You are on page 1of 8

PENULISAN KARANGAN TIDAK BERFORMAT BM STPM

1.0 PANDUAN MENULIS PENDAHULUAN KARANGAN

a. Harus mempunyai pengetahuan sedia ada tentang sesebuah tajuk karangan.


b. Menyatakan gambaran umum tentang isu utama / tema atau fokus soalan.
c. Gambaran tersebut seharusnya mencakupi aspek definisi atau konsep tentang perkara yang
difokuskan dalam soalan. Bagi menjelaskan konsep yang dimaksudkan itu, pelbagai maklumat
sokongan wajar diselitkan, antaranya ialah contoh dan isu semasa berkaitan dengan tajuk.
d. Ayat terakhir pendahuluan itu pula seharusnya menampakkan perkara yang akan ditulis dalam
bahagian isi karangan, sama ada faktor, kesan, langkah, dan lain-lain.
e. Tidak memasukkan isi karangan dalam pendahuluan
f. Panjang pendahuluan, lebih kurang 70 - 80 patah perkataan
g. Pendahuluan karangan mengandungi tiga unsur berikut, iaitu:

AYAT 1: Tema - Sebut isu secara umum / latar belakang isu yang berkaitan tajuk

AYAT 2-4: Isu - Ulas isu + huraian - Senario semasa yang berlaku berkaitan dengan
tema.

AYAT 5: Kehendak / Tugasan Soalan

Unsur Perincian unsur


Tema Tema merupakan bidang utama yang memberikan gambaran keseluruhan bagi soalan
(Ayat 1) esei atau karangan yang dikemukakan itu. Sebagai contohnya, tema karangan yang boleh
dikemukakan ialah sukan, pendidikan, kesihatan, pertanian, perpaduan, dan sebagainya.
Apabila kita membaca soalan, perkara utama yang harus kita kenal pasti ialah tema agar
kita boleh membayangkan perkara-perkara yang sedia ada dalam minda kita tentang tema
tersebut.

Isu - Senario Selepas mengenali tema, calon harus mengenal pasti isu yang dikemukakan dalam
semasa soalan berkaitan dengan tema tersebut dan mengaitkan isu tersebut dengan senario
yang berlaku semasa yang berlaku. Sebagai contohnya, jika tema soalan ialah sukan, maka isu yang
berkaitan boleh dikemukakan ialah kemerosotan sukan negara, pencapaian sukan negara, kejayaan,
dengan dan sebagainya. Setelah itu, kita harus melihat senario semasa yang berlaku berkaitan
tema. dengan isu tersebut untuk membantu kita menghuraikan bahagian ini.
(Ayat 2 – 4)
Tugasan soalan Bahagian ini mengenai kehendak soalan dan perlulah dinyatakan dalam pendahuluan
(Ayat 5) supaya pembaca tahu perkara yang hendak dibincangkan oleh calon berkaitan dengan
isu utama tersebut.

Contoh 1:

Soalan Manfaat yang diperoleh negara yang menganjurkan kejohanan sukan di


peringkat antarabangsa.
Tema Kejohanan sukan di peringkat antarabangsa.
Isu yang berlaku Penganjuran kejohanan di peringkat antarabangsa
berkaitan dengan tema.
Tugasan soalan Manfaat yang diperoleh negara yang menganjurkan kejohanan sukan di
peringkat antarabangsa.

1
Contoh huraian perenggan pendahuluan:

Tema 1. Kejohanan sukan di peringkat antarabangsa telah berlangsung sejak


(Ayat 1) dahulu. (Sebut isu secara umum)

Isu yang berlaku 2. Antara kejohanan sukan yang popular dianjurkan di peringkat antarabangsa ialah
berkaitan dengan Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Kejohanan Badminton Piala Thomas, dan Bola
tema Sepak Piala Dunia.
(Ayat 2-4) 3. Untuk menganjurkan kejohanan sukan yang sedemikian, negara memerlukan
wang yang banyak, khususnya bagi menyediakan prasarana sukan yang lengkap
dan terkini.
4. Meskipun begitu, banyak negara telah menawarkan diri untuk menjadi tuan
rumah bagi kejohanan sukan yang berprestij itu. (Ulas isu + huraian)

5. Situasi ini menunjukkan bahawa negara yang terpilih menjadi tuan rumah akan
Tugasan soalan memperoleh berbagai-bagai manfaat daripada penganjuran sukan tersebut.
(Ayat 5) (Kehendak soalan)

