You are on page 1of 5

Asas perakaunan yang digunakan semasa menyediakan Penyata Kewangan sesebuah

perniagaan ialah perakaunan asas tunai ataupun perakaunan asas akruan.

PERAKAUNAN ASAS TUNAI


Perakaunan asas tunai ialah perakaunan yang mengiktiraf dan merekodkan sesuatu urus
niaga dan peristiwa apabila tunai telah diterima dan dibayar dalam tempoh perakaunan
tersebut.

PERAKAUNAN ASAS AKRUAN


• Perakaunan asas akruan merupakan perakaunan yang mengiktiraf sesuatu urus
niaga dan peristiwa apabila perkara tersebut berlaku dan direkodkan dalam rekod
perakaunan berasaskan tempoh urus niaga tersebut berlaku.
• Mengikut asas akruan, belanja sebenar untuk suatu tempoh perakaunan ialah
belanja yang diiktiraf.
• OLeh yang demikian, kadar bayaran yang diiktiraf ialah RM5 000 dalam tempoh
perakaunan.
• Hal ini mengambil kira RM4 000 yang telah dibayar dan RM1 000 yang belum dibayar

PERBEZAAN
JENIS PELARASAN PADA TARIKH IMBANGAN
• Akaun Nominal
• Hutang Lapuk, Hutang Lapuk Terpulih dan Peruntukan Hutang Ragu
• Susut nilai dan susut nilai terkumpul
• Pelupusan aset bukan semasa secara tunai

• Belanja belum bayar


• Belanja prabayar
• Hasil belum terperoleh
• Hasil belum terima

Apabila menjalankan urus niaga jualan secara kredit, ada tiga perkara yang perlu
diambil kira dan diselaraskan pada akhir tempoh perakaunan

HUTANG LAPUK
• Hutang yang tidak dapat dikutip daripada Akaun Belum Terima.
• Direkodkan sebagai belanja perniagaan dalam Akaun Untung Rugi
BERLAKU DISEBABKAN PENGHUTANG
• Tidak mampu untuk membayar hutang
• Tidak dapat dikesan atau menghilangkan diri
• Meninggal dunia
• Muflis atau bankrap

HUTANG LAPUK TERPULIH


• Hutang yang pada awalnya telah dihapus kira dan direkodkan sebagai hutang lapuk
tetapi dapat dijelaskan semula oleh Akaun Belum Terima.
• Direkodkan sebagai hasil perniagaan dalam Akaun Untung Rugi.
• Sebagai contoh, Akaun Belum Terima yang diisytiharkan muflis dan hutangnya
direkodkan sebagai hutang lapuk tetapi menjelaskan semula hutangnya
PERUNTUKAN HUTANG RAGU
• Satu anggaran amaun yang tidak dapat dikutip daripada Akaun Belum Terima.
• Peruntukan Hutang Ragu akan mengurangkan jumlah Akaun Belum Terima dalam
Penyata Kedudukan Kewangan.
• Hutang ragu ini merupakan belanja perniagaan. Formula pengiraan Peruntukan
Hutang Ragu.
• Kadar atau peratus Peruntukan Hutang Ragu adalah berbeza mengikut keperluan
perniagaan.
• Biasanya berdasarkan pengalaman, latar belakang, kedudukan kewangan dan
keupayaan Akaun Belum Terima membayar balik hutang

• DISELARASKAN BAGI TEMPOH PERAKAUNAN SETERUSNYA


MENYEBABKAN BERLAKUNYA
• Pertambahan Peruntukan Hutang Ragu
• Pengurangan Peruntukan Hutang Ragu

SUSUT NILAI
• Susut nilai ialah nilai Aset Bukan Semasa yang susut dalam tahun kewangan semasa.
• Belanja yang mengurangkan nilai Aset Bukan Semasa pada tahun semasa
perakaunan.
• Dikategorikan sebagai belanja dalam tempoh perakaunan semasa dan
mengurangkan untung bersih.
• Susut nilai akan dikira pada akhir tempoh perakaunan

SUSUT NILAI TERKUMPUL


• Jumlah susut nilai yang terkumpul sepanjang tempoh penggunaan aset.
• Mengurangkan nilai Aset Bukan Semasa yang berkaitan.
SUSUT NILAI TERHADAP ASET BUKAN SEMASA
• Faktor keusangan iaitu keadaan fizikal yang semakin pudar, lusuh dan buruk.
• Perubahan teknologi mengakibatkan aset tersebut ketinggalan zaman. Sebagai
contoh komputer
• Banjir dan kebakaran

KAEDAH PENGIRAAN
• KAEDAH GARIS LURUS
Susut Nilai =%Susut Nilai × Kos Aset Bukan Semasa × Tempoh Masa
• BAKI BERKURANGAN
Susut Nilai =%Susut Nilai × ( Kos Aset Bukan Semasa – Susut Nilai Terkumpul ) ×
Tempoh Masa
• PENILAIAN SEMULA
Susut Nilai = Baki Awal Aset + Belian Aset Baru – Baki Akhir Aset

FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN KAEDAH SUSUT NILAI

• Jangka masa penggunaan aset tersebut.


• Corak penggunaan aset.
• Manfaat yang akan diperoleh bagi perniagaan tersebut.
• Menggunakan prinsip ketekalan supaya perbandingan antara tempoh perakaunan
syarikat dan perbandingan antara syarikat dapat dibuat.
• Penggunaan kaedah susut nilai boleh berbeza antara satu jenis aset bukan semasa
dengan satu jenis aset bukan semasa yang lain.

SEBAB PELUPUSAN ASET BUKAN SEMASA


• Aset sudah tiada nilai pada akhir usia guna
• Aset yang lama ditukar dengan aset yang baharu
• Aset musnah disebabkan bencana alam
• Aset dijual
KESAN PELUPUSAN ASET BUKAN SEMASA KEPADA
PENYATA KEWANGAN
• Meningkatkan untung bersih jika pelupusan itu mendapat keuntungan.
• Mengurangkan untung bersih jika pelupusan itu mendapat kerugian.

Imbangan Duga Terselaras disediakan selepas mengambil kira semua pelarasan yang
berlaku pada akhir tempoh perakaunan.

KEPERLUAN MENYEDIAKAN IMBANGAN DUGA


TERSELARAS
• Memastikan segala rekod pelarasan yang dibuat adalah betul dan seimbang.
• Penyata Kewangan dapat disediakan dengan tepat.

• Penyata Kewangan perlu disediakan semula selepas mengambil kira semua


pelarasan yang wujud pada akhir tempoh perakaunan.
• Imbangan Duga Terselaras boleh digunakan untuk menyediakan Penyata Kewangan
secara manual atau menggunakan perisian komputer seperti Excel.

You might also like