You are on page 1of 24

APABILA LANGIT CONDONG : SATU PENELAAHAN TEORI MODEL RASA INSANIAH

NORDIANA BINTI AB JABAR


SHAHIRAH YUSOF

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

ABSTRAK
Kajian ini merupakan satu analisis pemikiran pengarang dari sudut cinta dalam kumpulan puisi yang
bertajuk Apabila Langit Condong oleh sasterawan negara, Suhaimi Haji Muhammad. Kajian ini
memfokus pemikiran Suhaimi Haji Muhammad dalam menggambarkan cinta terhadap
persahabatan, cinta terhadap keluarga, cinta terhadap Allah SWT dan sebagainya di dalam
kumpulan puisi Apabila Langit Condong. Penelahaan ini menggunakan teori Model Rasa Insaniah
yang digagaskan oleh Shamsuddin Othman tercetus dari pengubahsuaian dan penambahbaikan
antara tiga teori tempatan iaitu Teori Takmilah, Teori Pengkaedahan Melayu dan Teori Rasa-
Fenomenolgi. Teori Model Rasa Insaniah ini digunakan melalui tiga prinsip utama iaitu Prinsip
Pengabdian kepada Allah SWT, prinsip pengucapan beradab dan prinsip kehalusan makna. Hasil
dapatan kajian ini mengangkat tahap kecintaan Suhaimi Haji Muhammad pada satu tahap yang
berbeza dengan puisinya sebelum ini.Justeru melalui kajian ini, Apabila Langit Condong karya
Suhaimi Haji Muhammad amat sesuai dijadikan sebagai bahan pembacaan yang menjana ke arah
pemikiran dan kesedaran terhadap cinta yang perlu dimiliki oleh setiap manusia untuk
kelangsungan hidup yang harmoni.
KATA KUNCI: Apabila Langit Condong, Cinta, Suhaimi Haji Muhammad, Teori Model Rasa
Insaniah

PENGENALAN
Makalah ini merupakan satu analisis meneliti konsep kepengarangan dalam mengangkat rasa

kecintaan melalui kumpulan puisi Apabila Langir Condong karya Suhaimi Haji Muhammad. Fokus

pembicaraan cinta yang bukan sahaja antara manusia dengan manusia, namun cinta antara manusia

dengan mahkluk ciptaan lain terutamanya cinta dengan Yang Maha Pencipta. Menurut Syaidatul

Nazirah Abu Bakar (2013:1), cinta dari sudut istilah dapat diertikan sebagai kecenderungan hati

seseorang terhadap individu atau sesuatu perkara yang disertai dengan pengorbanan bagi

menunaikan tuntutan dan kehendak individu atau perkara yang dikasihi tersebut. Maka kajian ini

memfokuskan pemikiran Suhaimi Haji Muhammad dalam mengambarkan cinta terhadap


persahabatan, cinta terhadap alam, cinta terhadap Allah SWT dan sebagainya di dalam kumpulan

puisinya iaitu Apabila Langir Condong.

Suhaimi Haji Muhammad mendapat anugerah penulis (Sasterawan) Perak pada 1987 dan

mendapat anugerah S.E.A Write Award pada 1995 di Bangkok. Tambahan pencapaian yang sangat

dibanggakan datang daripada anak kelahiran Perak ini ialah beliau telah menghasilkan 33 buah buku

puisi secara perseorangan selama 60 tahun sepanjang karier beliau sebagai penulis. Antologi puisi

yang paling sedikit dihasilkan Suhaimi Haji Muhammad adalah sebanyak 23 muka surat yang

diberikan judul Siluet. Manakala koleksi puisi yang paling tebal dihasilkan bertajuk As-Salam

adalah sebanyak 495 halaman tersebut menyebabkan Malaysian Book of Record Sdn Bhd

memberikan pengiktirafan kepada beliau. Beliau merupakan penyair yang memfokuskan puisi yang

beraliran realisme dan surealisme. Kemudian, beliau mula menukar aliran surealisme kepada aliran

mistikisme dan eksistensialisme.

Namun di dalam teks kajian iaitu Apabila Langir Condong, Suhaimi Haji Muhammad mula menulis

puisi yang berupa keagamaan, ketuhanan dan seumpamanya walaupun beliau mengatakan bahawa

kumpulan puisi tersebut merupakan kemuncak kepada aliran surealismenya. Di dalam kumpulan

puisi Apabila Langir Condong, dapat dilihat bahawa Suhaimi Haji Muhammad bukan sahaja

mengangkat tema percintaan kepada Allah S.W.T namun meluaskan horizon penulisannya kepada

rasa cinta yang lain seperti manusia dan alam. Hal ini dapat dibuktikan oleh Mohamad Shaidan

(2011:239), beliau (Suhaimi Haji Muhammad) mampu membuktikan bahawa beliau menceburi

aliran ketuhanan dalam kepenyairannya melalui kumpulan puisi beliau iaitu Apabila Langir

Condong.

Aliran ketuhanan yang dimaksudkan sudah tentu mempunyai kaitan dengan rasa cinta

terhadap Tuhan. Pemikiran cinta yang dibawa oleh Suhaimi Haji Muhammad bukan sahaja melihat

kepada cinta abadi namun melihat juga cinta kepada kehidupan yang mustahil untuk dicapai seperti
dinyatakan di atas. Di dalam koleksi puisi tersebut, jelas menunjukkan cinta yang ingin disampaikan

oleh Suhaimi Haji Muhammad berdasarkan kedudukan rangkap yang berbeza. Hal ini dapat

disimpulkan bahawa terdapat peringkat dalam penyampaian cinta dari peringkat rendah sehingga

tinggi.

Justeru bagi membuat penelahaan kecintaan dalam Apabila Langit Condong ini satu teori

model tempatan yang agak baru dan wajar diperkembangkan digunakan iaitu Teori Model Rasa

Insaniah. Shamsudin Othman menghasilkan Teori Model Rasa Insaniah ini pada tahun melalui tesis

sarjana beliau yang bertajuk Rasa Insaniah: Analisis Terhadap Kumpulan Puisi Sekepal Tanah.

Kemudian teori ini diperkembangkan dan dimantapkan lagi pada tahun 2012, dalam analisis tesis

kedoktoran beliau yang berjudul Model Rasa Insaniah dalam Puisi Tiga Penyair Nusantara. Teori

ini diperkenalkan kerana memikirkan pengalaman estetika insan yang mana bukan terjadi secara

spontan tetapi terbina hasil daripada pengalaman sesuatu, sama ada dialami sendiri ataupun melalui

pembacaan mahupun penelitian dari sudut fikiran.

