You are on page 1of 32

BAHASA ARAB

(KOD: 2361)
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM)

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


Diterbitkan oleh:

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia

© Lembaga Peperiksaan 2020


Cetakan Pertama 2020

Hak Cipta Terpelihara.


Sebarang artikel, ilustrasi, isi kandungan dari mana-mana bahagian dalam buku
Sijil Pelajaran Malaysia: Format Pentaksiran Mulai Tahun 2021
ini adalah tidak dibenarkan untuk diterbitkan semula, disimpan dalam cara
yang boleh dipergunakan lagi atau dipindahkan dalam apa jua bentuk dan
dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal,
rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin daripada:
Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB
KATA PENGANTAR

Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia telah dipertanggungjawabkan untuk


menggubal dasar-dasar pentaksiran, peperiksaan dan pengujian pendidikan berasaskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan matlamat kurikulum. Sehubungan dengan itu, perekaan bentuk format
pentaksiran baharu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilaksanakan oleh LP sebaik sahaja Kementerian
Pendidikan Malaysia meluluskan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Tingkatan Empat
dan Tingkatan Lima mulai tahun 2020. Perekaan bentuk tersebut dilaksanakan dalam lima fasa
utama iaitu pengkonsepsian, penentuan instrumen, pembinaan instrumen, kajian kesesuaian
instrumen dan pemurnian serta penyediaan dokumen pentaksiran. Hal yang demikian bertujuan untuk
memastikan agar kualiti pentaksiran dan peperiksaan kebangsaan mempunyai suatu
standard atau piawai. Perekaan bentuk ini melibatkan semua mata pelajaran, termasuklah mata
pelajaran Bahasa Arab yang merupakan mata pelajaran elektif pada peringkat SPM.

Dalam perekaan bentuk format pentaksiran, aspek penjajaran dengan kurikulum kebangsaan
sangat diberikan keutamaan. Oleh sebab itu, format pentaksiran direka bentuk berdasarkan
matlamat, objektif dan kandungan kurikulum standard seperti terkandung dalam Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Prinsip-prinsip asas pentaksiran terutama aspek
kesahan, kebolehpercayaan, kebolehlaksanaan dan penjaminan kualiti juga amat dititikberatkan. Pentaksiran
turut memberikan fokus khusus kepada pencapaian objektif mata pelajaran dan aspek-aspek yang ditaksir, iaitu
bidang pengetahuan, kemahiran dan nilai di samping memastikan keseluruhan pentaksiran
mempunyai kerelevanan dan kecukupcakupan dari aspek standard kandungan dan standard pembelajaran.
Melalui perekaan bentuk, LP berjaya menghasilkan format pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut.
Format pentaksiran ini telah diluluskan pada 21 Februari 2020 oleh Mesyuarat Jawatankuasa
Kurikulum Kebangsaan (MJKK) dan digunakan sepenuhnya dalam SPM mulai tahun 2021.

Buku format pentaksiran ini diterbitkan dengan hasrat untuk mendekatkan pentaksiran
dengan masyarakat, terutama semua guru, ibu bapa, murid dan calon peperiksaan. Harapan LP agar semua
maklumat yang terkandung dalam buku ini dapat memberikan huraian yang jelas tentang perkara, cara dan
bentuk pentaksiran dapat dilaksanakan. Usaha murni ini sangat penting untuk memberikan keadilan kepada
semua calon yang menduduki peperiksaan dan menjaga kewibawaan institusi LP. LP merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam perekaan
bentuk dan penghasilan format pentaksiran ini. Semoga pelaksanaan format pentaksiran ini akan dapat
mencapai hasrat dan matlamat Sistem Pendidikan Kebangsaan serta mendukung Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

DATO’ HJ. PKHARUDDIN BIN HJ. GHAZALI


Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2


FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan 4

2.0 Asas Pertimbangan Dalam Pentaksiran 4

3.0 Punca Kuasa 6

4.0 Matlamat Mata Pelajaran 7

5.0 Objektif Mata Pelajaran (OM) 7

6.0 Objektif Pentaksiran (OP) 8

7.0 Konstruk dan Aspek Yang Ditaksir 8

8.0 Aras Kesukaran Item 9

9.0 Format Pentaksiran 9

10.0 Contoh Item 11

11.0 Lampiran 1 12

12.0 Lampiran 2 18

13.0 Lampiran 3 22

14.0 Lampiran A 29

15.0 Lampiran B 30

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 3


FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB
1.0 PENGENALAN

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat


mulai tahun 2017 menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang
telah dilaksanakan sejak tahun 1989 bagi memenuhi hasrat yang terkandung dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Selaras dengan perubahan itu, Lembaga Peperiksaan telah mengadakan perekaan bentuk
format pentaksiran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Seterusnya, perekaan
bentuk format pentaksiran menjadi asas kepada pembinaan instrumen pentaksiran.