(88 patah perkataan)

Contoh 2:

Soalan Amalan berbudi bahasa amat penting dan perlu menjadi budaya rakyat negara ini.
Huraikan langkah-langkah yang dapat dilaksanakan untuk melahirkan generasi
muda yang berbudi bahasa.
Tema Amalan berbudi bahasa (definisi)
- amalan mulia masyarakat Timur
- mementingkan nilai-nilai murni dalam pergaulan
- lambang kesopanan dan kesusilaan seseorang
- dihormati dan disanjungi oleh orang lain
Isu berkaitan Senario yang berlaku dalam kalangan generasi muda
dengan amalan - kurang berbudi bahasa
berbudi bahasa - suka bercakap kasar, berbahasa kesat
dalam kalangan - tidak menghormati rakan, guru, ibu bapa
generasi muda
Tugasan soalan Langkah-langkah yang dapat dilaksanakan untuk melahirkan generasi muda yang
berbudi bahasa.
Contoh huraian Amalan berbudi bahasa merupakan amalan mulia masyarakat Timur sejak
perenggan turun-temurun. Orang yang mempunyai amalan berbudi bahasa sentiasa
pendahuluan mementingkan nilai-nilai murni dalam pergaulan. Amalan berbudi bahasa menjadi
lambang kesopanan dan kesusilaan seseorang. Walau bagaimanapun, senario yang
berlaku dalam kalangan generasi muda sekarang amat membimbangkan
kerana semakin ramai yang mengabaikan aspek berbudi bahasa dalam
pergaulan. Generasi muda kini ramai yang kurang berbudi bahasa, bercakap
kasar dan berbahasa kesat. Mereka juga kurang menghormati rakan, guru, dan
ibu bapa. Oleh itu, langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk melahirkan
generasi muda yang berbudi bahasa.
(89 patah perkataan)

2
2.0 PANDUAN MENGHURAIKAN ISI KARANGAN

Pelajar harus berkeupayaan memikirkan isi yang menepati kehendak soalan (kerelevenan), kejelasan
huraiannya (pengolahan), dan penguasaan bahasa yang baik (bahasa).

1. JENIS TUGASAN KARANGAN

JENIS TUGASAN KARANGAN


PUNCA KESAN (+/-) LANGKAH
Sebab Kebaikan Langkah
Mengapa Manfaat Tindakan
Faktor Kepentingan Usaha
Alasan Faedah Cara
Apakah yang mendorong Keburukan Bagaimana
Masalah Kaedah
Akibat Peranan
Kesudahan Tanggungjawab
Natijah Berikan cadangan

Soalan kombinasi – dua kehendak soalan


a. Punca dan kesan
b. Kesan dan langkah

Soalan:
Pencemaran Sungai
PUNCA KESAN (+/-) LANGKAH
Faktor pencemaran sungai Kesan pencemaran sungai Langkah mengatasi pencemaran
sungai
 Penebangan hutan  Sumber air bersih kurang  Memperkenalkan mata pelajaran
 Pembuangan sampah  Hidupan akuatik mati Pendidikan Alam Sekitar
 Pembuangan sisa toksik  Pencemaran bau wujud  Meningkatkan amalan kitar semula
 Tumpahan minyak kapal  Wabak penyakit berlaku  Menyediakan lebih banyak
 Penggunaan racun oleh  Imej masyarakat dan negara kemudahan untuk pembuangan
petani terjejas sampah
 Mengadakan Kempen Cintailah
Sungai Kita
 Menguatkuasakan undang-undang
alam sekitar

2. CARA MENULIS ISI


(Berdasarkan Teknik BORPIKA - Borang Rangka Persembahan Isi Karangan)

ISI HURAIAN
Apa Bagaimana Mengapa Impaknya
Isi karangan Untuk isi langkah Untuk isi Untuk isi
sahaja. - Punca - Punca
- Kesan - Kesan
- Langkah Langkah

3
A. Isi Faktor:

Contoh Isi Faktor 1 :


