You are on page 1of 24

UNDANG-

UNDANG
ALICIA DARELLIN
UNDANG-
UNDANG 99
PERAK
1.Undang-undang tertua sekali di Perak
berkaitan dengan hal ehwal agama dan
tradisi masyarakat Melayu tradisional

2.Dikanunkan padaa tahun 1867


berkuatkuasa sehingga 1900 sebelum
digantikan oleh bad Federted Malay states
(FMS) 197
3.Dibawa oleh Syed Hassan Hadramaut pada zaman
pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin marhum Tanah Abang
(1577-1584) dan Tuan Syed Abdul Majid sebagai menteri Teks
Undang-undang 99 Perak disalin semula oleh Syed Jaafar bin
Syed Unus

4.Mengandungi 99 perkara berkaitan undang-undang dalam


pelbagai aspek

5.Undang-undang ini membuktikan masyarakat Melayu telah


mempunyai sistem kehakiman berkaitan kes-kes yang biasa
berlaku dalam masyarakat pada zaman tradisional
6.Prinsip-prinsip umum:

a)Penzinaan
i.Fasal 50
Hukuman bagi pesalah yang melakukan zina. Fasal 50 mengatakan jika
kedua-dua penzina mengakuinya, mereka diperintahkan bernikah dan
membayar denda sepaha emas. Jika penghulu mendapati tiada kesalahan,
maka kesalahan itu boleh dibincangkan atau dimaafkan.

b)Perkhawinan
i.Fasal 65
Undang-undang 99 Perak memperuntukkan bahawa pasangan yang baharu
bernikah. Pasangan suami isteri tidak dibenarkan bersama selama lebih
kurang 40 hari atas alasan untuk menjaga keimanan masing-masing.
c)Pembunuhan
i.Fasal 23
Hukum memunuh -pemunuhan sesama Islam. Fasal 23 memperuntukkan
hukuman terhadap orang Islam. Orang Islam yang membunuh orang islam tidak
boleh dijatuhi hukuman bunuh kerana kedua-duanya akan binasa. Cuma orang
yang membunuh itu akan menjadi kafir. Hukuman yang boleh dikenakan ialah
denda empat tahil dua paha emas (dua dirham) dan disedekahkan setahil
sepaha emas

d)Protokol/Peraturan Raja/Orang Besar


i.Fasal 24
Di bawah fasal 24 seseorang itu perlu mematuhi beberapa peraturan jika
mengadap raja atau pembesar seperti menundukkan kepalanya semasa duduk
dalam balai balairung seri, menumpukan perhatian (tidak boleh menolehkan
pandangannya), tidak boleh memandang muka raja atau pembesar, tidak boleh
bercakap atau bertutur kata dalam nada suara yang tinggi, dan perlu duduk
diam berdasarkan adat menghadap raja atau pembesar.
e)Peperangan
i.Fasal 74
Fasal ini menyatakan sekiranya sesebuah negeri ingin berperang dengan
negeri lain, strategi untuk menang ialah meningkatkan belanja, tenaga
tentera, senjata, menggunakan akal fikiran, mempunyai ilmu yang luas,
meminta bantuan daripada negeri yang berhubung, mempunyai semangat
berani, menggunakanmuslihat, memperkukuhkan kewangan, mendapatkan
seorang pemimpin yang m3endapat sokongan ramai, dan tidak mengikut
kata-kata orang

f)Pembahagian harta
i.Fasal 33
Fasal ini memperuntukkan bahawa dalam pembahagian harta simati, anak
perempuan akan diberikan rumah, kebun, pinggan, mangkuk dan peralatan
dapur. Alatan besi atau senjata, sawah padi atau lombongdiberikan kepada
anak lelaki. Segala hutang dan harta dibahagikan seperti berikut: anak lelaki
mendapat bahagian dua kali lebih daripada anak perempuan. Harta lain
akan dibahagikan sama rata kepada semua anak secara adil. Anak belum
berkhawin mesti mendapat 10% lebih daripada anak lain.
g)Hal ehwal di kampung
i.Fasal 21
Fasal ini mengatakan jika penduduk kampung mendakwa penduduk
kampung yang lain melakukan kesalahan, iaitu kesalahan dari segi
perlakuan atau pertuturan, maka dia tidak boleh dijatuhkan hukuman dari
segi denda. Jika orang itu melakukan kesalahan buat kali kedua, baharulah
pesalah itu boleh diambil tindakan yang sesuai.