2.0 ASAS PERTIMBANGAN DALAM PENTAKSIRAN

Beberapa prinsip yang menjadi asas pertimbangan dalam proses perekaan bentuk format
pentaksiran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ialah:

2.1 KESAHAN

Kesahan merujuk ciri ujian dan melibatkan dua perkara, iaitu kerelevanan dan
kecukupcakupan. Perekaan bentuk instrumen pentaksiran ini telah
memastikan semua konstruk (perkara yang ditaksir) dijelmakan berdasarkan
objektif mata pelajaran. Item-item yang dikemukakan adalah akur dengan
kurikulum standard dan spesifikasi ujian serta mempunyai kesesuaian dari segi
kumpulan sasaran, aras kesukaran, konteks dan situasi. Kandungan instrumen
pentaksiran mencakupi semua aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
diperoleh dalam pendidikan mata pelajaran berkenaan, seperti yang dihasratkan
oleh kurikulum standard.

2.2 KEBOLEHPERCAYAAN

Kebolehpercayaan merujuk ciri skor ujian dan melibatkan dua perkara iaitu
ketekalan dan ketepatan. Di peringkat pembinaan, satu spesifikasi ujian direka
bentuk bagi setiap instrumen pentaksiran untuk dijadikan piawaian. Hal ini adalah
untuk memastikan ketepatan, kesetaraan dan ketekalan instrumen pentaksiran
yang dihasilkan setiap tahun. Analisis data peperiksaan juga dapat menunjukkan
tahap kebolehpercayaan sesuatu instrumen pengukuran.

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 4


FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB
2.3 KEOBJEKTIFAN

Keobjektifan merujuk kejelasan fungsi setiap instrumen yang dibina. Setiap


instrumen pentaksiran dibina dengan tujuan khusus mengikut spesifikasi ujian
tertentu. Jadual Spesifikasi Ujian berfungsi mengawal kefungsian instrumen yang
dibina. Setiap pembina harus jelas dengan kehendak setiap instrumen pentaksiran
yang dibina. Antaranya, konstruk yang ditaksir dan inferens boleh dibuat daripada
skor yang akan diperoleh.

Dalam item berbentuk subjektif, keobjektifan juga merujuk ketepatan seseorang


pemeriksa memeriksa skrip jawapan atau ketepatan seseorang pentaksir
memberikan skor calon. Dalam konteks ini, ciri keobjektifan pemberian markah
atau skor boleh dipertingkatkan dengan menyediakan skema penskoran yang
objektif serta markah atau skor yang diselaraskan melalui mesyuarat
penyelarasan. Hal ini dapat mengurangkan perselisihan dalam pemberian markah
atau skor dalam kalangan pemeriksa atau pentaksir bagi menjamin
kebolehpercayaan skor.

2.4 KEBOLEHTADBIRAN

Kebolehtadbiran merujuk kebolehlaksanaan sesuatu program pentaksiran dari segi


kos, masa dan personel sama ada program berpusat atau pentaksiran berasaskan
sekolah.

2.5 KEMUDAHTAFSIRAN

Kemudahtafsiran merujuk keupayaan skor daripada proses pentaksiran dalam


memberikan maklumat tentang seseorang murid dalam perkara yang ditaksir.
Skor yang baik berupaya untuk mendiskriminasikan murid yang mempunyai
kepelbagaian keupayaan. Di samping itu, kemudahtafsiran dapat memberi sebab
serta tujuan sesuatu ujian dan pentaksiran itu diadakan.

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 5


FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB
2.6 KEKOMPREHENSIFAN

Kekomprehensifan sesuatu ujian atau pentaksiran merujuk sejauh mana sesuatu


ujian itu mengandungi item yang mewakili semua objektif yang penting dalam
kurikulum. Jelasnya, prinsip-prinsip pentaksiran yang dinyatakan itu merupakan
landasan penting dalam menjalankan pentaksiran. Justeru, mereka yang terlibat
dengan proses pentaksiran dalam pendidikan sewajarnya akur prinsip-prinsip
pentaksiran yang telah ditetapkan itu agar matlamat dan objektif pentaksiran dapat
dicapai dengan jayanya.

