You are on page 1of 16

MQA – 02 (BAHAGIAN C: BIDANG 3)

BIDANG 3: PENILAIAN PELAJAR

3.1 HUBUNGAN PENILAIAN DAN PEMBELAJARAN

Maklumat Berkenaan Standard Asas

3.1.1 Jelaskan bagaimana prinsip, kaedah dan amalan penilaian diselarikan dengan
hasil pembelajaran dan kandungan program.

Prinsip, kaedah dan amalan yang dilaksanakan adalah seperti yang berikut:

• Dasar dan Prinsip Penilaian dan Pentaksiran KV dibangunkan sebagai garis


panduan bagi mewujudkan keseragaman dalam pengendalian segala urusan
yang berkaitan dengan pentaksiran atau lain-lain bentuk penilaian.

• Garis Panduan Pengurusan Bank Item Dan Peraturan Pemarkahan


dibangunkan bagi mendokumenkan proses perancangan, penggubalan item,
penyaringan dan pemilihan item, penyediaan item lengkap, penyimpanan Bank
Item serta proses analisis item peperiksaan.

• Garis Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Berterusan untuk memberi


kefahaman kepada pensyarah mengenai konsep Pentaksiran Berterusan,
membantu pensyarah melaksanakan Pentaksiran berterusan dan membantu
pensyarah menyediakan dokumen dan rekod proses Pentaksiran Berterusan.

• Garis Panduan Pelaksanaan Penilaian Akhir untuk memberi garis panduan


kepada pensyarah dan pelajar mengenai pengurusan penilaian akhir, peraturan
penilaian akhir dan kaedah penilaian akhir serta tatacara rayuan keputusan.

• Garis Panduan Moderasi Pemeriksaan Skrip Jawapan sebagai panduan


kepada pemeriksa melaksanakan pemeriksaan skrip jawapan sebagai proses
jaminan kualiti untuk memastikan prosedur dan penilaian hasil pembelajaran
bersifat sah, bolehpercaya, adil, bersesuaian, fleksibel serta selari dengan
piawaian, prinsip dan etika penilaian.

37 DHB KV(P) TELUK INTAN


MQA – 02 (BAHAGIAN C: BIDANG 3)

Kaedah pentaksiran bagi semua kursus yang ditawarkan ditentukan dengan


merujuk kepada Course Information setiap kursus. Secara umumnya kaedah
yang digunakan adalah pentaksiran berterusan dan penilaian akhir. Pemberatan
pentaksiran berterusan dan penilaian akhir adalah merujuk kepada Garis
Panduan Pentaksiran Berterusan dan Penilaian Akhir KV serta KSKV program.

3.1.2 Nyatakan bagaimana penilaian pelajar dipastikan tekal dengan tahap


sebagaimana yang ditakrif dalam Kerangka Kelayakan Malaysia dan lapan
domain hasil pembelajarannya (contoh: pemikiran kritikal, penyelesaian
masalah, pembelajaran bersepadu, pembelajaran sepanjang hayat dan
sebagainya). Pemberi Pendidikan Tinggi boleh mengemukakan maklumat ini
dalam bentuk matriks dengan mengambil contoh maklumat yang diperlukan
pada 1.2.2 dan Jadual 3 dalam 2.3.3.

Penilaian pelajar di setiap kitaran pengajian dipastikan ketekalannya dengan tahap


yang ditakrif dalam Kerangka Kelayakan Malaysia dan lapan domain hasil
pembelajarannya melalui:

DOMAIN CADANGAN KAEDAH


PEMBELAJARAN PENILAIAN

Pengetahuan Kuiz / Ujian

Kemahiran Praktikal Folio / Tugasan / Projek / Amali

Tugasan / Pembentangan / Projek


Kemahiran Komunikasi
kumpulan
Pemikiran kritis dan kemahiran
Pembentangan / Projek Kumpulan
menyelesaikan masalah