Menurut Ummu Hani dan Raudhah (2021) Teori Model Rasa Insaniah (MRI) merupakan

teori sastera Islam tunggal di Malaysia yang memfokuskan terhadap perasaan keislaman bagi

memahami makna keindahan dan estetika dalam karya sastera. Tiga teras utama bagi TMRI ini ialah

prinsip pengabdian kepada Allah SWT, prinsip kehalusan makna dan prinsip pengucapan beradab.

Teori ini juga meneliti jiwa kepengarangan atau proses kreatif seseorang pengarang itu sendiri. Hal

ini di mana keindahan dalaman teks waima kekuatan karya sesesorang pengarang tidak akan dirasai

dengan tepat tanpa dua aspek iaitu jiwa kepengarangan dan proses kreatif. Maka sesuai dengan

kajian di mana mengkaji pemikiran Suhaimi Haji Muhammad dari sudut cinta yang disampaikan di

dalam kumpulan puisi tersebut. Teori Model Rasa Insaniah ini melihat kepada ajaran Islam dan

falsafahnya dalam menentukan nilai sesebuah karya sebagai nilai utama. Berpadukan daripada sudut

kalbu insaniah yang dilihat dengan menggunakan akal, budi, rasa cinta, rasa rindu, rasa insaf, rasa

sabar, rasa tawakal dan rasa taubat.


Teori ini juga meneliti jiwa kepengarangan atau proses kreatif seseorang pengarang itu

sendiri. Hal ini di mana keindahan dalaman teks waima kekuatan karya sesesorang pengarang tidak

akan dirasai dengan tepat tanpa dua aspek iaitu jiwa kepengarangan dan proses kreatif. Maka sesuai

dengan kajian di mana mengkaji pemikiran Suhaimi Haji Muhammad dari sudut cinta yang

disampaikan di dalam kumpulan puisi tersebut. Teori Mode Rasa Insaniah ini melihat kepada ajaran

Islam dan falsafahnya dalam menentukan nilai sesebuah karya sebagai nilai utama. Berpadukan

daripada sudut kalbu insaniah yang dilihat dengan menggunakan akal, budi, rasa cinta, rasa rindu,

rasa insaf, rasa sabar, rasa tawakal dan rasa taubat.

PERBINCANGAN

Prinsip Pengabdian Kepada Tuhan


Perkataan pengabdian berasal daripada kata dasar iaitu abdi. Maka dengan itu, Menurut Kamus

Dewan Bahasa Edisi Keempat, pengabdian bermaksud perihal mengabadikan (menjadikan

abadi atau pengekalan) (2010:1). Pengabdian kepada Allah secara umumnya bersifat

penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah SWT. (Othman, 2012, p. 63). Di dalam prinsip ini,

sifat tawakal dan kepercayaan perlu dilakukan di mana setiap perbuatan mempunyai

pembalasan. Namun pembalasan yang dimaksudkan perlu melihat kepada tanda keinsafan

yang ditonjolkan oleh makhluk Allah. Pembalasan yang dibincangkan merupakan pembalasan

yang memberi impak yang negatif dan positif. Hal ini selari dengan puisi-puisi Suhaimi Haji

Muhammad pada pertengahan 90-an. Hal ini di mana puisi beliau mula ke arah ketuhanan.

Menurut Dr. Anwar Ridhwan, Suhaimi Haji Muhammad meluahkan perasaannya yang bersifat

menggagungkan Allah di dalam puisi- puisinya sejak 90-an (Jamal Mohammad, 2015:04).

Pengabdian kepada Allah dapat dibandingkan dengan kajian tentang puisi-puisi

Dharmawijaya. Hal ini bukan sahaja dapat membuktikan rasa kehormatan dan kemasyuran,

malah cinta yang ditunjuk kan juga yang bersifat bersyukur dan bertakwa kepada pemberian

nikmat daripada Allah SWT serta menerima segala qada’ dan qadar (Mohd Fadzil, 2017).

Selain itu, Menurut Mohd Daud bin Ibrahim, cinta yang merangkumi tiga konsep utama
(2013:11). Cinta yang dimaksudkan ialah cinta kepada Ilahi meliputi konsep kekasih dan

perindu, cinta kepada Ilahi meliputi konsep kehambaan dan cinta kepada Ilahi meliputi

konsep mendekati Kajian ini adalah untuk menganalisis pemikiran dari sudut cinta dalam

kumpulan puisi yang bertajuk Apabila Langit Condong oleh sasterawan negara, Suhaimi Haji

Muhammad. Kajian ini memfokuskan pemikiran Suhaimi Haji Muhammad dalam

mengambarkan cinta terhadap persahabatan, cinta terhadap keluarga, cinta terhadap Allah

SWT dan sebagainya di dalam kumpulan puisi Apabila Langit Condong. Suhaimi Haji

Muhammad merupakan anak kelahiran Perak yang telah memenangi anugerah penulis

(Sasterawan) Perak dan juga anugerah S.E.A Write Award pada tahun 1995 di Bangkok.

Beliau sangat dikenali sebagai penyair dengan puisi surealismenya. Selepas beberapa tahun,

Suhaimi Haji Muhammad mula memfokuskan terhadap puisi yang mengandungi cinta

terhadap Ilahi. Antara puisi pilihan dalam kumpulan puisi tersebut ialah Tinggi, Masuk

Rumahku, Perpisahan Itu, Suatu Ketika Di Dunia Laut, Jadual Politik, Kisah Si Kundur,

Ziarah Kuburan, Arwah, Matahari dan Aku. Kelima-lima puisi tersebut akan dikaji dengan

menggunakan Model Rasa Insaniah. Kelima-lima puisi tersebut dikaji dengan menggunakan

Model Rasa Insaniah. Teori tersebut dikeluarkan Shamsuddin Othman. Menurut Shamsuddin

Othman di dalam seminar Sasterawan Negara Shahnon Ahmad pada 2007, Model Rasa

Insaniah merupakan hasil pengubahsuian dan penambahbaikan antara tiga toeri tempatan iaitu

Teori Takmilah, Teori Pengkaedahn Melayu dan Teori Rasa-Fenomenolgi. Model Rasa

Insaniah ini digunakan melalui tiga prinsip utama iaitu Prinsip Pengabdian kepada Allah SWT,

prinsip pengucapan beradab dan prinsip kehalusan makna. Kajian kualitatif amat sesuai

digunakan di dalam kajian ini dalam memperoleh data dengan kajian keperpustakaan,

temubual, analisis dokumen dan sebagainya. Sumbangan yang didapati daripada kajian teks ini

adalah dapat mengeluarkan rasa cinta bukan sahaja kepada Allah SWT namun terhadap

makluk ciptaan-Nya juga. Puisi Suhaimi Haji Muhammad amat sesuai dijadikan sebagai kajian

kerana puisi-puisinya kini meningkatkan kesedaran terhadap cinta yang sepatutnya diluahkan.
konsep cinta yang berlandaskan syariat. Beliau menghasilkan sebuah karya iaitu

