You are on page 1of 29

TERHAD

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2021


PRINSIP PERAKAUNAN 3756/3
TUGASAN PROJEK
Kertas 3
2021

PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN TUGASAN PROJEK

PRINSIP PERAKAUNAN

Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Tugasan Projek ini mengandungi 29 halaman bercetak
[Lihat halaman sebelah
3756/3 © 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 2 3756/3

KANDUNGAN HALAMAN
1.0 Pengenalan 3
2.0 Objektif Mata Pelajaran 3
3.0 Objektif Pentaksiran 4
4.0 Maklumat Am 5
5.0 Maklumat Kepada Calon 5
6.0 Maklumat Kepada Pentaksir Sekolah (Guru) 6
7.0 Elemen dan Aspek Yang Dinilai 7
8.0 Carta Alir Pentaksiran Terkawal (Controlled Assessment) 8
9.0 Kriteria Penilaian 9
10.0 Pengiraan Skor Elemen dan Jumlah Skor Elemen 24
11.0 Pelaporan 25
Lampiran:
Lampiran 1 : Borang Pentaksiran Individu 26
Lampiran 2 : Borang Rumusan Skor Tugasan Projek 29

[Lihat halaman sebelah


3756/3 © 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 3 3756/3

MAKLUMAT TUGASAN PROJEK

1.0 PENGENALAN
Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mengambil mata pelajaran Prinsip
Perakaunan dikehendaki melaksanakan tugasan projek sebagai satu daripada keperluan
persijilan. Tugasan projek dalam konteks ini bermaksud satu kaedah pentaksiran
berdasarkan hasilan tugasan calon yang menepati objektif pentaksiran seperti yang
telah ditetapkan.
Tugasan projek ini memberi peluang kepada calon untuk melalui dan mengalami
pembelajaran dan pengajaran yang pelbagai. Bimbingan akan dijalankan oleh pentaksir
sekolah (guru) dalam aspek pengajaran dan pembelajaran sepanjang tempoh pelaksanaan
tugasan yang ditetapkan. Hasilan akhir tugasan projek akan menjadi asas pentaksiran.
Skor adalah bersandarkan kepada darjah penguasaan elemen dan kriteria pentaksiran yang
ditetapkan. Guru dikehendaki mengemukakan skor tugasan projek bagi setiap muridnya
kepada Lembaga Peperiksaan (LP).
Pendedahan dan penguasaan kefahaman calon tentang seluruh proses kitaran perakaunan
diterjemahkan melalui penghasilan tugasan projek yang diintegrasikan dengan berbantukan
komputer. Pengukuran sesuatu elemen adalah berdasarkan kepada kriteria tertentu
mengikut piawaian di peringkat kebangsaan. Elemen-elemen pentaksiran mencakupi hampir
keseluruhan aspek yang ada dalam perakaunan.
Buku ini mengandungi maklumat tugasan projek yang mesti dilaksanakan oleh calon serta
panduan pentaksiran tugasan bagi guru. Maklumat dan arahan yang terkandung dalam
buku ini telah dirancang dengan teliti bagi membolehkan tugasan projek disempurnakan
dalam tempoh 13 minggu dan mempunyai ruang masa yang mencukupi kepada guru untuk
menilai hasil tugasan projek calon secara berterusan.

2.0 OBJEKTIF MATA PELAJARAN


KSSM MPEI PP bertujuan membolehkan murid mencapai objektif seperti berikut:
2.1 Menghuraikan konsep, prinsip, andaian dan kitaran perakaunan yang diamalkan
dalam organisasi perniagaan dan bukan perniagaan;
2.2 Mengaplikasikan prinsip pengurusan tunai dalam penyediaan buku tunai, buku tunai
runcit, penyata penyesuaian bank dan belanjawan tunai;
2.3 Mengaplikasi analisis kos-volum untung untuk membuat keputusan;
2.4 Membandingkan jenis pemilikan perniagaan daripada aspek perakaunan bagi
milikan tunggal, perkongsian, syarikat, koperasi dan organisasi bukan perniagaan;
2.5 Menganalisis, mentafsir dan menilai prestasi kewangan sesebuah perniagaan
menggunakan analisis nisbah;
2.6 Mempamer kemahiran berkomunikasi, kerja berkumpulan, pengurusan dan
kepimpinan serta etika profesion perakaunan dalam melaksanakan
aktiviti perakaunan.

[Lihat halaman sebelah


3756/3 © 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 4 3756/3

2.7 Menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam bidang


perakaunan secara efektif dan efisien; dan
2.8 Menyediakan satu set akaun mengikut kitaran perakaunan untuk perniagaan
milikan tunggal; penyata kewangan untuk perniagaan perkongsian, kelab
dan persatuan serta situasi rekod tak lengkap mengikut tatacara dan
amalan perakaunan;
(Dipetik daripada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Prinsip Perakaunan
2016 – Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia)

