You are on page 1of 9

Kaduk, Ayam dan Raja

(Zurinah Hassan)

Sinopsis

Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja mengisahkan perjuangan cucu Kaduk iaitu Hakim
yang berusaha mendapatkan tanah milik arwah datuknya yang diambil oleh Raja. Hakim
yang merupakan lulusan universiti telah meminta bantuan sahabatnya iaitu Azam seorang
lulusan bidang undang-undang untuk memfailkan kes tuntutan tanah seluas empat ekar
itu. Melalui penghujahan Azam, beliau telah berjaya menyakinkan mahkamah bahawa
Kaduk menyerahkan ayam Kunani kepada raja tanpa kerelaannya hatinya. Hal ini
menyebabkan kemenangan berpihak kepada Hakim. Setelah itu, Hakim merancang untuk
menternak ayam secara pertanian kontrak dengan syarikat besar yang menubuhkan
cawangan di Malaysia dengan nama Rangkaian Jasa Agrikultur atau singkatannya RAJA.
Hakim menternak ayam bagi menyahut seruan kerajaan yang banyak memberi insentif
kepada penternak. Kesungguhannya terbukti apabila Hakim telah membuat pinjaman
bank melebihi dua ratus ribu ringgit. Hakim terpaksa meminda kertas kerjanya beberapa
kali dan hasil bantuan seorang Yang Berhormat telah menyebabkan bank meluluskan
pinjaman tersebut untuk membina sebuah reban ayam tertutup yang dilengkapi sistem
penyaman udara serta peralatan memberi makanan secara semi automatik. Setelah
kelulusan bank diperoleh, satu perjanjian kontrak dimeterai antara Hakim dan syarikat
RAJA, maka projek penternakan ayam pun bermula.

Konflik mula timbul setelah setahun Hakim menjadi penternak ayam. Sahabat
karibnya Azam telah pulang dari luar negara kerana berkursus dan terus berjumpa
dengan Hakim. Hakim telah menceritakan masalah yang dialaminya sepanjang dia
menjadi penternak ayam iaitu terdapat rungutan orang kampung terhadap lorinya yang
telah menyebabkan keadaan jalan kampung bertambah teruk. Selain itu, Hakim
menjelaskan kepada Azam bahawa hidupnya dibelenggu hutang dengan menunjukkan
penyata hasil jualan ayam dari rebannya yang bernilai lapan puluh lima ribu ringgit.
Namun begitu hanya tiga belas ribu ringgit sahaja yang diterimanya kerana selebihnya
digunakan untuk membayar hutang kepada syarikat RAJA.
Jumlah wang yang diterima itu pula terpaksa digunakan untuk membayar pelbagai
kos seperti bil elektrik, bil air, hutang bank dan sebagainya. Hakim menzahirkan
penyesalannya tentang memilih ternakan kontrak yang dianggapnya situasi menang
menang tetapi keadaan yang sebaliknya pula berlaku. Hakim mula menyedari bahawa
dirinya telah dieksploitasi oleh Syarikat RAJA melalui harga dedak dan ubat untuk ayam
ternakannya sehingga hutangnya meningkat. Hakim menganggap dirinya menerima
nasib yang sama seperti nasib datuk yang tertipu oleh orang yang memiliki kuasa.
A. Zaman dahulu.