Thauqul-Chamamah fil-ilfah wal-Ullaf dengan meluahkan cinta dengan cara mengungkapkan

perasaan halus dan lembut untuk menemukan hakikat cinta dan bukan untuk melakukan

kemungkaran (Eva Farhah, 2014:4). Apabila dikaitkan dengan hakikat cinta, sudah pasti cinta

yang dimaksudkan adalah cinta yang satu kepada Yang Maha Esa. Tambahan pula, beliau

meluahkan cinta bukan untuk melakukan kemungkaran. Sepertimana dalam prinsip

pengabdian kepada Allah ada juga menekankan bahawa setiap perbuatan akan mempunyai

pembalasan. Hal ini dimana individu perlulah berhati-hati dalam melakukan perbuatan yang

boleh menghalang kepada pengabdian kepada Allah. Prinsip Pengabdian kepada Tuhan dapat

dilihat pada contoh puisi tersebut:

Seribu tahun kau mengkaji


Seribu tahun kau mensiluet diri
Kaulepaskan segala gandingan hujan
Kau lepaskan segala
Gandingan cinta sayang

Manusia menjadi keruh

Apabila tidak mengkaji bungkalan alam

Tidak dapat bertemu hujung jalan


Tidak dapat
Mencari bukit
Kejadian
Di langit tinggi apakah yang kaunampak? Dari
Pendakian mencari puncak? Mencari tinggi?
Kalau puncak bumi tinggi
Puncak Tuhan lebih tinggi!
Kalau puncak cakerawala tinggi Puncak Tuhan lebih tinggi!
(Tinggi:114)
Berdasarkan puisi di atas, pengarang ingin menyampaikan pengabdian kepada Tuhan
melalui mengagung-mengagungkan Tuhan sebagaimana pada baris “Kalau puncak cakerawala
tinggi, puncak Tuhan lebih tinggi”. Hal ini menunjukkan bahawa pengarang yang merupakan
manusia biasa dan hamba Allah SWT, beliau perlulah taat dan berbalik kepada Allah kerana
Allah jua tempat manusia mengadu tempat. Puisi ini juga bukan sahaja untuk menyedarkan
diri pengarang sahaja, malah dikarang untuk menyedarkan para pembaca yang masih alpa
dengan keseronokan di bumi.

Manusia menjadi keruh


Apabila tidak mengkaji bungkalan alam
Tidak dapat bertemu hujung jalan
Tidak dapat
Mencari bukit
Kejadian
Di langit tinggi apakah yang kaunampak?
Dari Pendakian mencari puncak? Mencari tinggi?
Kalau puncak bumi tinggi
Puncak Tuhan lebih tinggi!
Kalau puncak cakerawala tinggi Puncak Tuhan lebih tinggi!

(Tinggi:114)

Cinta kepada Allah dibuktikan melalui ketaatan dan kesyukuran kepada-Nya pada tiap masa dan

ketika. Umat Islam perlu mengetahui bahawa mereka yang taat kepada Allah SWT akan

ditempatkan bersama-sama orang yang dikurnia nikmat oleh-Nya. Oleh itu, mereka perlu menerima

segala ujian yang ditimpa keatasnya dengan redha dan tabah. Dari perspektif akidah, cinta itu perlu

diasaskan atas keimananan kepada Allah SWT yang menghasilkan sifat ikhlas dalam diri manusia.

Tanpa cinta terhadap Allah tidak mungkin akan wujud sifat ikhlas yang sebenarnya dalam ibadah.

Lantaran itu, para sarjana Islam melihat bahawa cinta kepada Allah SWT merupakan salah satu

tonggak penting dalam pelaksanaan ibadat di samping rukun yang lain iaitu tunduk dan patuh

(Ismail Omar, 2006:5).


“Tiga perkara barangsiapa merasainya maka dia mendapat kemanisan iman dalam hatinya; Dia

mencintai Allah dan Rasulnya lebih dari selain keduanya”. (Al-Bukhari, 1997)

Maka kecintaan terhadap Allah ini akan membawa manusia untuk mentauhidkan- Nya
dalam ibadah (Syaidatun Nazirah Abu Zahrin, 2013, p. 4). Jika berlaku sebaliknya, maka ia
membawa kepada mensyirikkan Allah. Cinta terhadap Allah SWT dipanggil sebagai cinta mutlaq.
Cinta mutlak bererti sesuatu yang wajib dicintai tanpa sebarang ikatan atau syarat tertentu.

Kerana telah kutelan seru-Nya


Telah kutelan denyut nyeri-Nya
Telah kutelan harum mawar-Nya
Telah kutelan harum ambar-Nya
Telah kutelan ngeri lengking-Nya
Telah kutelan ngeri pusing-Nya
(Perpisahan Itu:104)

Puisi di atas dapat memperlihatkan gaya Suhaimi Haji Muhammad dalam mengemukakan

pengabdian kepada Allah. Hal ini di mana beliau ingin mengatakan rasa cinta terhadap Tuhan

melalui mengikui jalan yang telah disediakan oleh Allah SWT. Sebagaimana yang dinyatakan oleh

pengarang yang berbunyi “kerana aku telah menelan seru-Nya”. Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa

Edisi Keempat, telan bermaksud memasukkan sesuatu atas keinginan sendiri (2015:1632). perkataan

telan telah diulang sebanyak enam kali iaitu pada setiap baris. Ulangan sebanyak enam kali

membuatkan pengarang redha segala ketentuan dan sentiasa setia pada jalan dipilih Allah SWT. Hal

ini selaras dengan sabda daripada Rasulullah SAW yang bermaksud, “Tiada beriman seseorang

kamu sehingga aku dikasihinya melebihi dari kasihnya terhadap ibubapanya, anaknya dan manusia

seluruhnya (Al-Bukhari 1997)

Melalui ayat tersebut, maka Rasulullah SAW hanya menyampaikan dan memerintahkan

kepada manusia untuk melakukan perkara-perkara yang dicintai Allah AWT semata-mata untuk-

Nya (Ibn Taymiyyah, 1978). Hal tersebut menunjukkan beliau sanggup meninggalkan orang

tersayangnya kerana beliau lebih mempercayai cinta terhadap Allah di mana pengarang sanggup

mengabdikan diri kepada Allah iaitu menyerahkan dirinya sepenuhnya kepada Allah. Jika dilihat
pada baris puisi pertama iaitu “kerana telah kutelan seru-Nya”, pengarang telah mendapat hidayah

daripada Allah dan seterusnya membuat keputusan untuk berserah dan beribadat kepada kepada