3.0 OBJEKTIF PENTAKSIRAN


Objektif Pentaksiran (OP) Prinsip Perakaunan yang dikenal pasti adalah seperti berikut:
3.1 Mengingat dan Memahami
Mengukur keupayaan mengingat dan memahami konsep, fakta, prinsip,
pengelasan akaun, kitaran, dokumen sumber serta maklumat perakaunan dalam
penyediaan satu set akaun yang lengkap sebagaimana yang diamalkan dalam
sesuatu organisasi perniagaan dan organisasi bukan perniagaan.
3.2 Kemahiran Mengaplikasi
Mengukur keupayaan menggunakan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran
perakaunan tertentu dalam menghitung, merekod, menyedia dan melengkapkan
maklumat perakaunan mengikut piawaian perakaunan sama ada dalam situasi lazim
atau situasi baharu yang berkaitan dengan organisasi perniagaan dan organisasi
bukan perniagaan.
3.3 Kemahiran Menganalisis
Mengukur keupayaan mencerakinkan data atau maklumat perakaunan daripada
pelbagai sumber secara terperinci dan keupayaan menghubung kait data atau
maklumat perakaunan secara menyeluruh dalam konteks organisasi perniagaan dan
bukan organisasi perniagaan.
3.4 Kemahiran Menilai
Mengukur keupayaan membuat pertimbangan secara rasional, logik, kritis dan
kreatif berkaitan dengan pelbagai isu atau masalah dalam persekitaran perakaunan
yang kompleks dan bukan kompleks serta memilih satu alternatif penyelesaian
terbaik berdasarkan bukti yang munasabah dalam organisasi perniagaan dan
organisasi bukan perniagaan
3.5 Kemahiran Komunikasi dan Penggunaan Teknologi Maklumat
Mengukur keupayaan mengemukakan idea, saranan dan pendapat dalam
kumpulan, interaksi harian dan dalam pembentangan. Mampu menggunakan perisian
asas komputer yang bersesuaian dengan bidang perakaunan secara sistematik untuk
merekod maklumat kewangan dan membuat rumusan serta pelaporan menggunakan
perisian komputer tertentu.
3.6 Nilai Murni dalam Perakaunan
Penghayatan nilai murni dan amalan etika perakaunan dalam penyediaan satu set
akaun dalam organisasi perniagaan dan bukan organisasi perniagaan.

[Lihat halaman sebelah


3756/3 © 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 5 3756/3

4.0 MAKLUMAT AM
4.1 Tugasan projek ini hendaklah dilaksanakan dalam tempoh 13 minggu (Penyiapan
projek: 11 minggu, pengurusan dan penilaian: 2 minggu. Contoh Jadual Pelaksanaan
Tugasan Projek adalah seperti di Lampiran 1-Tugasan Projek).
4.2 Tugasan projek akan dimulakan pada bulan Julai hingga September setiap tahun.
4.3 Pentaksir sekolah adalah guru yang mengajar mata pelajaran Prinsip Perakaunan.
4.4 Penilaian tugasan projek ini merupakan sebahagian daripada proses pengajaran
dan pembelajaran.
4.5 Penilaian tugasan projek ini dilakukan secara berterusan dalam tempoh
yang ditetapkan.
4.6 Elemen, aspek dan kriteria dalam buku Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Projek ini
hendaklah dimaklumkan kepada calon.
4.7 Soalan tugasan boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan
di http://lp.moe.gov.my.
4.8 Skor bagi setiap calon hendaklah dimasukkan ke dalam Borang Pentaksiran Individu
seperti di Lampiran 1 (halaman 26 - 28).

5.0 MAKLUMAT KEPADA CALON


5.1 Calon wajib melaksana dan menyelesaikan tugasan projek Prinsip Perakaunan 3756/3
secara individu.
5.2 Penilaian akan dibuat berdasarkan proses kerja dan hasil kerja akhir calon.
5.3 Penilaian hasil kerja calon dan pemberian skor akan dilakukan sepanjang masa tugasan
projek dilaksanakan.
5.4 Pemberian markah dan gred keseluruhan dibuat setelah tugasan projek disiapkan.
5.5 Calon dikehendaki menandatangani perakuan tentang ketulenan tugasan projek yang
dihasilkan (Lampiran 2 - Tugasan Projek).
5.6 Calon dikehendaki melaksanakan tugasan projek ini dalam tempoh yang telah
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

[Lihat halaman sebelah


3756/3 © 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 6 3756/3

6.0 MAKLUMAT KEPADA PENTAKSIR SEKOLAH (GURU)


6.1 Perancangan dan Pelaksanaan
6.1.1 Guru hendaklah memberikan penerangan yang jelas kepada calon tentang
perancangan dan pelaksanaan keseluruhan tugasan projek.
6.1.2 Guru hendaklah memastikan setiap calon menyediakan Profil Perniagaan serta
Senarai Semak dan Penilaian Guru.
6.1.3 Guru hendaklah membimbing calon supaya dapat mematuhi jadual kerja dalam
melaksanakan tugasan projek dengan penuh tanggungjawab.
6.1.4 Guru hendaklah membuat penilaian kerja calon secara berterusan serta
melaksanakan Pentaksiran Terkawal (Controlled Assessment).
6.1.5 Pihak pengurusan sekolah diminta menyediakan kemudahan komputer atau
makmal komputer untuk murid menyempurnakan tugasan projek 3756/3.
Oleh itu, dicadangkan jadual penggunaan makmal komputer sekolah
disediakan bagi memastikan calon berjaya menyiapkan tugasan projek 3756/3
dalam tempoh masa yang ditetapkan.
6.1.6 Guru juga hendaklah melaksanakan pentaksiran yang adil dan saksama serta
mempunyai integriti yang tinggi.
6.2 Penilaian
6.2.1 Guru dikehendaki mengisi Borang Pentaksiran Individu
(Lampiran 1 - halaman 26 - 28). Gred dan skor bagi setiap aspek yang
dinilai hendaklah diisi dalam borang berkenaan.
6.2.2 Aktiviti pengesanan, pemantauan dan penyetaraan akan dilaksanakan oleh
pegawai yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan.
6.2.3 Guru hendaklah mengambil tindakan pembetulan dengan segera terhadap
sebarang komen atau nasihat daripada pegawai berkenaan.
6.2.4 Guru dikehendaki mencetak Borang Rumusan Skor Tugasan Projek Prinsip
Perakaunan (Lampiran 2 - halaman 29).
6.2.5 Borang Rumusan Skor Tugasan Projek yang telah dicetak hendaklah
disahkan oleh Pengetua. Borang ini hendaklah difailkan dan disimpan
di tempat yang selamat di sekolah.
6.2.6 Hasil kerja calon (evidens) mesti disimpan di tempat yang berkunci
selama 6 bulan selepas keputusan peperiksaan SPM diumumkan.
6.2.7 Guru juga mestilah memasukkan skor projek calon secara atas
talian pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
Maklumat lanjut akan diberikan oleh Sektor Penilaian dan
Peperiksaan (SPP), Jabatan Pelajaran Negeri.

