You are on page 1of 2

SOALAN ESEI (BAB 1 : KEDATANGAN KUASA BARAT)

1) Terangkan faktor yang mendorong kedatangan kuasa Barat ke negara kita pada abad ke19 dan abad ke20. (8m)
Jawapan :
- perkembangan industri kereta di Eropah kerana berlakunya ciptaan tayar dan meningkatkan permintaan terhadap
getah asli.
- perkembangan perusahaan penebat barangan elektrik di mana getah asli merupakan bahan utama.
- kesuburan tanah sesuai untuk tanaman berorientasikan eksport.
- Memiliki tanah yang luas iaitu sesuai untuk tanaman getah, tebu, tembakau dan padi.
- Iklim yang sesuai di mana memperoleh hujan sepanjang tahun.
- kekayaan hasil bumi seperti bijih timah, emas dan petroleum.
- perkembangan industri mengetin makanan dan minuman memerlukan bahan bijih timah.
- pembukaan Terusan Suez mempercepatkan urusan perdagangan.

2) Bagaimanakah usaha generasi muda dalam mengekalkan kedaulatan tanah air daripada diganggu gugat kuasa
asing?
Jawapan :
- Menguasai segala bidang kemahiran
- Menguasai ilmu pengetahuan
- Meningkatkan sains dan teknologi
- Memelihara jati diri

SOALAN ESEI (BAB 3 : PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU)


1) Jelaskan ciri-ciri Sistem Residen di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. (8m)
Jawapan :
- Pentadbiran iaitu kedudukan sultan dan pembesar negeri dikekalkan.
- Peranan sultan mestilah menerima nasihat daripada Residen British.
- Sultan tidak boleh membuat undang-undang seperti sebelumnya kecuali berkaitan agama Islam dan adat
Melayu.
- Pengenalan jabatan baharu bercorak Barat dilaksanakan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
- Penubuhan jabatan untuk menggantikan sistem pentadbiran tradisional sepeti Jabatan Polis dan Jabatan
Cukai.
- Pungutan cukai diambil alih oleh Residen.
- Peranan pembesar tempatan digantikan oleh pegawai-pegawai British.
2) Mengapakah British ingin menguasai Negeri-negeri Melayu?
Jawapan :
- Kaya dengan hasil bumi
- Kaya dengan bijih timah dan emas
- Melindungi pelaburan mereka dalam perlombongan bijih timah.
- Mengeksploitasikan kekayaan hasil bumi.

SOALAN ESEI ( BAB 5 : PENTADBIRAN BARAT DI SARAWAK DAN SABAH)


1) Bagaimanakah James Brooke meluaskan kuasa di Sarawak? (8m)
Jawapan :
- Melalui rundingan dengan Pengiran Raja Muda Hashim dan diminta untuk menyelesaikan pertelingkahan
yang berlaku di Sarawak.
- Ugutan pertama kepada Pengiran Raja Muda Hashim yang cuba berdolak dalik dan tidak bersetuju dengan
rundingan sebelumnya. Bersedia menyerang kedudukan Pengiran Raja Muda Hashim di Kuching.
- Ugutan kedua dilakukan kepada pemerintah Brunei, Sultan Omar Ali Saifuddin dengan membawa angkatan
tentera laut British ke Brunei.
- Perjanjian 1841 antara James Brooke dengan Pengiran Raja Muda Hashim.
- Menggunakan kekuatan ketenteraan untuk mendapatkan kuasa di Sarawak.
- Bantuan ketentaraan diperoleh melalui sokongan kapal HMS Dido yang dimiliki British.

You might also like