3.0 PUNCA KUASA

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan format


pentaksiran bagi mata pelajaran Bahasa Arab SPM mulai tahun 2021. Format tersebut
telah dibentangkan dan dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Kurikulum Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Bil. 1/2020 pada 21 Februari
2020.

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 6


FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB

4.0 MATLAMAT MATA PELAJARAN

KSSM Bahasa Arab bermatlamat memperkukuhkan kemahiran berbahasa murid agar


kemampuan mereka dalam interaksi sosial dan akses kepada pengetahuan dapat
dipertingkatkan serta dapat membentuk sahsiah diri melalui pengamalan nilai-nilai
murni.

5.0 OBJEKTIF MATA PELAJARAN (OM)


KSSM Bahasa Arab bertujuan membolehkan murid mencapai objektif seperti yang
berikut:

OM1: Mendengar dan memahami perkataan, rangkai kata, ayat dan perenggan
dalam pelbagai topik berdasarkan tema yang ditentukan serta dapat memberi
respons yang betul;

OM2: Bertutur dalam pelbagai konteks berdasarkan tema yang ditentukan melalui
penggunaan perkataan, rangkai kata, ayat serta pere.nggan yang betul;

OM3: Membaca dan memahami pelbagai bahan berdasarkan tema yang ditentukan
serta dapat memberi respons yang betul;

OM4: Menulis tentang pelbagai topik berdasarkan tema yang ditentukan melalui
penggunaan perkataan, rangkai kata, ayat dan perenggan yang betul; dan

OM5: Mengaplikasikan sistem bahasa yang betul dalam pertuturan, pembacaan dan
penulisan.

Sumber: DSKP Bahasa Arab 2018, Bahagian Pembangunan Kurikulum,


Kementerian Pendidikan Malaysia

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 7


FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB

6.0 OBJEKTIF PENTAKSIRAN (OP) MATA PELAJARAN BAHASA ARAB

Objektif Pentaksiran mata pelajaran Bahasa Arab adalah untuk mentaksir kebolehan
pelajar dalam:

OP1: Mengingat dan Memahami


Keupayaan memahami pelbagai perkataan, rangkai kata, ayat, perenggan dan
petikan;

OP2: Kemahiran Mendengar dan Bertutur


Keupayaan berkomunikasi dalam pelbagai konteks berdasarkan tema;

OP3: Kemahiran Membaca


Keupayaan membaca dan memahami pelbagai bahan berdasarkan tema serta
dapat memberi respons yang betul;

OP4: Kemahiran Menulis


Keupayaan menulis pelbagai topik dalam pelbagai bentuk
penulisan ebrdasarkan tema; dan

OP5: Kemahiran Mengaplikasi


Keupayaan menggunakan sistem bahasa dalam pertuturan, pembacaan dan
penulisan.

7.0 KONSTRUK DAN ASPEK YANG DITAKSIR

7.1 Konstruk untuk Kertas 1 (2361/1):

7.1.1 Mengingat dan Memahami

7.1.2 Kemahiran Membaca

7.1.3 Kemahiran Menulis

7.1.4 Mengaplikasi

7.2 Konstruk untuk Kertas 2 (2361/2)

7.2.1 Kemahiran Mendengar

7.2.2 Kemahiran Bertutur

7.2.3 Mengaplikasi

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 8


FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB

8.0 ARAS KESUKARAN ITEM

Item yang dibina mestilah menepati aras kesukaran yang dihasratkan, iaitu sama ada aras
kesukaran rendah (R), sederhana (S) atau tinggi (T).

8.1 Aras R
Item yang mempunyai aras kesukaran rendah, boleh dijawab betul oleh
lebih 60% calon. (sebahagian besar calon).

8.2 Aras S
Item yang mempunyai aras kesukaran sederhana, boleh dijawab betul oleh 40%
hingga 60% calon.

8.3 Aras T
Item yang mempunyai aras kesukaran tinggi, boleh dijawab betul oleh kurang
40% calon (sebahagian kecil calon).

9.0 FORMAT PENTAKSIRAN

Pentaksiran mata pelajaran Bahasa Arab menggunakan dua instrumen iaitu;

9.1 Kertas 1 (2361/1)


Kertas 1 berbentuk Ujian Bertulis

9.2 Kertas 2 (2361/2)


Kertas 2 berbentuk Ujian Lisan

Format pentaksiran ini ditunjukkan pada halaman 10.