[Lihat halaman sebelah


3756/3 © 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 7 3756/3

7.0 ELEMEN DAN ASPEK YANG DINILAI


Elemen 1.0: Mengingat dan memahami
1.1 Pengenalan Perniagaan
1.2 Profil Perniagaan
Elemen 2.0: Kemahiran Mengaplikasi
2.1 Dokumen Perniagaan / Urus Niaga
2.2 Buku Catatan Pertama
2.3 Lejar
2.4 Imbangan Duga
2.5 Penilaian Inventori Akhir
2.6 Pelarasan
2.7 Jurnal Am Pelarasan
2.8 Lejar Pelarasan
2.9 Akaun Kawalan
2.10 Imbangan Duga Terselaras
2.11 Akaun Perdagangan dan Untung Rugi
2.12 Penyata Kedudukan Kewangan
2.13 Menghitung Nisbah dalam Penyata Kewangan
2.14 Belanjawan Tunai
Elemen 3.0: Kemahiran Menganalisis
3.1 Analisis Penyata Kewangan dan Analisis Nisbah
Elemen 4.0: Kemahiran Menilai
4.1 Cadangan Jangka Pendek
4.2 Cadangan Jangka Panjang
4.3 Rumusan
Elemen 5.0: Kemahiran Komunikasi dan Penggunaan Teknologi Maklumat
5.1 Komunikasi
5.2 Penggunaan Komputer
Elemen 6.0: Nilai Murni dalam Perakaunan
6.1 Sistematik
6.2 Akauntabiliti
6.3 Rasional
6.4 Ketepatan

[Lihat halaman sebelah


3756/3 © 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 8 3756/3

8.0 CARTA ALIR PENTAKSIRAN TERKAWAL (CONTROLLED ASSESSMENT)

Lembaga Peperiksaan
menghasilkan instrumen pentaksiran
3756/3 dan dihantar ke sekolah (T)

Pelaksanaan Projek 3756/3


Pengenalan dan penerangan tentang tugasan projek (S)
Bimbingan guru/ Aktiviti penyelidikan dan pengumpulan maklumat (R)
Maklum balas (S) Menyedia dan menghasilkan projek (T/S)
Aktiviti penilaian projek (T/S)

Calon mengemukakan tugasan akhir


projek (final stage) untuk dinilai
Penyiapan tugasan akhir (T)
Pengesahan ketulenan projek (T)

Penilaian guru dan aktiviti moderasi


oleh Lembaga Peperiksaan (T)
Markah dihantar Produk akhir tugasan projek calon disimpan
ke LP di tempat selamat (T)

Tahap Kawalan:
T (Tinggi) - Kawalan pada tahap tinggi
S (Sederhana) - Kawalan pada tahap sederhana
R (Rendah) - Kawalan pada tahap rendah

[Lihat halaman sebelah


3756/3 © 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 9 3756/3

9.0 KRITERIA PENILAIAN


Elemen 1.0: Mengingat dan Memahami

Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan


1.1 Pengenalan (i) Menyatakan dengan jelas pengenalan Rujuk tugasan
Perniagaan perniagaan. projek
(ii) Menyatakan dua sebab memilih
perniagaan.
A
(iii)
Menyatakan satu kelebihan
menjalankan perniagaan tersebut.
(iv) Menyatakan satu risiko yang bakal
dihadapi.
Menyatakan mana-mana tiga kriteria
B
di dalam A.
Menyatakan mana-mana dua kriteria
C
di dalam A.
Menyatakan mana-mana satu kriteria
D
di dalam A.

E Tiada evidens dikemukakan.


1.2 Profil Profil perniagaan dinyatakan dengan lengkap Rujuk
Perniagaan A Lampiran A
dan jelas.
Profil perniagaan dinyatakan dengan jelas
B
tetapi tertinggal atau tersilap satu item.
Profil perniagaan dinyatakan tetapi tertinggal
C
atau tersilap dua item.
Profil perniagaan dinyatakan tetapi tertinggal
D
atau tersilap lebih daripada dua item.

E Tiada evidens dikemukakan.


[Lihat halaman sebelah


3756/3 © 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 10 3756/3

Elemen 2.0: Kemahiran Mengaplikasi

Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan


2.1 Dokumen (i) Berkeupayaan melengkapkan semua urus Rujuk:
Perniagaan / niaga yang diberi dengan betul dan tepat. Lampiran
Urus Niaga (ii) Berkeupayaan mengenal pasti dokumen untuk B
semua urus niaga yang diberi dengan betul
A dan tepat. Lampiran
(iii) Berkeupayaan melengkapkan semua dokumen C
dengan betul dan tepat.
(iv) Berkeupayaan untuk merekod jualan harian
dengan lengkap dan tepat.

