Harga Sebuah Maruah

You might also like

You are on page 1of 9

1.

0 PENGENALAN

Novel Harga Sebuah Maruah ditulis oleh seorang sasterawan negara iaitu Azizi Haji

Abdullah.Beliau dilahirkan di Kampung Bukit Meryam, Kota Kuala Muda, Kedah dan

uniknya mengenai novel ini kerana penulis menulis menggunakan loghat Kedah di mana

beliau merupakan anak jati negeri Kedah. Sasterawan Azizi telah menghasilkan 200 buah

cerpen, 30 buah novel dan beberapa anologi cerpen di samping puisi,artikel,drama radio dan

drama TV. Almarhum merupakan penerima S.E.A Write Award pada tahun 1986.

Novel Harga Sebuah Maruah berkisarkan mengenai seorang janda tua iaitu Cah yang

sanggup berkorban nyawa untuk menyelamatkan sawah peninggalan arwah bapanya dan

sawah penduduk kampung Kertau yang berkeluasan hampir 1000 hektar. Cah mempunyai

dua orang anak lelaki iaitu Sulaiman dan Hijrah.Kampung Kertau merupakan kampung yang

dimesrai angin lembut yang datang dari celah-celah pokok bakau dan daun-daun nipah yang

sesekali menghasilkan bunyi yang mendamaikan jiwa. Terdapat pokok-pokok

bakau,nipah,pokok api-api dan kelapa sepanjang ke pinggir sawah yang menjadikan betapa

indahnya suasana Kertau.Keriuhan anak-anak muda dan kemesraan penduduk kampung

Kertau yang merupakan identiti masyarakat Kertau yang membawa semangat roh sawah

dalam setiap diri mereka.

Namun kedamaian Kertau telah digugat oleh suatu peristiwa yang boleh melumpuhkan

empunya jiwa setiap penduduk kampung. Akta pengambilan Tanah telah meragut segala

kebahagian Cah dan penduduk Kertau dalam sekelip waktu sahaja. Cah, Hijrah,Azmi dan

rakan perjuangan lain telah menentang akan kezaliman yang berlaku ke atas Kertau dengan

mencari jalan penyelesaian untuk menghadapi masalah tanah sawah mereka akan digazet

untuk dijadikan penternakan komersil.

1
2.0 FRASA HARGA SEBUAH MARUAH

Harga sebuah maruah melambangkan maruah seorang individu yang perlu dijaga dengan baik

iaitu menjauhi diri daripada perkara keji.Antara maruah yang perlu dijaga oleh seorang

individu terutama wanita ialah tidak memperlihatkan aurat untuk dilihat oleh lelaki yang

bukan mahram dan tidak membenarkan mana-mana lelaki yang bukan mahram menyentuh

tubuh walaupun seinci. Maruah dapat dipelihara dengan menjaga setiap tingkah-

laku,pergaulan,tutur kata dan cara berpakain perlulah selari dengan kehendak Islam yang

meletakkan maruah diri seseorang berada di tempat yang terhormat.Agama Islam

menegaskan mengenai maruah diri kerana ia merupakan gambaran sebenar keperibadian

Muslim yang mengikut prinsip syariat Islam. Harga sebuah maruah juga melibatkan nama

baik individu dan keluarga adalah perkara yang dituntut dalam Islam kerana ia yang dapat

menentukan harga diri seseorang atau bangsa .

Namun dalam novel Harga Sebuah Maruah karya Azizi Haji Abdullah telah menegaskan

akan maruah sesuatu adalah penting seperti nyawa sendiri. Antaranya:

2.1 HARGA MARUAH SEORANG JANDA

Dalam novel Harga Sebuah Maruah karya Azizi Haji Abdullah ini, beliau telah mengangkat

watak dan maruah seorang janda iaitu Cah.Masyarakat kini telah memberi tanggapan negatif

terhadap gelaran janda yang dikatakan janda adalah tidak baik. Azizi Haji Abdullah telah

membawa kepada tanggapan baharu terhadap gelaran seorang janda yang berusia lewat 50

tahun iaitu melalui watak Cah yang berani membuat pengorbanan hingga hampir menggadai

nyawanya ketika ingin mempertahankan sawah Habibah yang disodok jentera. Keberanian

Cah yang sanggup menyembam di tanah selut ketika jentera hendak menyodok dan menuang

2
pokok-pokok padi tanpa mempunyai perasaan belas kasihan telah menyebabkan lehernya

terhiris mata pedang.Selain itu, ketabahan Cah membesarkan kedua-duan anaknya

berseorangan selama 20 tahun setelah suaminya Kasim telah meninggal dunia dengan

meninggalkan rumah pusaka sebagai kelangsungan untuk Cah meneruskan kehidupan. Ini

merupakan maruah seorang janda yang dapat meneruskan hidup tanpa bantuan orang lain.