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 9


FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB

FORMAT INSTRUMEN PENTAKSIRAN SPM MULAI TAHUN 2021


MATA PELAJARAN BAHASA ARAB (2361)

BIL. PERKARA KERTAS 1 (2361/1) KERTAS 2 (2361/2)

1 Jenis Instrumen Ujian Bertulis Ujian Lisan: Bertutur


• Objektif Pelbagai Bentuk
• Subjektif Respons Terhad • Subjektif Respons Terhad
2 Jenis Item • Subjektif Respons • Subjektif Respons Terbuka
Terbuka
Bahagian A (Sistem Bahasa)
3 soalan (30 markah)
(Jawab semua soalan)
Bahagian A
Bahagian B (Pemahaman) Perbualan Terhad (20 markah)
3 Bilangan Soalan 7 Soalan (35 markah)
(Jawab semua soalan) Bahagian B
Perbualan Terbuka (30 markah)
Bahagian C (Penulisan)
2 Soalan (35 markah)
(Jawab semua soalan)
4 Jumlah Markah 100 markah 50 markah

• Mengingat dan • Kemahiran Mendengar


Memahami • Kemahiran Bertutur
5 Konstruk • Kemahiran Membaca • Mengaplikasi
• Kemahiran Menulis
• Mengaplikasi

6 Tempoh Ujian 2 jam 30 minit Jun hingga Julai (Tingkatan 5)


Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran dalam Dokumen
7 Cakupan Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM
Konstruk (Tingkatan 4 dan 5)
Rendah : Sederhana : Tinggi
8 Aras Kesukaran
5:3:2

• Analitik
9 Kaedah Penskoran • Holistik
• Holistik

10 Alatan Tambahan Tiada

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 10


FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB

10.0 CONTOH ITEM

10.1 Contoh item ialah item yang telah disediakan untuk memberikan idea kepada
pengguna tentang kepelbagaian konstruk, konteks dan aras yang ditaburkan pada
keseluruhan kertas peperiksaan berdasarkan piawaian spesifikasi ujian.
Rujuk Lampiran 1, 2 dan 3.

10.2 Pembinaan instrumen bagi setiap tahun berdasarkan satu spesifikasi ujian yang
piawai. Wajaran konstruk dan aras kesukaran mengikut spesifikasi ujian tersebut
tetapi boleh diukur pada konteks yang berbeza.

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 11


FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB

LAMPIRAN 1

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA


MULAI TAHUN 2021

BAHASA ARAB
(2361)

CONTOH-CONTOH ITEM

2361/1 – BAHASA ARAB KERTAS 1

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 12


‫‪FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB‬‬

‫هذه الورقة حتتوي على ثالثة أقسام‪.‬‬


‫أجب عن جميع األسئلة‪.‬‬
‫قسم ”أ“‬
‫[‪ ۳۰‬درجة]‬

‫خاطب الطالب بالعبارات اآلتية مع تغيري ما يلزم‪:‬‬ ‫أ‬


‫[درجتان]‬ ‫(‪ )۱‬حافظ على صحتك‪.‬‬
‫[درجتان]‬ ‫درب نفسك على الرياضة واملنافسة‪.‬‬
‫(‪ّ )۲‬‬

‫كون ما يأيت‪:‬‬
‫ّ‬ ‫بـ‬
‫[درجتان]‬ ‫(‪ )۱‬مجلة فيها حال‪.‬‬
‫[درجتان]‬ ‫(‪ )۲‬مجلة فيها حرف االستثناء "إال"‪.‬‬

‫هات مثاال لكل وزن من األوزان اآلتية مث ضعه يف مجل مفيدة من عندك‪:‬‬ ‫جـ‬
‫[درجتان]‬ ‫(‪ )۱‬افْ تَ َع َل‬
‫[درجتان]‬ ‫(‪ )۲‬إِفْ َعال‬

‫‪© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia‬‬ ‫‪13‬‬


‫‪FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB‬‬

‫قسم ”ب“‬
‫[‪ ۳٥‬درجة]‬
‫اقرأ القطعة اآلتية مث أجب عن مجيع األسئلة اليت تليها‪:‬‬

