You are on page 1of 3

BAHASA MELAYU

Formula Pendahuluan
Tema Sains dan teknologi Berikan pengenalan
umum tentang zaman
atau keadaan
Topik Bidang teknologi maklumat dan komunikasi Kaitkan dengan
tajuk/topik
Isu/Masalah Golongan muda memandang enteng akan kepentingan Memberi hujah tentang
seni dan budaya warisan situasi atau keadaan
Kekurangan penekanan oleh ibu bapa disebabkan tentang topik dan isu
kesibukan mencari rezeki menghalang kelangsungan
warisan ini.
Soalan Persoalannya, Selitkan focus yang
terdapat dalam soalan
Kata kerja
Kata tanya Bincangkan
Kata kunci Manfaat Fadilat/ kemaslahatan/
maslahat/
kelebihan/keunggulan/
keistimewaan
Ungkapan Sekali air bah , sekali pantai berubah Menggambarkan
menarik perubahan yang
berlaku dalam
kehidupan manusia
akibat perkembangan
teknologi .

Latihan 1:
Kemajuan bidang teknologi maklumat dan komunikasi membawa banyak manfaat kepada kehidupan
masyarakat di Malaysia.
Bincangkan.
Soalan 1

Soalan 2

Soalan 3

Soalan 1

Bersatu kita teguh , bercerai kita roboh merupakan satu peribahasa yang menggambarkan semangat
perpaduan . Salah satu perkara yang amat penting untuk mengekalkan kedaulatan dan keamanan
sesebuah negara ialah semangat perpaduan antara masyarakat. Sejak kebelakangan ini , semangat
kejiranan antara masyarakat Malaysia semakin berkurangan. Masyarakat Malaysia memandang
enteng kepada perkara ini kerana mereka tidak mengetahui kepentingan dan faedah semangat
kejiranan ini. Persoalannya , apakah usaha yang boleh dilakukan untuk memupuk semangat kejiranan
antara masyarakat ?

Soalan 2

Ilmu adalah pelita hidup merupakan satu peribahasa yang menggambarkan tentang kepentingan
ilmu yang sangat penting untuk menerangi hidup seseorang. Salah satu perkara yang sangat penting
untuk berjaya dalam hidup adalah untuk mempunyai latar pendidikan yang baik . Terdapat pelbagai
teknik yang boleh digunakan untuk mengulang kaji tetapi masyarakat tetap menggunakan kaedah
yang sama untuk belajar iaitu belajar secara berkumpulan . Persoalannya , apakah kaedah lain yang
boleh digunakan untuk mengulang kaji ?

Soalan 3

Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit merupakan satu peribahasa yang menggambarkan tentang
amalan menabung. Salah satu perkara yang sangat penting untuk menjamin kehidupan seseorang
ialah menabung. Duit itu boleh diggunakan untuk meneruskan pendidikan . Namun , masyarakat
tidak mengetahui tentang amalan menabung. Persoalannya , apakah kepentingan amalan menabung
yang dapat menjaminkan masa hadapan seseorang?

Ulasan

Carta pai ini membincangkan peratusan murid membaca mengikut jenis bahan bacaan. Bahan
bacaan yang paling banyak digunakan oleh murid ialah buku ulang kaji. Buku ulang kaji boleh
menolong mereka untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Selain itu , bahan
bacaan buku cerita juga diggunakan oleh murid untuk menenangkan minda. Seterusnya , kamus juga
digunakan untuk meningkatkan kosa kata mereka. Akhir sekali , bahan bacaan yang paling kurang
diggunakan ialah majalah. Majalah tidak diggunakan dengan banyak oleh murid kerana majalah tidak
mempunyai informasi yang boleh diggunakan untuk pendidikan mereka .

You might also like