You are on page 1of 4

Usaha Ke Arah

Kemerdekaan is

7.1 Latar Belakang Idea Negara Merdeka


Kesatuan Melayu Muda (KMM)
• Dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob
• Matlamat:
◦Memperjuangkan kemerdekaan melalui Melayu Raya
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
• Dipimpin oleh Dr. Burhanuddin al-Helmi
• Matlamat:
◦Menanam semangat kebangsaan
◦Bekerjasama dengan kaum lain demi perpaduan
• Juga menggunakan konsep Melayu Raya
Angkatan Pemuda Insaf (API)
• Dipimpin oleh Ahmad Boestamam
• Matlamat:
◦Permerintahan demokrasi dan dasar ekonomi yang berteraskan rakyat
• Berjuang secara lembut tetapi menggunakan kekerasan jika terpaksa
• Diharamkan oleh British atas imej radikal
Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak
• Dipimpin oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah
• Matlamat:
◦Sarawak menjadi negeri merdeka di bawah pemerintahan Raja Brooke
Pergerakan Pemuda Melayu (PPM)
• Matlamat:
◦Sanggup berkorban demi memerdekakan Sarawak
• Menubuhkan pasukan Rukun 13 untuk membunuh pengawai British dan Datu Melayu yang sokong penyerahan
Sarawak
United Malays National Organisation (UMNO)
• Dipimpin oleh Dato' Onn Jaafar
• Matlamat:
◦Menyatukan orang Melayu
◦Mempertahankan hak bangsa Melayu
◦Mempertahankan kedudukan Raja-raja Melayu
◦Memerdekakan Tanah Melayu melalui perundingan

Studywithadmin
Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PKML)
• Dipimpin oleh Tengku Noordin dan Zakaria Gunn
• Matlamat:
◦Memerdekakan Sabah daripada British
• Menggunakan dasar tidak bekerjasama dengan penjajah
Malayan Indian Congress (MIC)
• Diasaskan oleh John Thivy
• Matlamat:
◦Bekerjasama dengan kaum lain untuk memerdekakan Tanah Melayu
◦Kewarganegaraan kepada mereka yang taat setia kepada Tanah Melayu sebagai tanah air
Hizbul Muslimin
• Dilahirkan daripada perhimpunan Majlis Agama Islam Tertinggi (terdiri daripada ulama)
• Matlamat:
◦Memerdekakan Tanah Melayu sebagai negara Islam
• Telah diharamkan oleh British
Malayan Chinese Association (MCA)
• Dipimpin oleh Tan Cheng Lock
• Matlamat:
◦Menjadikan Tanah Melayu yang berbilang kaum sebuah negara yang berdemokrasi penuh
◦Menyatukan masyarakat Cina dan bekerjasama dengan kaum lain untuk memerdekakan Tanah Melayu
Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)
• Dipimpin oleh Dr. Burhanuddin al-Helmi
• Matlamat:
◦Tanah Melayu merdeka dengan menjalankan hukum Islam
◦Membina satu negara dan bangsa yang teguh
◦Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang tunggal
Independence of Malayan Party (IMP)
• Diasaskan oleh Dato' Onn Jaafar
• Beliau berpendapat tuntutan kemerdekaan tidak boleh dibuat tanpa kerjasama kaum lain
• Beliau mahu orang Melayu menjadi pemimpin tetapi kaum lain juga diberi hak politik dan ekonomi

7.2 Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum


Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
• Juga dikenali sebagai Communities Liaison Committee (CLC)
• Ditubuh kerana British hanya memberikan kemerdekaan jika kerjasama antara kaum wujud
• Objektif pembentukan CLC:
◦Mengkaji hubungan antara kaum
◦Pembahagian sumber politik, ekonomi, dan sosial yang adil
◦Harmoni dalam kalangan penduduk