Kemahiran dan tanggungjawab sosial Projek / Amali

Pembelajaran sepanjang hayat dan Folio / Tugasan / Pembentangan /


pengurusan maklumat Projek

Kemahiran keusahawanan Projek individu / Projek kumpulan

Profesionalisma, etika dan moral Pembentangan / Amali / Projek

Kerja berpasukan dan kemahiran Tugasan / Projek / Pembentangan


kepimpinan / Amali

38 DHB KV(P) TELUK INTAN


MQA – 02 (BAHAGIAN C: BIDANG 3)

Programme Outcomes (PO) bagi Program Pengajian di Kolej Vokasional


mempunyai 9 domain pembelajaran yang mencakupi 8 domain pembelajaran MQF
dan 7 domain Generic Student Attribute (GSA) yang terkandung dalam Malaysia
Education Blueprint 2013-2025.

Program Outcomes (PO) boleh meningkatkan pemikiran kritikal, kemampuan


menyelesaikan masalah, membuat keputusan, dan kemahiran pemikiran analitis, di
samping menggalakan pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka
serta bersedia untuk pembelajaran sepanjang hayat yang dapat ditunjukkan dalam
LAMPIRAN 3.1: Matrix courses outcomes (CO) vs Programme outcomes (PO)

3.1.3 Tunjukkan bagaimana jabatan memantau penilaian pelajar untuk


mengurangkan lebihan bebanan kurikulum dan menggalakkan pembelajaran
bersepadu.

Jabatan memantau penilaian pelajar untuk mengurangkan lebihan bebanan


kurikulum dan menggalakkan pembelajaran bersepadu melalui:

• Masa pembelajaran pelajar (SLT) dalam Dokumen Standard Kolej Vokasional


bagi setiap kursus yang ditawarkan dalam program pengajian adalah untuk
memastikan bebanan kurikulum diminimumkan berdasarkan bilangan dan
jenis penilaian yang ditetapkan di dalam matrik CO vs PO (Matrix courses
outcomes vs Programme outcomes).

• Kawalan ke atas keseragaman dan kualiti penilaian dibangunkan bagi


membantu pensyarah menghasilkan kertas penilaian akhir berdasarkan
Course Outcome dan Performance Criteria yang terkandung dalam KSKV dgn
menggunakan format Penilaian Akhir.

• Pentaksiran Berterusan dibuat berdasarkan Performance Criteria yang


terkandung didalam KSKV. Kaedah Pentaksiran berterusan yang digunakan
adalah seperti mengukur perkembangan pengetahuan, kompetensi kemahiran
praktikal dan menilai kemahiran insaniah.

• Pentaksiran Berterusan yang digunakan adalah seperti Kuiz, Tutorial,


Tugasan, Amali, Projek, Pembentangan, Ujian, Folio atau Simulasi.

39 DHB KV(P) TELUK INTAN


MQA – 02 (BAHAGIAN C: BIDANG 3)

• Justeru, hubungan antara penilaian dan hasil pembelajaran ini dikaji secara
berkala melalui analisa semakan pentaksiran berterusan dan analisa
keputusan penilaian akhir.

3.1.4 Jelaskan bagaimana jabatan memastikan bahawa sikap-sikap yang wajar


dipupuk dan dinilai (contohnya, menghormati kepelbagaian sosio-budaya,
sensitif terhadap hak orang lain, keberkesanan kos, kerja berpasukan,
pembelajaran sepanjang hayat).

Setiap modul / kursus dalam program mengandungi maklumat mengenai


kandungan kursus dimana nilai-nilai sikap dan sahsiah turut terkandung dalam
kurikulum tersebut. Pentaksiran dan penilaian kursus pula turut mengukur
pencapaian dalam domain berkaitan sikap dan sahsiah.

Pelajar juga diwajibkan untuk mengikuti Komponen Akademik (Kemahiran


Insaniah).