Kisah ini berlaku di negeri Cempaka Seri. Rajanya iaitu Indera Seri seorang
yang sombong dan suka berjudi. Hal ini mendorong kebanyakan rakyat di negeri itu leka
dengan berjudi. Di hulu sungai negeri tersebut tinggal seorang tua bernama Pak Kaduk
yang lurus bendul dan kurang daya pemikirannya. Pak Kaduk mempunyai seekor ayam
sabung yang cantik dan handal dan dinamakan Si Kunani. Ayam ini sentiasa menang
dalam semua pertandingan sehinggakan semua penduduk termasuk pembesar Istana
takut dan tidak mahu menyabung dengan ayam pak Kaduk. Pak Kaduk menjadi resah
kerana tidak menyabung. Akhirnya Pak Kaduk menerima apa-apa sahaja syarat yang
dikenakan asalkan dia dapat menyabung ayam. Berita kehebatan ayam sabung Pak
Kaduk mendapat perhatian daripada Raja lalu baginda mencabar Pak Kaduk untuk
menyabung ayam dengan syarat yang ditetapkan oleh baginda. Syarat-syaratnya ialah:
Ayam Pak Kaduk hendaklah ditukarkan dengan ayam Raja yang bernama
Si Jalak Putih Mata. Pertaruhannya ialah kampung halaman dan isi rumahnya.
Manakala bagi pihak Raja pula, Pak Kaduk akan diberikan sebahagian kuasa
untuk memerintah dan kawasan negeri jika ayam Raja kalah. Tanpa berfikir panjang
Pak Kaduk menerima syarat-syarat tersebut kerana sudah lama tidak menyabung
ayam.
Sebagaimana yang dijangkakan ayam Pak Kaduk yang ditukarkan dengan Raja
telah menang. Pak Kaduk pun bersorak kerana ayamnya menang tetapi dia lupa bahawa
ayam itu telah menjadi milik Raja. Setelah pengumuman dibuat barulah Pak Kaduk sedar
bahawa dia telah dipermainkan oleh Raja.
Oleh sebab berpegang pada janji dan syarat penyabungan, Pak Kaduk
terpaksa menyerahkan kampung halamannya, isteri dan anak perempuannya kepada
Raja. Pak Kaduk hanya tinggal sehelai sepinggang dan seekor kucing kerana semasa
Raja mengambil pertaruhan kucing tersebut tiada di rumah.
Pak Kaduk pun berhijrah ke sebuah pulau bersama kucingnya dan tinggal
di sebuah dangau. Malang sungguh Pak Kaduk; ayam sabungnya menang tapi
kampung tergadai!

