You are on page 1of 17

EKONOMI SPM 2018

Pada tahun 2018 bermulanya sistem peperiksaan ekonomi spm format baru mengikut sukatan baru yang
mula diperkenalkan bermula tahun 2017 kepada pelajar tingkatan empat.

Kertas soalan ekonomi masih mengekalkan sistem kertas satu dan kertas dua tetapi mempunyai sedikit
penambahbaikkan yang perlu difahami dengan baik oleh pelajar.

KERTAS 1 ( 40% )

Terdiri daripada 40 soalan aneka pilihan dan gabungan yang diikuti dengan empat pilihan jawapan A,B,C,
dan D.Konstruk soalan ialah mengetahui & memahami (60%) manakala soalan kemahiran (40%).
Soalan di ambil daripada semua bab yang dipelajari tingkatan 4 & 5 dengan aras kesukaran 2:3:5.
Terdapat juga soalan pernyataan masalah betul atau salah.
Bahagian ini akan menyumbangkan 40% markah keseluruhan untuk SPM ekonomi dan 60% lagi daripada
bahagian B.
Contoh soalan memahami dan mengingat.
Unit ekonomi

En. Ismail Syarikat Pribumi X

Apakah kekurangnan bagi X ?

A Faktor pengeluaran. C Wang dan masa
B Pendapatan/hasil negara D Modal memulakan perniagaan

Contoh soalan gabungan

Semasa berlaku inflasi, Bank Pusat akan mengetatkan syarat sewa beli.
Apakah kesannya kepada pengguna?
I Membayar pinjaman dengan kadar lebih tinggi.
II Dapat berbelanja dengan lebih baik
III Dapat menambahkan jumlah tabungan
IV Permintaan pengguna dipasaran berkurangan.
A I dan III C II dan III
B I dan IV D II dan IV

Contoh soalan pernyataan

I Hukum permintaan menyatakan bahawa semakin tinggi harga sesuatu barang maka permintaan
terhadap barang tersebut akan berkurangan. ( betul / salah )
II Geraf permintaan sesuatu barangan berhubung secara positif dengan kadar harga. ( betul/salah )

Peringatan : Baca stimulus soalan dan faham kehendak soalan sebelum membuat pilihan jawapan.
KERTAS 2 ( 60% ) – masa cadangan 1 jam.

Soalan bahagian ini dibahagikan kepada 2 bahagian penilaian.

BAHAGIAN A – Terdiri daripada 3 soalan yang wajib dijawab dengan keseluruhan markah 60%
Soalan terdiri daripada pernyataan asas seperti:
- Definisi
- Pemahaman
- Maksud
- Kuantitatif
Setiap soalan diikuti ruang jawapan dan markah yang diperuntukan adalah kurang daripada
6 markah.
Setiap satu soalan mempunyai pecahan kecil soalan yang mempunyai markah keseluruhan
20 markah.Minima 4 soalan pecahan dan maksima 6 soalan pecahan.
Contoh.
1. a) atau a) soalan OP 1
b) b) 8 – 10 markah
c) c) Soalan kuantitatif
d) d) i. KBAT 8 --- 10 markah
ii.
Agihan soalan mengikut bab
Soalan 1 -- bab 1 & 2
Soalan 2 -- bab 3 & 4 Tingkatan 4
Soalan 3 -- bab 5 & 6 Tingkatan 5
Soalan 3 adalah ekonomi makro yang melibatkan KBAT terbuka.

Contoh soalan mengingat dan memahami.

1. a) Jelaskan tujuan belanjawan Negara (2m) * jawapan ikut skema buku teks.
Jawab lebih drpd 2 isi lebih selamat.
b) Huraikan sektor berikut (4m)
i. Sektor utama * Skema lebih dari markah yg diberi.
Ikut juga situasi sebenar.

c) Soalan aplikasi /KBAT -- ada rajah atau stimulus (6m)

* Baca dan faham stimulus/rajah.
* Kenalpasti bab soalan dan unit soalan terlibat.
* Jelaskan jawapan berdasarkan ilmu ekonomi yang dipelajari

d) Soalan format kuantitatif ( isu kontemporari )