Maklumat Berkenaan Standard Tinggi

3.1.5 Nyatakan bagaimana hubungan antara penilaian dan hasil


pembelajaran ini dikaji secara berkala untuk memastikan keberkesanannya.

Hubungan antara penilaian dan hasil pembelajaran dikaji secara berkala untuk
memastikan keberkesanannya melalui:
• Item pentaksiran berterusan yang dibangunkan oleh pensyarah kursus
disemak dan disahkan oleh Ketua Jabatan (KJ) atau Ketua Program (KP).
• Fail Rekod Pensyarah disemak oleh Ketua Jabatan (KJ) atau Ketua
Program (KP) untuk memastikan perlaksanaan dan keberkesanan
pentaksiran berterusan.
• Moderasi skrip jawapan penilaian akhir untuk menyelaras pemarkahan.
• Hubungan antara penilaian dan hasil pembelajaran yang dikaji secara
berkala melalui analisa keputusan penilaian akhir, analisa pencapaian Hasil
Pembelajaran Kursus dan Hasil Pembelajaran Program bagi mengenalpasti
kekuatan dan kelemahan untuk tujuan penambahbaikan berterusan.

40 DHB KV(P) TELUK INTAN


MQA – 02 (BAHAGIAN C: BIDANG 3)

3.2 KAEDAH PENILAIAN

Maklumat Berkenaan Standard Asas

3.2.1 Jelaskan kaedah penilaian pelajar dari segi jangka masa, kepelbagaian,
pemberatan kriteria, dan liputannya. Jelaskan juga bagaimana penilaian ini
didokumen dan disampaikan kepada pelajar.

1. Kaedah penilaian pelajar dari segi jangka masa, kepelbagaian, pemberatan,


kriteria dan liputannya di dokumen dan disampaikan kepada pelajar melalui:
 Garis panduan kursus (Course outline) bagi Pentaksiran Berterusan dan
Kaedah Penilaian Akhir Kolej Vokasional didokumenkan dan diedarkan
kepada pelajar pada awal sesi pengajian.

2. Kaedah penilaian pelajar dari segi jangka masa, kepelbagaian, pemberatan,


kriteria, dan liputannya disampaikan kepada pelajar di awal perkuliahan seperti
yang di dokumenkan di dalam:
 Garis Panduan Pentaksiran Berterusan Dan Penilaian Akhir

3. Kaedah penilaian disampaikan kepada pelajar melalui:


 Taklimat Pentaksiran Berterusan dan Penilaian Akhir
 Taklimat Program
 Taklimat OJT

4. Kaedah Pentaksiran Berterusan yang boleh dilaksanakan adalah seperti:


 Kuiz
 Tugasan / Folio
 Projek
 Pembentangan
 Ujian
 Amali

41 DHB KV(P) TELUK INTAN


MQA – 02 (BAHAGIAN C: BIDANG 3)

5. Kriteria Gred dan penskoran bagi program yang dijalankan:

6. Pelajar layak untuk tujuan Penganugerahan Diploma setelah:


 Kompeten semua kursus Vokasional dengan PNGK minima 2.67 (B-)
 PNGK kursus insaniah/umum ≥ 2.0
 Telah melengkapkan projek Semester Pendek
 Menjalani dan lulus OJT
 Diperakui oleh Jawatankuasa Akademik Kolej

3.2.2 Jelaskan bagaimana kaedah penilaian, termasuk penilaian terhadap latihan


praktikal, latihan klinikal, projek studio, demonstrasi dan sebagainya, boleh
mengukur pencapaian hasil pembelajaran pelajar.

Kaedah penilaian boleh mengukur pencapaian hasil pembelajaran pelajar melalui:

1. Pentaksiran pengajian Kolej Vokasional yang terdapat dalam Garis Panduan


Pentaksiran Berterusan Dan Penilaian Akhir adalah proses penilaian hasil
pembelajaran pelajar yang melibatkan penilaian formatif dan sumatif
termasuk ujian teori dan amali.