Peranan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum


• Isu-isu yang dibincangkan
◦Isu persediaan berkerajaan sendiri
◦Isu kedudukan istimewa orang Melayu
◦Isu orang Melayu tidak mendapat peluang yang sama dalam ekonomi
◦Isu pemberian syarat kepada bukan Melayu
◦Isu sistem persekolahan yang berbeza mengikut kaum Studywithadmin
Kesan Peranan CLC terhadap Perpaduan Kaum
• Pilihan raya diadakan
• Kedudukan istimewa orang Melayu diperakui dan kepentingan sah kaum lain juga dijaga
• Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) ditubuhkan untuk memajukan luar bandar
• Syarat kewarganegaraan dilonggarkan kepada bukan Melayu
• Jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan yang diterima semua

7.3 Sistem Ahli


Pembentukan Sistem Ahli
• Tujuan: Melatih penduduk tempatan mentadbir sendiri
Ciri-ciri Sistem Ahli
• Ahlinya bertaraf 'Menteri' dan menjaga satu portfolio
• Ahli dilantik oleh Pesuruhjaya British
• Ahli mencadangkan undang-undang yang berkaitan dengan portfolionya
• Merupakan sistem kabinet bayangan

Kepentingan Sistem Ahli ke Arah Kemerdekaan


• Pendedahan kepada penduduk tempatan dalam pentadbiran
• Memupuk perpaduan kaum kerana ahlinya daripada pemimpin berbilang kaum
• Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu mendapat sokongan semua penduduk

7.4 Sistem Pendidikan Kebangsaan


Beberapa laporan atau undang-undang tentang sistem pendidikan kebangsaan telah diterbitkan
• Laporan Barnes 1951
◦Menekankan sekolah rendah sebagai tempat membina rupa bangsa
◦Kandungan:
‣ Sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris
‣ Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris
• Laporan Fenn-Wu 1951
◦Berikutan bantahan masyarakat Cina terhadap Laporan Barnes
◦Kandungan:
‣ Sekolah Cina diteruskan dengan berorientasikan Tanah Melayu
• Ordinan Pelajaran 1952
◦Undang-undang yang diluluskan bagi sistem pendidikan yang menggunakan bahasa rasmi Persekutuan
◦Kandungan:
‣ Terdapat dua jenis sekolah rendah, iaitu yang menggunakan bahasa Melayu dan yang menggunakan
bahasa Inggeris
‣ Bahasa ibunda diajar sekiranya terdapat 15 orang murid
‣ Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris
• Laporan Woodhead di Sarawak
◦Cadangan tentang pendidikan di Sarawak
◦Diterima di Sabah dengan beberapa pindaan
◦Kandungan:
‣ Sekolah menengah yang menggunakan bahasa Inggeris
‣ Menyeragamkan sukatan pelajaran
‣ Buku teks yang berunsur tempatan
‣ Pendidikan sivik diajar secara formal

Studywithadmin
• Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956
◦Mencadangkan sistem pelajaran kebangsaan yang baharu
◦Kandungan:
‣ Sekolah Umum (rendah) menggunakan bahasa Melayu
‣ Sekolah Jenis Umum menggunakan bahasa Inggeris, Cina atau Tamil
‣ Bahasa Melayu dan Inggeris menjadi mata pelajaran wajib
‣ Sekolah Menengah Kebangsaan menggunakan bahasa Melayu
‣ Bahasa Inggeris menjadi mata pelajaran

7.5 Penubuhan Parti Politik


Kerjasama Politik ke Arah Kemerdekaan
• Pakatan PUTERA-AMCJA
◦Memupuk kerjasama politik antara kaum
◦Melahirkan Manifesto Perlembagaan Rakyat:
‣ Pemerintahan sendiri
‣ Pembentukan Dewan Perundangan
‣ Menerima kewarganegaraan yang hanya satu
• Persidangan Kebangsaan
◦Disertai oleh IMP, MIC dan Persatuan Ceylonese Malaya
◦Untuk membentuk gabungan parti politik kebangsaan yang bersatu
◦Menuntut pilihan raya Persekutuan diadakan
• Konvensyen Kebangsaan
◦Dihadiri oleh UMNO, MCA dan PAS
◦Mendesak British mengadakan pilihan raya Persekutuan
• Pembentukan Parti Perikatan
◦Dibentuk oleh UMNO, MCA dan MIC yang melambangkan tiga kaum terbesar

Studywithadmin

You might also like