(i) Berkeupayaan melengkapkan semua urus


niaga yang diberi dengan betul tetapi
tidak tepat.
(ii) Berkeupayaan mengenal pasti dokumen untuk
semua urus niaga yang diberi dengan betul
B
tetapi tidak tepat.
(iii) Berkeupayaan melengkapkan semua dokumen
dengan betul tetapi tidak tepat.
(iv) Berkeupayaan untuk merekod jualan harian
dengan lengkap tetapi tidak tepat.
(i) Berkeupayaan melengkapkan sebahagian
urus niaga yang diberi dengan betul
dan tepat.
(ii) Berkeupayaan mengenal pasti dokumen untuk
sebahagian urus niaga yang diberi dengan
C
betul dan tepat.
(iii) Berkeupayaan melengkapkan sebahagian
dokumen dengan betul dan tepat.
(iv) Berkeupayaan untuk merekod sebahagian
jualan harian dengan lengkap dan tepat.
(i) Berkeupayaan melengkapkan sebahagian
urus niaga yang diberi dengan betul tetapi
tidak tepat.
(ii) Berkeupayaan mengenal pasti dokumen untuk
sebahagian urus niaga yang diberi dengan
D betul tetapi tidak tepat.
(iii) Berkeupayaan melengkapkan sebahagian
dokumen dengan betul tetapi tidak tepat.
(iv) Berkeupayaan untuk merekod sebahagian
jualan harian dengan lengkap tetapi tidak
tepat.

E Tiada evidens dikemukakan.

[Lihat halaman sebelah


3756/3 © 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 11 3756/3

Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan


2.2 Buku Berkeupayaan mencatatkan semua urus niaga Lengkap dan
Catatan A dalam Buku Catatan Pertama dengan lengkap tepat:
Pertama dan tepat. Tarikh, butir,
Berkeupayaan mencatatkan semua urus niaga folio, no.
B dalam Buku Catatan Pertama dengan lengkap dokumen
tetapi tidak tepat. dan angka
mesti betul
Berkeupayaan mencatatkan sebahagian urus
C niaga dalam Buku Catatan Pertama dengan
lengkap dan tepat.
Berkeupayaan mencatatkan sebahagian urus
D niaga dalam Buku Catatan Pertama dengan
lengkap tetapi tidak tepat.
E Tiada evidens dikemukakan.
2.3 Lejar Berkeupayaan mengeposkan semua catatan Rujuk 2.2
A dalam Buku Catatan Pertama ke akaun
berkaitan dengan lengkap dan tepat. Lengkap dan
tepat:
Berkeupayaan mengeposkan semua catatan • Tarikh,butir,
B dalam Buku Catatan Pertama ke akaun folio dan
berkaitan dengan lengkap tetapi tidak tepat. angka mesti
Berkeupayaan mengeposkan sebahagian betul
C catatan dalam Buku Catatan Pertama ke • Lejar perlu
akaun berkaitan dengan lengkap dan tepat. diimbangkan
Berkeupayaan mengeposkan sebahagian
catatan dalam Buku Catatan Pertama ke
D
akaun berkaitan tetapi tidak lengkap dan
tidak tepat.
E Tiada evidens dikemukakan.
2.4 Imbangan Berkeupayaan menyediakan Imbangan Duga Rujuk 2.2 dan
Duga A 2.3 (mana-mana
dengan lengkap dan tepat.
yang berkaitan)
Berkeupayaan menyediakan Imbangan Duga
B Imbangan Duga
dengan lengkap tetapi tidak tepat.
yang lengkap
Berkeupayaan menyediakan sebahagian mengandungi:
C • Nama
Imbangan Duga dengan lengkap dan tepat.
perniagaan
Berkeupayaan menyediakan semua atau • Tajuk
D sebahagian Imbangan Duga tetapi tidak • Lajur debit
lengkap dan tidak tepat. dan kredit
• Jumlah
E Tiada evidens dikemukakan. • Folio

[Lihat halaman sebelah


3756/3 © 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 12 3756/3

Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan


2.5 Penilaian (i) B e r k e u p a y a a n m e r e k o d j u m l a h Rujuk
Inventori penggunaan inventori. Lampiran D
Akhir (ii) Berkeupayaan merekod dan mengira Lampiran E
A
inventori dengan lengkap dan tepat ke
dalam semua kad inventori. Inventori akhir
(ii) Menilai inventori akhir. dinilaikan pada
harga terendah
(i) B e r k e u p a y a a n m e r e k o d j u m l a h sama ada harga
penggunaan inventori. kos atau harga
(i) Berkeupayaan merekod dan mengira pasaran.
B inventori ke dalam semua kad inventori
tetapi terdapat kesilapan dalam satu kad
inventori.
(ii) Menilai inventori akhir.
Berkeupayaan merekod dan mengira inventori
C ke dalam semua kad inventori tetapi terdapat
kesilapan dalam dua atau lebih kad inventori.
Berkeupayaan merekod dan menyediakan
D
sekurang-kurangnya satu kad inventori.

E Tiada evidens dikemukakan.


2.6 Pelarasan Berkeupayaan menyediakan semua pelarasan Lengkap dan
A Tepat:
dengan lengkap dan tepat.
• Mengikut
Berkeupayaan menyediakan semua pelarasan kehendak
B
dengan lengkap tetapi tidak tepat. dalam tugasan
Berkeupayaan menyediakan sebahagian projek.
C • Tunjukkan
pelarasan dengan lengkap dan tepat.
jalan kerja.
Berkeupayaan menyediakan semua atau
D sebahagian pelarasan tetapi tidak lengkap dan
tidak tepat.
E Tiada evidens dikemukakan.