* Soalan berpandukan jadual atau rajah berangka
* Beri jawapan yang munasabah ikut skala ekonomi
* Ada isi dan huraian (1-4m) -- bagi lebih dari satu isi dan huraian
BAHAGIAN B -- cadangan masa 1 jam 30 minit
– Mempunyai empat soalan dan pilih dua untuk dijawab.
Soalan aras tinggi dan perlu kemahiran KBAT serta isu-isu semasa.
Satu soalan 20 markah yang diagihkan kepada unit kecil seperti:
No.4 a- 6 m atau 7 m atau 7m atau 7 m
b- 6 m atau 5 m atau 7m atau 6 m
c- 8 m atau 8 m atau 6m atau 6 m

Soalan respon terbuka.

Jenis soalan ialah Terangkan, Jelaskan, Huraikan, Pada pendapat anda dan berbagai jenis
soalan umum yang memerlukan pelajar memberi idea dan pendapat sendiri.
Kebanyakkan soalan ini dibantu oleh bahan ransangan seperti cetakan isu-isu semasa ,petikan
Atau data-data analisis ekonomi.

Rubrik pemarkahan
Analatikal - jawapan soalan a & b - Semak macam jawapan bahagian A
Skema biasa / ese

Holistik - jawapan soalan c - jawapan esei sepenuhnya

Baca & nilai ( ada isi dan huraian)
 jawapan cadangan sedia ada dan cadangan baru.

Soalan melibatkan rajah/jawapan yang disokong rajah.

*lukis rajah dengan jelas – huraikan pembentukan dan fungsi yg sesuai dengan jelas.
Kaitkan rajah dengan ekonomi semasa yang logik/boleh diterima.

Soalan umum ( soalan c )

*soalan berpandukan ransangan sumber semasa – petikan atau berita

Soalan bercampur bab

*baca dan faham kehendak soalan
Tentukan soalan berada pada bab mana.Jawapan perlu rujuk pada bab tersebut.
BAB 1 : PENGENALAN KEPADA EKONOMI

1.1 Konsep Kekurangan, pilihan dan Kos Lepas

-Takrif ilmu ekonomi
-Konsep kurangan dan pilihan
-Faktor pengeluaran
-Takrif kos lepas & analisis kos
-Keluk kemungkinan pengeluaran
1.2 Sistem Ekonomi dan Penyelesaian Masalah Ekonomi
-Masalah asas ekonomi
-Sistem ekonomi

Contoh soalan objektif:

1. Ilmu ekonomi mengkaji bagaimana manusia menggunakan sumber ekonomi yang

A terhad untuk memenuhi kehendak yang terhad.
B tidak terhad untuk memenuhi kehendak yang terhad.
C terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad.
D tidak terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad.

2. Antara berikut yang manakah berkaitan dengan kehendak yang tidak terhad?
I Kehendak manusia adalah tidak terhad.
II Manusia tidak pernah berpuashati dengan apa yang diperolehi.
III Apabila sesuatu barang dapat dipenuhi,wujud kehendak yang baru.
IV Kehendak manusia merangkumi keperluan asas sahaja.

A I dan II C III dan IV

B I I dan III D I dan IV

3. Rajah 1 menunjukkan sumber-sumber ekonomi yang perlu untuk mengeluarkan barang-barang dan
perkhidmatan.

Faktor-faktor Pengeluaran

Buruh Tanah Usahawan Y

Y adalah satu daripada sumber tersebut.

Apakah ganjaran yang diberi kepada penyumbang Y?
A Upah C Faedah
B Sewa D Untung

4. Apakah yang dimaksudkan dengan sumber ekonomi ?

A Hasil kekayaan bumi sahaja
B Pembahagian kekayaan negara dikalangan penduduk
C Faktor-faktor pengeluaran yang diperlukan untuk menghasilkan barang sahaja.
D Faktor-faktor pengeluaran yang diperlukan utuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.