Allah SWT. Seru membawa maksud pelawaan atau ajakan (2015:1475). Setelah penulis mendapat

seruan daripada-Nya, beliau sanggup menghadapi dan menerima segalanya sama ada dari segi baik

atau buruk dengan pasrah kepada Allah. Cinta tersebut dibuktikan melalui perlaksanaan ibadah dan

ketaatan mengikuti cara yang ditunjukkan oleh Rasullah SAW. Hal ini dapat dilihat melalui

potongan ayat al-Quran; “Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Jika benar kamu mengasihi Allah maka

ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampu kan dosa-dosa kamu. Dan ingatlah

Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”(Al-Imran, ayat 31)

Meski ini hidup aku aku hidup membebaskan kata tidak


Tidak membebaskan kata meski ini hidup aku membebaskan
Rasa tidak membebaskan rasa membebaskan cinta
Atau aku membebaskan cinta aku takkan membebaskan
Diri dari denyut-Nya yang telah ku telan aku takkan
Membebaskan diriku dari-seru-Nya yang telah kutelan
Tidak juga membebaskan diriku dari harum mawar harum
Ambar yang telah kutelan … ah segala yang kutelan!
(Perpisahan Itu:105)

Pada rangkap ini, pengarang mengukuhkan lagi pengabdian kepada Allah SWT. Hal ini

dapat dilihat pada baris keempat iaitu “aku takkan membebaskan diri dari denyut- Nya telah

kutelan.”. Menurut Siti Nurzihan, membebaskan diri merupakan keluar daripada situasi yang

membebankan (2010:132) manakala denyut pula bermaksud gerakan turun naik atau kembang

kempis (2015:337). Oleh itu, pengarang ingin selalu menurut perintah Allah dalam menjalankan

kehidupannya. Kemudian pengarang mengulang sekali lagi ayat tersebut tetapi mengantikan

perkataan lain dibelakang. Ayat yang dimaksudkan ini ialah “aku takkan membebaskan diriku dari

seru-Nya yang telah kutelan” dan “tidak juga aku membebaskan diriku dari harum mawar harum

ambar yang telah kutelan”. Pengulangan sebanyak tiga kali menunujukkan bahawa pengarang hanya

ingin beribadat dan mengikuti segala suruhan Allah dengan Ikhlas kerana Allah SWT. Di samping
itu, penggunaan bunga dapat dikaitkan dengan cinta. Maka dengan ini sesuailah penggunaan prinsip

pengabdian kepada Allah dalam puisi Suhaimi Haji Muhammad. Pengaplikasian prinsip pengabdian

kepada Allah SWT dalam puisi dapat menunjukkan unsur-unsur cinta di mana pengarang amat

menggagung-agungkan cinta Allah SWT. Pengarang tidak memerlukan cinta yang tidak kekal di

dunia kerana beliau mengetahui bahawa cinta Allah SWT merupakan cinta yang hakiki.

Pengucapan Berakhlak

Islam sangat menggalakkan umatnya untuk memperbaiki akhlak baik dari segi percakapan atau

perbuatan, demi tercapainya keharmonian, melindungi hak dan kewajipan setiap individu dan

masyarakat (Noor, 2015:174). Menurut Shamsuddin Othman (2012:63), Pengucapan yang

ditekankan adalah hal-hal yang mempunyai kaitan dengan komunikasi dan komunikasi yang

diutarakan dalam karya teks adalah dari segi bahasa dan gaya bahasa. Oleh itu, pengarang harus

berhati-hati dalam memilih bahasa yang bukan sahaja dapat membuka hati pembaca tetapi mampu

menyampaikan mesej dengan lebih tersirat dengan ajaran Islam. Bahasa yang dimaksudkan di sini

mestilah bahasa yang elok didengar dan memberi impak yang positif kepada pemikiran manusia.

Menurut Mohd Fadzil (2017:88), penyair yang mempu menghasilkan karya puisi yang baik ialah

penyair yang mampu menghasilkan puisi dengan menggunakan unsur bahasa yang baik, iaitu

menggunakan susunan kata yang ringkas dan mudah difahami, namun mengandungi pemilihan kata

yang kreatif.

Assalamualaikum berikan assalamualaikum bila-bila


Kepada pintu kepada muka pintu kepada pintu-pintu
Hari pintu-pintu hati pintu-pintu waktu pintu
Hatiku pintu hati-Mu yang aku punya rumah yang
sebenarnya Kau yang punya rumah kauberi berita
kujawab berita yang sensasi tak sensasi mana
yang ghairah mana yang tak ghairah kepadaku
nama- nama yang kausebut atau tak sebut
(Masuk Rumahku:96)
Sebagaimana prinsip pengucapan berakhlak merupakan komunikasi yang ditekankan dari

segi gaya bahasa, pemilihan kata yang elok dan juga bahasa yang disyaratkan di dalam Islam. Puisi

di atas juga mempunyai kriteria-kriteria yang sesuai. Hal ini di mana terdapat penggunaan kata yang

jelas di dalam puisi ini iaitu perkataan “Assalamualaikum” sebagai antara ucapan-ucapan yang

berakhlak. Di dalam rangkap tersebut juga, terdapat hanya dua perkataan “Assalamualaikum” yang

digunakan oleh pengarang. Hal ini seperti pengarang ingin mengukuhkan kata sapaan yang baik itu

kepada insan yang ingin disapa.

Manakala jika dilihat pada kelengkapan ayat yang mengandungi perkataan

“Assalamualaikum” pada baris puisi iaitu “Assalamualaikum berikan assalamualaikum bila-bila,

kepada pintu kepada muka pintu kepada pintu-pintu”. Pengarang ingin menitipkan kepada pembaca

bahawa Islam mengajar umatnya supaya mempunyai akhlak semasa datang menyinggah ke rumah

orang ataupun bertegur dalam kata sapaan yang indah. Jika dilihat dari segi bahasa pula, lebih baik

jika meneliti secara keseluruhan dalam satu rangkap. Hal ini di mana pengarang menggunakan

perkataan yang sesuai untuk di padankan dengan penggunaan perkataan “assalamualaikum”.

Tambahan pula, perkataan “Assalamualaikum” di dalam puisi tersebut sebenarnya digunakan untuk

bertujuan menyapa Yang Maha Esa. Jika dilihat pada baris puisi yang seterusnya iaitu “pintu hati-

Mu yang aku punya rumah, yang sebenarnya Kau punya rumah”.