42 DHB KV(P) TELUK INTAN


MQA – 02 (BAHAGIAN C: BIDANG 3)

2. Item Pentaksiran Berterusan yang terdiri daripada tugasan, ujian amali,


projek dan lain-lain dibina berdasarkan hasil pembelajaran tajuk tertentu
yang dinyatakan dalam LAMPIRAN 3.2: Jadual Spesifikasi Ujian.

3. Penilaian OJT yang mengukur hasil pembelajaran adalah merujuk kepada


Garis Panduan On Job Training (OJT) melalui interaksi, temu bual dan
laporan latihan industri pelajar.

4. Item penilaian akhir yang digubal berasaskan kepada hasil pembelajaran


yang dinyatakan dalam KSKV.

3.2.3 Bagaimanakah kaedah penilaian dikaji secara berkala untuk memastikan


kesesuaiannya dengan perkembangan amalan terbaik?

Kaedah penilaian disemak semula dari semasa ke semasa melalui mekanisme


yang berikut:

• Mesyuarat Jawatankuasa Akademik/Senat yang dipengerusikan oleh


Pengarah.
• Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Akademik yang dipengerusikan oleh
Timbalan Pengarah Akademik.
• Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian dan Pentaksiran yang dipengerusikan
oleh Ketua Jabatan Penilaian dan Pentaksiran.
• Mesyuarat Jabatan Pendidikan Umum yang dipengerusikan oleh Ketua
Jabatan Pendidikan Umum.
• Mesyuarat Jabatan Bioteknologi dan Pemprosesan yang dipengerusikan oleh
Ketua Jabatan Biotekbologi dan Pemprosesan
• Maklumbalas pensyarah melalui mesyuarat-mesyuarat di atas.

Penilaian Aras Pengetahuan Berdasarkan Taxonomy Bloom melibatkan perkara-


perkara berikut:

• domain kognitif dinilai melalui kuiz, ujian, projek dan penilaian akhir.
• domain psikomotor diukur melalui kerja amali dan projek.
• domain afektif dinilai melalui pemerhatian dan senarai semak.

43 DHB KV(P) TELUK INTAN


MQA – 02 (BAHAGIAN C: BIDANG 3)

3.2.4 Jelaskan bagaimana Pemberi Pendidikan Tinggi memantau


kebolehpercayaan dan kesahan penilaian pelajar sepanjang masa dan di
lokasi-lokasi yang berlainan.

Pemantauan oleh BPTV, Jawatankuasa Pengurusan Akademik KV, Jawatankuasa


Penjaminan Kualiti, Jabatan Penilaian dan Pentaksiran KV dalam aspek
kebolehpercayaan dan kesahan penilaian pelajar dilaksanakan melalui perkara-
perkara berikut:

• Peraturan Penilaian dan Pentaksiran KV


• Perlaksanaan analisis item
• Pembinaan item secara berpusat
• Masa pelaksanaan peperiksaan serentak di semua KV
• Perlaksanaan Moderasi Penyemakan Skrip Jawapan Penilaian Akhir
• Pemantauan dijalankan di peringkat KV
• Pensyarah yang terlibat dengan penggubalan soalan diwajibkan
menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972

3.2.5 Huraikan bagaimana semakan terhadap kaedah penilaian dalam program


dilakukan (contohnya, penubuhan satu jawatankuasa tetap penilaian, atau
secara rundingan dengan penilai dan pemeriksa luar, pelajar, alumni dan
industri).

Semakan terhadap kaedah penilaian dalam sesuatu program dilaksanakan melalui:

Jawatankuasa Pengurusan Akademik BPTV KPM

1. Pembangunan dokumen kurikulum merangkumi kaedah penilaian bagi


sesuatu program melibatkan Jawatankuasa Penasihat Kurikulum KPM yang
terdiri daripada pihak industri, lembaga profesional, wakil dari institusi
pengajian tinggi awam dan swasta dan agensi yang berkepentingan.