‫الرياضة هلا فوائد عظيمة وهي تنشر روح التعاون بني األفراد وترفع من شأن األمة‪.‬‬
‫الرياضة من أسباب اجملد والنجاح للفرد والوطن‪ .‬وقد بذلت احلكومة جهودا كبرية وأمواال‬
‫كثرية لتحقيق هذا الغرض‪ .‬فأنشأت آالفا من النوادي يف املدن والقرى يشرتك فيها الشباب‬
‫اهتمت كل االهتمام‬ ‫من مجيع طبقات الشعب‪ ،‬ولذلك جند املراحل التعليمية يف ماليزيا قد ّ‬
‫بالرياضة حبيث قامت املدارس بتنفيذ األنشطة الالصفية يف املدارس الثانوية يف ماليزيا‪.‬‬
‫اإلسالم يدعو إىل القوة‪ .‬والرتبية الرياضية طريق إىل القوة‪ .‬فالقرآن يطلب من املؤمنني‬
‫أن يكونوا أقوياء للدفاع عن دينهم وأنفسهم‪ .‬فالرياضة ضرورية حيتاج إليها كل الناس الصغار‬
‫والكبار والرجال والنساء‪ ،‬إذ إن العمل الدائم من غري راحة أو رياضة له تأثري غري طيب على‬
‫اإلنسان‪.‬‬
‫وإذا أردت أن تعيش عيشة سعيدة دون أن تزور الطبيب ودون أن حتس أنك شيخ‬
‫كبري فال بد أن حتصل على قدر من الراحة والنشاط احلر بعد أن تنتهي من العمل الرمسي‪ .‬وال‬
‫بد من أن تقوم ببعض التمرينات الرياضية أو ختتار لنفسك نوعا من أنواع الرياضة املعروفة مثل‬
‫ألعاب القوى أو السباحة أو الرحالت أو غري ذلك‪ .‬وعند ذلك ستحسن عملك وتتمكن من‬
‫حتقيق املثل الذي يقول ‪ :‬العقل السليم يف اجلسم السليم‪.‬‬

‫‪© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia‬‬ ‫‪14‬‬


‫‪FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB‬‬

‫أجب عن األسئلة اآلتية‪:‬‬ ‫أ‬


‫[درجتان]‬ ‫(‪ )۱‬ما الفائدة العظيمة للرياضة؟‬
‫[درجتان]‬ ‫(‪ )۲‬كيف بذلت احلكومة جهودها لرفع مستوى الرياضة؟‬

‫هات مرادفا للكلمات اآلتية‪:‬‬ ‫بـ‬


‫[درجة واحدة]‬ ‫(‪ )۱‬عظيمة‬

‫هات مضادا للكلمات اآلتية‪:‬‬ ‫جـ‬


‫[درجة واحدة]‬ ‫(‪ )۱‬القوة‬

‫استخرج ما يأيت من النص‪:‬‬ ‫د‬


‫[درجة واحدة]‬ ‫(‪ )۱‬املصدر على وزن ْفعل‬

‫أعرب الكلمات اليت حتتها خط إعرابا تاما‪.‬‬ ‫ه‬


‫[درجتان]‬ ‫(‪ )۱‬جهودا‬

‫‪© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia‬‬ ‫‪15‬‬


‫‪FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB‬‬

‫اضبط الكلمات اليت حتتها خط بالشكل التام‪:‬‬ ‫و‬


‫اهتمت كل االهتمام بالرياضة حبيث قامت‬ ‫ولذلك جند املراحل التعليمية يف ماليزيا قد ّ‬
‫املدارس بتنفيذ األنشطة الالصفية يف املدارس الثانوية يف ماليزيا‪.‬‬
‫[‪ ٤‬درجات]‬

‫استخرج ثالث أفكار رئيسة من النص السابق‪.‬‬ ‫ز‬


‫[‪ ٦‬درجات]‬

‫‪© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia‬‬ ‫‪16‬‬


‫‪FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB‬‬

‫قسم ”ج“‬
‫[‪ ۳٥‬درجة]‬
‫اكتب عن هذا الرسم ما ال يقل عدد كلماته عن ‪ ٤.‬كلمة يف فقرة واحدة‪.‬‬ ‫أ‬

‫ال تَّا ِريخ‬


‫األَنْ ِشطَة‬ ‫ال َم َكان‬
‫ِرحلَةٌ ِري ِ‬
‫اضيَّةٌ‬‫ْ َ‬
‫ال ُم َشارُكون‬ ‫ال َوقت‬
‫ال َه َدف‬