[Lihat halaman sebelah


3756/3 © 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 13 3756/3

Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan


2.7 Jurnal Am Berkeupayaan merekod semua pelarasan ke Rujuk 2.6
Pelarasan A Jurnal Am Pelarasan dengan lengkap
dan tepat. Lengkap dan
tepat:
Berkeupayaan merekod semua pelarasan ke
• Tarikh, butir,
B Jurnal Am Pelarasan dengan lengkap tetapi
folio, angka
tidak tepat.
dan catatan
Berkeupayaan merekod sebahagian debit dan kredit
C pelarasan ke Jurnal Am Pelarasan dengan yang betul
lengkap dan tepat. • Keterangan
diperlukan
Berkeupayaan merekod semua atau
D sebahagian pelarasan ke Jurnal Am tetapi
tidak lengkap dan tidak tepat.
E Tiada evidens dikemukakan.
2.8 Lejar Berkeupayaan memindahkan semua catatan Rujuk 2.7
Pelarasan A Jurnal Am Pelarasan ke akaun yang berkaitan
dengan lengkap dan tepat. Lengkap dan
tepat:
• Tarikh, butir,
Berkeupayaan memindahkan semua catatan folio dan angka
B Jurnal Am Pelarasan ke akaun yang berkaitan mesti betul
dengan lengkap tetapi tidak tepat. • Lejar perlu
diimbangkan
Berkeupayaan memindahkan sebahagian
C catatan Jurnal Am Pelarasan ke akaun yang
berkaitan dengan lengkap dan tepat.
Berkeupayaan memindahkan semua atau
sebahagian catatan Jurnal Am Pelarasan ke
D
akaun yang berkaitan tetapi tidak lengkap dan
tidak tepat.

E Tiada evidens dikemukakan.

[Lihat halaman sebelah


3756/3 © 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 14 3756/3

Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan


2.9 Akaun Berkeupayaan menyediakan Akaun Kawalan Lengkap dan
Kawalan A Belum Terima dan Akaun Kawalan Belum tepat:
Bayar dengan lengkap dan tepat. • Tarikh, butir,
folio dan angka
Berkeupayaan menyediakan Akaun Kawalan mesti betul
B Belum Terima dan Akaun Kawalan Belum • Akaun
Bayar dengan lengkap tetapi tidak tepat. Kawalan perlu
diimbangkan
Berkeupayaan menyediakan Akaun Kawalan
C Belum Terima dan Akaun Kawalan Belum
Bayar tetapi tidak lengkap dan tidak tepat.

D Berkeupayaan menyediakan Akaun Kawalan.

E Tiada evidens dikemukakan.

2.10 Imbangan Rujuk 2.4, 2.8


Berkeupayaan menyediakan Imbangan Duga
Duga A dan 2.9 (mana-
Terselaras dengan lengkap dan tepat.
Terselaras mana yang
berkaitan)
Berkeupayaan menyediakan Imbangan Duga
B
Terselaras dengan lengkap tetapi tidak tepat. Imbangan Duga
Berkeupayaan menyediakan sebahagian Terselaras yang
C Imbangan Duga Terselaras dengan lengkap lengkap
dan tepat. mengandungi:
• Nama
Berkeupayaan menyediakan semua atau perniagaan
D sebahagian Imbangan Duga Terselaras • Tajuk
tetapi tidak lengkap dan tidak tepat. • Lajur debit
dan kredit
• Jumlah
E Tiada evidens dikemukakan. • Folio

[Lihat halaman sebelah


3756/3 © 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 15 3756/3

Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan


2.11 Akaun B e r k e u p a y a a n m e n y e d i a k a n A k a u n Lengkap:
Perdagangan A Perdagangan dan Untung Rugi dengan lengkap • Nama
dan Untung dan tepat. perniagaan
Rugi • Tajuk
(Format B e r k e u p a y a a n m e n y e d i a k a n A k a u n • Ada semua
Penyata) B Perdagangan dan Untung Rugi dengan lengkap komponen
tetapi tidak tepat.
Rujuk 2.10

B e r k e u p a y a a n m e n y e d i a k a n A k a u n Tidak tepat:
C Perdagangan dan Untung Rugi yang tidak • salah item
lengkap tetapi tepat. dalam
komponen
• Butiran asing
Berkeupayaan menyediakan Akaun
D • Angka berbeza
Perdagangan dan Untung Rugi tetapi tidak
dari Imbangan
lengkap dan tidak tepat.
Duga
Terselaras
• Operasi salah
E Tiada evidens dikemukakan.

2.12 Penyata Berkeupayaan menyediakan Penyata Lengkap:


Kedudukan A Kedudukan Kewangan dengan lengkap dan • Nama
Kewangan tepat dengan menunjukkan modal kerja. perniagaan
(Format • Tajuk
Penyata) Berkeupayaan menyediakan Penyata • Ada semua
B Kedudukan Kewangan dengan lengkap tetapi komponen
tidak tepat.
Rujuk 2.10
Berkeupayaan menyediakan Penyata
C Kedudukan Kewangan yang tidak lengkap Tidak tepat:
tetapi tepat. • Salah item
dalam
Berkeupayaan menyediakan Penyata komponen
D Kedudukan Kewangan tetapi tidak lengkap • Butiran asing
dan tidak tepat. • Angka berbeza
dari Imbangan
Duga
E Tiada evidens dikemukakan. Terselaras

[Lihat halaman sebelah


3756/3 © 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 16 3756/3

Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan


2.13 Menghitung Berkebolehan menghitung dengan tepat Rujuk 2.11
Nisbah sekurang-kurangnya satu nisbah bagi setiap dan 2.12
dalam kumpulan nisbah berikut:
Penyata A Rumus dan
(i) Nisbah Keberuntungan
Kewangan (ii) Nisbah Kecairan jalan kerja mesti
(iii) Nisbah Kecekapan ditunjukkan

Berkebolehan menghitung sekurang-


B kurangnya satu nisbah daripada mana-mana
dua kumpulan nisbah dengan tepat.
Berkebolehan menghitung satu nisbah
C daripada mana-mana satu kumpulan nisbah
dengan tepat.
Berkebolehan menghitung nisbah daripada
D mana-mana kumpulan nisbah tetapi
tidak tepat.
E Tiada evidens dikemukakan.
2.14 Belanjawan Berkeupayaan menyediakan Belanjawan Tunai Rujuk tugasan
Tunai dengan format yang betul berdasarkan semua projek
A
maklumat yang diberi dengan menunjukkan
lebihan atau kurangan. Operasi mesti
betul
Berkeupayaan menyediakan Belanjawan
Tunai dengan format yang betul berdasarkan Format betul :
B
semua maklumat yang diberi tetapi • Baki awal
terdapat kesilapan. dan akhir
• Penerimaan
Berkeupayaan menyediakan Belanjawan dan
C Tunai dengan format yang betul berdasarkan pembayaran
sebahagian maklumat yang diberi. • Lebihan atau
kurangan
Menyediakan Belanjawan Tunai yang tidak
D
lengkap dan tidak tepat.

