You are on page 1of 17

TERHAD

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA 2018


ADAB DAN NUSUS S108/41(PP)
Kerja Kursus
Panduan Pentaksiran
Mac – Julai

UNTUK KEGUNAAN PENTAKSIR SAHAJA

AMARAN

Panduan pentaksiran ini TERHAD. Kegunaannya khusus untuk pentaksir


yang berkenaan sahaja. Sebarang maklumat dalam panduan pentaksiran ini
tidak boleh dimaklumkan kepada sesiapa. Panduan pentaksiran ini tidak
boleh dikeluarkan dalam apa-apa bentuk media.

Panduan pentaksiran ini mengandungi 17 halaman bercetak.


[Lihat halaman sebelah
S108/41(PP) © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 2 S108/41(PP)

PANDUAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS

1.0 PENGENALAN

Setiap calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dikehendaki menjalankan kerja
kursus Adab dan Nusus sebagai satu daripada keperluan pensijilan. Sehubungan
itu, guru-guru dikehendaki melaksanakan pentaksiran kerja kursus bagi setiap
calon di peringkat sekolah dan menyerahkan Borang Rumusan Skor Kerja Kursus
kepada Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bagi mentaksir kerja kursus ini, satu kaedah pengukuran dalam suasana pengajaran
dan pembelajaran perlu dilaksanakan oleh guru. Kaedah ini adalah berdasarkan
elemen yang diperkenalkan. Elemen merupakan perkara yang generik sifatnya
seperti Pengetahuan dan Kefahaman, Kemahiran Mengaplikasi, Kemahiran
Menganalisis, Kemahiran Mengorganisasi, Kemahiran Membuat Persembahan dan
Nilai yang boleh ditaksir dalam diri calon melalui pembelajaran mata pelajaran
Adab dan Nusus.

Panduan Pentaksiran Kerja Kursus STAM ini disusun untuk membantu guru
sewaktu menjalankan tugas mentaksir prestasi calon. Pentaksiran kerja kursus ini
hendaklah dijalankan dalam tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

2.0 OBJEKTIF PENTAKSIRAN

Berdasarkan objektif mata pelajaran, objektif pentaksiran bagi instrumen S108/41


Adab dan Nusus adalah untuk mentaksir penguasaan pelajar dalam mempamerkan:

2.1 Pengetahuan dan Kefahaman


2.2 Kemahiran Mengaplikasi
2.3 Kemahiran Menganalisis
2.4 Kemahiran Mengorganisasi
2.5 Kemahiran Membuat Persembahan
2.6 Nilai

3.0 MAKLUMAT AM

3.1 Kerja kursus S108/41 Adab dan Nusus wajib diambil oleh semua calon STAM.
3.2 Setiap calon STAM wajib lulus kerja kursus Adab dan Nusus.
3.3 Markah penuh kerja kursus ini ialah 100 markah.
3.4 Tempoh yang diperuntukkan ialah mulai Mac hingga Julai.
3.5 Pentaksir ialah guru yang dilantik oleh Jawatankuasa Pentaksir Kerja
Kursus (JPKK).

[Lihat halaman sebelah


S108/41(PP) © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 3 S108/41(PP)

3.6 Pihak sekolah hendaklah menubuhkan JPKK yang terdiri daripada


guru-guru yang mengajar mata pelajaran Adab dan Nusus.
3.7 JPKK hendaklah merancang dan melaksanakan pentaksiran kerja kursus ini
bagi semua calon.
3.8 Pentaksiran kerja kursus ini merupakan sebahagian daripada proses
pengajaran dan pembelajaran yang berterusan.
3.9 Elemen, aspek dan kriteria dalam Panduan Pentaksiran Kerja Kursus ini
hendaklah dimaklumkan kepada calon.
3.10 Aktiviti penyelarasan akan dilaksanakan oleh pegawai penyelaras yang
dilantik oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
3.11 Tarikh akhir pentaksir menghantar Borang Pentaksiran Individu dan Borang
Rumusan Skor Kerja Kursus ialah pada 31 Julai 2018.

