You are on page 1of 1

Konsep Padanan Dan Proses Pelarasan

Konsep padanan

• Dalam menyediakan penyata kewangan akauntan mengandaikan hayat ekonomi sesuatu


perniagaan boleh dibahagikan kepada tempoh masa

• Akauntan mesti menentukan tempoh hasil dan belanja sesuatu perniagaan harus
dilakukan

• Untuk menentukan tempoh yang sesuai akauntan perlu menentukan asas perakaunan
yang ditentukan

• 2 asas perakaunan

1. Asas tunai

2. Asas akruan

Asas tunai

• Di bawah perakaunan asas tunai,hasil dan belanja dilakukan dalam penyata pendapatan
bagi tempoh bila tunai diterima atau dikeluarkan

Cth: hasil direkod bila tunai diterima dari pelanggan dan belanja gaji direkod apabila

dibayar oleh pelanggan.

Cth : pendapatan bersih kerugian bersih ialah perbezaan antara tunai diterima (hasil) dan

tunai keluar(belanja).

Asas akruan

• Di bawah perakaunan asas akruan hasil dilaporkan dalam penyata pendapatan bagi
tempoh dimana ia diperolehi

Cth: hasil di catat apabila perkhidmatan atau barangan diberikan kepada pelanggan tunai

Mungkin belum diterima bagi tempoh tersebut

• Konsep yang menyokong konsep akruan ialah konsep pengiktirafan hasil

Cth : gaji pekerja direkod pada tempoh pekerja tersebut memberikan perkhidmatan

You might also like