You are on page 1of 1

Kaduk, Ayam dan Raja

Sinopsis
Penulisan cerpen ini menceritakan kisah seorang pemuda bernama Hakim yang berusha
untuk mendapatkan kembali tanah milik arwah datuknya. Pak Kaduk yang terkenal dalam
cerita tradisional Melayu merupakan datuknya dan Hakim yakin datuknya tidak kalah dalam
pertandingan menyabung ayam pada waktu dahulu tetapi dirampas oleh Raja kerana
kebodohannya. Hakim yang mempunyai lulusan di peringkat universiti telah meminta
bantuan rakannya, Azam yang berkelulusan undang-undang untuk memfailkan kes tuntutan
tanah seluas empat ekar itu. Akhirnya, Hakim berjaya mendapatkan tanah tersebut kembali
dengan hujah yang baik.
Dengan tanah tersebut, Hakim bercadang untuk menternak ayam kerana menyahut seruan
kerajaan untuk menghasilkan bekalan makanan secara lokal dan tidak bergantung kepada
import. Bagi merealisasikan impiannya membuka ladang ternakan ayam, Hakim membuat
pinjaman dengan bank sehingga RM200,000. Dia terpaksa meminda kertas kerjanya
beberapa kali dan meminta bantuan seorang Yang Berhormat untuk mendapat kelulusan
daripada bank.
Satu perjanjian kontrak telah dimeterai antara Hakim dan syarikat RAJA untuk meneruskan
projek penternakan ayam tersebut. Setelah setahun, Hakim berbincang dengan Azam
bahawa hasil ternakan ayamnya tidak memberikan hasil yang lumayan. Sebaliknya telah
dieksploitasi oleh syarikat Raja dan hutang bank. Keadaan ini tidak ubah seperti datuknya
yang ditipu oleh mereka yang memiliki kuasa.

这部短篇小说讲述了一个名叫哈基姆的年轻人试图夺回属于已故祖父的土地的故事。 马来传
统故事中著名的巴卡杜就是他的祖父,哈基姆确信他的祖父当年的斗鸡比赛并没有输,只是因
为他的愚蠢而被国王没收了。 拥有大学学位的法官已请求拥有法律学位的朋友阿扎姆帮助提
起这起四英亩土地索赔案。 最后,法官通过一番辩解,成功拿回了土地。

哈基姆计划利用这块土地养鸡,以响应政府在当地生产粮食而不依赖进口的号召。 为了实现
开办养鸡场的梦想,Hakim 向银行贷款高达 20 万令吉。 他不得不多次修改文件,并请求 Yang
Berhormat 的帮助才能获得银行的批准。

Hakim 与 RAJA 公司签署了合同协议,继续养鸡项目。 一年后,哈基姆与阿扎姆讨论,他养鸡


的结果并不好。 相反,却被国王的公司和银行债务所利用。 这种情况,和他爷爷被当权者欺
骗的情况是一样的。

You might also like