4.0 ARAHAN KEPADA PENTAKSIR

4.1 Membaca dan memahamkan calon soalan kerja kursus dengan jelas.
4.2 Mengarahkan calon membaca soalan dan memilih satu soalan sahaja
daripada lima soalan pilihan kerja kursus.
4.3 Menggalakkan calon supaya mempelbagaikan pilihan soalan kerja kursus.
4.4 Menggalakkan calon menggunakan buku-buku dan sumber rujukan yang
lain selain daripada buku teks.
4.5 Memastikan calon menghasilkan kerja kursus yang tulen.
4.6 Mengarahkan calon menulis angka giliran dan nombor kad pengenalan
dengan jelas dan tepat di muka depan kerja kursus.
4.7 Memastikan tugasan calon ditaip menggunakan komputer dengan
font Traditional Arabic, saiz tulisan 20, saiz kertas A4 atau menggunakan
tulisan tangan.
4.8 Memberi markah prestasi calon secara berterusan.
4.9 Menyatu, menyelaras dan memuktamadkan markah yang diperoleh.
4.10 Merekodkan markah muktamad dalam borang markah yang disediakan.
4.11 Mengisi Borang Pentaksiran Individu S108/41 Adab dan Nusus
(Rujuk LAMPIRAN A).
4.12 Melengkapkan Borang Rumusan Skor Kerja Kursus S108/41 Adab dan Nusus
(Rujuk LAMPIRAN B).
4.13 Borang yang telah diisi dengan lengkap hendaklah difailkan dan disimpan
di tempat yang selamat.

[Lihat halaman sebelah


S108/41(PP) © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 4 S108/41(PP)

5.0 ELEMEN DAN ASPEK YANG DITAKSIR

5.1 Pengetahuan dan Kefahaman

5.1.1 Terminologi dan konsep [10 markah]


5.1.2 Topik dan sub topik berserta contoh [10 markah]
5.1.3 Peranan, kedudukan, faktor, sumbangan, kesan,
ulasan dan kritikan [10 markah]

5.2 Kemahiran Mengaplikasi

5.2.1 Konsep dan fakta [10 markah]


5.2.2 Nahu dan laras bahasa Arab (uslub Arabi) [10 markah]

5.3 Kemahiran Menganalisis

5.3.1 Contoh-contoh daripada kesusasteraan Arab,


al-Quran dan al-Hadis [10 markah]

5.4 Kemahiran Mengorganisasi

5.4.1 Struktur maklumat dan bahan kerja kursus [10 markah]

5.5 Kemahiran Membuat Persembahan

5.5.1 Hasil kerja kursus [10 markah]

5.6 Nilai

5.6.1 Bertanggungjawab [10 markah]


5.6.2 Menghargai [10 markah]

[Lihat halaman sebelah


S108/41(PP) © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 5 S108/41(PP)

6.0 SISTEM PENTAKSIRAN

Pentaksiran dalam kerja kursus ini menggunakan Skor Berasaskan Elemen:

6.1 Definisi
Skor Berasaskan Elemen ialah satu kaedah menyatakan prestasi calon
berdasarkan penguasaannya dalam sesuatu elemen yang dinilai. Skor ini
menunjukkan keupayaan calon sendiri dan tidak boleh dibandingkan
dengan calon lain.

6.2 Pelaporan
Empat skor yang digunakan dalam Skor Berasaskan Elemen bagi
melaporkan tahap pencapaian calon:
A: 85 – 100 (Mumtaz / Cemerlang)
B: 71 – 84 (Jayyid Jiddan / Kepujian)
C: 56 – 70 (Jayyid / Baik)
D: 40 – 55 (Maqbul / Lulus)

6.3 Pengiraan Skor Sebenar

Jumlah Sebenar
× 100 = Skor Sebenar
Markah Penuh

Contoh: 98
× 100 = 98
100

98
Skor Sebenar
100

[Lihat halaman sebelah


S108/41(PP) © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 6 S108/41(PP)

LAMPIRAN A

BORANG PENTAKSIRAN INDIVIDU


SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)
S108/41 ADAB DAN NUSUS

Nama Calon : _________________________________________________________

Angka Giliran :

1.0 Pengetahuan dan Kefahaman

1.1 Terminologi dan konsep

1.2 Topik dan sub topik berserta contoh

1.3 Peranan, kedudukan, faktor, sumbangan, kesan, ulasan


dan kritikan

2.0 Kemahiran Mengaplikasi

2.1 Konsep dan fakta

2.2 Nahu dan laras bahasa Arab (uslub Arabi)

3.0 Kemahiran Menganalisis

3.1 Contoh-contoh daripada kesusasteraan Arab, al-Quran, dan al-Hadis

4.0 Kemahiran Mengorganisasi

4.1 Struktur maklumat dan bahan kerja kursus

5.0 Kemahiran Membuat Persembahan

5.1 Hasil kerja kursus

6.0 Nilai
6.1 Bertanggungjawab

6.2 Menghargai

100

[Lihat halaman sebelah


S108/41(PP) © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 7 S108/41(PP)

LAMPIRAN B

BORANG RUMUSAN SKOR KERJA KURSUS


SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)
S108/41 ADAB DAN NUSUS

BIL. NAMA CALON ANGKA GILIRAN SKOR (%) CATATAN

Tandatangan Guru Pentaksir: ………................ Tandatangan Pengetua: ………………….….....