B. Zaman Sekarang.
Cucu Kaduk iaitu Hakim berusaha untuk mendapatkan tanah milik arwah
datuknya yang diambil oleh Raja. Hakim memiliki kesedaran untuk mendapatkan hak
datuknya semula yang telah dirampas secara tidak sah oleh raja. Hakim yang merupakan
lulusan universiti telah meminta bantuan sahabatnya iaitu Azam seorang lulusan bidang
undang-undang untuk memfailkan kes tuntutan tanah seluas empat ekar itu. Di
mahkamah, Azam bijak berhujah. Dia mengatakan bahawa tanah itu telah diambil oleh
raja tanpa sebarang bukti dan tandatangan. Azam berhujah dengan mengatakan bahawa
Kaduk menyerahkan ayamnya, iaitu Si Kunani kepada raja tanpa kerelaannya. Kaduk
takut dituduh sebagai penderhaka. Setelah Si Kunani menang dalam persabungan,
Kaduklah yang sepatutnya menerima hadiah kemenangan itu.. Penghujahan Azam telah
berjaya meyakinkan mahkamah bahawa Kaduk menyerahkan ayam Kunani kepada raja
tanpa kerelaannya hatinya. Hal ini menyebabkan kemenangan berpihak kepada Hakim.
Akhirnya, tanah Kaduk yang telah dirampas dikembalikan semula kepada warisnya, iaitu
Hakim.
Hakim bercadang untuk menjalankan projek menternak ayam di kawasan
tanah tersebut. Penternakan ayam secara kontrak itu dibuat dengan sebuah syarikat
besar, iaitu Global Chicken. Cawangannya di Malaysia menggunakan nama Rangkaian
Jasa Agrikultur atau nama singkatannya RAJA. Tujuan Hakim menceburi bidang
penternakan adalah untuk menyahut seruan kerajaan yang mahu rakyat di negara ini aktif
dalam bidang pertanian. Sebagai langkah permulaan, Hakim membina reban ayam
tertutup yang menggunakan teknik canggih. Kos tersebut menelan belanja RM 200
000.00. Hakim sukar mendapatkan pinjaman bank. Hasil bantuan seorang Yang
Berhormat, akhirnya bank meluluskan pinjamannya. Kontrak membekalkan ayam pun
ditandatangani dengan syarikat RAJA, maka projek penternakan ayam pun bermula.
Sebenarnya, Hakim banyak menghadapi masalah ketika berurusan
dengan syarikat besar ini. Konflik mula timbul setelah setahun Hakim menjadi penternak
ayam. . Sahabat karibnya iaitu Azam yang pulang dari luar negara kerana
berkursus telah berjumpa dengan Hakim. Hakim telah menceritakan masalah yang
dialaminya sepanjang dia menjadi penternak ayam Masalah pertama ialah jalan masuk
ke kawasan penternakan itu tidak diturap. Semasa hujan, lori-lori telah tersangkut dalam
selut / jalan berlumpur. Orang-orang kampung pula merungut dan membuat bantahan
kerana jalan mereka rosak. Seperkara lagi, Hakim banyak berhutang dengan syarikat
RAJA. Hal ini demikian kerana syarikat RAJA membekalkan anak ayam, dedak, ubat-
ubatan serta keperluan lain. Syarikat RAJA menentukan harga barangan tersebut dan
membuat potongan hasil jualan ayam kepadanya. Baki keuntungan jualan itu tidak dapat
menampung kos keseluruhan penternakannya. Selain itu, Hakim menjelaskan kepada
Azam bahawa hidupnya dibelenggu hutang dengan menunjukkan penyata hasil jualan
ayam yang bernilai RM85 000.00. Namun begitu, hanya RM13 000.00 sahaja yang
diterimanya kerana selebihnya digunakan untuk membayar hutang kepada syarikat
RAJA. Jumlah wang yang diterima itu pula terpaksa digunakan untuk membayar pelbagai
kos seperti bil elektrik, bil air, hutang bank dan sebagainya. Hakim mula menyedari
bahawa dirinya telah dieksploitasi oleh Syarikat RAJA melalui harga dedak dan ubat
untuk ayam ternakannya sehingga hutangnya meningkat. Hakim juga berasa kesal
kerana perkiraannya sebelum ini jauh tersasar. Syarikat besar yang diharapkan dapat
membantunya gagal berbuat demikian. Akibatnya, hutang Hakim semakin meningkat,
sebaliknya syarikat RAJA terus mengaut keuntungan.
Azam menasihati Hakim agar berurusan terus dengan Jabatan Haiwan.
Hal ini untuk mengelakkan penternak kecil terus terperangkap dengan permainan syarikat
besar. Azam bersimpati dengan nasib yang menimpa sahabatnya itu. Hakim kini dihimpit
oleh masalah hutang yang meruncing. Masalah akan bertambah rumit sekiranya hasil
pengeluaran ayamnya berkurangan.
Hakim tiada pilihan selain meneruskan usaha menternak ayam.
Kegagalannya melunaskan hutang bank menyebabkan tanah pusakanya itu dirampas.
Tindakan bank merampas tanah pusaka itu disamakan dengan tindakan raja merampas
tanah datuknya dahulu. Banyak persamaan antara dia dengan datuknya, iaitu sama-sama
membela ayam dan sama-sama menggadaikan tanah. Perkara yang membezakan
mereka adalah dari segi nama dan juga jarak masa. Pada zaman ini raja ialah orang yang
memegang kuasa ekonomi. Orang bawahan sepertinya terpaksa mengikut telunjuk
mereka.

Tema
Tema cerpen ini ialah kesungguhan seorang anak muda menceburi bidang
keusahawanan. Sebagai contoh, Hakim berusaha bersungguh-sungguh untuk
menjalankan projek ternakan ayam walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran.

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam cerpen ini, antaranya:

i. Persoalan keberanian menuntut hak

Contoh: Hakim berani menuntut tanah milik datuknya dengan memfailkan kes di
mahkamah melalui sahabatnya, Azam.

ii. Persoalan memahami selok belok bidang keusahawanan

Contoh: Hakim mendapat bantuan agensi kerajaan sebelum menjalankan bidang


penternakan ayam yang dirancangnya.

iii. Persoalan ketaatan terhadap pemerintah

Contoh: Kaduk mentaati perintah raja dengan menukarkan ayam Kunani dengan ayam
raja atas perintah baginda semasa bersabung ayam.

iv. Persoalan penindasan golongan yang berkuasa terhadap golongan yang lemah

Contoh: Syarikat RAJA mengambil kesempatan dengan menentukan harga dedak dan
ubat ayam ternakan sehingga menyebabkan Hakim menanggung beban hutang.