E Tiada evidens dikemukakan.

[Lihat halaman sebelah


3756/3 © 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 17 3756/3

Elemen 3.0: Kemahiran Menganalisis

Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan


3.1 Analisis Berkebolehan mentafsir dan merumus dengan Rujuk 2.13
Penyata tepat sekurang-kurangnya satu nisbah bagi
Kewangan setiap kumpulan nisbah berikut:
dan Analisis A
(i) Nisbah Keberuntungan
Nisbah (ii) Nisbah Kecairan
(iii) Nisbah Kecekapan
Berkebolehan mentafsir dan merumus
sekurang-kurangnya satu nisbah daripada
B
mana-mana dua kumpulan nisbah
dengan betul.
Berkebolehan mentafsir dan merumus
sekurang-kurangnya satu nisbah daripada
C
mana-mana satu kumpulan nisbah
dengan betul.
Berkebolehan mentafsir dan merumus
sekurang-kurangnya satu nisbah daripada
D
mana-mana kumpulan nisbah tetapi jawapan
tidak betul.
E Tiada evidens dikemukakan.

[Lihat halaman sebelah


3756/3 © 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 18 3756/3

Elemen 4.0: Kemahiran Menilai

Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan


4.1 Cadangan Berkeupayaan mengemukakan sekurang- Rujuk 3.1
Jangka kurangnya tiga cadangan yang relevan
Pendek A
untuk meningkatkan prestasi jangka
pendek perniagaan.
Berkeupayaan mengemukakan sekurang-
kurangnya dua cadangan yang relevan
B
untuk meningkatkan prestasi semasa
perniagaan.
Berkeupayaan mengemukakan sekurang-
kurangnya satu cadangan yang relevan
C
untuk meningkatkan prestasi semasa
perniagaan.
Berkeupayaan mengemukakan cadangan
D
tetapi tidak relevan.

E Tiada evidens dikemukakan.


4.2 Cadangan Berkeupayaan mengemukakan sekurang- Rujuk 2.14
Jangka kurangnya tiga cadangan yang relevan
Panjang A
untuk meningkatkan prestasi jangka
panjang perniagaan.
Berkeupayaan mengemukakan sekurang-
kurangnya dua cadangan yang relevan untuk
B
meningkatkan prestasi jangka
panjang perniagaan.
Berkeupayaan mengemukakan sekurang-
kurangnya satu cadangan yang relevan
C
untuk meningkatkan prestasi
jangka panjang perniagaan.
Berkeupayaan mengemukakan cadangan
D
tetapi tidak releven.

E Tiada evidens dikemukakan.

[Lihat halaman sebelah


3756/3 © 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 19 3756/3

Elemen 4.0: Kemahiran Menilai

Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan


4.3 Rumusan (i) Berkebolehan menghubungkaitkan Rujuk Dokumen
tiga konsep, prinsip dan andaian Standard
perakaunan yang relevan dengan betul Kurikulum dan
A dan tepat. Pentaksiran
(ii) Berkebolehan menghubungkaitkan tiga (DSKP)
elemen merentas kurikulum (EMK) • muka surat
dengan betul. 12-14
• Contoh:
(i) Berkebolehan menghubungkaitkan - Bahasa
dua konsep, prinsip dan andaian - Alam sekitar
perakaunan yang relevan dengan betul - Keusahawanan
B dan tepat. - Nilai murni
(ii) Berkebolehan menghubungkaitkan dua - Kreativiti dan
elemen merentas kurikulum (EMK) inovasi
dengan betul. - TMK
- Kewangan
(i) Berkebolehan menghubungkaitkan
satu konsep, prinsip dan andaian
perakaunan yang relevan dengan betul
C dan tepat.
(ii) Berkebolehan menghubungkaitkan
satu elemen merentas kurikulum
(EMK) dengan betul.

Berkebolehan mengemukakan konsep,


D prinsip dan andaian perakaunan tetapi
tidak relevan.

E Tiada evidens dikemukakan.

[Lihat halaman sebelah


3756/3 © 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 20 3756/3

Elemen 5.0: Kemahiran Komunikasi dan Penggunaan Teknologi Maklumat (TMK)

Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan


5.1 Komunikasi Berkebolehan mempamerkan kemahiran Rujuk jadual
A komunikasi secara lisan dan bukan lisan dalam pelaksanaan
semua aspek dengan lancar. tugasan
projek
Berkebolehan mempamerkan kemahiran
B komunikasi secara lisan dan bukan lisan dalam
sebahagian aspek.
Berkebolehan mempamerkan kemahiran
C komunikasi secara lisan dan bukan lisan dalam
mana-mana satu aspek.
Berkebolehan mempamerkan kemahiran
D
komunikasi secara minima.

E Tiada evidens dikemukakan.

5.2 Penggunaan B e r k e b o l e h a n m e n y e d i a k a n s e m u a Semua aspek:


Komputer A aspek dalam tugasan projek dengan • Elemen 1.0
berbantukan komputer. • Elemen 2.0
• Elemen 3.0
Berkebolehan menyediakan sekurang- • Elemen 4.0
B kurangnya lima belas aspek dalam tugasan
projek dengan berbantukan komputer.