Nama Guru Pentaksir: ……..…………............. Nama Pengetua: ……………………..….……..
Tarikh: ………………… Nama dan Alamat Sekolah: …………..….……
………………………………………..…….….
Cap Rasmi Sekolah: ………………..…………
Tarikh: ……………………

[Lihat halaman sebelah


S108/41(PP) © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 8 S108/41(PP)

PENENTUAN SKOR ELEMEN DAN ASPEK

1.0 PENGETAHUAN DAN KEFAHAMAN

BIL. ASPEK GRED KRITERIA

1.1 Terminologi dan Cemerlang Memenuhi semua kriteria yang


konsep ditetapkan.
(8 – 10)
 Menyatakan terminologi dan
konsep dengan tepat dan lengkap.
 Menghuraikan terminologi dengan
jelas.
 Menghuraikan konsep dengan
jelas.

Kepujian Memenuhi mana-mana dua daripada


kriteria di atas dengan tepat dan
(5 – 7)
lengkap.

Memuaskan Menepati mana-mana satu daripada


kriteria di atas.
(1 – 4)

1.2 Topik dan sub topik Cemerlang Memenuhi semua kriteria yang
berserta contoh ditetapkan.
(8 – 10)
 Menyatakan topik dengan jelas.
 Menyenaraikan sub topik dengan
lengkap.
 Menyenaraikan contoh-contoh dan
huraian berkaitan topik dengan
lengkap.

Kepujian Memenuhi mana-mana dua daripada


kriteria di atas dengan tepat dan
(5 – 7)
lengkap.

Memuaskan Menepati mana-mana satu daripada


kriteria di atas.
(1 – 4)

[Lihat halaman sebelah


S108/41(PP) © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 9 S108/41(PP)

BIL. ASPEK GRED KRITERIA

1.3 Peranan, kedudukan, Cemerlang Memenuhi semua kriteria yang


faktor, sumbangan, ditetapkan.
(8 – 10)
kesan, ulasan dan
 Menyatakan peranan, kedudukan
kritikan
dan faktor berkaitan topik dengan
jelas.
 Menjelaskan sumbangan dan kesan
berkaitan topik dengan jelas.
 Menyatakan ulasan dan kritikan
berkaitan topik dengan lengkap.

Kepujian Memenuhi mana-mana dua daripada


kriteria di atas dengan tepat dan
(5 – 7)
lengkap.

Memuaskan Menepati mana-mana satu daripada


kriteria di atas.
(1 – 4)

[Lihat halaman sebelah


S108/41(PP) © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 10 S108/41(PP)

2.0 KEMAHIRAN MENGAPLIKASI

BIL. ASPEK GRED KRITERIA

2.1 Konsep dan fakta Cemerlang Memenuhi semua kriteria yang


ditetapkan.
(8 – 10)
 Mengemukakan konsep dan fakta
dengan tepat.
 Menyusun konsep dan fakta dengan
betul.
 Menghuraikan dan merumuskan
konsep dan fakta dengan bahasa
yang mudah difahami.

Kepujian Memenuhi mana-mana dua daripada


kriteria di atas dengan tepat dan
(5 – 7)
lengkap.

Memuaskan Menepati mana-mana satu daripada


kriteria di atas.
(1 – 4)

2.2 Nahu dan laras bahasa Cemerlang Memenuhi semua kriteria yang
Arab (uslub Arabi) ditetapkan.
(8 – 10)
 Menggunakan nahu dengan betul.
 Menggunakan laras bahasa Arab
yang menarik.
 Menggunakan ejaan yang betul dan
tepat.

Kepujian Memenuhi mana-mana dua daripada


kriteria di atas dengan tepat dan
(5 – 7)
lengkap.