Namun disebabkan Cah seorang janda beliau telah digelar dengan pelbagai gelaran negatif

oleh penduduk kampung Kertau. Cah telah digelar sebagai orang tidak ketahuan hala oleh

jiran kerana Cah dikatakan membuat kerja yang tidak pernah dibuat oleh orang lain.Ini

kerana beliau mempunyai satu tabiat iaitu menemani padi benih yang hendak mengeluarkan

mata padi yang direndam seharian. Walaupun orang kampung menjadi petani seperti Cah,

mereka mentertawakan Cah apabila mendengar alasan yang diberi oleh Cah. Namun cah

mempunyai persepsi tersendiri iaitu Cah mencintai sawah dan padi, jadi beliau juga perlu

sayang terhadap benih padi.Selain itu penduduk sekitar Kertau telah menganggap Cah

sebagai perempuan tua sasau, tidak cukup ragi saru, yang mula hokhak, bingal, bermulut

capoi dan penentang arus pembangunan. Walaupun Cah dikatakan sedemikian rupa bagi

beliau sawah adalah nadinya yang tidak boleh diusik, sawah adalah peninggalan datuk

neneknya, yang dipertahankan oleh suaminya. Cah tidak kisah akan apa penduduk Kertau

berkata kepada dirinya kerana Cah mampu menghadapinya dengan tenang.

Ini merupakan harga sebuah maruah seorang janda yang ingin mempertahankan tiga relung

sawah peninggalan arwah bapanya termasuk 180 lot sawah yang merupakan erti kehidupan

Cah yang bermakna.

3
2.2 HARGA MARUAH SEBUAH TANAH.

Kampung Kertau terkenal dengan kawasan bendang yang subur buktinyaia telah

mengeluarkan hasil sebanyak 1500 kilogram sehektar dan RM 900000.Kasim suami Cah

pernah memberontak dan melawan ketika ingin mempertahankan sawahnya yang subur

daripada diambil oleh syarikat kilang kayu.Bagi Kasim tanah sawah merupakan darah

dagingnya dan merupakan maruah datuk neneknya yang perlu dipertahankan.Namun Kasim

tidak dapat mempertahankan maruah tanah sawah keluarganya kerana ayahnya telah

mengambil pampasan untuk menunaikan haji.Ini merupakan pengorbanan seorang ayah yang

terpaksa merelakan tanah bendang diambil dan diberikan pampasan. Dengan wang pampasan

tersebut Kasim dapat membesarkan rumah dengan menggunakan duit yang diberi oleh

ayahnya yang bernilai 20 ribu. Walaupun sawah tidak pernah menjanjikan keluarga Kasim

kaya namun disebabkan mereka mempunyai perasaan sayang kepada sawah terpaksa

digadaikan maruah tersebut dan akhirnya ayah Kasim hidup derita.

Disebabkan pengalaman yang dilalui oleh suami Cah, Cah tidak mahu kejadian kehilangan

nilai maruah sawahnya tergadai begitu sahaja.Nilai segenggam selut sawahnya iaitu harga

maruah Cah, Hijrah, Habibah, Pak Kasim, Azmi, Leha, Kader, Dali dan rakan-rakan

seperjuangan yang melibatkan 80 orang petaniakan diambil sebagai projek permulaan

ternakan kolam udang. Perkhabaran berita dan kemasukkan jentera itu umpama telah

merobek hati mereka yang selama ini bermandi air sawah,bermain selut lumpur, dimesrai

angin bendang sejak turun- temurun, dari menggenggam bini benih, menyulam sepokok demi

sepokok sehingga sekarang yang tiba-tiba musnah begitu sahaja akibat mesin-mesin yang

telah meranapkan pokok-pokok yang ditanam mereka dengan bermandikan titik peluh.

Walaupun anak Cah , Hijrah ditangkap disebabkan ingin memberhentikan mesin jentera

semangat Cah untuk mempertahankan tanah Kertau masih tinggi.Namun Cah tidak berputus

4
asa untuk menyelamatkan sawah Kertau dengan mengupah seorang peguam untuk mewakili

penduduk Kertau iaitu Encik Graham. Cah telah membuat tuntutan bersama-sama Habibah

dan Saad untuk menghalang tanah bendang mereka diambil.Walaupun Cah, Saad dan

Habibah telah direman kerana telah melakukan tuntutan tersebut ia tidak mematahkan

semangat mereka ketika mendapat tahu keputusan Mahkamah Tinggi telah memutuskan

pengambilan semula sawah mereka melalui akta yang sedia ada iaitu Akta Pengambilan

Tanah.Dalam Sesyen 3 memperuntukkan pihak berkuasa boleh mengambil tanah hanya untuk

sebarang tujuan awam.Walaupun sawah Cah tidak banyak iaitu hanya 3 relung sahaja namun

maruah Cah tetap tinggi mengalahkan maruah sesiapa sahaja.Cah hanya mahu

mempertahankan sawah dan pokok-pokok padi kerana bendang atau sawah merupakan

identiti diri Cah.