Menurut Ismail Abdullah Siputeh (2006, p. 16), insan mengikut Tasaawur Islami adalah kejadian

yang berbentuk daripada dwi pola yang berlainan tetapi bercampur dalam satu kejadian, iaitu

segumpal tanah dan satu tiupan ruh daripada Allah. Hal ini dapat dibuktikan melalui firman Allah

SWT di dalam Al-Quran.

“(Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku akan mencipta manusia

dari tanah. Maka apabila telah Aku sempurnakan kejadiannya dan Kutiup kepadanya ruh

(ciptaanKu) maka hendaklah kamu tunduk bersujud kepadaNya.”(Al-Quran. Sad 38: 71-72)

Satu tiupan ruh daripada Allah yang mengandungi di dalamnya pancaran roh yang suci.

Kekuatan pemeliharaan dan pentadbiran yang matang dan tenaga jiwa yang berkemahuan. (Qutub,
Muhammad, 1973:48). Maka hubungan dwi pola yang dimaksudkan membuat merupakan

himpunan yang membuat insan itu kadang-kadang dikuasai oleh salah satu jasad sepenuhnya maka

dia terjerumus ke alam haiwan; dan apabila dia menjadi sepenuhnya sebagai ruh untuk hidup di

sebalik alam mahsusat. (nyata, yang boleh disentuh oleh pancaindera), maka dia tidaklah Insan

sepenuhnya tetapi dia tidak akan sampai kepada hakikat kemuliaan tersebut. (Qutub, Muhammad,

1973:49). Setiap manusia ciptaan Allah dianugerahkan dengan perasaan dan naluri kasih sayang

untuk dimanfaatkan dalam kehidupan sejagat.

Mulai saat itu dia mendapat gelaran “Si Mentimun”

Ke sana sini ibunya harus mendukung

Kerana ia mempunyai mata telinga mulut

Hidung Cuma tak ada kaki tak ada tangan dia

Diajar mengaji al-Quran sampai khatam

Berlinangan air mata teman-teman sekampung

Berlinangan air mata orang-orang sepasar

Menyaksikan ibu “Si Kundur” mendukung

“Si Kundur” keluar kampung keluar pasar

Keluar wilayah keluar negeri kelahiran

Menuju negeri atas angin akhirnya

Ke Makkah Mukaramah

(Kisah Si Kundur:51)

Rangkap puisi di atas jelas menunjukkan cinta ibu bapa kepada seorang insan iaitu anaknya

dalam unsur penceritaan. Walaupun di dalam puisi tersebut tidak menunjukkan perkataan cinta,

sayang, rindu dan sebagainya, namun perilaku ibu bapanya ke atas anak mereka sudah cukup

mengambarkan cinta (Kamarul Azmi, 2011:113). Aturan perkataan yang baik-baik di dalam puisi

tersebut dapat membantu ibu bapa yang ingin menyampaikan perasaan mereka terhadap insan

tersebut melalui bantuan dari segi tempat tinggal, bekalan makanan, didikan dan sebagainya.
Perkara yang baik bukan sahaja dapat diungkap dengan kata, malah dengan perbuatan juga

sudah cukup untuk menunjukkannya (Hamka, 2017, p. 236). Hal ini dapat dilihat pada baris “Ke

sana sini ibunya harus mendukung” dan juga “Diajar mengaji al- Quran sampai khatam”. Si

mentimun ataupun si kundur di dalam puisi ini merupakan seorang insan yang cacat di mana dirinya

hanya tidak mempunyai kaki dan tangan. Walaupun Si kundur sedemikian namun ibu dan bapanya

masih menerima keadaan anaknya. Cinta ibu dan bapa terhadap anaknya memang tiada tandingan

tidak kira bagaimana keadaan mental dan fizikal anaknya itu.

“Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan

bagi kamu dari kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu

dari benda-benda yang baik dan halal.”(Surah An-Nanl, ayat 72)

Berdasarkan potongan ayat tersebut, maka gambaran tentang keinginan rasa cinta terhadap

insan dinyatakan dengan jelas (Mohammad Fazdil, 2017:95). Ayat tersebut juga merupakan seruan

Allah SWT terhadap umat-Nya agar saling cinta-menyintai antara satu sama lain. Manusia tidak

dapat dipisahkan dengan rasa cinta terhadap insan lain yang merupakan suatu fitrah dalam

kehidupan.Jika dilihat kepada pengorbanan ibu “Si Kundur” yang tidak mengenal erti lelah

bermakna ibunya sangat menyayangi anaknya. Ibunya sanggup mendukung anaknya ke mana sahaja

supaya anaknya tidak ketinggalan dalam mengenal erti dunia seperti mana insan lain menjalani

kehidupan.

Bertimbun-timbun wang sedekah para orang-orang

Ke haribaan “Si Kundur” dan ayah bonda

Allah Allah juga Yang Maha Esa

Allah Allah juga Yang Maha Kurnia

Ya Allah

Sinar al-Quran

Sinar zikir

Sinar Baqiq
Sinar Mancar

Dengan linangan air mata datanglah seorang pembesar

Negeri memeluk lalu mengendong

“Si Kundur” membawanya ke istananya

Dengan kasih sayangnya dengan imannya dengan

Senangnya dengan syukurnya “Si Kundur”

Dikahwinkan dengan puterinya yang jelita

Dengan puterinya yang mulia

(Kisah Si Kundur:53)

Selain itu, rangkap di atas pula mengambarkan cinta masyarakat terhadap insan. Hal ini

dapat dilihat pada baris puisi “bertimbun-timbun wang sedekah para orang-orang, ke haribaan ‘Si

Kundur’ dan ibu bonda”. Wang sedekah para orang-orang menunjukkan bahawa masyarakat

sanggup memberikan sumbangan kepada keluarga “Si Kundur”. Menurut Kamarul Azmi

(2011:121), pemberian sedekah kepada orang yang memerlukan juga merupakan simpati yang lahir

daripada rasa sayang, cinta, dan seumpamanya. Tambahan pula, “Si Kundur” yang pandai mengaji

juga menyebabkan manusia menyukainya.

Puisi di atas menunjukkan pengarang mengabungkan cerita mengenai Si Kundur dengan

pujian ke atas Allah SWT. Hal ini menunjukkan bahawa Allah SWT juga menyayangi kepada

hambanya yang sentiasa patuh dan mengingatinya. Pengarang juga menggunakan gaya bahasa yang

sesuai untuk mengambarkan kesinaran yang oleh si kundur iaitu “Sinar al-Quran, Sinar Zikir, Sinar

Baqiq dan Sinar Mancar”. Perkara tersebut mengambarkan kesinaran yang dibawa oleh Si Kundur

kepada masyarakat melalui alunan al-Quran dan zikir yang didendangkannya. Hal ini sehingga

menyebabkan salah seorang dalam masyarakat sanggup menerimanya sebagai sebahagian daripada

keluarganya iaitu sebagai menantu. Selain itu, penggunaan perkataan seperti kasih sayangnya dan

imannya dalam baris puisi iaitu “dengan kasih sayang dengan imannya”, pengarang ingin memberi
pemahaman kepada pembaca bahawa para pembesar sanggup mengahwinkan anaknya sendiri

dengan ‘Si Kundur’ atas rasa cinta kepada ‘Si Kundur’ kerana Allah SWT.