‫[‪ ۱.‬درجات]‬
‫اكتب يف واحد فقط من املوضوعات اآلتية حبيث ال يقل عدد كلماته عن مائة‬ ‫بـ‬
‫وعشرين (‪ )۱۲.‬كلمة‪:‬‬

‫(‪ )۱‬الشباب عماد الوطن‪.‬‬


‫(‪ )۲‬أمهية اإلنرتنت يف حياتنا اليوم‪.‬‬
‫(‪ )۳‬التقرير عن االحتفال بعيد املعلمني يف مدرستك‪.‬‬
‫(‪ )٤‬اخلطبة عن املوضوع " مسؤولية الوالدين يف تربية األبناء"‪.‬‬
‫[‪ ۲٥‬درجة]‬

‫‪© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia‬‬ ‫‪17‬‬


FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB

LAMPIRAN 2

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA


MULAI TAHUN 2021

BAHASA ARAB
(2361)

CONTOH-CONTOH ITEM

2361/2 – BAHASA ARAB KERTAS 2

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 18


‫‪FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB‬‬

‫قسم ”أ“‬
‫[‪ ۰۲‬درجة]‬
‫قائمة األسئلة للمقدمة‬
‫(‪ )۱‬ما امسك؟‬
‫(‪ )۲‬أين تسكن؟‬
‫(‪ )۳‬كيف حالك؟‬
‫(‪ )٤‬ما اسم أبيك؟‬
‫(‪ )٥‬ما اسم أمك؟‬
‫(‪ )٦‬ما هوايتك؟‬
‫(‪ )٧‬ما أملك؟‬
‫(‪ )۸‬كم عمرك؟‬
‫(‪ )۹‬كم عدد إخوانك؟‬
‫(‪ )۱.‬ما عمل أبيك؟‬
‫(‪ )۱۱‬ما عمل أمك؟‬
‫(‪ )۱۲‬ما اسم مدرسك؟‬
‫(‪ )۱۳‬ما اسم مديرك؟‬
‫(‪ )۱٤‬ما اسم مدرستك؟‬
‫(‪ )۱٥‬يف أي فصل تدرس؟‬

‫[‪ ٥‬درجات]‬

‫‪© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia‬‬ ‫‪19‬‬


FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB

.‫صف الصورة اآلتية‬

]‫ درجة‬۱٥[

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 20


FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB

“‫قسم ”ب‬
]‫ درجة‬۰۲[

‫ رياضيت املفضلة‬:‫موضوع الحوار‬

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 21


FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB

LAMPIRAN 3

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA


MULAI TAHUN 2021

BAHASA ARAB
(2361)

PANDUAN PENSKORAN
PENTAKSIRAN LISAN

2361/2 – BAHASA ARAB KERTAS 2

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 22


FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB

PANDUAN UJIAN LISAN BAHASA ARAB SPM

1.0 MAKLUMAT AM

1.1 Kertas Ujian Lisan wajib diduduki oleh semua calon yang mengambil mata
pelajaran bahasa Arab SPM semasa berada di Tingkatan Lima.

1.2 Pihak sekolah hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Pentaksiran Ujian


Lisan Bahasa Arab yang terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata
pelajaran bahasa Arab.

1.3 Jawatankuasa Pentaksir hendaklah merancang dan melaksanakan Ujian


Lisan bahasa Arab kepada semua calon.

1.4 Pentaksiran Ujian Lisan akan dilaksanakan oleh guru yang mengajar mata
pelajaran bahasa Arab.

1.5 Kriteria pemarkahan dalam Panduan Ujian Lisan Bahasa Arab SPM
hendaklah dimaklumkan kepada calon.

1.6 Aktiviti penyetaraan akan dilaksanakan oleh pegawai yang dilantik


oleh Lembaga Peperiksaan.

1.7 Ujian ini dilaksanakan mulai bulan JUN hingga JULAI tahun semasa.

1.8 Tarikh akhir pentaksir menghantar Borang Markah Keseluruhan pada 31


JULAI tahun semasa.

1.9 Setiap calon dikehendaki menjawab satu set soalan ujian yang telah
ditentukan.

1.10 Masa yang diperuntukkan bagi tiap-tiap calon ialah 10 hingga 15 minit.

1.11 Markah penuh bagi ujian ini ialah 50 markah:

Bahagian Perkara Markah

Pengenalan Diri 5 markah


A Memberi Respons Berdasarkan Bahan
Rangsangan 15 markah

B Perbualan Terbuka 30 markah


Jumlah 50 markah

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 23


FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB

1.12 Pentaksiran dijalankan di bilik-bilik ujian yang disediakan oleh pihak sekolah.
Setiap calon akan ditempatkan di bilik kuarantin terlebih dahulu secara
bergilir-gilir sebelum ujian lisan dijalankan.

