You are on page 1of 1

Kursus: Hubungan Etnik

Topik Perbincangan Individu (Minggu 2)

1) Apakah pandangan awal anda terhadap kursus Hubungan Etnik ini? Adakah kursus
ini penting? Jika penting, kenapa? Jika tidak penting, kenapa?

Pandangan awal saya terhadap kursus Hubungan Etnik ini adalah bahawa ini adalah
kursus bermatlamat menanamkan sifat perpaduan dan kesepaduan dalam setiap
individu tidak kira latar belakang seseorang itu melalui kefahaman, cakna dan toleransi
kepada setiap etnik yang wujud di negara tercinta ini. Namun, setelah membaca Bab
1 modul Hubungan Etnik, didapati bahawa kesepaduan sosial terdiri daripada faktor
selain memahami dan bertoleransi terhadap perbezaan etnik semata-mata. Maka,
pendirian akhir saya kini adalah ya, kursus ini amatlah penting demi keharmonian dan
kemajuan masyarakat justeru negara.

2) Perkembangan sains dan teknologi telah memudahkan perhubungan pada hari ini. Ia
juga membantu memudahkan proses penyuaraan rasa tidak puas hati etnik-etnik
tertentu terhadap etnik yang lain. Apakah kesan fenomena ini terhadap kesepaduan
sosial?

Tidak dinafikan bahawa ketegangan dalam masyarakat kita sering timbul semasa ke
semasa melalui pelbagai bentuk medium seperti contoh diatas, melalui media sosial.
Walaubagaimanapun, masyarakat Malaysia seraca keseluruhan tetap mempunyai
keprihatinan yang hakiki dalam memastikan kesepaduan sosial tetap teguh demi
keamanan masyarakat majmuk dalam negara. Sebagai contoh, kesepaduan sosial
antara pelbagai hubungan etnik mungkin lagi boleh bertambah melalui proses
penyuaraan. Ini boleh dilihat dari mana pelbagai individu daripada etnik dan lapisan
sosial perbeza tampil kehadapan dalam memperteguhkan keamanan dan kesepaduan
sosial masyarakat dalam negara dengan menyata perkembangan sains dan teknologi
di negara dicapai pun kerana kerjasama antara satu sama lain.

You might also like