You are on page 1of 27

PENGURUSAN RISIKO

DAN LIABILITI DALAM


PENDIDIKAN JASMANI
DAN REKREASI

QJM3012:PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI


DAN REKREASI
NAMA AHLI KUMPULAN

• MOHD NAZRI BIN ROSDI


(D20181084515)

• MUHAMMAD FIDA’UDDIN BIN ABD HALIM


(D20181084456)

• MUHAMMAD AIDIB BIN ABD WAHAB


(D20181084495)
PENGURUSAN KEWANGAN
PENDIDIKAN JASMANI DAN REKREASI
• Pengurusan kewangan ialah suatu proses yang melibatkan perancangan
pengagihan dan pengunaan tenaga manusia, modal(wang tunai),barangan(aset)
dan perkhidmatan bagi memenuhi matlamat sesebuah organisasi.
• Diurus oleh Jawatankuasa Kewangan Sekolah yang dilantik oleh pihak sekolah.
Meluluskan
perbelanjaan

Kawal Perancangan
perbelanjaan perbelanjaan

FUNGSI
JAWATANKUASA
KEWANGAN

Lain-lain
Kawal selia berkaitan
buku tunai penggunaan
wang sekolah

Kawal selia
sebut harga &
tender
Tajaan

Yuran
Keahlian atau SUMBER Sumbangan
Bayaran KEWANGAN dan Derma
Penyertaan

Usaha Ahli
Berintegriti

Berpengetahuan
dalam
menyimpan dan Berdedikasi
mengendalikan
rekod kewangan.
CIRI-CIRI
SEORANG
PENGURUS
KEWANGAN

Kebolehan Kemahiran
bekerja secara pengurusan yang
sistematik tinggi

Berkemahiran
dalam membuat
keputusan
PERANCANGAN DAN PERLAKSANAAN
• Jawatankuasa kewangan sekolah perlu membuat perancangan dan perlaksanaan perbelanjaan
agar tidak berlaku kerugian semasa menjalankan sesuatu aktiviti dan kejohanan sukan.

PERATURAN MENGUTIP WANG


• Kebenaran mengutip wang dari pihak berkuasa
• Merancang kutipan wang
• Kutipan, mengeluarkan resit & merekod
• Menyerahkan kutipan wang kepada pihak berkaitan & berkuasa
PEMBELIAN PERALATAN SEKOLAH
• Perancangan sekolah
• Kertas kerja
• Kelulusan Jawatankuasa Kewangan Sekolah
• Melakukan pembelian
• Merekod pembelian
PERANCANGAN DAN PERLAKSAAN PENGURUSAN
KEWANGAN
• Langkah 1
– Mengenalpasti misi, matlamat dan objektif organisasi.
– Memutuskan guna kaedah lama untuk menyediakan belanjawan/menggunakan kaedah
sama rata: pendapatan operasi=perbelanjaan operasi.
– Jika guna kaedah belanjawan lebihan/defisit: Berapa had amaun yang diluluskan.
• Langkah 2
– Membuat penyelidikan tentang kekuatan organisasi dan sumber sedia ada organisasi dan
merancang keperluan masa depan.
– Kenal pasti dan senaraikan sumber pendapatan dan perbelanjaan yang bakal diperolehi
dengan mengasingkan item-item yang melibatkan belanjawan operasi dan modal.
– Prinsip: belanjawan sepatutnya memastikan pendapatan operasi melebihi perbelanjaan
operasi.
• Langkah 3
– Melibatkan tenaga pakar (mengumpul maklumat, maklumbalas)
• Langkah 4
– Menyemak dan meneliti maklumat dan data terkumpul
– Membuat anggaran untuk semua item belanjawan.
– Buat anggaran teliti tentang amaun yang dijangka untuk perbelanjaan dan diterima untuk
setiap item.
• Langkah 5
– Menyediakan belanjawan dengan menggunakan jenis-jenis belanjawan termasuk kriteria-
kriteria yang telah ditetapkan oleh eksekutif-eksekutif organisasi berkenaan.
– Lebih baik sekiranya dapat diperolehi penyata kewangan dan belanjawan tahun terdahulu
sebagai panduan.
• Langkah 6
– Meneliti belanjawan untuk memastikan ketepatan, kelogikan dan realitinya.
– Buat pelarasan untuk inflasi dan kemungkinan kenaikan dalam kos perbelanjaan.
– Sesetengah item, adalah wajar untuk mengira amaun yang bakal diterima dan
dibelanjakan.
• Langkah 7
– Mengemukakan belanjawan itu kepada beberapa pegawai penting dalam organisasi yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam belanjawan untuk dianalisis dan dikritik
oleh mereka.
• Langkah 8
– Menyedia dan membentangkan belanjawan itu serta bersedia untuk disoal jawab.
• Langkah 9
– Melaksanakan belanjawan tersebut.
• Langkah 10
– Membuat audit dan pemantauan ke atas belanjawan itu.
ANALISIS KEWANGAN
PENYATA KEWANGAN
• Merupakan dokumen atau laporan mengenai semua data dalam proses perakauanan.
• Penyata ini dikira dan disediakan dalam tahunan, suku tahunan dan bulanan untuk menerangkan
kedudukan kewangan organisasi berkenaan.

