You are on page 1of 6

KOLEJ VOKASIONAL JUASSEH

72500 KUALA PILAH


NEGERI SEMBILAN

JABATAN PENDIDIKAN UMUM


UNIT MATEMATIK

PENTAKSIRAN BERTERUSAN (PB)


TUGASAN

PROGRAM

KOD KURSUS UMB 2112


SEMESTER 2
KURSUS MATEMATIK PERNIAGAAN
NO. DAN
MATEMATIK KEWANGAN Tempoh menjawab : 4 Jam
TAJUK MODUL

1. Mengaplikasikan konsep matematik bagi menyelesaikan masalah berkaitan


TUGAS / TASK
Perniagaan C3, PLO3, LD2)

NAMA PELAJAR

NO KP

TARIKH

ARAHAN : Jawab semua soalan

KEPUTUSAN PENILAIAN
ULASAN PEGAWAI PENILAI :

MARKAH PENILAIAN :
Ulangan kali pertama

TANDATANGAN PP : Ulangan kali kedua

NAMA PP :
Mencapai ≥ 50 peratus
TARIKH PENILAIAN :

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

_________________________ _________________________ __________________________


SURYA ‘AIN BINTI AHMED PN LIM YEE PIN PN SUHANA@AZLINA BINTI
Pensyarah Kursus Ketua Unit Sains & Matematik HUSSAIN
Matematik Perniagaan Ketua Jabatan
Pendidikan Umum
UMB 2112 MATEMATIK KEWANGAN
MATEMATIK PERNIAGAAN TUGASAN

ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan ini mengandungi TIGA(3) soalan yang disediakan dalam Bahasa Melayu.
2. Jawab semua soalan dalam Bahasa Melayu.

3. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja.


4. Tugasan anda hendaklah diserahkan pada 21/03/2024(Jumaat). Serahan selepas 21/03/2023
TIDAK DITERIMA.
5. Tugasan ini boleh dibincangkan di dalam kumpulan seramai EMPAT (4) hingga LIMA (5)
orang.
6. Hasil Tugasan mestilah dihantar secara kumpulan mengikut format dan garis panduan yang
diberikan
7. Tugasan ini menyumbang 25% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan dinilai
berdasarkan kepada Rubrik atau Skema Jawapan yang dilampirkan. Anda akan diberikan maklum
balas tentang tugasan ini sebelum Penilaian Akhir Semester bermula.

2
UMB 2112 MATEMATIK KEWANGAN
MATEMATIK PERNIAGAAN TUGASAN

PANDUAN KERJA :

Situasi 1:

Anda memiliki sebuah perniagaan. Anda memerlukan modal tambahan bagi perniagaan anda yang
sudah setahun tiga bulan ditubuhkan. Anda mengambil keputusan bagi menambahkan modal dengan
menggunakan pinjaman daripada bank yang menawarkan pinjaman perniagaan.

Anda telah pergi berjumpa dengan pengurus daripada dua bank yang menawarkan pinjaman bagi
sesebuah perniagaan. Berikut merupakan syarat pinjaman bank :

Bank Wira
- Perniagaan sekurang-kurangnya setahun dari tarikh didaftarkan
- Mesti ada premis perniagaan.
- Perniagaan mesti berdaftar dengan SSM
- Pinjaman sehingga RM 250 000
- Berumur 19 tahun ke atas dan tidak melebihi 60 tahun semasa tamat pembiayaan
- Kadar faedah pinjaman sebanyak 5.5%
- Kadar faedah dikompaun setiap setengah tahun.
- Tempoh pembayaran balik 10 tahun.

Bank Satria
- Perniagaan sekurang-kurangnya setahun dari tarikh didaftarkan
- Mesti ada premis perniagaan.
- Perniagaan mesti berdaftar dengan SSM
- Pinjaman sehingga RM 250 000
- Berumur 19 tahun ke atas dan tidak melebihi 60 tahun semasa tamat pembiayaan
- Kadar faedah pinjaman sebanyak 5.5%
- Kadar faedah dikompaun setiap suku tahun.
- Tempoh pembayaran balik sehingga 9 tahun.