Disebabkan kecintaan terhadap sawah daripada kecil Cah telah bertanyakan kepada ayah dan

emaknya ketika Kasim masuk meminangnya.Cah bertanya adakah calon suaminya itu mahu

membuat sawah dan mahukah suaminya itu mahu menjadi anak bendang. Ini kerana Cah

tidak mahu kasih sayangnya terhadap sawah hilang begitu sahaja selepas ia berkhawin. Jelas

menunujukkan maruah dan nilai segenggam selut sawahnya merupakan nyawa baginya dan

ia tidak ada terganti dengan apa sahaja.Cah tidak bersikap pentingkan diri kerana beliau tidak

fikir akan pampasan 90 ribu akan tiga relung kepunyaannya malah beliau berfikir akan 167

lot yang menyara hidup petani Kertau selama berkurun-kurun.Maruah petani Kertau yang

perlu dibela daripada tergadai.

Disebabkan Cah bersikap demikian anaknya sendiri iaitu Sulaiman berkata Cah

bersifat kolot.Sulaiman tidak mengerti apa itu maruah sebuah tanahkerana beliau dari kecil

tidak berminat akan sawah ataupun tanah jadi hilanglah perasaan akan sayangkan akan

tanah.Beliau tidak seperti Hijrah adiknya, walaupun Hijrah seperti bendul dia mempunyai

kefahaman tentang maruah petani Kertau yang perlu dijaga sampai bila-bila.Sehinggakan

5
Hijrah sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahan nilai tanah Kertau bersama-sama

dengan ibunya.Cah sendiri mengingatkan kepada Sulaiman bahawa masyarakat kini sudah

lama hilang tradisi bersawah, namum tetap mempunyai sawah. Tapi kali ini mereka akan

kehilangan sawah dan apa lagi yang akan ada untuk mereka miliki.

Tanah pusaka yang diwarisi oleh penduduk Kertau tidak akan diserahkan begitu sahaja. Cah

bersama rakan seperjuangan akan berusaha untuk menentang kezaliman yang berlaku

terhadap nasib petani Kertau.Disebabkan itu, Hijrah sepertiorang gila isim dengan memegang

parang smbil menimpik babii haram, jadah, celaka ,anak haram, bedebah dan meludah

kepada lori-lori yang masuk ke kampung. Bagi sesetengah petani Kertau yang menentang

akan pembukaan kolam udang,mereka bukan menolak pembangunan walaupun diberi

pampasan namun mereka berfikir sawah yang bakal hilang adakah tergantikah.

Akhirnya maruah sebuah tanah iaitu tanah Kertau tidak dapat dipertahankan.Namun bagi

Cah, beliau bukan menjual tanah tersebut tetapi terpaksa patuh pada undang-undang.

2.3 HARGA SEBUAH MARUAH TOK PENGHULU

Derani merupakan Pengerusi JKK yang lebih popular dipanggil sebagai Pak Long

Derani.Derani mempunyai ikatan persaudaraan dengan ayah Hijrah tetapi Hijrah tidak

menyukai akan sikap Pak Longnya yang juah tidak ketahuan hala. Derani lah yang

menyebabkan kampung Kertau seperti dilanda tsunami dengan membawa berita bahawa

tanah bendang petani Kertau akan digazet melalui Akta Pengambilan Tanah untuk

kepentingan awam dan ia akhirnya menjadi kenyataan.

Pak Long Derani dibantu oleh Pak Ngah Musa untuk meyakinkan petani Kertau untuk

bersetuju menerima wang pampasan.Untuk menjaga maruah beliau sebagai Pengerusi JKK,

6
Derani telah melakukan pelbagai helah antaranya seperti menabur fitnah terhadap Cah

dengan menjaja mengenai Cah terhadap penduduk Kertau. Derani juga telah memujuk Cah

untuk tidak terlalu membangkang dengan berkata takkan selamanya Cah hendak hidup

dengan bendang dan meyakinkan Cah bahawa pampasan 100 ribu itu bukan sedikit.Dengan

100 ribu itu Cah boleh membeli 3 buah kereta proton Saga tetapi jika Cah mengerjakan

sawah ia tidak akan kemana.Disebabkan kezaliman pihak yang ingin mengambil tanah petani

Kertau melalui perantaraan Derani dan Pak Ngah Musa telah menyebabkan halaman rumah

Pak Kasim dicemari dengan debu dan tertempek dengan selut merah apabila hujan.