2. Ahli jawatankuasa tersebut turut mengkaji semula kaedah penilaian program


semasa melakukan semakan terhadap kurikulum.

44 DHB KV(P) TELUK INTAN


MQA – 02 (BAHAGIAN C: BIDANG 3)

Unit Penilaian dan Pentaksiran BPTV KPM

Unit Pentaksiran BPTV, KPM bertindak sebagai panel penilai luar untuk membantu
KV memastikan kualiti dan standard pentaksiran tercapai melalui:

1. Menyemak dan menilai item Penilaian Akhir


2. Berkongsi ilmu tentang bidang kepakaran.

Ketua Jabatan dan Ketua Program terlibat dalam semakan dan pengesahan
pentaksiran berterusan berbentuk teori.

Jawatankuasa Akademik, Jabatan Penilaian dan Pentaksiran dan


Jawatankuasa Penjaminan Kualiti.

Ketiga tiga jawatankuasa ini terlibat dalam semakan dan penilaian berterusan dan
penilaian akhir kursus.

Maklumat Berkenaan Standard Tinggi

3.2.6 Huraikan bagaimana penilaian dalaman dibandingkan dengan amalan terbaik


luaran (contohnya, melalui penilaian oleh pemeriksa luar, secara
perbandingan dengan penilaian pelajar yang dilakukan di institusi-institusi
yang mempunyai reputasi yang baik).

Semakan Item Peperiksaan Akhir oleh Panel Penilai Luar

Panel Penilai Luar terdiri daripada pensyarah IPTA yang dilantik untuk membantu
KV(P)TI memastikan kualiti dan standard pentaksiran tercapai melalui:
 Menyemak dan menilai item PA.
 Berkongsi ilmu tentang bidang kepakaran masing-masing dengan KV(P)TI.

45 DHB KV(P) TELUK INTAN


MQA – 02 (BAHAGIAN C: BIDANG 3)

3.2.7 Huraikan bagaimana kepakaran luaran, tempatan dan antarabangsa,


dirunding dalam penyemakan sistem penilaian.

Penyemakan sistem penilaian melibatkan kepakaran luaran seperti berikut:


1. Panel Penasihat Program Pengajian
 Terdiri dari kalangan ahli akademik dari IPTA dan IPTS
 Jawatankuasa ini berfungsi sebagai penasihat terhadap program
pengajian dan sistem pentaksiran program.
2. Panel Penilai Luar
 Terdiri daripada ahli akademik dan industri yang dilantik untuk
membantu KV(P)TI memastikan kualiti dan standard pentaksiran.
3. Maklumbalas dari organisasi awam dan swasta
 Maklumbalas majikan- majikan di organisasi awam dan swasta dapat
digunakan untuk penilaian terhadap pelajar yang menjalani latihan
industri.

3.3 PENGURUSAN PENILAIAN PELAJAR

Maklumat Berkenaan Standard Asas

3.3.1 Huraikan autoriti yang bertanggungjawab terhadap dasar penilaian dan terma-
terma rujukan.

Autoriti yang bertanggungjawab terhadap dasar penilaian dan terma-terma rujukan


adalah:

1. Autoriti kepada pensyarah dalam menentukan corak penyampaian atau


kaedah pembelajaran dan pengajaran yang bersesuai dengan CO dan PO.
2. Autoriti kepada Pensyarah dalam mereka bentuk item Pentaksiran Berterusan
(PB) yang bersesuaian dengan CO dan PO.
3. Pensyarah kursus bertanggungjawab menggubal item Penilaian Akhir (PA)
berpandukan JSU bagi sesuatu kursus.