Berkebolehan menyediakan sekurang-


C kurangnya sepuluh aspek dalam tugasan projek
dengan berbantukan komputer.

Berkebolehan menyediakan sekurang-


D kurangnya lima aspek dalam tugasan projek
dengan berbantukan komputer.

Tiada evidens dikemukakan.


E
(Semua hasil tugasan secara manual)

[Lihat halaman sebelah


3756/3 © 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 21 3756/3

Elemen 6.0: Nilai Murni Dalam Perakaunan

Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan


6.1 Sistematik (i) Berkeupayaan menyediakan akaun Rujuk hasil
dalam lejar am mengikut urutan tarikh. tugasan
(ii) Berkeupayaan mempamerkan proses projek akhir
kitaran perakaunan mengikut urutan calon
A
yang betul.
(iii) Berkeupayaan menghasilkan tugasan
projek dan menyusun isi kandungan
secara kemas, lengkap dan teratur.
(i) Berkeupayaan menyediakan akaun
dalam lejar am mengikut urutan tarikh.
(ii) Berkeupayaan mempamerkan proses
B kitaran perakaunan mengikut urutan
yang betul.
(iii) Tugasan tidak disusun secara teratur
dan sistematik.
(i) Berkeupayaan menyediakan akaun
dalam lejar am mengikut urutan tarikh.
(ii) Berkeupayaan mempamerkan proses
C kitaran perakaunan tetapi tidak
mengikut urutan yang betul.
(iii) Tugasan tidak disusun secara teratur
dan sistematik.
Berkeupayaan mempamerkan proses kitaran
D perakaunan tetapi tidak mengikut urutan
yang betul.
E Tiada evidens dikemukakan.
6.2 Akauntabiliti (i) Hasil tugasan adalah hasil kerja sendiri. Hasil tugasan:
(ii) Menepati jadual kerja yang ditetapkan. Draf bertulis
A (iii) Sentiasa melaksanakan tugasan projek tangan dan
dengan penuh tanggungjawab, jujur tugasan akhir
dan amanah. bercetak
(i) Hasil tugasan adalah hasil kerja sendiri. mesti sama
(ii) Menepati sebahagian jadual kerja yang
ditetapkan.
B
(iii) Sentiasa melaksanakan tugasan projek
dengan penuh tanggungjawab, jujur
dan amanah.
(i) Hasil tugasan adalah hasil kerja sendiri.
C (ii) Menepati sebahagian jadual kerja
yang ditetapkan.
(i) Plagiat.
D (ii) Menepati sebahagian jadual kerja
yang ditetapkan.
E Tiada evidens dikemukakan.
[Lihat halaman sebelah
3756/3 © 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 22 3756/3

Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan


6.3 Rasional (i) Mengamalkan semua proses perekodan Perkara (iii)
mengikut konsep dan prinsip perakaunan. rujuk 4.1
(ii) B e r k e u p a y a a n m e m b u a t s e m u a dan 4.2
A
pelarasan yang rasional.
(iii) Membuat keputusan dan perancangan
perniagaan yang rasional.
(i) Mengamalkan sebahagian proses
perekodan mengikut konsep dan prinsip
perakaunan.
B (ii) B e r k e u p a y a a n m e m b u a t s e m u a
pelarasan yang rasional.
(iii) Membuat keputusan dan perancangan
perniagaan yang rasional.
(i) Mengamalkan sebahagian proses
perekodan mengikut konsep dan prinsip
perakaunan.
C (ii) Berkeupayaan membuat sebahagian
pelarasan yang rasional.
(iii) Membuat keputusan dan perancangan
perniagaan.
Mengamalkan sebahagian proses perekodan
D
mengikut konsep dan prinsip perakaunan.

E Tiada evidens dikemukakan.

[Lihat halaman sebelah


3756/3 © 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 23 3756/3

Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan


6.4 Ketepatan (i) Menyiapkan tugasan projek dalam Rujuk Jadual
tempoh masa yang ditetapkan (hasil Pelaksanaan
A Tugasan Projek
kerja akhir).
Lampiran 1
(ii) Menepati jadual kerja yang ditetapkan.
di halaman 41
(i) Menyiapkan tugasan projek dalam tugasan projek
tempoh masa yang ditetapkan (hasil
B kerja akhir).
(ii) Menepati sebahagian jadual kerja
yang ditetapkan.
(i) Menyiapkan tugasan projek dalam
tempoh masa yang ditetapkan (hasil
C kerja akhir).
(ii) T i d a k m e n e p a t i j a d u a l k e r j a
yang ditetapkan.
(i) Tidak menyiapkan tugasan projek
dalam tempoh masa yang ditetapkan
D (hasil kerja akhir).
(ii) Tidak menepati jadual kerja
yang ditetapkan.

E Tiada evidens dikemukakan.

