You are on page 1of 1

R) RUMUSAN

Prinsip, Andaian dan Batasan

1. Wang Sebagai Ukuran

- Andaian ini menyatakan bahawa maklumat penyata kewangan mesti dinyatakan dalam nilai
mata wang yang diguna pakai di sesebuah negara. Kami telah merekod kesemua urus niaga
dengan menggunapakai mata wang Ringgit Malaysia (RM).

2. Tempoh Perakaunan

- Andaian ini membolehkan pembahagian operasi dan aktiviti perniagaan kepada tempoh
masa yang ditentukan oleh pemilik perniagaan untuk tujuan pelaburan. Tempoh perakaunan
perniagaan kami bermula 1 Mac 2019 sehingga 28 Februari 2020.

3. Ketekalan

- Prinsip ini memastikan wujudnya konsistensi dalam prosedur perakaunan yang digunakan
dalam prosedur perakaunan yang digunakan oleh entiti perniagaan dari satu tempoh
perakaunan ke tempoh perakaunan yang lain. Perniagaan saya menyusutnilaikan mesin dobi
pada kadar 10% setahun mengikut kaedah garis lurus dan menyusutnilaikan lengkapan pada
kadar 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan pada akhir tempoh perakaunan.

Elemen Merentas Kokurikulum (EKM)

1. Keusahawanan

- Keusahawanan merujuk kepada ciri yang mampu memupuk sikap seperti rajin, jujur,
amanah dan bertanggungjawab serta membangunkan minda kreatif dan inovatif untuk
memacu idea ke pasaran. Perniagaan kami telah menginovasikan sabun sedia ada kepada
yang lebih baik.

2. Kejujuran

- Kejujuran merujuk kepada kewajipan bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam
setiap tindakan mahupun perlakuan yang dilakukan. Di dalam perniagaan, kami
mengamalkan konsep entiti berasingan. Setelah pekongsi mengambil barang niaga untuk
kegunaan peribadi, urus niaga direkodkan sebagai ambilan.

3. Baik Hati

- Baik hati merujuk kepada kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang
lain dengan memberikan bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas. Pekongsi bersetuju
untuk mendermakan sejumlah wang sekiranya terdapat pihak yang memerlukan.

You might also like