Oleh itu, penggunaan bahasa yang baik serta gaya bahasa yang mampu menyampaikan

maksud diperlihatkan oleh pengarang di dalam puisi. Hal tersebut sebagaimana dituntut oleh prinsip

pengucapan berakhlak. Pengarang menggunakan bahasa-bahasa yang mudah difahami disebabkan

puisi ini seolah-olah merupakan penceritaan mengenai “Si Kundur”. Melalui prinsip pengucapan

berakhlak, cinta terhadap insan dapat diutarakan oleh dua pihak iaitu ibu bapa dan juga masyarakat.

Kehalusan Makna

Prinsip yang seterusnya ialah kehalusan makna yang merujuk kepada unsur perlambangan yang

mewarnai dan mendasari pemikiran pengarang. Unsur perlambangan merujuk kepada pemilihan

imej yang terkawal yang akan membawa makna tersirat yang lain. Pemilihan kehalusan makna yang

dipilih menjadi prinsip Model Rasa Insaniah mampu melihat kepada keupayaan pengarang memilih

imej sehingga membentuk gaya bahasa terutamanya metafora dan personafikasi kepengarangan.

(Shamsuddin Othman, 2012:64).Seorang penyair dapat membuat pilihan untuk memilih kata-kata

yang kreatif bagi menyampaikan maksud tertentu. Hal ini merujuk kepada maksud yang

mengandungi perasaan, pengalaman dan pemikiran tanpa unsur bahasa. Justeru kata-kata yang

dipilih ini pula mampu menimbulkan kesan terhadap khalayak berdasarkan kepada tanggapan dan

intepretasi masing-masing (Mohd Fadzil, 2017:90). Menurut a. Wahab Ali (2000:31),hasil karya

seni berbentuk puisi mengandungi makna dan mesej tertentu yang ingin disampaikan oleh penyair

secara halus dan kreatif.

Meski ada angin bertikaman ke tubuhku


Laut terbuka memanahkan tombak tajamnya ke awam
Camar laut menerbangkan seruling hatinya ke bulan
Ombak menjadi harimau di dunia laut ini
Segalanya tidak apa-apa tidak ada juga mawar yang
Kucari tak ada juga
Hembusan minyak wangi muda yang ingin kukepung
Segalanya tidak ada
Segalanya tidak apa-apa

(Suatu Ketika Di Dunia Laut:150)

Puisi di atas dapat dilihat penggunaan gaya bahasa yang tertentu untuk mengambarkan

maksud tersirat di dalam puisi di atas sepertimana berdasarkan prinsip kehalusan makna. Pada baris

puisi iaitu “Meski ada angin bertikaman ke tubuhku” jelas menunjukkan penggunaan personifikasi

di mana angin merupakan objek tidak bernyawa, namun diberikan kata kerja yang dilakukan oleh

manusia iaitu bertikaman. Oleh itu, pengarang seperti ingin mengatakan bahawa angin tersebut

walaupun menikam beliau dengan sedalam mana, namun beliau masih tidak dapat merasa atau sedar

tentang tikaman tersebut. Seterusnya, pada baris puisi iaitu “laut terbuka memanahkan tombak

tajamnya ke awam” merupakan hiperbola. Hal ini di mana pengarang membandingkan laut secara

melampau kerana laut mampu memanahkan tombak tajamnya ke awam. Sedangkan antara laut dan

juga awam, mempunyai jarak yang sangat jauh. Tambahan pula, laut tidak mempunyai tombak

tajam, sebaliknya laut hanya mempunyai percikan air sahaja sama ada besar atau kecil jika

dicampakkan sesuatu di dalam laut. Oleh itu, perbandingan tersebut merupakan perbandingan yang

sangat melampau.

Begitu juga dengan baris puisi iaitu “Hembusan minyak wangi muda yang ingin kukepung.”.

Baris puisi tersebut menunjukkan bahawa pengarang tidak dapat mengekang kebebasan generasi

muda. Hal ini dapat dilihat di mana minyak wangi muda yang dimaksudkan di sini merujuk kepada

generasi muda (Mohamad Shaidan, 2001:125). Manakala hembusan pula merujuk kepada

kebebasan. Pengarang ingin meluahkan bahawa dunia ini luas dan dia tidak menghalang malah

menggalakkan generasi muda bebas dalam mencari haluan mereka sendiri. Selain itu, Metafora pula

dapat dikesan melalui baris puisi “ombak menjadi harimau di dunia laut ini”.

Pengarang ingin menunjukkan bahawa gerakan ombak di lautan merupakan harimau yang

ingin menerkam. Hal ini di mana memandangkan metafora ini menyatakan bahawa objek ‘A’ ialah

objek ‘B’. Oleh itu, pengarang ingin menunjukkan bagaimana keadaan di laut yang bergeloran

mengikuti musim dan cuaca seperti yang ditetapkan oleh Allah SWT. Sebagaimana pada baris
puisinya yang terakhir iaitu “segalanya tidak ada”, pengarang ingin mengatakan bahawa pada

hakikatnya tiada apa pun berlaku dalam kehidupan pengarang. Walaupun pelbagai cara yang telah

dilakukan oleh pengarang hanya kerana kehendak laut yang menginginkan sekeliling pengarang

bertindak sedemikian.

Kewajipan yang pertama setelah seorang lahir ke dunia, telah terpikul di bahu ayah

bondanya (Hamka, 2017:207). Maka ibu bapa dan bapa mempunyai tugas yang sangat berat dalam

mendidik di samping memberi kasih sayang yang secukupnya. Iman Ghazali memberikan pelajaran

yang panjang tentang cara mengasuh anak. Kata beliau, hendaklah ayah bonda menjaga juga sumber

pencariannya. Dari yang haramkah atau yang halal (Hamka, 2017:207). Jika bayi yang di dalam

perut memakan makanan yang dari yang halal, maka darah halallah yang akan mengalir dari tubuh

badan anak. Jika sebaliknya pun yang sama. Di antara tugas ibu dan tugas bapa, tugas ibu yang

sangat berat kerana ibu yang mengalami kesusahan ketika mengusung bayinya di dalam dan ibu

juga yang mengalami kesukaran ketika melahirkan anak mereka. Sebagaimana yang disabdakan

oleh Rasulullah SAW:

“Ibumu, ibumu, ibumu, kemudian bapamu kemudian itu ialah karib kerabatmu dari yang dekat

kepada yang jauh”

Hal ini menunjukkan bahawa besarnya pengorbanan ibu dalam membesarkan anaknya. Bapa

juga mengalami tugas yang sukar walaupun tidak sebanding dengan tugas dan pengorbanan ibu.