5. Antara berikut,yang manakah bukan sumber ekonomi ?

A Kilang Perindustrian C Pengurus ladang
B Pekerja ladang D Siswazah

6. Pernyataan manakah salah.

Sumber Ekonomi Ganjaran Diterima

A Tanah Hasil
B Buruh Upah
C Modal Faedah
D Usahawan Untung

7. Antara pernyataan berikut,manakah yang tidak benar?

Faktor Pengeluaran Huraian

A Buruh Menyumbangkan tenaga fizikal atau mental
B Tanah Menjadi semakin mahal dalam jangka panjang
C Modal Terdiri daripada jentera dan kilang
D Usahawan Faktor pengeluaran yang tidak terhad penawarannya

8. Apakah objektif utama penggunaan faktor pengeluaran oleh firma?

A Mencapai agihan saksama
B Memaksimumkan kepuasan
C Memenuhi kehendak manusia
D Memaksimumkan keuntungan

9. Apakah tujuan membuat pilihan apabila melaksanakan sesuatu projek?

A Meminimumkan kos pengeluaran
B Memaksimumkan kepuasan pengguna
C Memaksimumkan kebajikan masyarakat
D Mengikut keutamaan dan dilaksanakan apabila perlu

“Kekurangan faktor pengeluaran mewujudkan pilihan”

10. Pernyataan dalam masalah ekonomi di atas dibuat untuk memaksimumkan

A keluaran C kebajikan
B kepuasan D keuntungan

11.Pernyataan manakah yang menerangkan maksud kos lepas bagi firma?

A Kos yang dibayar walaupun proses pengeluaran tidak dijalankan.
B Perbelanjaan yang dikeluarkan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.
C Keluaran kedua terbaik yang dilepaskan bagi mendapatkan keluaran terbaik.
D Input yang ditambah dalam proses pengeluaran bagi meningkatkan output.

12.Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak benar tentang pilihan ?

A Isi rumah membuat pilihan berdasarkan kepuasan yang maksimum.
B Firma membuat pilihan berdasarkan keuntungan yang maksimum.
C Firma membuat pilihan berdasarkan keutamaan barang pilihan kerajaan.
D Kerajaan membuat pilihan berdasarkan kebajikan masyarakat yang maksimum.

13 .Pernyataan berikut merujuk kepada suatu masalah kos lepas itu.

Projek kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk

mencapai kebajikan yang maksimum kepada raykat.

Unit ekonomi yang manakah mengalami masalah kos lepas itu?

A Seorang suri rumah
B Pemilik sebuah kilang
C Kementerian Pertanian Malaysia
D Perbadanan Pembangunan Infrastruktur Negara

14. Antara berikut, yang manakah dikelaskan sebagai barang percuma?

A Barang yang penawarannya tidak terhad
B Barangan yang disediakan oleh kerajaan
C Hadiah gelas daripada pembelian ubat gigi
D Sampel barang yang diedarkan oleh syarikat syampu secara percuma

15. Antara berikut, yang manakah menerangkan ciri-ciri barang ekonomi?

A Kos lepas sifar
B Penawarannya terhad
C Disediakan oleh kerajaan
D Digunakan oleh semua orang

16. Senarai dibawah menunjukkan contoh barang dalam ekonomi.

* Beras
* Gula
* Serbuk Kopi
Pernyataan yang manakah benar tentang ciri kumpulan barang tersebut?
A Dikeluarkan oleh kerajaan
B Penawaran tidak terhad
C Bersifat kekurangan
D Tiada kos lepas

17. Gambar 1 ialah iklan promosi jualan kereta.

Gambar 1

Apakah jenis barang dalam iklan itu?

Kereta Telefon Bimbit

A Barang ekonomi Barang ekonomi
B Barang ekonomi Barang percuma
C Barang awam Barang ekonomi
D Barang awam Barang percuma

 Melibatkan kos lepas

 Barang ini ada harga

18. Antara berikut yang manakah dapat menerangkan jenis barang di atas?
A Air hujan C Pertahanan Negara
B Alat-alat sukan D Perkhidmatan bomba

19. Antara berikut, yang manakah bukan menerangkan ciri-ciri barang percuma?
A Kos lepas sifar
B Penawarannya tidak terhad
C Disediakan oleh kerajaan
D Digunakan oleh semua orang

20. Antara yang berikut, ciri yang manakah membezakan barang ekonomi dengan barang awam?
I Bayaran
II Kos lepas
III Kuantiti penawaran
IV Pihak yang mengeluarkan
A I dan II C III dan IV
B I I dan III D I dan IV

Soalan 21 dan 22 merujuk kepada geraf di bawah.

