = Atmosfera, Litosfera, Biosfera, Hidrosfera.

12. Jika soalan menggunakan Alam Sekitar Fizikal = Atmosfera, Geomorfologi, Ekologi,
Hidrologi

You might also like