Soalan Punca remaja terjebak dalam gejala sosial
ISI HURAIAN
Apa Bagaimana Mengapa Impaknya
Kelalaian ibu bapa - ramai ibu bapa sibuk - Waktu untuk ibu bapa berada
melaksanakan bekerja dan tiada masa di rumah terbatas
tanggungjawab - mengalihkan - anak-anak tidak dapat
mereka. tanggungjawab menjaga dipantau
anak-anak mereka kepada - berasa ibu bapa tidak
pengasuh. menyayangi mereka
- terlibat dalam gejala negatif
untuk tarik perhatian
Contoh Punca utama masalah remaja terjebak dalam gejala sosial ialah kelalaian ibu
Huraian Isi bapa dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. (Apa) Kini, ibu bapa sibuk
bekerja dan tiada masa untuk mendidik anak-anak dengan sempurna. Sejak kecil
kebanyakan ibu bapa mengalihkan tanggungjawab menjaga anak-anak mereka
kepada pengasuh. (Mengapa) Waktu untuk ibu bapa berada di rumah bersama-sama
keluarga yang terbatas menyebabkan kenakalan anak-anak tidak dapat dipantau oleh
ibu bapa dengan sebaik-baiknya. Anak-anak pula berasa ibu bapa tidak menyayangi
mereka, lantas melakukan sesuatu yang agresif seperti berlumba haram dan
merosakkan harta benda awam untuk menarik perhatian ibu bapa mereka. (Impak)

(90 p.p.)

Contoh Isi Faktor 2:


Soalan Faktor pencemaran air
ISI HURAIAN
Apa Bagaimana Mengapa Impaknya
Masyarakat - Kurang nilai - Sungai dipenuhi bahan
membuang sampah tanggungjawab terhadap buangan
di merata-rata alam sekitar. - makin banyak sampah, makin
tempat. - Kurang kesedaran tentang serius pencemaran
kesan tindakan mereka itu. - banyak sumber air di negara
ini keruh, busuk,

Contoh Huraian isi Pencemaran sungai berlaku kerana sesetengah anggota masyarakat suka
membuang sampah di merata-rata tempat, termasuklah ke dalam sungai. (Apa)
Mereka bertindak demikian kerana kurangnya nilai tanggungjawab terhadap alam
sekitar dalam diri mereka. Mereka juga kurang kesedaran tentang kesan tindakan
mereka itu terhadap sungai. (Mengapa) Tabiat buruk tersebut mengakibatkan
sumber air, khususnya sungai dipenuhi bahan buangan, antaranya plastik, pakaian
buruk dan perabot buruk. Makin ramai anggota masyarakat yang bertindak demikian,
makin seriuslah pencemaran air. Oleh hal yang demikian, banyak sumber air,
khususnya sungai, tasik, dan kolam di negara ini yang memiliki air yang keruh dan
busuk. (Impak)
(92 p.p)

4
B. Isi Kesan
Contoh Isi Kesan 1:
Soalan Kesan kemasukan pekerja asing di negara ini
Isi Huraian
Apa Bagaimana Mengapa Impaknya
Budaya hidup - mengamalkan budaya - anak-anak muda
masyarakat tempatan hidup mereka yang tempatan untuk meniru
tercemar bertentangan dengan gelagat mereka
budaya hidup masyarakat - budaya sopan santun
tempatan masyarakat tempatan
- pergaulan bebas, akan hilang.
perlakuan kasar,
perlakuan, minum
minuman keras
ditunjukkan
- berlaku di kota besar
hingga ke kampung
Contoh Huraian isi Budaya hidup masyarakat tempatan turut tercemar akibat kemasukan
pekerja asing di negara ini. (Apa) Perkara ini berlaku kerana pekerja asing
yang mengamalkan budaya hidup mereka di negara ini, yang kebanyakannya
bertentangan dengan budaya hidup masyarakat tempatan. Budaya pergaulan
bebas antara lelaki dan perempuan, perlakuan kasar, dan minum minuman keras
ditunjukkan oleh mereka tanpa segan silu. Perkara ini bukan sahaja berlaku di
kota-kota besar di negara kita, malah kini sudah menular ke kampung.
(Mengapa) Dengan ini, tidak hairanlah semakin banyak anak muda tempatan
meniru gelagat mereka. Akhirnya, budaya sopan santun masyarakat tempatan
akan hilang. (Impak)
(95 p.p.)