PENYATA KUNCI KIRA-KIRA


• Menyenaraikan aset, liabitliti dan ekuiti pemilik.
• Aset adalah harta yang dimiliki oleh organisasi, aset boleh dibahagikan kepada tiga:
1) Aset semasa
2) Pelaburan jangka masa panjang
3) Aset tetap
ASET
• Aset merupakan harta bernilai yang dimiliki oleh sebuah organisasi.
• Digunakan bertujuan untuk menjalankan aktiviti organisasi.
• Aset perniagaan dibahagikan kepada aset semasa dan aset tetap.
ASET SEMASA
• Adalah merupakan harta yang senang berubah bentuk dan nilai dalam satu tempoh perakaunan.
• Contohnya, wang tunai di tangan, tunai di bank, penghutang, stok barang niaga, pelaburan
sementara, sijil simpanan tetap dan apa juga aset yang boleh ditukar ke bentuk wang ringgit
sekiranya dijual dalam tempoh 12 bulan dari tarikh penyata kunci kira-kira.
ASET TETAP
• Harta yang dimiliki oleh organisasi seperti perabot, peralatan, kenderaan, bangunan dan
premis,
• Aset tetap bersifat tahan lama dan kekal untuk beberapa tempoh perakaunan.
PELABURAN JANGKA MASA PANJANG
• Adalah sebarang pelaburan yang mempunyai tempoh matang melebihi satu tahun

SUSUT NILAI
• Selepas sesuatu aset diperolehi, nilai sesuatu aset akan menurun dari setahun ke setahun.
• Terdapat dua jenis susut nilai iaitu:-
– Susut nilai kadar tetap
– Susut nilai kadar berkurangan
LIABILITI
• Merupakan jumlah hutang atau tanggungan organisasi kepada pihak luar.
• Liabiliti ini boleh dibahagikan kepada liabiliti jangka masa panjang dan liabiliti semasa.
LIABILITI SEMASA
• Adalah merupakan hutang-hutang yang perlu dijelaskan segera dalam tempoh singkat.
• Contohnya stok yang perlu dijelaskan pembayarannya kepada pemiutang atau pembekal dalam
tempoh sebulan.
LIABILITI JANGKA MASA PANJANG
• Merupakan pinjaman-pinjaman yang diambil oleh organisasi dan bentuk jumlah pinjaman
adalah adalah besar nilainya.
• Contohnya pembelian aset seperti premis, kenderaan dan mesin-mesin.
PENYATA ALIRAN TUNAI
• Penyata ini menunjukkan penerimaan dan pembayaran tunai dalam jangka masa tertentu.
• Penyata ini dibahagikan kepada aktiviti operasi dan aktiviti kewangan.
• Kos operasi dan perbelanjaan modal mempengaruhi penyata aliran wang tunai masuk dan
perbelanjaan tunai.
• Penyata kewangan ini disediakan kemudian kerana maklumat yang diperolehi itu datangnya
daripada belanjawan operasi dan belanjawan modal.
• Manakala penyata aliran tunai pula disediakan dulu kerana maklumatnya diperlukan kemudian
untuk penyata pendapatan dan penyata kunci kira-kira.
BELANJAWAN
• Pelan peruntukan sumber untuk aktiviti.
• Ke mana wang tunai akan disalurkan / dibelanjakan.
• Bagaimana wang tunai akan dibelanjakan mengikut perancangan organisasi dalam mencapai
matlamat dan objektif organisasi.
• Tujuan : meramalkan pergerakan sumber wang, iaitu pendapatan dan perbelanjaan bagi tempoh
masa tertentu.
Sumber
manusia

Wang ringgit Mesin

BELANJAWA
N

Dana Masa

Ruang
Belanjawan
Modal

JENIS-JENIS
BELANJAWA
N

Belanjawan Belanjawan
Operasi Zero-Based
BELANJAWAN OPERASI
• Dua jenis kos yang penting dalam belanjawan operasi adalah kos tetap dan kos pelbagai.
• Kos tetap: kos yang tidak akan berubah walaupun aktiviti menurun.
• Kos pelbagai / tidak tetap : kos yang akan berubah apabila aktiviti menurun.