Perenggan sawah Pak Kasim juga dimasuki air selut merah.

Disebabkan Pak Long Derani mementingkan maruahnya, beliau menggunakan pelbagai cara

untuk meyakinkan petani Kertau sehinggakan beliau tidak sabar untuk menunggu musim

menuai berakhir. Haji Zakaria adalah iman yang dihormati di Kertau juga mula berpaling

arah dengan kedudukan beliau yang serba salah untuk menyokong Cah.Haji Zakaria telah

memanggil petani Kertau ke surau secara memilih namun beliau tidak menjemput Pak

Kasim, Habibah, Azmi dan Saad.Dalam pertemuan tersebut Derani dan Pak Ngah Musa telah

memberi cek pendahuluan RM 5000 sebagai persetujuan awal. Malangnya ramai petani

Kertau telah dibeli maruah diri dan maruah tanah bendang mereka dengan wang ketika

pertemuan tersebut.Manusia lazimnya apabila disogok dengan wang, lupalah mereka akan

segala-segalanya termasuk nilai sebuah maruah.

Perbuatan Pak Long Derani seperti menidakkan hak sawah petani Kertau yang mereka

kerjakan sejak turun-temurun iaitu daripada pusaka nenek moyang yang perlu dipelihara.

Derani tidak menampalkan sebarang notis bahawa tanah petani Kertau akan digazet dan ini

membolehkan sawah mereka mudah menjadi milik orang lain.Untuk memastikan projek

tersebut berjalan lancar dan demi menjaga maruahnya Derani melakukuan perbuatan yang

tidak mencerminkan beliau sebagai Pengerusi JKK.

7
Selain soal maruah yang perlu dipertahankan sejak berkurun lagi, petani Kertau

diperkecilkan dengan alas an bahawa nilai sawah mereka tidak berharga. Nilai sawah mereka

sekitar RM 2000 serelung dan pendapatan mereka sekitar RM 200 semusim. Namun jika

difikir secara logik jika tanah tersebut tidak bernilai kenapa ia perlu digazet. Ini jelas

menunjukkan bahawa tanah tersebut amat bernilai.

Tindakan Derani yang paling kejam untuk menjaga maruahnya adalah beliau menyuruh

seluruh petani Kertau berhimpun dan berunding di Bandar dengan pihak berkuasa mengenai

sawah mereka. Pada waktu semua orang ke pejabat untuk berbincang dengan pihak

berkuasa, tiga buah jentera pengorek masuk ke dalam kampung.Jentera tersebut telah

merobohkan khemah yang berada di depan rumah Habibah agar mereka dapat masuk ke

ban.Ketika itu jiwa Habibah dan Cah seperti dirobek ketika melihat jentera tersebut

memusnahkan segalanya.Walaupun Cah menimpik dengan perkataan nyahhh sekalipun ia

tidak dipeduli oleh polis-polis antirusuhan dan jentera tersebut.Dengan itu, Cah telah

menyembam tanah selut sawah untuk menghalang jentera tersebut dan akhirnya Cah

tercedera lehernya terhiris mata parang.Pak Long Derani sanggup menyuruh orang kampung

ke Bandar mendengar keputusan mahkamah dalam masa yang sama jentera masuk sawah.Ini

merupakan kejahatan dan kezaliman yang dirancang untuk memastikan maruahnya

terjaga.Namun sepandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga, akhirnya rancangan

Derani telah diketahui umun.

8
3.0 KESIMPULAN

Sesebuah novel yang dihasilkan, baik dalam kesusasteraan Melayu mahupun kesusasteraan di

negara-negara lain, suatu hal yang tidak boleh dinafikan kepentingannya ialah penampilan

perlukisan unsur latar dan lokasi. (Ramli Isin,1997). Dalam novel Harga Sebuah Maruah

karya Azizi Haji Abdullah, beliau telah memilih lokasi sebuah kampung di Kedah.Kertau

merupakan lambang negeri Kedah yang kaya dengan hasil padi.Kebijaksanaan Azizi Haji

Abdullah dalam menghasilkan novel ini menjadi kerana nilai segenggam selut sawah amat

berkait dengan harga sebuah maruah.

Frasa harga sebuah maruah dalam novel ini telah mengangkat watak Cah yang

merupakan seorang janda untuk berjuang menyelamatkan tanah Kertau daripada Tok

Penghulu iaitu Derani bersama konco-konconya.Kesimpulan yang dapat dirumuskan bahawa

sebuah keluarga dan keturunan akan pupus jika tanah yang mereka miliki dijual iaitu dari

mana kita berasal jadi kita mesti kembali kepada asalnya iaitu tanah.

You might also like