46 DHB KV(P) TELUK INTAN


MQA – 02 (BAHAGIAN C: BIDANG 3)

4. Jawatankuasa Akademik / Senat KV adalah bertanggungjawab untuk:


a. Menentukan dan melaksanakan apa-apa dasar yang perlu berhubung
dengan segala aktiviti penilaian dan pentaksiran.
b. Memastikan peraturan-peraturan penilaian dan pentaksiran dipatuhi.
c. Menentukan tindakan yang diambil ke atas pelajar yang melanggar
peraturan penilaian dan pentaksiran.
d. Memutuskan kedudukan pencapaian akademik pelajar.
e. Mengumumkan keputusan penilaian bagi pihak KV.
f. Mempertimbangkan dan menyediakan laporan berkaitan dengan rayuan
pelajar berhubung dengan keputusan penilaian.

3.3.2 Jelaskan mekanisme yang digunakan untuk menjamin kredibiliti,


kebolehpercayaan dan kesaksamaan sistem penilaian (contohnya,
penggunaan kepakaran luaran, rundingan, penelitian luaran dan dalaman,
pemantauan berterusan), adalah mengikut tatacara dan peraturan yang
ditetapkan.

Mekanisma yang digunakan untuk memastikan kredibiliti, kebolehpercayaan dan


kesaksamaan sistem penilaian adalah mengikut peraturan dan prosedur berikut:

1. Instrumen Penjaminan Kualiti yang disediakan oleh BPTV, KPM.

2. Proses penggubalan item penilaian akhir adalah seperti berikut:

a. Item yang digubal akan dibengkelkan bagi tujuan penilaian dan pemurnian
oleh Panel Penilai yang terdiri daripada pensyarah kursus berpengalaman
di peringkat Pusat
b. Item yang telah dinilai dan dimurnikan disemak oleh Ketua Panel Penilai
yang terdiri daripada Ketua Jabatan atau pensyarah utama
c. Set item dan peraturan pemarkahan yang dipilih akan disemak oleh Panel
Pusat (BPTV)

3. Proses penyediaan Item/tugasan bagi Pentaksiran Berterusan (PB) digubal


oleh pensyarah kursus dan diselaraskan oleh Ketua Unit dan disahkan oleh
Ketua Jabatan.

47 DHB KV(P) TELUK INTAN


MQA – 02 (BAHAGIAN C: BIDANG 3)

4. Pelarasan Pemeriksaan Skrip Jawapan Penilaian Akhir adalah seperti berikut:


a. Penyelaras Moderasi Jabatan dilantik oleh Timbalan Pengarah Akademik.
b. Ketua Pentaksir Kursus dilantik oleh Ketua Jabatan.
c. Merancang pelaksanaan pelarasan di peringkat jabatan berpandukan
kepada takwim aktiviti pentaksiran.
d. Memberi taklimat pelarasan skrip jawapan kepada pensyarah.

3.3.3 Nyatakan jawatankuasa dan proses berkaitan:


i. pengawalan dan penentusahan penilaian sumatif; dan
ii. penandaarasan standard akademik penilaian.

i. Verifikasi dan pelarasan penilaian sumatif dilaksanakan oleh Jabatan


Penilaian dan Pentaksiran.

ii. Untuk memastikan standard pentaksiran mempunyai kesahan dan


kebolehpercayaan yang tinggi panel yang terdiri daripada pensyarah kursus
berpengalaman dilantik untuk menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dan
peraturan memberi markah bagi tujuan penyediaan soalan dan penyemakan
skrip jawapan.

3.3.4 Jelaskan bagaimana kerahsiaan dan keselamatan proses penilaian pelajar


dan segala rekod akademik adalah terjamin.

Kerahsiaan dan keselamatan proses penilaian pelajar dan segala rekod akademik
dipastikan terjamin melalui:

• Pegawai yang terlibat dalam menguruskan dokumen penilaian akhir perlu


mengisi dan menandatangani borang Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88).
• Pegawai yang terlibat dalam penggubalan item penilaian tidak dibenarkan
untuk menyimpan sebarang salinan dalam apa jua bentuk dan dilarang untuk
menyebarkan sebarang maklumat dan kandungan item kepada mana-mana
pihak.
• Proses penilaian dan pemurnian item penilaian akhir dilaksanakan secara
perbengkelan yang dikawal keselamatannya.

