You are on page 1of 1

1.0 Senarai Soalan Berkenaan Topik 4.

2 Kesepaduan: Tahap Dicapai

Soalan Pertama

Bagaimana kesepaduan dapat dicapai dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia?

 Kesepaduan dapat dicapai melalui pelbagai aspek seperti konsep perayaan (menghormati
budaya dan adat kaum lain), bersatu-padu mencapai keharmonian, mengelakkan
perselisihan antara kaum.

Soalan Kedua

Bagaimana wujudnya budaya Mek Awang?

 Berasal dari Festival Peranakan Terengganu, iaitu acara pelancongan tahunan yang
mempamerkan kebudayaan dan tradisi masyarakat Cina di negeri Terengganu. "Panggilan
mesra “Mek dan Awang” bagi masyarakat Cina di negeri Terengganu menggambarkan
jalinan erat yang wujud melangkaui sempadan perbezaan kaum.

Soalan Ketiga

Mengapa Bahasa Inggeris boleh menjadi penghalang dalam memartabatkan Bahasa Melayu?

 Kerana penggunaan Bahasa Inggeris adalah salah satu pengaruh Bahasa pada masa kini
seperti urusan dagangan antarabangsa dan juga di media sosial.

Soalan Keempat

Apakah aplikasi yang terdapat dalam hubungan sosial?

 Sebagai contoh adalah hubungan sosial melalui politik, aktiviti sosial, aktiviti rekreasi dan
juga hubungan sosial di tempat kerja.

Soalan Kelima

Apakah peranan parti politik di Malaysia dalam mengekalkan keharmonian kaum?

 Parti politik di negara ini hendaklah sentiasa menyemaikan nilai-nilai murni melalui ucapan
mahupun di media sosial. Selain itu, mereka juga hendaklah menyelesaikan perselisihan
yang berlaku dalam sesuatu perkara dengan segera agar tidak tercetusnya rusuhan kaum.

You might also like