h)Orang dagang
i.Fasal 51
Fasal 51 menyatakan sekiranya orang dagang masuk ke dalam kampung dan
meminta kebenaran untuk bermalam tetapi tidak dibenarkan atau
dibenarkan bermalam tetapi hanya diberi makanan cukup hingga satu kali
pada satu malam, mereka
dianggap bersalah.
i)Hal ehwal agama
i.Fasal 58
Di bawah Fasal 58 syarat menjadi imam atau khatib ialah mempunyai sifat
mulia, pertuturan yang baik, menguasai maklumat tentang hari bulan dan
tahun, sanggup bersusah-payah demi kebaikan orang lain, bersikap pemurah,
menjadi orang yang awal masuk ke masjid pada hari Jumaat, dan sanggup
membaiki
masjid yang rosak.

j)Hakim/Kadi
i.Fasal 79
Fasal 79 manyatakan syarat menjadi Kadi di dalam negeri atau mukim ialah
perlu menguasai segala hukum Allah s.w.t. dan Nabi Muhammad s.a.w.,
mengetahui adat dan hukum negeri, mempunyai suara yang merdu,
mempunyai tubuh badan yang sihat, tidak cacat, dan memiliki sifat yang mulia.
k)Perlembagaan
i.Fasal 99
Fasal 99 memperuntukkan hubungan antara raja dengan pembesar serta
rakyat dan hubungan antara rakyat dengan pembesar. Raja mesti memberitahu
semua perkara sama ada baik atau buruk kepada pembesar-pembesar baginda.
Begitu juga dengan pembesar negeri yang mesti memaklumkan segala perkara
baik
dan buruk kepada raja.

l)Ternakan/tanaman
i.Fasal 15
Fasal 15 mengatakan jika sesuatu tanaman dimusnahkan oleh seseorang dan
tanaman yang tinggal itu tidak berguna lagi, walaupun tuan punya tanaman
itu tidak meminta sebarang pampasan, orang yang memusnahkan tanaman
tersebut perlu membayar separuh harga tanaman itu dan denda sebanyak
sepaha emas. Tetapi, jika tanaman yang dimusnahkan oleh orang tersebut
masih berguna, orang yang memusnahkan tanaman tersebut perlu membayar
harga tanaman tersebut dan denda sebanyak sepaha emas.
UNDANG-
UNDANG TUBUH
JOHOR
UNDANG-UNDANG TUBUH JOHOR

1.Sultan Abu Bakar telah memasyhurkan perlembagaan negeri yang dinamakan Undang-
undang Tubuh Johor pada 14 April 1895, atas nasihat Datuk Sri Amar Diraja Abdul Rahman
Andak

2.Merupakan undang-undang yang teratur dan lengkap yang dikuatkuasakan pada tahun1896

3.Mengandungi perkara tentang keturunan sultan sebagai pewaris takhta, pengiktirafan orang
Melayu sebagai rakyat Johor, hak-hak raja dan kerabatnya, bidang kuasa Mesyuarat Kerajaan
dan Jemaah negeri, serta agama Islam sebagai agama negeri
4.Prinsip-prinsip umum:
a)Raja dan kerajaan/ Pewaris takhta
i.Fasal 2
Fasal 2 menetapkan bahawa raja dan pewaris takhta kerajaan Johor mestilah
berbangsa Melayu, lelaki, dan beragama Islam Fasal ini penting kerana dapat
mengelakkan perebutan takhta atau sebarang perselisihan tentang pewarisan
takhta kerajaan. Ini dapat memperkukuhkan institusi Kesultanan Johor.