48 DHB KV(P) TELUK INTAN


MQA – 02 (BAHAGIAN C: BIDANG 3)

• Urusan percetakan item penilaian akhir dilakukan di Unit Penilaian dan


Pentaksiran KV di bawah kawalan Ketua Jabatan Penilaian dan Pentaksiran.
• Hanya staf yang terlibat dengan pengurusan penilaian sahaja yang dibenarkan
masuk ke Unit Penilaian dan Pentaksiran.
• Kertas soalan penilaian akhir yang telah dicetak hendaklah dimasukkan ke
dalam sampul surat/plastik dan dilabelkan serta dilakri.
• Bagi tujuan penyimpanan, item dan peraturan pemarkahan disimpan dan
dikawal dengan selamat di dalam kabinet besi berkunci di unit Penilaian dan
Pentaksiran.
• Semua dokumen sulit penilaian yang tidak digunakan di lupuskan secara
mericih.
• Hanya staf yang berkenaan sahaja dibenarkan akses kepada semua markah,
keputusan dan rekod penilaian pelajar.
• Keputusan penilaian pelajar dikeluarkan kepada individu berkenaan sahaja
dalam bentuk transkrip dan dipaparkan di papan kenyataan.

3.3.5 Jelaskan bagaimana prestasi penilaian dan segala keputusannya


disampaikan kepada pelajar.

Prestasi penilaian dan segala keputusan disampaikan kepada pelajar melalui:

• Pensyarah dikehendaki untuk memberitahu para pelajar mengenai markah


dan prestasi mereka secara berkala sejurus Pentaksiran Berterusan (PB)
dilakukan untuk memantau perkembangan prestasi pelajar tersebut.
• Pensyarah dikehendaki menyediakan markah Pentaksiran Berterusan (PB)
bagi setiap kursus sebelum penilaian akhir bermula dan gred dipaparkan dan
dimaklumkan kepada pelajar.
• Keputusan Pentaksiran Kolej Vokasional diumumkan dengan dipaparkan di
papan kenyataan kepada pelajar selepas Jawatankuasa Akademik KV
mengesahkan keputusan mesyuarat.

49 DHB KV(P) TELUK INTAN


MQA – 02 (BAHAGIAN C: BIDANG 3)

3.3.6 Jelaskan bagaimana jabatan memberi maklum balas kepada pelajar


berhubung prestasi akademik mereka dengan tujuan agar mereka mempunyai
waktu yang secukupnya untuk mengambil tindakan pemulihan.

• Pelajar perlu mengetahui pencapaian PB yang diperolehi sepanjang semester


dijalankan secara berkala.
• Pensyarah memberikan maklumbalas kepada pelajar berhubung
prestasiakademik mereka agar mempunyai waktu secukupnya untuk
mengambil tindakan pemulihan melalui:

i. Pensyarah akan berbincang dengan pelajar secara individu atau kumpulan


berpandukan PO dan CO yang perlu dicapai.
ii. Prestasi pelajar sentiasa dipantau dan diselia oleh pensyarah dan mentor
masing-masing. Maklumat awal akan digunakan untuk membimbing pelajar
bagi memperbaiki pencapaian mereka.
iii. Pensyarah akan memberi tumpuan yang khusus kepada pelajar yang
berprestasi rendah dan diberi peluang dinilai semula.
iv. Pelajar yang berprestasi rendah juga akan dirujuk kepada kaunselor untuk
mendapatkan bimbingan jika diperlukan.

3.3.7 Bagaimanakah caranya rekod diperoleh pelajar bagi tujuan maklum balas
terhadap prestasi, kajian dan tindakan pemulihan?