1.13 Semasa di bilik kuarantin calon akan diberikan satu tajuk perbualan terbuka
sebagai persediaan sebelum ujian lisan dijalankan.

1.14 Ujian lisan dijalankan sekali sahaja mengikut jadual yang ditetapkan.

2.0 ARAHAN KEPADA PIHAK SEKOLAH

2.1 Mematuhi arahan Lembaga Peperiksaan berkaitan pelaksanaan Ujian Lisan


Bahasa Arab bagi calon yang mengambil mata pelajaran bahasa Arab SPM.

2.2 Memastikan Jawatankuasa Pentaksiran Ujian Lisan Bahasa Arab ditubuhkan


di sekolah.

2.3 Memastikan pentaksir memahami dan menjalankan pentaksiran Ujian Lisan


bahasa Arab mengikut panduan pentaksiran yang disediakan.

2.4 Memberi taklimat dan penerangan berkaitan Ujian Lisan kepada calon.

2.5 Menyediakan segala kemudahan untuk melaksanakan Ujian Lisan.

3.0 ARAHAN KEPADA PENTAKSIR

Pentaksir dikehendaki menjalankan ujian ini mengikut langkah-langkah seperti


berikut:

3.1 Bahagian A

(a) Pentaksir akan mengemukakan soalan secara lisan daripada set yang
ditentukan kepada calon berkenaan.

(b) Pentaksir akan mengemukakan 3 soalan mukaddimah kepada calon.

(c) Pentaksir akan memberikan calon bahan rangsangan.

(d) Calon perlu mengemukakan tiga ayat berkaitan bahan rangsangan.

(e) Pentaksir dibenarkan membantu calon dengan soalan-soalan


rangsangan.

(f) Pentaksir perlu memberikan skor sebaik sahaja calon selesai


menjalani ujian berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 24


FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB

3.2 Bahagian B

(a) Pentaksir mengemukakan tajuk perbualan yang telah ditetapkan.


Sekiranya calon tidak dapat menjawab tajuk yang diberikan,
pentaksir boleh memilih satu tajuk perbualan yang lain daripada
senarai tajuk yang dicadangkan.

(b) Pentaksir dibenarkan membantu calon dengan soalan-soalan


rangsangan.

(c) Pentaksir perlu memberikan skor sebaik sahaja calon selesai


menjalani ujian berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

3.3 Pentaksir hendaklah sentiasa menunjukkan sikap yang positif dan tidak
memberi komen yang boleh dianggap mengganggu calon.

3.4 Pentaksir perlu menjumlahkan skor bagi kedua-dua bahagian di dalam


Borang Markah Individu 2361/2 Bahasa Arab (Rujuk Lampiran A).

3.5 Pentaksir perlu melengkapkan Borang Markah Keseluruhan 2361/2 Bahasa


Arab (Rujuk Lampiran B).

4.0 PANDUAN PENSKORAN UJIAN LISAN BAHASA ARAB 2361/2

4.1 BAHAGIAN A (20 MARKAH)

4.1.1 Sesi perbualan dimulai dengan 3 soalan mukaddimah yang


diperuntukkan 5 markah.

4.1.2 Pemberian markah bahan rangsangan berdasarkan perkara berikut:


(a) Idea dan huraian (9 markah)
(b) Tatabahasa (2 markah)
(c) Sebutan (2 markah)
(d) Kefasihan (2 markah)

4.2 BAHAGIAN B (30 MARKAH)

4.2.1 Pemberian markah perbualan terbuka mengikut perkara berikut:


(a) Idea dan huraian (15 markah)
(b) Tatabahasa (5 markah)
(c) Sebutan (5 markah)
(d) Kefasihan (5 markah)

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 25


FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB

4.3 Kriteria Pemarkahan Bahagian A

Bil Perkara Skor Aspek Kriteria


1 Perbualan Memberi dua atau tiga idea
Terhad Idea dan huraian berserta huraian yang tepat
dan mencapai maksud.
Penggunaan tatabahasa
11 - 15 Tatabahasa
betul dan tepat.
Cemerlang
Sebutan betul, sangat jelas
Sebutan
dan tepat.
Keseluruhan pengucapan
Kefasihan
sangat lancar.
Memberi satu atau dua idea
Idea dan huraian berserta huraian yang tepat
dan mencapai maksud.
Terdapat sedikit kesilapan
6 - 10 Tatabahasa
tatabahasa.
Baik
Sebutan Sebutan betul dan jelas.
Keseluruhan pengucapan
Kefasihan
lancar.
Memberi satu idea tanpa
Idea dan huraian
huraian.
Terdapat banyak kesilapan
Tatabahasa
3-5 tatabahasa.
Memuaskan Sebutan masih betul tetapi
Sebutan kurang tepat dan kurang
jelas.
Keseluruhan pengucapan
Kefasihan
kurang lancar.