Memuaskan Menepati mana-mana satu daripada


kriteria di atas.
(1 – 4)

[Lihat halaman sebelah


S108/41(PP) © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 11 S108/41(PP)

3.0 KEMAHIRAN MENGANALISIS

BIL. ASPEK GRED KRITERIA

3.1 Contoh-contoh daripada Cemerlang Memenuhi semua kriteria yang


kesusasteraan Arab, ditetapkan.
(8 – 10)
al-Quran dan al-Hadis
 Mengemukakan contoh-contoh
dengan betul dan tepat.
 Mengkategorikan contoh-
contoh mengikut jenis dengan
tepat.
 Menghuraikan contoh-contoh
dengan jelas.

Kepujian Memenuhi mana-mana dua


daripada kriteria di atas dengan
(5 – 7)
tepat dan lengkap.

Memuaskan Menepati mana-mana satu


daripada kriteria di atas.
(1 – 4)

[Lihat halaman sebelah


S108/41(PP) © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 12 S108/41(PP)

4.0 KEMAHIRAN MENGORGANISASI

BIL. ASPEK GRED KRITERIA

4.1 Struktur maklumat dan Cemerlang Memenuhi semua kriteria yang


bahan kerja kursus ditetapkan.
(8 – 10)
 Menyusun perkara berikut
mengikut format dengan betul:
– halaman kandungan
– muka depan
– lampiran jadual
– senarai rujukan
 Mengolah maklumat dengan
baik dan menyusun mengikut
kesesuaian tajuk.
 Menyusun bahan daripada
pelbagai sumber (kesusasteraan
Arab, al-Quran dan al-Hadis)
dengan baik.

Kepujian Memenuhi mana-mana dua


daripada kriteria di atas dengan
(5 – 7)
tepat dan lengkap.

Memuaskan Menepati mana-mana satu


daripada kriteria di atas.
(1 – 4)

[Lihat halaman sebelah


S108/41(PP) © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 13 S108/41(PP)

5.0 KEMAHIRAN MEMBUAT PERSEMBAHAN

BIL. ASPEK GRED KRITERIA

5.1 Hasil kerja kursus Cemerlang Memenuhi semua kriteria yang


ditetapkan.
(8 – 10)
 Mengemukakan pendahuluan /
pengenalan kerja kursus yang
sesuai dan tepat.
 Menghuraikan kandungan
kerja kursus dengan bahasa
yang mudah difahami.
 Merumuskan keseluruhan hasil
kerja kursus dengan tepat.

Kepujian Memenuhi mana-mana dua


daripada kriteria di atas dengan
(5 – 7)
tepat dan lengkap.

Memuaskan Menepati mana-mana satu


daripada kriteria di atas.
(1 – 4)

[Lihat halaman sebelah


S108/41(PP) © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 14 S108/41(PP)

6.0 NILAI

BIL. ASPEK GRED KRITERIA

6.1 Bertanggungjawab Cemerlang Memenuhi semua kriteria yang


ditetapkan.
(8 – 10)
 Sentiasa berusaha
menghasilkan tugasan yang
tulen dengan kemas dan teliti.
 Sentiasa berusaha
menghasilkan tugasan dengan
kreatif dan inovatif.
 Sentiasa berusaha menyiapkan
tugasan pada waktu yang
ditetapkan.

Kepujian Memenuhi mana-mana dua


daripada kriteria di atas dengan
(5 – 7)
tepat dan lengkap.

Memuaskan Menepati mana-mana satu


daripada kriteria di atas.
(1 – 4)

6.2 Menghargai Cemerlang Memenuhi semua kriteria yang


ditetapkan.
(8 – 10)
 Sentiasa menyanjungi
sumbangan para sasterawan
dan kesusasteraan Arab.
 Sentiasa mempertingkatkan
tahap penguasaan ilmu dan gaya
bahasa kesusasteraan Arab.
 Sentiasa berusaha mempamerkan
keindahan dan keistimewaan
bahasa dan kesusasteraan Arab
(syair dan prosa).

Kepujian Memenuhi mana-mana dua


daripada kriteria di atas dengan
(5 – 7)
tepat dan lengkap.

Memuaskan Menepati mana-mana satu


daripada kriteria di atas.
(1 – 4)

[Lihat halaman sebelah


S108/41(PP) © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 15 S108/41(PP)

PANDUAN JAWAPAN











[Lihat halaman sebelah


S108/41(PP) © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 16 S108/41(PP)










[Lihat halaman sebelah


S108/41(PP) © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 17 S108/41(PP)








PANDUAN PENTAKSIRAN TAMAT

[Lihat halaman sebelah


S108/41(PP) © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

You might also like