Makanan

*Q

0 Pakaian

21. kawasan Q merujuk kepada

A Tingkat pengeluaran yang paling maksimum
B Ketidakmampuan sumber untuk menghasilkan pengeluaran.
C Kawasan pengeluaran yang boleh ditingkatkan
D Berlaku pengangguran dan lebihan sumber dalam pengeluaran

22. Apakah andaian yang perlu dalam membentuk keluk di atas?

I Ekonomi hanya mengeluarkan dua jenis barang
II Ekonomi telah mencapai guna tenaga penuh
III Tingkat teknologi masih rendah dan boleh ditingkatkan
IV Sumber pengeluaran tidak digunakan sepenuhnya.
A I dan II C III dan IV
B I I dan III D I dan IV

23. Gambar di bawah menunjukkan sejenis barang dalam ekonomi.

Apakah ciri barang tersebut?

A Semua individu boleh memilikinya C Melibatkan kos lepas
B Penawaran tidak terhad D Tiada pengecualian penggunaan

24. Soalan berdasarkan jadual di bawah

Teknik pegeluaran Barang X (unit) Barang Z (unit)

A 200 50
B 160 80
C 100 120
D 60 150
Jika pengeluar mengubah teknik pengeluaran dari C ke D,Berapakah unit barang X terpaksa
dilepaskan
untuk mengeluarkan 150 unit barang Z ?
A 30 C 60
B 40 D 90

25. Encik Ramli telah menanam 1000 pokok pisang di atas tanah seluas 3 ekar milik ibunya.
Dalam situasi ini,beliau telah dapat menyelesaikan masalah
I apa yang hendak dikeluarkan
II berapa yang hendak dikeluarkan
III bagaimana cara hendak dikeluarkan
IV untuk siapa hendak dikeluarkan
A I dan II C III dan IV
B I I dan III D I dan IV

26. Pernyataan berikut adalah berkaitan dengan Syarikat Z.

Syarikat Z mengeluarkan minyak masak dengan menggunakan

kaedah intensif modal

Apakah masalah asas ekonomi yang telah diselesaikan oleh Syarikat Z?

I Apa yang hendak dikeluarkan
II Bagaimana hendak dikeluarkan
III Berapa yang hendak dikeluarkan
IV Untuk siapa hendak dikeluarkan
A I dan II C III dan IV
B I I dan III D I dan IV

27. Golongan kaya berupaya memperolehi lebih banyak barangan dalam sistem ekonomi
kapitalis berbanding golongan miskin.
Apakah masalah asas ekonomi yang telah diselesaikan.
A Apa barang yang hendak dikeluarkan.
B Bagaimana barang dikeluarkan.
C Berapa barang yang dikeluarkan.
D Untuk siapa barang dikeluarkan.

28.Barangan yang hendak dikeluarkan dipasaran adalah berdasarkan

A kuasa pasaran C keputusan kerajaan
B keputusan firma D permintaan masyarakat

29. Antara berikut yang manakah merupakan penyelesaian kepada masalah untuk siapa barang itu
dikeluarkan dalam sistem kapitalis?
A Keputusan firma C Kuasa beli pengguna
B Keputusan kerajaan D Ikut undang-undang Negara

30. Bagaimanakah sistem ekonomi campuran menyelesaikan masalah apa yang hendak dikeluarkan?
I Mekanisme harga
II Keputusan kerajaan
III Keputusan pengeluar
IV Corak perbelanjaan pengguna
A I dan II C III dan IV
B I I dan III D I dan IV

31. Berikut adalah pasangan sistem ekonomi yang diamalkan oleh negara-negara tertentu. Antara berikut
pasangan manakah yang tidak benar?
A Sistem ekonomi campuran -- Malaysia
B Sistem ekonomi islam -- Arab Saudi
C Sistem ekonomi sosialis -- Singapura
D Sistem ekonomij kapitalis – Amerika Syarikat

32. * Subsidi
* Sistem percukaian
* Penggubalan undang-undang
Keadaan di atas wujud dalam sistem ekonomi …
A kapitalis C campuran
B sara diri D perancangan pusat