Contoh Isi Kesan 2:


Soalan Kesan pencemaran air
ISI HURAIAN
Apa Bagaimana Mengapa Impaknya
Menjejaskan sumber - Plankton tidak dapat - hidupan akuatik – ikan,
pendapatan nelayan membiak dan hidup udang dan ketam mati.
dalam air yang tercemar - pendapatan nelayan
- fungsi sungai sebagai terjejas
habitat hidupan akuatik - nelayan semakin
terjejas. menderita
Contoh Huraian isi Air yang tercemar akan menjejaskan sumber pendapatan nelayan,
terutamanya nelayan tradisional. (Apa) Hal tersebut berlaku kerana plankton
tidak dapat membiak dan hidup dalam air yang tercemar. Hal ini juga
menunjukkan bahawa fungsi sungai sebagai habitat hidupan akuatik terjejas
akibat pencemaran. (Mengapa) Keadaan ini mengakibatkan hidupan akuatik,
terutamanya ikan, udang, dan ketam mati kerana ketiadaan sumber makanan.
Kekurangan hidupan air tersebut pastinya menjejaskan sumber pendapatan
nelayan yang selama ini bergantung pada sumber laut atau sungai. Hal ini
menyebabkan penderitaan nelayan tradisional yang menangkap hasil laut di
persisiran pantai atau sungai kian bertambah. (Impak)
(92 p.p.)

5
C. Isi Langkah

Contoh Isi Langkah 1:

Soalan Langkah mengawal kemasukan pendatang asing tanpa izin ke negara kita.
ISI HURAIAN
Apa Bagaimana Mengapa Impaknya
Penguatkuasaan - buat pemantauan di - ingatkan pendatang - penguatkuasaan
undang-undang oleh sempadan - tangkap asing tanpa izin undang-undang ini
pihak berkuasa pendatang asing tanpa tentang kesukaran berkesan,
izin memasuki negara ini kemasukan
- hantar mereka pulang - berikan kesedaran pendatang asing
- kenakan hukuman kepada rakyat negara tanpa izin akan
berat kepada ini tentang hukuman berkurang.
penduduk tempatan yang bakal dihadapi
yang melindungi
mereka

Contoh Huraian isi Langkah mengatasi masalah kemasukan pendatang asing tanpa izin ini
adalah melalui penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa.
INGAT! (Apa) Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa hendaklah membuat pemantauan
Soalan berbentuk yang berterusan di sempadan negara untuk menangkap mereka. Pendatang asing
cadangan memerlukan tanpa izin yang ditangkap harus dihantar pulang. Hukuman yang berat juga wajar
huraian yang dikenakan kepada penduduk tempatan yang melindungi mereka. (Bagaimana)
menggunakan Tindakan sebegini dapat mengingatkan pendatang asing tanpa izin tentang
perkataan hendaklah kesukaran memasuki negara ini. Langkah ini turut memberikan kesedaran kepada
/ perlulah /mestilah / rakyat negara ini tentang hukuman yang bakal dihadapi sekiranya mereka
haruslah membantu pendatang tersebut. (Mengapa) Jika penguatkuasaan undang-undang
ini berkesan, kemasukan pendatang asing tanpa izin pasti akan berkurang.
(Impak)
(98 p.p.)

Contoh Isi Langkah 2:

Soalan Langkah mengatasi pencemaran air


ISI HURAIAN
Apa Bagaimana Mengapa Impaknya
Kerajaan mengadakan - mengadakan - memberikan - jika kempen
Kempen Cintailah ceramah, forum, kesedaran kepada mendapat kerjasama
Sungai Kita. wawancara tentang orang ramai tentang semua pihak,
pencemaran kepentingan pencemaran dapat
- jemput tokoh mengekalkan alam dikurangkan.
berkaitan sekitar yang bersih.
- mengadakan
peraduan yang
bertemakan
pencemaran.

6
Contoh Huraian isi Untuk mengatasi masalah pencemaran air, pihak kerajaan hendaklah
mengadakan Kempen Cintailah Sungai Kita. (Apa) Bagi menjayakan kempen
tersebut, pelbagai aktiviti boleh diadakan, misalnya ceramah, forum, dan
wawancara yang berkaitan dengan pencemaran air. Tokoh-tokoh yang berkenaan
INGAT! wajar diundang untuk menjayakan aktiviti tersebut. Selain itu, peraduan menulis
Soalan berbentuk esei, mengarang puisi, dan melukis poster tentang pencemaran air seharusnya
cadangan memerlukan diadakan. (Bagaimana) Tujuannya adalah untuk menambahkan pemahaman dan
huraian yang meningkatkan kesedaran orang ramai tentang perlunya melestarikan keaslian
menggunakan alam semula jadi. (Mengapa) Sekiranya orang ramai memberikan kerjasama
perkataan hendaklah untuk menjayakan kempen tersebut, tidak mustahil masalah pencemaran dapat
/ perlulah /mestilah / dikurangkan meskipun tidak mungkin dapat ditangani sepenuhnya. (Impak)
haruslah
(93 p.p.)