Idea dan huraian

Tatabahasa Keseluruhannya lemah,


1-2 tidak menunjukkan
Lemah Sebutan penguasaan kemahiran
bertutur dalam bahasa Arab.

Kefasihan

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 26


FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB

4.4 Kriteria Pemarkahan Bahagian B

Bil Perkara Skor Aspek Kriteria


1 Perbualan Memberi empat atau lima
Terbuka Idea dan huraian idea berserta huraian yang
tepat dan mencapai maksud.
Penggunaan tatabahasa
21 - 30 Tatabahasa
betul dan tepat.
Cemerlang
Sebutan betul, sangat jelas
Sebutan
dan tepat.
Keseluruhan pengucapan
Kefasihan
sangat lancar.
Memberi dua atau tiga idea
Idea dan huraian berserta huraian yang tepat
dan mencapai maksud.
11 - 20 Terdapat sedikit kesilapan
Tatabahasa
Baik tatabahasa.

Sebutan Sebutan betul dan jelas.

Keseluruhan pengucapan
Kefasihan
lancar.
Memberi satu idea berserta
Idea dan huraian huraian yang tepat dan
mencapai maksud.
Terdapat banyak kesilapan
Tatabahasa
4 - 10 tatabahasa.
Memuaskan Sebutan masih betul tetapi
Sebutan kurang tepat dan kurang
jelas.
Keseluruhan pengucapan
Kefasihan
kurang lancar.

Idea dan huraian

Tatabahasa Keseluruhannya lemah,


1-3 tidak menunjukkan
Lemah penguasaan kemahiran
Sebutan bertutur dalam bahasa Arab.

Kefasihan

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 27


FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB

4.5 Glosari Ujian Lisan

Istilah Maksud

Pengucapan yang mengandungi erti atau bererti.


Idea Pengucapan yang mencapai maksud atau kehendak
tugasan.

Tatabahasa Peraturan bahasa .

Cara melafazkan atau menyebut perkataan yang diterima


Sebutan sebagai yang betul atau yang wajar.

Lancar dan mudah bercakap.


Kefasihan Pandai berkata-kata.
Pantas dan tidak tersekat-sekat.

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 28


FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB

LAMPIRAN A
BORANG MARKAH INDIVIDU
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
UJIAN LISAN
BAHASA ARAB 2361/2

Nama Calon : ………………………………….………………


Angka Giliran : ………………………………….………………
Set Soalan : ………………………………….………………

BIL PERKARA MARKAH JUMLAH

1 BAHAGIAN A (PERBUALAN TERHAD) 20

 Pengenalan diri 5

 Idea dan huraian 9

 Tatabahasa 2

 Sebutan 2

 Kefasihan 2

2 BAHAGIAN B (PERBUALAN TERBUKA) 30

 Idea dan huraian 15

 Tatabahasa 5

 Sebutan 5

 Kefasihan 5

JUMLAH KESELURUHAN
50

Tandatangan Pentaksir 1 : ......................................

Nama Pentaksir 1 : ...................................... Tarikh : ......................................

Tandatangan Pentaksir 2 : ......................................

Nama Pentaksir 2 : ...................................... Tarikh : ......................................

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 29


FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB

LAMPIRAN B

BORANG MARKAH KESELURUHAN


SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
UJIAN LISAN
BAHASA ARAB 2361/2

ANGKA
BIL NAMA CALON MARKAH CATATAN
GILIRAN

Tandatangan Pentaksir: ………............ Tandatangan Pengetua : ………………….…...


Nama Pentaksir : ………............ Nama Pengetua : ……………………..….……
Tarikh: ………............ Nama dan Alamat Sekolah:
…………..….…….............................................
………………………………………..…….….
Cap Rasmi Sekolah: ………………..…………
Tarikh: ……………………

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 30


Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

You might also like