b)Larangan terhadap bakal raja


i.Fasal 8
Fasal 8 menetapkan bahawa bakal raja tidak boleh campur tangan dalam perkara
negeri. Ini penting untuk mengelakkan kekacauan dalam hal ehwal negeri.
c)Larangan raja menyerahkan negeri kepada kuasa luar
i.Fasal 15
Fasal 15 meletakkan sultan sebagai pemerintah sebuah negeri yang merdeka. Raja
memerintah disifatkan sebagai indvidu yang diamanahkan oleh rakyat untuk menjaga
dan memelihara kemerdekaan negeri dan dilarang menyerahkan negeri kepada
kuasa atau kerajaan lain.

d)Larangan terhadap bekas raja


i.Fasal 20
Fasal 20 memperuntukkan bekas raja tidak boleh mencampuri perkara-perkara negeri
untuk mengelakkan ketidakstabilan politik. Ini juga merupakan satu usaha memelihara
kedaulatan
negeri.
e)Anugerah sulta kepada kerabatnya
i.Fasal 23
Fasal 23 menetapkan sultan dengan persetujuan Mesyuarat
Kerajaan boleh menganugerahkan gelaran Raja Muda, Bendahara,
dan Temenggung kepada kerabatnya. Raja juga berhak
melucutkan gelaran tersebut sekiranya dibuktikan mereka telah
melakukan kesalahan.

f)Jemaah menteri/menteri-menteri
i.Fasal 28
Fasal 28 menetapkan ahli Jemaah Menteri daripada pegawal
pegawai kanan kerajaan yang menjadi ahli Mesyuarat Kerajaan
dilantik oleh sultan.
g)Angkat sumpah dalam kalangan pegawai
i.Fasal 31
Fasal 31 memperuntukkan setiap pegawai kerajaan yang dilantik menjadi Menteri
mesti mengangkat sumpah dan memberikan taat setia yang tidak berbelah bahagi
kepada raja dan kerajaan. Upacara angkat sumpah atau lafaz taat setia ini selaras
dengan konsep baiah. Di sini, jelaslah Undang-undang Tubuh Johor mempunyai
pengaruh undang-undang Islam.

h)Hak raja dalam pemilihan menteri besar


i.Fasal 34
Fasal 34 memperuntukkan raja berhak memilih Menteri Besar manakala jawatan
Naib Menteri Besar ditentukan oleh Jemaah Menteri dengan perkenan raja.
i)Gelaran menteri
i.Fasal 39
Fasal 39 menetapkan tidak wajib bagi seseorang pegawai kerajaan yang menjadi Menteri
Besar atau Naib Menteri Besar mempunyai gelaran Datuk

j)Hak raja mengeluarkan menteri


i.Fasal 40
Fasal 40
Fasal 40 menetapkan hak raja mengeluarkan seorang menteri yang telah berbuat sesuatu
kesalahan yang berat seperti melanggar hukum syariah, undang-undang negeri, adat istiadat
kehormatan, menderhaka atau cuba menderhaka, melakukan rasuah atau cuba berbuat
demikian, dan berdosa pada hukum Allah. Fasal ini mengkehendaki menteri yang bersih, cekap,
amanah, serta sanggup mematuhi hukum Allah. Kewibawaan dan kepemimpinan menteri
penting dalam memastikan kerajaan berfungsi dengan lancar bagi memelihara kedaulatan
negeri.
k)Fungsi jemaah menteri
i.Fasal 42
Fasal 42 menetapkan fungsi Jemaah Menteri dalam membantu raja dari segi pentadbiran. Raja
menerima nasihat Jemaah Menteri bagi kebaikan negeri dan rakyat. Perkara ini memperlihatkan
unsur kolektif dalam membuat sesuatu keputusan. Raja dan menteri saling memikirkan sesuatu yang
baik bagi negeri dan rakyat.