Watak dan Perwatakan

Watak utama –
1. Hakim - Ayah Hakim bernama Hassan dan ayah Hassan bernama Kaduk. /
terpelajar, iaitu lulusan sebuah universiti. / ingin mendapatkan kembalik haknya,
iaitu tanah pusaka datuknya yang dirampas oleh raja suatu ketika dahulu. /
menggunakan saluran yang betul dalam menuntut tanah milik datuknya. Akhirnya,
dia berjaya mendapatkan tanah itu semula dengan bantuan Azam. / bercita-cita
tinggi, iaitu ingin menjalankan projek penternakan ayam secara moden. / berani
menyahut seruan kerjaan yang mahu para mahasiswa menceburkan diri dalam bidang
pertanian. / menandatangani kontrak dengan syarikat Chicken Globak ataupun
RAJA / dihimpit masalah hutang apabila syarikat besar ini memonopoli perniagaan
dan pihak bank menuntut hutang. / Kekesalan timbul apabila dia menjadi mangsa
sikap tamak syarikat besar yang menguasai ekonomi negara. / menyamakan nasib
malanya dengan nasib yang dialami oleh datuknya, iaitu Kaduk.

2. Azam - sahabat baik Hakim. / lulusan jurusan undnag-undang. / bijak dan


petah berhujah - dia memenangi kes tuntutan terhadap pengambilan
tanah secara tidak sah oleh raja di mahkamah. / baik hati kerana
banyak memberikan nasihat kepada Hakim. / Bersimpati terhadap
masalah hutang yang menghimpit Hakim.

3. Chicken Global/Rangkaian Jasa Agrikultur/RAJA - Sebuah syarikat besar yang


menandatangani kontrak dengan Hakim. / menyediakan keperluan
membekalkan anak ayam, dedak, ubat-ubatan, serta keperluan yang lain.
/ mengambil peluang mengaut keuntungan yang maksimum dengan
mengenakan pelbagai caj kepada petani kecil.

Latar

Latar Tempat

1. Sebuah kampung. Latar tempat berlakunya perisitwa dalam cerpen ini adalah di
sebuah kampung.
2. Tanah kosong di tepi belukar yang tidak diusahakan seluas empat hektar.
3. Sebuah kawasan penternakan ayam yang dibina reban yang canggih.
4. Mahkamah. Hakim memenangi kes tuntuan terhadap tanah pusaka milik datuknya di
situ.

Latar Masa

1. Zaman silam. Pada zaman itu, raja masuk ke kampung-kampung mengajak rakyat
menyabung ayam.
2. Zaman moden. Hakim cucu Kaduk hidup pada zaman merdeka yang serba maju.
3. Waktu kerjaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru.

Latihan Unsur KOMSAS:

Tema – Pada dasarnya, projek penternakan itu tampak menguntungkan dan selari dengan
hasrat kerajaan yang mahukan rakyat di negara ini menceburi bidang pertanian. Namun,
banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh Hakim yang berpunca daripada sikap orang tengah
yang banyak menindas dan mengaut keuntungan.

Persoalan

1. Hakim menjadikan tanah datuknya yang seluas empat ekar itu sebagai tanah pertanian.

2. Hakim terpaksa berhadapan dengan syarikat besar yang membekal dan menentukan
harga barangan penternakan seterusnya membuat potongan hasil jualan ayam ladangnya.

3. Hakim telah mendapatkan bantuan seorang sahabatnya yang bernama Azam untuk
mengembalikan hak tanah pusaka milik arwah datuknya semula.

4. Hakim berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan pinjaman bank, rasa tidak
puas hati penduduk kampung dan monopoli syarikat besar semasa mengusahakan bidang
pertanian.

5. Hakim berusaha untuk membersihkan nama datuknya yang menyerahkan ayamnya


kepada raja tanpa kerelaan.

Latar Masyarakat
1. tanah Kaduk dirampas hasil penipuan raja.

2. Hakim membawa kes datuknya ke mahkamah untuk menuntut tanah yang diambil oleh
raja semula.

3. Azam merupakan lulusan undang-undang yang banyak membantu Hakim mendapatkan


kembali hak-haknya melalui proses perundangan mahkamah.

4. Hakim membawa kesnya ke mahkamah untuk membersihkan nama dan menebus


maruah datuknya, iaitu Kaduk.

5. pemimpin kerajaan gagal memberikan bantuan kepada Hakim seperti yang


dijanjikannya.
6. Syarikat RAJA mengenakan pelbagai peraturan dan syarat bagi membolehkan mereka
menikmati keuntungan terhadap petani-petani kecil.