Namun begitu, bapa sangat berperanan dalam mencari rezeki dan tempat berlindung untuk keluarga

mereka. Tambahan pula, bapa perlu bertanggungjawab sebagai pengemudi yang mampu

menghindarkan keluarganya daripada kemungkaran Allah (Shiyuti, 2015:112).Oleh itu, anak wajib

mentaati ibubapa mereka kerana perintah mentaati dan menghormati ibu bapa lebih penting

berbanding perintah mentaati ibu bapa (Hamka, 2017:210). Hal ini dapat disamakan jika terdapat

tiga ayat tentang perintah tentang mendidik anak-anak, terdapat sepuluh ayat perintah tentang

mentaati ibubapa. Perintah tersebut adalah untuk mengingatkan dan menghargai jasa pengorbanan

ibu bapa dalam membesar mereka. Selain itu, terdapat juga hadis-hadis dan Qaul para ulama di
dalam Islam yang menceritakan tentang bagaimana seorang bapa sanggup bangun pagi untuk

mencari rezeki demi menampung perbelanjaan makan, pelajaran dan sebagainya (Hamka,

2017:211).

Kautanya “Apa yang wangi itu?”


Aku menjawab “Yang wangi itu bunga
Putih kerana dia menunggu kuburku kuburmu dia
Mendoakan dirimu diriku”
Mana kuburku aku jumpa kuburku
Atas kuburmu aku jumpa kuburmu atas kuburku
Kaukunjungku aku kunjung mu aku kunjung kubur sepi tak
Iri hati kujumpa kubur ayahku kujumpa kubur bondaku
Kuletakkan serumpun bunga putih di atas kubur
Ayahku supaya kubur ayahku wangi kuletakkan serumpun
Bunga putih di atas kubur bondaku supaya kubur Bondaku wangi!
(Ziarah Kuburan:41)
Puisi di atas mengambarkan cinta pengarang terhadap ibu bapanya masih ada walaupun

mereka sudah tiada di atas muka bumi. Cintanya seorang anak kepada ibu bapanya dapat dilihat

melalui penggunaan istilah “bunga putih”. Menurut Mohd Noor, bunga putih yang ertinya

mendoakan. Ianya juga membawa maksud membawa janji dan pesanan. Penggunaan istilah “bunga

putih” di dalam baris ini “Yang wangi itu bunga, Putih kerana dia menunggu kuburku kuburmu dia,

Mendoakan dirimu diriku” membawa maksud pengarang sebagai anak ingin mendoakan

kesejahteraan ibu bapanya yang sedang berada di dalam kubur. Hal ini kerana selain amalan ibu

bapa dibawa kubur, doa dan juga bacaan al-Quran mampu membantu mereka di dalam kubur.

Di samping itu, pengarang juga tidak melupakan ibu bapanya yang telah meninggal dunia.

Hal ini dapat dilihat pada baris “Kuletakkan serumpun bunga putih di atas kubur, Ayahku supaya

kubur ayahku wangi”. Jika bunga putih membawa maksud doa, maka tidak dapat disangkallah

bahawa istilah “wangi” membawa maksud tenang. Sebagaimana menurut Ephrat Huss (2018:6),

bahawa haruman bunga dapat menjadikan diri insan lebih tenang. Pengarang masih lagi
menjalankan tanggungjawab beliau sebagai seorang anak yang dituntut oleh Allah SWT. Seperti

dalam baris puisi iaitu “kujumpa kubur ayahku kujumpa kubur bondaku, ku letakkan serumpun

bunga putih di atas kubur”. Sebagaimana serumpun bunga yang yang dimaksudkan di sini ialah

pengarang masih lagi mengekalkan hubungannya dengan ibubapa dengan memberi sedekah melalui

doa dan bacaan al-Quran. Allah S.W.T juga telah menunjukkan bagaimana hubungan yang

seharusnya antara anak dan ibu bapa dalam potongan ayat tersebut:

“Dan Tuhan telah menghukumkan, bahawa sekali-kali jangan kamu menyembah kepada yang selain

Dia, dan dengan dua bonda dan ayahmu hendaklah kamu berbuat baik. Jika sekiranya sampai tua

salah seorang di antara keduanya atau sekalian keduanya, sekali-kali janganlah kamu bercakap kasar

kepada keduanya, dan jangan herdik keduanya, tetapi katakanlah kepada keduanya sayap yang

rendah daripada rahmat dan mohonlah kepada Tuhan: ya Tuhanku beri rahmatlah keduanya

sebagaimana mereka telah mengasihi diriku pada waktu kecilku.”(Surah Al-Israak:23-24)

Sebagaimana teori ini akan merujuk kembali kepada ajaran Islam, manusia perlu

memastikan bahawa kecintaan mereka terhadap semua perkara di dunia ini perlulah mengikut

kehendak cinta terhadap Allah SWT (Syaidatun Nazirah Abu Zahrin, 2013, p. 8). Perjelasan ini

dapat disokong oleh firman Allah:“(Jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai

lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah

sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi

petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).”(Surah al-Taubah:24)

Prinsip kehalusan makna dapat dilihat dengan jelas apabila pengarang mengunakan bunga

putih sebagai lambang beliau ingin mendoakan ibu bapanya. Bunga putih mempunyai pelbagai

maksud seperti kesucian, bersih, tidak bersalah dan sebagainya. Namun disebabkan puisi di atas

bermaksud “Ziarah di kuburan”, maka perkataan mendoakan lebih tepat untuk mengambarkan

bunga putih.
KESIMPULAN

Cinta merupakan satu unsur atau rasa yang kuat di mana ianya dapat mempengaruhi dalaman

manusia secara positif dan negatif. Kesimpulan, terdapat kebanyakan puisi terplih dalam “Apabila

Langit Condong” karya Suhaimi Haji Muhammad sangat sesuai dikaji tentang cinta dengan

menggunakan Teori Model Rasa Insaniah. Hal ini kerana dengan pengaplikasian prinsip pengabdian

kepada Allah dapat dilihat bahawa cinta dapat diluahkan terhadap Allah SWT dan juga jalan yang

yang telah disediakan kepada umat- Nya iaitu agama Islam. Manakala prinsip pengucapan

berakhlak dan kehalusan makna pula sesuai dikaji terhadap hubungan manusia dengan manusia atau

makhluk ciptaan Allah SWT yang lain.