3.0 PANDUAN MEMBUAT KESIMPULAN

 Menyimpulkan perkara yang ditulis dan memberikan pandangan, cadangan, dan harapan tentang isu.
 Panduan menulis kesimpulan ;
AYAT 1-2 : Berikan pandangan peribadi - sentuh semula isu
AYAT 3-4 : Huraikan cadangan tentang isu
AYAT 5-6 : Nyatakan harapan yang positif berkaitan isu

 Ayat PANDANGAN
o …banyak punca/faktor menyebabkan… (jika kehendak soalan tentang punca/faktor)
o …banyak kesan negatif/positif yang timbul… (jika kehendak soalan kesan negatif/positif)
o …pelbagai langkah/cara boleh diambil… (jika kehendak soalan tentang cara/langkah)

(buat dua ayat pandangan jika kehendak soalan ada kombinasi – punca dan kesan / kesan dan langkah)

 Ayat CADANGAN (…perlulah / hendaklah / haruslah / sewajarnya)


o Kita haruslah menggembleng tenaga serta mempunyai semangat tinggi …
o Semua pihak hendaklah bekerjasama dengan erat …
o Segenap lapisan masyarakat sewajarnya berganding bahu dengan kerajaan …

 Ayat HARAPAN
o Komitmen padu daripada semua pihak diharapkan dapat mengatasi segala permasalahan yang
timbul akibat …
o Diharapkan impian negara untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan
terbilang akan menjadi realiti dan nama negara akan sentiasa gah ...
o Jika perpaduan dapat dipupuk maka impian negara untuk mencapai Gagasan Satu Malaysia akan
menjadi kenyataan ...
o Semoga impian tersebut dapat dicapai dengan mudah untuk memastikan Malaysia dapat duduk
sama rendah, berdiri sama tinggi …

Soalan : Pertambahan bilangan kemasukan pelancong asing ke negara ini pada setiap tahun
membuktikan bahawa industri tersebut kian berkembang di Malaysia. Huraikan kepentingan
perkembangan industri itu kepada masyarakat dan negara ini. Cadangkan langkah yang dapat
dilakukan untuk menarik lebih ramai pelancong asing ke negara kita.

7
Contoh Kesimpulan:

Kesimpulannya, perkembangan industri perlancongan sememangnya membawa banyak kebaikan


kepada negara. Pelbagai langkah boleh diambil oleh kerajaan untuk memajukan industri
pelancongan di negara ini memandangkan perkembangan industri tersebut banyak kepentingannya
(Pandangan). Menyedari hakikat ini, usaha untuk memajukan industri pelancongan oleh kerajaan
wajar disokong oleh semua pihak. Orang ramai yang terlibat secara langsung dalam sektor
perlancongan sewajarnya berganding bahu dengan kerajaan untuk mengembangkan lagi industri
perlancongan negara. (Cadangan) Kita berharap agar sebahagian daripada pendapatan itu akan
digunakan untuk menyediakan kemudahan kepada rakyat jelata. Semoga perkembangan industri ini
dapat menambahkan pendapatan negara dan mampu meningkatkan taraf hidup rakyat di Malaysia.
(Harapan)
(95 p.p)

Soalan : Pencemaran alam sekitar di negara kita mengakibatkan pelbagai kesan buruk kepada negara
dan masyarakat. Pada pandangan anda, apakah punca yang menyebabkan pencemaran berlaku di
negara kita?

Contoh Kesimpulan:

Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar tidak harus dipandang ringan oleh segenap lapisan
masyarakat. Masalah ini sememangnya berpunca daripada berbagai-bagai faktor. Meskipun begitu,
sikap masyarakat yang tidak mengambil berat tentang penjagaan alam sekitar merupakan faktor
utama. (Pandangan) Untuk mengatasi masalah ini, pelbagai usaha harus dilakukan. Walaupun
begitu, peranan aktif daripada semua pihak untuk menangani pencemaran alam ini merupakan
tindakan yang paling berkesan. Sehubungan dengan itu, usaha untuk memberikan kesedaran kepada
orang ramai tentang masalah ini perlu ditingkatkan. (Cadangan) Melalui kerjasama semua pihak,
usaha yang dilaksanakan diharap akan membuahkan kejayaan. Hayatilah slogan, Cintailah Alam
Sekitar. (Harapan)
(90 p.p)

You might also like