7. Hakim dihimpit oleh masalah kewangan apabila gagal melunaskan hutangnya dengan
bank.

Nilai

1. Nilai ______________ - Contohnya, kegigihan seorang anak muda lepasa universiti


untuk mengusahakan penternakan ayam secara moden.

2. Nilai ________________ - Contohnya, Hakim menuntut hak datuknya melalui saluran


yang betul, iaitu melalui proses mahkamah.

3. Nilai ______________ - Contohnya, Hakim tabah untuk meneruskan usaha menternak


ayam walaupun dia terpaksa menanggung beban hutang dan menempuh pelbagai rintangan
yang lain.

4. Nilai _________________ - Contohnya, Hakim berusaha untuk membersihkan nama


dan maruah datuknya yang tercalar.

5. Nilai __________________ - Contohnya, Hakim tidak memohon bantuan daripada pihak


kerajaan sebaliknya membuat pinjaman bank.

6. Nilai ___________________- Contohnya, Azam menggunakan kepakarannya dalam


bidang guaman untuk membantu Hakim mendapatkan tanah yang menjadi haknya semula.

Pengajaran
1. _______________________________________________________
Hakim berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan hak keluarganya yang telah
dirampas oleh raja.

2. _____________________________________________________________
Hakim tidak mengharapkan bantuan kerajaan sebaliknya berusaha mendapatkan pinjaman
daripada bank.
3. ____________________________________________________________
Hakim menunaikan tanggungjawabnya dengan membersihkan nama dan maruah datuknya.

4. _____________________________________________________________
Hakim menggunakan saluran undang-undang/mahkamah untuk mendapatkan hak
keluarganya yang telah dirampas oleh raja.

5. _____________________________________________________________
Azam membantu Hakim mendapatkan haknya dan membersihkan nama serta maruah
datuknya di mahkamah.\

Latihan Pemahaman:
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hakim sedar bahawa tanah empat ekar itu bukanlah luas kalau dibandingkan
dengan tanah yang dimiliki oleh para orang kaya yang ada di seluruh negara. Tanah itupun
tidaklah tinggi nilainya seperti tanah-tanah di bandar yang melambung dan melambung
naik. Namun dia amat bersyukur kerana berjaya menebus kembali tanah itu dan lebih
penting lagi dia juga dapat membersihkan nama dan menebus maruah datuknya Kaduk
yang sudah bertahun-tahun menjadi ejekan bangsa.
Hakim pernah berseloroh, "Kalau aku berjaya menebus kembali tanah itu, Aku nak
dirikan sebuah memorial. Aku akan namakannya Memorial Pak Kaduk. Biar memorial itu
menjadi peringatan kepada kita semua agar berhati-hati dengan tanah mereka. Maksud
aku biar mereka menjaga hak-hak mereka agar tidak terlepas ke tangan orang lain”.
“Kau nak buat tugu Pak Kaduk ke? Apa gunanya membina tugu di dalam kampung
ni. Mana ada pelancong yang nak datang melawat?” Tanya Azam.
“Aku bergurau saja. Lagi pun ini tanah kampung yang berstatus tanah pertanian.
Apa lagi yang wajar dibuat selain berkebun dan menternak. Aku sudah mendapat nasihat
dan bebincang dengan beberapa orang. Aku sudah berbincang dengan agensi kerajaan
yang bertanggungjawab memajukan bidang pertanian.
Hakim merancang agar tanah Pak Kaduk dapat dimanfaatkan. Dia memutuskan
untuk menternak ayam secara pertanian kontrak dengan sebuah syarikat besar. Syarikat
ini beroperasi dan terkenal di seluruh dunia sebagai Global Chicken. Global Chicken
menubuhkan cawangan di Malaysia dengan nama Rangkaian Jasa Agrikultur atau nama
singkatnya RAJA.

i. Nyatakan dua tujuan Hakim berusaha mendapatkan tanah datuknya


semula. [2 markah]
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_____________

ii. Pada pendapat anda, mengapakah negara perlu megeluarkan makanan yang
mencukupi? [KBAT]
[3 markah]

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_______________________

iii. Selain persoalan kegigihan seorang anak muda untuk mengusahakan


penternakan ayam secara moden, jelaskan dua persoalan lagi yang terkandung dalam cerpen
tersebut.
[4
markah]
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_______________________

You might also like