Hal ini secara jelas dapat dilihat bahawa kumpulan puisi Apabila Langit Condong dapat

memaparkan pemikiran Suhaimi Haji Muhammad dalam meluahkan rasa cinta. Hal ini di mana

penggunaan bahasa yang kreatif dan sarat dengan maksud mendalam diluahkan dengan penuh tegas

dalam menghasilkan dan mengukuhkan perasaan cinta. Beliau menolak unsur-unsur sajak seperti

asonansi dan aliterasi sebaliknya, menggunakan bahasa yang biasa. Tetapi bahasa biasa yang

dikeluarkan beliau mempunyai pengertian berlapis. Melalui penelitian yang tepat melalui ketiga-tiga

pinsip di dalam model rasa insanah, kajian tersebut didapati bahawa Suhaimi Haji Muhammad

mempunyai jiwa yang halus, dipenuhi dengan rasa cinta dan mempunyai penerapan agama sehingga

beliau dapat memberikan penghayatan, peringatan dan pengajaran terhadap jiwa manusia. Model

tersebut berjaya mengesan pengalaman estetika yang dialami oleh pengarang. Hal tersebut sehingga

beliau bawa dan selitkan kepada penciptaan puisi di dalam kumpulan puisi “Apabila Langit

Condong”. Tambahan pula,puisi beliau yang berunsur ketuhanan berjaya menepati bahawa Model

Rasa Insaniah ini berpaksikan kepada ajaran Islam dan juga pengalaman seseorang itu.
RUJUKAN

Abdul Halim Ali. (2006). Mendekati Puisi Melayu Tradisional. Tanjung Malim: Penerbitan
Profesional Baharu.

Abdul Halim, A (2010) “Konsep Estetika Bersepadu: Terapan Dan Analisis Terhadap Karya-
Karya Puisi Ahmad Kamal Abdullah”. Universiti Pendidikan Sultan Idris
Ahmad, B. (2008). Falsafah Sains Dari Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Abdul Basid & M. Firdaus Imadududdin (2017) “Ideologi Cinta dalam Cerpen ‘Dalam
Perjamuan Cinta’ Karya Taufik Al-Hakim Berdasakan Perspektif Strukturalisme Genetik”.
Universitas Islam Negeri Maulana Malik Ibrahim Malang, 128 – 146.
Ani Binti Haji Omar (2015) “Kajian Sosiologi Bahasa dalam Puisi-Puisi Dharmawijaya”.
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Aripin Said. (1994). Puisi Warisan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dollah, U. Z.
(2015). Kun Anta Muaddaban. Selangor: Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Eva Farhah, Siti Muslifah dan Rizqa Ahmadi (2014) “Pemikiran Kritis Ibnu Chazm Al- Andalusy
Tentang Konsep Cinta Dalam Teks Thauqul-Chamamah Fil-Ilfah Wal- Ullaf”, 206 - 316
Hamka. (2017). Lembaga Hidup. Selangor: Publishing House Sendirian Berhad.
Hasni Abas (2001) “Puisi-Puisi Zaihasra: Satu Kajian Pesimisme”. Universiti Putra Malaysia.
Husaini, S. W. (2002). Islamic Sciences. United Kingdom: The Macmillan Press LTD. Harun Mat
Piah. (1989). Puisi Melayu Tradisional: Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ibrahim, M. D. (2015). Cinta Kepada Ilahi dalam Puisi-Puisi Darma Mohammad.
Universiti Putra Malaysia.
Isa, M. H. (2010). Ayat-Ayat Keagungan. Kuala Lumpur: Synergy Media.
Kamarul Azmi Jasmi, b. H. (2011). Dasar Akidah Muslim. Johor Bahru: Penerbit UTM Press.
Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat. (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khaidzir Ismail, J. D. (2016). Psikologi Islam: Falsafah Teori Dan Aplikasi. Selangor: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Fadzil, B (2017) “Keinginan Rasa Cinta, Kehormatan dan Kemasyuran dalam Puisi
Terpilih Dharmawijaya”. Universiti Malaya.
Mohd Shahrizal, R. A. (2013). Unsur-unsur Retorik Dalam Puisi Melayu Al-Amin Karya A.
Samad Said. 35.
Mohd Shahrizal Nasir dan Rahmah Ahmad Osman (2013) “Unsur-Unsur Retorik Dalam
Puisi Melayu Al-amin Karya A. Samad Said”. Universiti Zainal Abidin dan
International Islamic Univercity
Norazlina Mohd Kiram dan Raja Masittah Raja Ariffin (2016) “Konsep Dan Pentafsiran Kata
Warna Dalam Antologi Puisi A. Samad Said”. Universiti Putra Malaysia

Noor, A. (2015). Keajaiban Cinta Allah & Rasulullah SAW. Selangor: Pustaka Ilmuwan.
Rani, A. D. (2016). Mohonlah Redha Ilahi. Selangor: Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd. Shiyuti, H.
(2015). Ya! Islam Itu Mudah. Selangor: Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd.
Othman, S. (2012). Model Rasa Insaniah dalam Puisi Islam Tiga Penyair Nusantara.Kuala
Lumpur: Universiti Malaya.
Shaidan, M. (2001). Penjabaran Semiotik Dalam Puisi-Puisi Suhaimi Haji Muhammad.Universiti
Putra Malaysia
Samsina Abd. R (2013) “Kembali ke Fitrah Dalam Puisi-Puisi Suhaimi Haji Muhammad”
Jurnal Jilid Melayu 11. Universiti Putra Malaysia, 79 - 98.
Siputeh, I. A. (2006). Insan Dari Aspek Etimologi dan Perspektif Islam. Negeri Sembilan: Kolej
Universiti Islam Malaysia.
Sternberg. (1997). Construct Validation of a Triangular Love Scale. European Journal of Social
Psychology, 313-335.
Suhaimi Haji Muhammad. (2013). Apabila Langit Condong. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Syaidatun Nazirah Abu Zahrin, F. I. (2013). Cinta & Kehidupan. Kuala Lumpur: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Ummi Hani Abu Hassan, and Nor Raudah Siren, (2020) Konsep cinta romantisme Islam
berdasarkan teori model rasa insaniah. Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat, 12 . pp.
288-303. ISSN 2229-8924
Wahyuni Ristri. (2014). Kitab Lengkap Puisi, Prosa dan Pantun Lama. Jakarta Selatan. Wan Akmal
Wan Semara. (2005). Unsur Puitika dalam Puisi Melayu Tradisional.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Yasin, A. H. (n.d.). Ikhlas Itu Rahmat Allah SWT. Kuala Lumpur: SAM Synergy Media Sdn Bhd.

You might also like