You are on page 1of 8

Falsafah, Pengaruh Dan Latar

Belakang Dalam Pelbagai Budaya

TAMADUN
INDIA
DISEDIAKAN OLEH :
MOHD AFFENDI ALI
ZULHILMI SYAFIQ
MOHD SHAFIQ
FALSAFAH TAMADUN INDIA
 falsafah disebut juga sebagai ‘darsana’ yang bermaksud untuk
melihat, memerhati dan memahami melalui minda,
pancaindera dan kesedaran akal.
 Falsafah India merupakan salah satu daripada pemikiran
manusia yang terawal yang direkodkan serta meliputi
pelbagai disiplin ilmu dan persoalan-persoalan tentang
kehidupan.
 falsafah India juga turut membicarakan pelbagai aspek
secara mendalam dan mengandungi sudut pandangan
tentang materialisme, spiritualisme, realisme, idealism, dan
sebagainya.
 Ahli falsafah dan sejarawan juga melihat falsafah India sebagai
satu keperluan praktikal yang perlu ditanam untuk
memahami bagaimana untuk mendapatkan atau menjalani
kehidupan yang paling baik.
 Mereka turut merumuskan bahawa perkembangan falsafah di
India adalah berkait rapat dengan perkembangan
fahaman keagamaan yang terdapat di India itu sendiri
(Surendranath, 1975).
 falsafah India telah mula wujud melalui penyair-penyair
Veda, wali-wali Upanishad dan golongan bijaksana
yang mengarang epik dan purana yang telah memperkayakan
lagi warisan kebudayaan sejak bermulanya sejarah negara
India.
 Terdapat dua aliran pemikiran yang mempengaruhi
Tamadun India iaitu Aliran Ortodoks dan Aliran Heterdok.
Aliran ortodok (Astika Darsana)
 Ortodok menerima autoriti kitab-kitabVeda
 Aliran Ortodok terbahagi kepada enam iaitu Nyaya,Vaiseshika,
Aliran Sankhya,Yoga, Purva Mimamansa danVedanta.
Aliran Heterdok (Nastika Darsana)
 Heterdok menolak autoriti kitab-kitab Veda.
 Aliran Heterdok terbahagi kepada tiga
iaitu Carvaka, Jainisme dan Buddhisme.
Persamaan Aliran Astika dan Nastika
 Kedua-dua aliran pemikiran falsafah ini sebenarnya
merupakan kaedah yang pelbagai yang digunakan dalam
mencapai objektif iaitu untuk mencari kebenaran hakiki
tentang kehidupan dan alam yang mempengaruhi kehidupan.
 Tujuan aliran pemikiran ini juga adalah untuk mencapai
kebebasan dan kesempurnaan abadi melalui penyatuan
roh individu dengan roh agung serta menghapuskan
kesengsaraan dan penderitaan kehidupan (Surendranath,
1975).

You might also like