Berdasarkan jumlah pinjaman yang anda tetapkan:


i. Kenalpasti masalah dan nyatakan maklumat kewangan yang diperoleh.
[5 markah]

ii. Tunjukkan pengiraan pinjaman yang ditawarkan oleh Bank WIRA dan Bank SATRIA.
o tentukan modal tambahan yang diperlukan.
o hitung jumlah pembayaran semula dengan menggunakan formula.
o tentukan jumlah faedah sama ada menggunakan formula.
o tentukan ansuran bulanan dengan menggunakan formula.
o hitung jumlah pembayaran semula dengan menggunakan perisian (cth : Microsoft Excel
).
[20 markah]

iii. Berdasarkan pengiraan anda di (ii), tentukan pilihan yang terbaik dan berikan alasan yang
kukuh bagi pemilihan yang anda lakukan.
3
UMB 2112 MATEMATIK KEWANGAN
MATEMATIK PERNIAGAAN TUGASAN

[5 markah]

4
UMB 2112 MATEMATIK KEWANGAN
MATEMATIK PERNIAGAAN TUGASAN

Soalan : Situasi 2

Anda merupakan seorang Konsultan Kewangan di Bank Sejahtera Rakyat. Tugas anda adalah mem-
berikan khidmat nasihat kewangan kepada pelanggan berkaitan pelaburan yang ditawarkan oleh pihak
bank.

Salah seorang pelanggan telah datang menemui anda bagi mendapatkan khidmat nasihat. Beliau
bercadang untuk melabur sebanyak RM 50 000 ke dalam Plan Persaraan selama 20 tahun. Beliau ke-
liru untuk memilih dua pilihan pelaburan yang disyorkan kepadanya iaitu:

Melabur dalam akaun simpanan Tabung Amanah yang menawarkan


PILIHAN 1 dividen 6.5% yang dikompaun setiap tahun(compounded annually)

Melabur dalam deposit tetap di Bank Sejahtera Rakyat yang


PILIHAN 2
menawarkan pulangan 6% dikompaun setiap enam bulan.

Selaku seorang konsultan kewangan, anda perlu memberikan penerangan yang jelas bagi membantu
beliau dalam membuat keputusan yang terbaik sebelum membuat pelaburan. Anda perlu:

i. Kenalpasti masalah dan nyatakan maklumat kewangan yang diperoleh daripada situasi 2 di
atas.

[4 markah]

ii. Tunjukkan pengiraan pelaburan antara Pilihan 1 dan Pilihan 2.


o Hitung jumlah pelaburan bagi kedua-dua pilihan dengan menggunakan formula
o Hitung jumlah pelaburan bagi kedua-dua pilihan dengan menggunakan perisian( cth :
Microsoft Excel).
o Tentukan jumlah faedah berdasarkan jadual di dalam perisian.
o Tentukan perbezaan jumlah faedah.
o Tentukan faedah bagi tahun pertama berdasarkan jadual di dalam perisian.

[26 markah]

iii. Berdasarkan pengiraan anda di (ii), nyatakan alasan yang kukuh bagi membantu pelanggan
anda membuat pemilihan pelaburan yang terbaik untuknya..

[5 markah]

5
UMB 2112 MATEMATIK KEWANGAN
MATEMATIK PERNIAGAAN TUGASAN

Soalan : Situasi 3

Anda baru sahaja bergraduat dengan kelulusan diploma dalam program yang anda pelajari di Kolej
Vokasional ABC. Anda bercita-cita tinggi untuk membuka perniagaan sendiri. Perniagaan yang
berkaitan dengan bidang yang dipelajari serta setelah menimba pengalaman di industri-industri yang
melibatkan bidang anda.

Sebelum memulakan perniagaan, anda perlu membuat perancangan untuk mengumpul modal bagi
menampung kos perniagaan tersebut. Bagi mendapatkan modal permulaan tersebut, anda bercadang
sama ada menyimpan gaji yang diperoleh ke dalam akaun simpanan tetap atau membuat pinjaman
bank yang menawarkan faedah kompaun sebanyak 12% dan dikompaun bulanan(compounded
monthly) bagi kedua-dua kaedah. Anda bercadang untuk menggunakan wang gaji anda sebanyak RM
800 sebulan sebagai bayaran bulanan.

Berdasarkan Situasi 3 di atas :

i. Kenalpasti masalah dan nyatakan maklumat kewangan yang diperoleh.


[4 markah]

ii. Tunjukkan perbandingan antara simpanan dan pinjaman yang akan dibuat.
- Tentukan modal permulaan
- Hitung tahun atau jumlah kekerapan bayaran dengan menggunakan formula.
- Hitung tahun atau jumlah kekerapan bayaran dengan menggunakan perisian
(cth: Microsoft Excel ).
- Tentukan jumlah bayaran berdasarkan jadual di dalam perisian.
- Tentukan jumlah faedah berdasarkan jadual di dalam perisian.
[26 markah]

iii. Berdasarkan pengiraan anda di (ii), tentukan pilihan yang terbaik dan berikan alasan yang
kukuh bagi pemilihan yang anda lakukan.
[5 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like