You are on page 1of 20

HPD 232

ASPEK- ASPEK DALAM BIDANG PERPADUAN

KUMPULAN SATU (1)


MUHAMMAD HAKEMY BIN MOHAMED 2012911957
MUHAMMAD ZULKIFLI BIN HAMID 2012537593 KHAIROL ANUAR KHAN BIN AYOB KHAN 2012547075

MALAYSIA
Negara Malaysia terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina, dan India. Masyarakat di Malaysia dapat hidup dengan aman dan harmoni kerana wujudnya perpaduan dikalangan mereka.

Terdapat beberapa aspek yang diperlukan dalam mewujudkan sesuatu perpaduan di kalangan kaum. Antaranya ialah berintegrasi didalam menjana ekonomi negara.
Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, ekonomi Tanah Melayu dikuasai oleh kaum Cina sementara kaum Melayu hanya menguasai bidang pertanian di kampung-kampung manakala kaum India pula hanya berpeluang hidup di kawasan pedalaman/estet.

Namun pada hari ini, Malaysia telah melalui banyak perubahan demi kebaikan rakyat dimana semua masyarakat bebas untuk menjalankan perniagaan demi menjana ekonomi Malaysia.

KEBUDAYAAN
Seterusnya aspek kebudayaan juga memainkan peranan yang penting dalam menyatupadukan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Aspek ini penting kerana tanpa pemahaman antara kaum, mungkin peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 akan kembali berulang.

KESENIAN
Selain itu, aspek kesenian juga amat memainkan peranan yang penting dalam menyatupadukan perpaduan kaum di Malaysia. Hal ini kerana sikap toleransi antara kaum di Malaysia untuk mempelajari setiap keunikan seni yang baru. Dalam aspek ini, kita dapat melihat buktinya pada seni ukiran kayu, seni kaligrafi dan seni

PERKAHWINAN
Tambahan pula, aspek lain yang juga memainkan peranan dalam mewujudkan perpaduan ialah aspek perkahwinan antara kaum. Dalam hal ini, jurang di antara kaum dapat dieratkan apabila dua kaum yang berbeza menjadi satu keluarga baru.

PENDIDIKAN
Sistem persekolahan yang sama bagi semua anak Malaysia pada umumnya menggunakan bahasa melayu sebagai penghantar utama, dan sekolah-sekolah jenis kebangsaan menggunakan bahasa penghantar Cina, Tamil, dan Inggeris. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa untuk perpaduan jelas dan dapat dipraktikkan. Hal ini adalah aspek yang paling penting dalam menyatupadukan masyarakat di Malaysia.

MEDIA MASSA
Media massa seperti televisyen dan surat khabar juga boleh memainkan peranan untuk memupuk perpaduan kaum. Hal ini kerana media massa boleh mempengaruhi minda seseorang tentang sesuatu perkara contohnya stesen televisyen boleh menyiarkan iklan-iklan yang membawa mesej perpaduan kaum, manakala surat khabar pula boleh mencetak rencana tentang kebaikan bersatu padu antara kaum.

MENGHORMATI ADAT RESAM KAUM LAIN


Kekuatan perpaduan kaum di Malaysia yang wujud pada hari ini tertegak di atas asas yang amat kuat dan mantap. Semua ini berpunca daripada cara kita memahami dan menghormati adat resam kaum antara satu sama lain.

MENYAMBUT PERAYAAN BERSAMA


Seterusnya, dalam mewujudkan perpaduan antara kaum di Malaysia adalah dengan meraikan semua musim perayaan bersama-sama. Seperti contoh Hari Raya Puasa disambut oleh semua kaum di Malaysia dengan penuh gembira.

SEMANGAT NASIONALISME
Semangat nasionalisme ialah perasaan cinta akan negara dan perasaan ingin membebaskan tanah air tercinta daripada belengu penjajahan. Oleh itu, perpaduan kaum telah dapat memupuk semangat nasionalisme yang mendalam kepada semua kaum di negara ini tanpa mengira bangsa, agama, dan warna kulit.

Pemimpin tiga kaum utama ( Melayu, Cina, dan India ) haruslah bekerjasama untuk bertolak ansur dalam perihal politik dan perkongsian kuasa. Hal ini amat perlu dijaga dan dilaksanakan dengan adil bagi mengelakkan berlakunya perebutan kuasa dan perpecahan.

PERKONGSIAN KUASA POLITIK

SUKAN SEBAGAI ALAT PERPADUAN


Sukan adalah salah satu aspek dalam membentuk perpaduan di Malaysia. Hal ini dapat dilihat apabila permainan kriket yang dahulunya hanya dimainkan oleh kaum India telah dimainkan oleh kaum-kaum yang ada di Malaysia.

PERSAMAAN DARJAT
Persamaan darjat di Malaysia menjadi satu kekuatan perpaduan. Hal ini dapat dilihat apabila golongan-golongan bangsawan memberikan bantuan kepada orang yang kurang berkemampuan.

MENGHAYATI SEJARAH NEGARA


Menghayati sejarah negara agar dapat memahami erti perpaduan negara. Seterusnya sebagai satu daripada langkah untuk mewujudkan permuafakatan bangsa. Hal ini amat perlu dalam proses mengukuhkan perpaduan kaum di Malaysia.

Sekolah kebangsaan dibina supaya anak-anak dari kalangan bangsa Melayu, Cina, dan India dapat belajar bersama di dalam satu kelas dan dalam masa yang sama semngat perpaduan antara kaum itu dapat diwujudkan kerana anakanak dari berlainan bangsa telah bergaul dan berkawan bersama sejak dari kecil.

MEWUJUDKAN SEKOLAH KEBANGSAAN

PEMAKANAN
Gabungan makanan daripada tiga bangsa yang berbeza akan dapat mewujudkan satu budaya baru dimana ketiga tiga bangsa akan duduk semeja dan makan bersama sama di samping memupuk semangat perpaduan di antara mereka.

PENUTUP
Kesimpulannya, terdapat banyak aspek yang telah dilaksanakan dalam melahirkan masyarakat berbilang bangsa yang hidup bersatu padu di negara Malaysia. Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah mengekalkan perpaduan negara Malaysia yang telah sekian lama wujud hasil daripada masyarakat yang saling bersatu padu supaya negara Malaysia kekal menjadi negara yang aman damai pada masa akan datang.

You might also like