l)Persidangan jemaah menteri


i.Fasal 43
Fasal 43 menetapkan bahawa Persidangan Jemaah Menteri diadakan sebulan sekali dan pada bila-
bila masa sahaja apabila diperintah oleh raja atau diminta oleh Menteri Besar atau Naib Menteri
Besar atau dengan permintaan tiga orang ahli Jemaah Menteri. Jemaah Menteri berfungsi
memantapkan pentadbiran dengan mengadakan persidangan sekurang-kurangnya sebulan sekali
atau berdasarkan permintaan pihak berkuasa.
m)pelantikan ahli mesyuarat kerajaan
i.Fasal 45 & Fasal 46
Fasal 45 dan Fasal 46 menetapkan fungsi Mesyuarat Kerajaan sebagai "timbalan
yang am kepada kerajaan". Ahli-ahli mesyuarat ini dilantik oleh Sultan atas nasihat
Jemaah Menteri. Jumlah ahli Mesyuarat Kerajaan Johor dihadkan kepada 16 orang
sahaja.

n)Ahi-ahli mesyuarat kerajaan


i.Fasal 47
Fasal 47 memperuntukkan bahawa adalah tidak wajib bagi semua ahli Mesyuarat
Kerajaan daripada bangsa Melayu atau beragama Islam tetapi yang penting semua
ahli mestilah daripada rakyat Johor.
o)Tugas dan kuasa mesyuarat kerjaan
i.Fasal 49
Fasal 49 menetapkan tugas dan bidang kuasa Mesyuarat Kerajaan seperti:

- Membantu raja dan Jemaah Menteri dalam hal pentadbiran negeri dan rakyat.
- Mempunyai kuasa perundangan.
- Memajukan ekonomi negeri.
- Menjaga dan membaiki taraf hidup rakyat.
- Mencadangkan cara mengekalkan keamanan negeri dan jajahan Johor.
- Menjalin hubungan erat dengan kerajaan asing.

Mesyuarat Kerajaan memainkan peranan penting dalam aspek politik, sosial, dan ekonomi.
Mesyuarat Kerajaan penting dalam “memanjangkan muhibah dan perdamaian dengan
kerajaankerajaan asing" demi memelihara kemerdekaan negeri dan menjadi benteng
mengelakkan penjajahan British.
p)Agama Islam
i.Fasal 57
Fasal 57 memperuntukkan agama Islam sebagai agama negeri dalam kerajaan Johor serta segala
jajahannya. Namun, kebebasan beragama dibenarkan secara aman dan sempurna. Ini jelas
menunjukkan Undang-undang Tubuh Johor dipengaruhi undang-undang Islam di samping terdapat
unsur pemodenan dari segi kebebasan beragama secara aman.

q)Hubungan dengan kerajaan lain


i.Fasal 59
Fasal 59 memperuntukkan bahawa raja dan kerajaan Johor menjalin hubungan baik dengan
kerajaan-kerajaan lain khasnya dengan kerajaan British. Ini membuktikan tujuan pengenalan
Undang-undang Tubuh Johor sebagai memelihara kedaulatan negeri melalui hubungan baik
dengan British.
KESIMPULAN
• undang-undang 99 Perak tidak memperlihatkan unsur Islam kerana lebih
menjurus kepada adat tempatan
• undang-undang ini menyentuh pelbagai aspek namun masih terdapat
kelemahan dan kekurangan berbanding Hukum Kanun Melaka.
• Segala dendan dan hukuman hanya berbentuk wang iaitu emas.
• undang-undang Tubuh Johor menjadi asas bagi negeri Johor semasa
pemerintahan Sultan Abu Bakar.
• Masyarakat Melayu tradisional mempunyai sistem sosial yang lengkap dan
tersusun.
SEKIAN
TERIMA KASIH
Teacher B for blur C for confetti

Resources D for a drumroll O for bubbles

Page
Q for quiet X to close

Find the magic and fun


in presenting with Canva
Any number from 0-9 for a timer
Presentations. Press the
following keys while on
Present mode!

You might also like