[Lihat halaman sebelah


3756/3 © 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 24 3756/3

10.0 PENGIRAAN SKOR ELEMEN DAN JUMLAH SKOR ELEMEN


10.1 Pentaksir memberikan gred bagi setiap aspek dalam elemen yang diuji mengikut
kriteria yang telah ditetapkan.
10.2 Tukarkan gred tiap-tiap aspek yang diperoleh ke dalam nilai numerik
seperti dalam jadual di bawah.
Gred Elemen Nilai Numerik (n)
A 4
B 3
C 2
D 1
E 0
(Tiada evidens) (Pelajar tidak mengemukakan sebarang kriteria
untuk dinilai)

10.3 Darabkan nilai numerik (n) dengan wajaran (w) sesuatu aspek.
10.4 Jumlahkan nilai (n × w) bagi semua aspek berkenaan untuk mendapatkan
Skor Elemen.
10.5 Contoh pengiraan Skor Elemen.
Elemen 6.0 Nilai Murni dalam Perakaunan
Nilai Wajaran Skor Diperoleh
Bil. Aspek Gred
(n) (w) (n x w)
6.1 Sistematik A 4 1 4
6.2 Akauntabiliti B 3 1 3
6.3 Rasional B 3 1 3
6.4 Ketepatan B 3 1 3
Skor Elemen 13
10.6 Pindahkan skor elemen ke dalam jadual Rumusan Skor Elemen seperti
contoh di bawah.
Rumusan Skor Elemen
Bil. Elemen Skor Penuh Skor Diperoleh
1.0 Mengingat dan Memahami 8 8
2.0 Kemahiran Mengaplikasi 148 148
3.0 Kemahiran Menganalisis 4 4
4.0 Kemahiran Menilai 12 12
5.0 Kemahiran Komunikasi dan 12 12
Penggunaan Teknologi Maklumat
6.0 Nilai Murni dalam Perakaunan 16 13
Jumlah Skor Elemen 200 197

[Lihat halaman sebelah


3756/3 © 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 25 3756/3

11.0 PELAPORAN
11.1 Skor tugasan Kertas 3 Prinsip Perakaunan ini akan diambil kira dalam
penentuan gred SPM calon.
11.2 Skor ini akan direkod dan dihantar ke Lembaga Peperiksaan secara dalam talian.

PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN PROJEK TAMAT

[Lihat halaman sebelah


3756/3 © 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 26 3756/3

Lampiran 1

Borang Pentaksiran Individu


PRINSIP PERAKAUNAN KERTAS 3 (3756/3)

Nama Calon :

Angka Giliran :
- -
No. K/P :

Elemen 1.0 Mengingat dan Memahami


Nilai Wajaran Skor Diperoleh
Bil. Aspek Gred
(n) (w) (n x w)
1.1 Pengenalan Perniagaan 1
1.2 Profil Perniagaan 1
Jumlah 2
Skor Elemen

Elemen 2.0 Kemahiran Mengaplikasi


Nilai Wajaran Skor Diperoleh
Bil. Aspek Gred
(n) (w) (n x w)
2.1 Dokumen Perniagaan/Urus Niaga 3
2.2 Buku Catatan Pertama 3
2.3 Lejar 3
2.4 Imbangan Duga 2
2.5 Penilaian Inventori Akhir 3
2.6 Pelarasan 3
2.7 Jurnal Am Pelarasan 3
2.8 Lejar Pelarasan 3
2.9 Akaun Kawalan 2
2.10 Imbangan Duga Terselaras 2
2.11 Akaun Perdagangan dan Untung Rugi 3
2.12 Penyata Kedudukan Kewangan 3
2.13 Menghitung Nisbah dalam 2
Penyata Kewangan
2.14 Belanjawan Tunai 2
Jumlah 37

[Lihat halaman sebelah


3756/3 © 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 27 3756/3

Elemen 3.0 Kemahiran Menganalisis


Nilai Wajaran Skor Diperoleh
Bil. Aspek Gred
(n) (w) (n x w)
Analisis Penyata Kewangan dan
3.1 1
Analisis Nisbah
Jumlah 1
Skor Elemen

Elemen 4.0 Kemahiran Menilai


Nilai Wajaran Skor Diperoleh
Bil. Aspek Gred
(n) (w) (n x w)
4.1 Cadangan Jangka Pendek 1
4.2 Cadangan Jangka Panjang 1
4.3 Rumusan 1
Jumlah 3
Skor Elemen

Elemen 5.0 Kemahiran Komunikasi dan Penggunaan Teknologi Maklumat


Nilai Wajaran Skor Diperoleh
Bil. Aspek Gred
(n) (w) (n x w)
5.1 Komunikasi 1
5.2 Penggunaan Komputer 2
Jumlah 3
Skor Elemen

Elemen 6.0 Nilai Murni dalam Perakaunan


Nilai Wajaran Skor Diperoleh
Bil. Aspek Gred
(n) (w) (n x w)
6.1 Sistematik 1
6.2 Akauntabiliti 1
6.3 Rasional 1
6.4 Ketepatan 1
Jumlah 4
Skor Elemen

[Lihat halaman sebelah


3756/3 © 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 28 3756/3

Rumusan Skor Elemen


Bil. Elemen Skor Penuh Skor Diperoleh

1.0 Mengingat dan Memahami 8

2.0 Kemahiran Mengaplikasi 148

3.0 Kemahiran Menganalisis 4

4.0 Kemahiran Menilai 12


Kemahiran Komunikasi dan
5.0 12
Penggunaan Teknologi Maklumat
6.0 Nilai Murni dalam Perakaunan 16

Jumlah Skor Elemen 200

Peratus 100%

Personel Nama Tandatangan Tarikh

Calon

Pentaksir

[Lihat halaman sebelah


3756/3 © 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 29 3756/3

Lampiran 2

Borang Rumusan Skor Tugasan Projek


Prinsip Perakaunan
SPM 2021
Bil. Nama Calon Angka Giliran Nombor K/P Skor
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15

Dengan ini disahkan bahawa Projek Prinsip Perakaunan 3756/3 telah dilaksanakan dan
maklumat di atas adalah benar.

Nama Sekolah : ..............................................................

Tandatangan Pentaksir : .........................................

Nama Pentaksir : ....................................................

Tarikh : ..........................................................................

Tandatangan Pengetua : ..................................................

Nama Pengetua dan Cop Rasmi Sekolah : .......................

Tarikh : ..................................


3756/3 © 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

You might also like