BELANJAWAN MODAL
• Merupakan dana yang diperuntukkan untuk penambahbaikan aset, pengurangan kos operasi
atau meningkatkan kadar pengeluarannya.
• Diguna untuk membeli atau menambahbaikkan aset jangka masa panjang. ( faedah dan
kegunaan kepada organisasi ).
• Mempunyai kemungkinan susut nilai.
BELANJAWAN ZERO BASED
• Keadaan di mana sesebuah organisasi itu mula berurus niaga tiap-tiap tahun tanpa peruntukan
kewangan bagi mengelakkan membuat belanjawan berpandukan kepada belanjawan terdahulu.
• Disediakan dengan memberi justifikasi kepada setiap perbelanjaan seolah-olah perbelanjaan
item itu adalah perkara yang baharu.
• Tujuan: mengawal belanjawan berlebihan dan berlakunya pembaziran.
• Setiap aktiviti dalam zero based akan dikenalpasti, dinilai dan diberi keutamaan mengikut
keperluan dan kepentingannya.
AKAUNTABILITI KEWANGAN
• Menurut Institut Tadbiran Awam Negara Malaysia (INTAN, 1991), akauntabiliti dalam konteks
ini bermakna pelaksanaan tugas-tugas tersebut mengikut peraturan yang telah ditetapkan,
undang-undang yang berkuatkuasa, prosedur dan arahan.
• Menurut Bahagian Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan (dalam Buku Panduan Pengurusan
Profesional Sekolah Menengah, 1993). Akauntabiliti dalam pengurusan kewangan ialah satu
proses yang melibatkan perancangan, pengagihan dan penggunaan tenaga manusia, wang tunai,
barangan (aset) dan perkhidmatan bagi memenuhi matlamat sesebuah organisasi/sekolah.
MATLAMAT AKAUNTABILITI.
Secara umumnya ,matlamat akauntabiliti dalam pengurusan kewangan kerajaan khususnya dalam
bidang pendidikan adalah:
i. Untuk mencapai satu kawalan yang berkesan bagi memastikan bahawa pengurusan wang
awam adalah dibuat mengikut undangundang dan peraturan yang berkaitan (INTAN, 1991).
ii. Untuk menyediakan satu sistem berkesan bagi pegawai-pegawai awam melaksanakan
tanggungjawab yang telah diamanahkan (INTAN, 1991).
iii. Untuk mengubah sikap penjawat awam (warga pendidikan dalam konteks ini) supaya
bersikap telus, berjimat-cermat, berhati-hati dan sentiasa mematuhi prosedur kewangan yang
telah ditetapkan
INSTRUMEN-INSTRUMEN AKAUNTABILITI
Instrumen-instrumen Akauntabiliti dalam pengurusan kewangan, tenaga dan pentadbiran bidang
pendidikan seperti juga dalam sektor-sektor awam yang lain boleh dibahagikan kepada tiga
instrumen utama, iaitu:
1. Akauntabiliti Fiskal
• Dari segi integriti kewangan, maklumat (disclosure), pematuhan kepada undang-undang dan
peraturan pentadbiran awam.
2. Akauntabiliti Pengurusan
• Dari segi penggunaan tenaga manusia dan sumber-sumber lain secara cekap dan ekonomik.
3. Akauntabiliti Program
• Dari segi impak program, iaitu sama ada sesuatu program mencapai objektif yang
dirancangkan dan opsyen yang terbaik telah dipilih untuk mencapai objektif berkenaan dengan
mengambilkira jumlah kos dan output.
PERINGKAT-PERINGKAT UTAMA KAWALAN PERBELANJAAN AWAM DARI SEGI
AKAUNTABILITI

1. Kawalan Parlimen
I. Parlimen
II. Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam
III. Ketua Audit Negara

2. Kawalan Jabatan / Kementerian


KESIMPULAN
• Seseorang pengurus sukan mempunyai 3 fungsi yang penting dalam mengendalikan hal
berkaitan dengan kewangan dalam jabatannya. Antaranya:
I. Mengawas perbelanjaan yang dibuat oleh setiap unit dan memastikan tidak terlebih belanja.
II. Menyediakan belanjawan yang realistik untuk organisasinya.
III. Memberikan pulangan ke atas pelaburan yang dicadangkan.
RUJUKAN
• https://www.scribd.com/presentation/31801336/Pengurusan-kewangan-sukan
• https://www.slideshare.net/wansuhaimiwansetapa/pengurusan-kewangan
• https://www.slideshare.net/AlimaRahman/akauntabiliti-pengurusan-kewangan-sekolah

You might also like