33. Antara berikut yang manakah bukan kelemahan sistem ekonomi kapitalis?
A Persaingan yang sihat
B Tidak menyediakan baragan awam
C Agihan pendapatan yang tidak seimbang
D Kebajikan masyarakat tidak dipentingkan

34. Antara pernyataan berikut yang manakah tidak menggambarkan konsep pengguna sebagai raja
dalam sistem ekonomi pasaran bebas?
A Pengguna mempunyai kuasa beli dan kemampuan membeli.
B Segala keputusan ekoomi ditetapkan oleh pengguna dan kerajaan.
C Pengguna bebas memilih barang dan perkhidmatan yang dikehendaki.
D. Pengguna boleh menentukan cara sumber-sumber ekonomi diperuntukan.
35. Apakah sistem ekonomi yang menggunakan mekanisme harga untuk menentukan jenis barang yang
dikeluarkan?
I Sistem Ekonomi Kapitalis
II Sistem Ekonomi Perancangan Pusat
III Sistem Ekonomi Sosialis
lV Sistem Ekonomi Islam
A I dan II C III dan IV
B I I dan III D I dan IV

36. Bagaimanakah kerajaan campur tangan bagi menyelesaikan masalah apakah yang hendak
dikeluarkan dalam sistem ekonomi campuran?
A Mengawal tingkat harga barang
B Mengeluarkan barang awam
C Menggalakkan penggunaan teknologi moden
D Mengehadkan pengeluaran lesen perniagaan

37. Antara berikut yang manakah benar tentang Sistem Ekonomi Perancangan Pusat?
Pemilikan sumber Pembuat keputusan Penentuan harga
A Milik individu Pihak pengguna dan Kuasa pasaran
pengeluar
B Milik mutlak Allah Ikut syariat dan akidah Kerajaan
S.W.T
C kerajaan Pengguna dan pengeluar Kuasa pasaran
D Milik mutlak kerajaan Ditetapkan oleh kerajaan kerajaan

38. Antara berikut yang manakah kelemahan sistem ekonomi terancang?

I Masyarakat kurang berusaha kerana tiada persaingan
II Menghalang kebebasan rakyat memiliki sumber
III Agihan pendapatan tidak seimbang
IV Kebajikan rakyat terabai
A I dan II C III dan IV
B I I dan III D I dan IV

39. Antara berikut,yang manakah merupakan persamaan antara sistem ekonomi perancangnan pusat
dengan sistem ekonomi campuran?
A Harga barang ditentukan oleh mekanisma harga.
B Pengeluar memaksimuman keuntungan
C Mengutamakan kebajikan rakyat.
D Pengguna menjadi raja.

40. Apakah persamaan ciri sistem ekonomi Islam dengan sistem ekonomi perancangan pusat?
A Wujud persaingan antara firma
B Mengutamakan kebajikan masyarakat
C Sumber ekonomi dimiliki oleh kerajaan
D Harga ditentukan oleh mekanisme harga.

41. Maklumat berikut berkaitan dengan ciri sistem ekonomi dua buah Negara .

Negara A Negara B
Harga ditentukan oleh kuasa Harga ditentukan oleh kerajaan
pasaran pusat

Apakah sistem ekonomi yang diamalkan oleh kedua-dua negara tersebut?

Negara A Negara B
A Kapitalis Sosialis
B Sosialis Campuran
C Campuran Kapitalis
D Sosialis Kapitalis

42. Pasangan yang manakah benar?

Sistem Ekonomi Ciri-ciri
A Perancangan pusat *pengguna bebas buat pilihan
*Kebajikan masyarakat
diutamakan
B Kapitalis *harga ditentukan oleh
mekanisme harga.
*Sumber ekonomi dikawal
sepenuhnya oleh kerajaan
C Campuran *Harga ditentukan oleh
mekanisme harga dikawal
kerajaan.
* sumber ekonomi dimiliki
sepenuhnya oleh firma
D Islam *wujud persaingan sihat
*kebajikan masyarakat
dititikberatkan

43.Maklumat berikut berkaitan dengan satu sistem ekonomi.