Maklum balas terhadap prestasi, kajian dan tindakan pemulihan boleh diperolehi
melalui:

• Semua kertas penilaian yang telah disemak dipulangkan semula untuk


memberikan ruang kepada pelajar mengambil tindakan pembetulan.
• Pelajar akan dimaklumkan tentang jumlah markah Pentaksiran Berterusan
(PB) sebelum mereka menduduki Penilaian Akhir (PA).
• Maklum balas dari organisasi semasa pelajar menjalani On Job Training
diambil kira dalam mengenal pasti pencapaian pelajar bagi tujuan
penambahbaikan.

50 DHB KV(P) TELUK INTAN


MQA – 02 (BAHAGIAN C: BIDANG 3)

3.3.8 Nyatakan samada pelajar mempunyai hak untuk membuat rayuan.


Kemukakan maklumat dasar dan proses rayuan. Bagaimanakah rayuan
dikendalikan?

KV(P)TI akan mencetak dan mengeluarkan senarai keputusan penilaian bagi setiap
kursus mengikut program.

Keputusan ini dipamerkan untuk tempoh sekurang-kurangnya TUJUH (7) hari di


papan kenyataan untuk semakan pelajar tertakluk kepada suatu tarikh tertentu yang
ditetapkan oleh pihak Institusi.

Pelajar boleh berhubung dengan pensyarah sekiranya ada kesilapan kepada gred
yang diperoleh. Pelajar boleh membuat Rayuan Keputusan Gred Mata Pelajaran
dengan kebenaran pensyarah untuk dibawa ke Jawatankuasa Akademik.

3.3.9 Jelaskan mekanisme untuk mengkaji dan melaksanakan kaedahbaru


penilaian.

Semakan semula dilaksanakan di peringkat pusat, BPTV, KPM.

3.3.10 Lampirkan satu salinan Peraturan Peperiksaan.

Rujuk LAMPIRAN 2.4: Garis Panduan Pentaksiran Berterusan Dan Penilaian Akhir

Maklumat Berkenaan Standard Tinggi

3.3.11 Bagaimanakah perwakilan pelajar, staf akademik dan pihak yang


berkepentingan terlibat dalam penambahbaikan sistem penilaian pelajar?

Pelajar, staf akademik dan pihak yang berkepentingan yang terlibat dalam
memperbaiki sistem pentaksiran pelajar melalui maklumbalas daripada:

 Maklum balas penilaian kursus oleh pelajar.


 Pakar subjek semasa pembangunan kurikulum.
 Industri atau organisasi tempat latihan industri.

51 DHB KV(P) TELUK INTAN


MQA – 02 (BAHAGIAN C: BIDANG 3)

Jawatankuasa Pengurusan Akademik akan memantau, menilai dan menyemak


semula aktiviti pentaksiran sepanjang semester selepas mendapat maklumbalas
daripada pelajar, staf akademik dan pihak yang berkepentingan.

3.3.12 Sejauh manakah autonomi jabatan dan staf akademik dalam pengurusan
penilaian pelajar?

 Ketua Jabatan – Menyelaraskan urusan berkaitan PB dan PA mengikut


keperluan.
 Ketua Program atau Penyelaras Kursus – menetapkan penjadualan, reka
bentuk dan format PB pelajar.
 Pensyarah kursus – menetapkan dan menggubal soalan PB pelajar.
 Unit Pentaksiran di peringkat Kolej Vokasional bertanggungjawab terhadap
pematuhan prosedur penilaian yang ditetapkan.

3.3.13 Jelaskan bentuk pemeriksaan luar yang teliti dan bebas atas penilaian pelajar
dengan tujuan menambahbaik pengurusan sistem penilaian.

Bentuk pemeriksaan luar yang teliti dan bebas ke atas penilaian pelajar adalah
seperti berikut:

 Semakan Panel Luar terhadap item PA semasa pentaksiran dijalankan.


 Penilaian oleh pihak industri semasa pelajar menjalani latihan industri.

Prosedur pentaksiran sedia ada memerlukan semua keputusan peperiksaan


dibentangkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Akademik.

52 DHB KV(P) TELUK INTAN

You might also like