** masalah ekonomi diselesaikan oleh mekanisme harga**

Pihak yang manakah berkuasa membuat keputusan dalam sistem ekonomi di atas?
I Isi rumah
II Firma
III Kerajaan
IV Pemilik faktor
A I dan II C III dan IV
B I I dan III D I dan IV

Soalan pernyataan masalah.

Jawapan berpandukan jadual di bawah

Pernyataan 1 Pernyataan 2
A Betul Betul
B Betul Salah
C Salah Salah
D Salah Betul

44. I Ibn Khaldun merupakan tokoh intelektual islam dan dikenali sebagai Bapa ilmu Ekonomi.
II Ahli ekonomi neoklasik mementingkan kekayaan untuk kebajikan manusia.

45. I Keluk Kemungkinan Pengeluaran dapat menjelaskan kecekapan dalam proses pengeluaran yang
melibatkan banyak jenis barang.

II Kawasan yang berada di luar Keluk Kemungkinan Pengeluaran adalah kawasan yang tidak dapat
dicapai dalam proses pengeluaran.

46 I Malaysia adalah salah sebuah Negara yang mengamalkan sistem ekonomi campuran.
II Amalan sistem ekonomi campuran adalah gabungan kebaikan yang terdapat dalam
sistem ekonomi kapitalis dan sistem ekonomi sosialis.

47 I Masalah kekurangan wujud disebabkan keinginan manusia yang tidak terhad.

II Kekurangan yang wujud dalam setiap unit ekonomi dapat diatasi tanpa perlu membuat pilihan.

KERTAS 2

BAHAGIAN B

No.1 a. Jelaskan konsep ekonomi yang anda faham ? (3m)

________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________

b. Berikan pendapat ahli ekonomi di bawah

i. Ahli ekonomi neoklasik (2m)

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

ii. Ahli ekonomi moden (2m)

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

2 a. Berikan maksud-maksud berikut

i. Kekurangan (2m)

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

ii. Pilihan (2m)

iii. Kos Lepas(2m)

b. Bezakan bagaimana isi rumah dan firma menyelesaikan masalah ekonomi?(5m)

________________________________________________________________________________

3.a. Terangkan kepentingan usahawan dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan? (3m)

_________________________________________________________________________________

b. Sebutkan tiga faktor lain yang diperlukan dalam proses pengeluaran barangan? (3m)

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

Soalan berpandukan rajah di bawah.

Makanan

Namakan keluk ini: _________________________________________

50 A *Q

* X
20 B

0 Pakaian
60 70
4 a .i. Apakah nama keluk berdasarkan rajah di atas ? (1m)
___________________________________________________________________

ii. Mengapakah pengeluaran tidak berlaku di titik Q ? (3m)

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
iii. Hitungkan nilai kos lepas jika pengeluar mengubah pengeluaran dari titik A ke titik B .(3m)
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________

b. Dengan bantuan rajah yang sesuai, jelaskan bagaimana kekurangan dan pengangguran dapat
ditunjukkan dalam proses pengeluaran dua jenis barang?(6m)

_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________

5. a. Soalan berdasarkan petikan

“ Kerajaan telah memperuntukan RM1 billion untuk pemberian subsidi
ke atas barangan keperluan asas rakyat “

i. Apakah sistem ekonomi yang diamalkan oleh Negara tersebut? ( 1m )

_______________________________________________________________________

ii. Senaraikan kebaikkan sistem ekonomi di atas . ( 3m )

____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

b . i. Nyatakan dua kebaikkan dan keburukkan sistem ekonomi kapitalis. (4m)

_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
ii. Sebutkan empat masalah asas ekonomi yang dihadapi oleh setiap unit dalam ekonomi?
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________

c. Soalan berdasarkan petikan di bawah.

Sistem ekonomi Negara R Sistem ekonomi Negara K
* Pengguna sebagai raja dalam pasaran * Pasaran ditentukan oleh kerajaan dan
* Kerajaan membenarkan semua orang bebas pihak swasta .
berusaha untuk menjadi kaya. * Subsidi diwujudkan membantu rakyat

Bandingkan bagaimana sistem ekonomi kedua-dua Negara menyelesaikan masalah asas di

bawah:
i. Apa barang yang hendak dikeluarkan. (3m)
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
ii. Untuk siapa barang tersebut dikeluarkan. (3m)
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

You might also like