You are on page 1of 3

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha

Guru - Guru Besar, guru-guru, serta rakan- rakan


sekalian.Salam
Pada pagi

sejahtera

saya

ucapkan.

yang mulia ini, saya ingin menyampaikan

ucapan saya bertajuk

buah-buahan di Malaysia.

Definisi buah-buahan di malaysia ialah buah-buahan


yang dikeluarkan dalam

negara kita. Buah buahan

Tempatan ini, jelas menunjukkan bahawa negara ini


mempunyai kepelbagaian sumber genetik buah-buahan
yang sangat luas. Terpulanglah kepada generasi akan
datang untuk mengekalkannya supaya terus dapat
dinikmati bersama. Usaha giat perlu dijalankan untuk
menghalang spesis ini daripada pupus. Dianggarkan
tidak

kurang

370

jenis

buah-buahan

yang

boleh

dimakan terdapat dinegara ini.


Buah-buahan ini ada bermusim dan tidak bermusim.
Contoh buah-buahan tidak bermusim ialah pisang,
betik, nenas, belimbing dan tembikai. Manakala contoh
bagi

buah-buahan

bermusim

pula

adalah

seperti,

mangga, durian, nangka, rambutan, limau dan jambu


batu.
Makanan adalah penting untuk tumbesaran dalam
kehidupan harian manusia. Salah satu makanan yang
penting

dan

berkhasiat

ialah

buah-buahan.

Bagaimanapun, buah-buahan import seperti oren, epal


dan

anggur

dianggap

sebagai

buah-buahan

yang

mahal. Bagaimanakah kita boleh mendapat buahbuahan berkhasiat di samping berjimat?


Sebenarnya negara kita bertuah kerana mempunya
iklim yang sesuai untuk penanaman pelbagai jenis
buah-buahan. Buah-buahan tempatan bukan sahaja
sedap tetapi juga mempunyai khasiat yang tinggi.
Antaranya
yang

buah pisang.Ia

segera.Membantu

memberi sumber tenaga

untuk

mengatasi

masalah

sembelit.Mengandungi Tryptophan iaitu sejenis protein


yang

membolehkan

badan mengubahnya

menjadi

serotonin yang akan membantu anda berasa relaks dan


gembira.ia juga merangsang pengeluaran hemoglobin
di dalam darah dan ini membantu mencegah anemia.
Keduanya pula, buah Betik, dimana ia mempunyai serat
yang

dapat

mencegah

toksin

di

dalam

usus

besar.Mengandungi antioksi dan Kaya dengan papain,


sejenis enzim yang baik untuk proses pencernaan
makanan.Baik untuk jantung dan Membantu dalam
pemulihan luka.
Selain itu, buah-buahan tempatan mudah
diperoleh sepanjang tahun berbanding dengan buah-

buahn import.Buah-buahan seperti betik,pisang dan


nanas

yang

sentiasa

ada

tanpa

mengikut

musim.Manakala buah-buahan tempatan yang dapat


diperolehi mengikut musim seperti durian, rambutan,
langsat

dan

manggis.Malah

harga

buah-buahan

tempatan sangat murah dan dapat dinikmati oleh


semua.Di samping itu, pelbagai jenis makanan boleh
dihasilkan daripada buah-buahan tempatan antaranya
ialah penghasilan produk makanan dan minuman.

Kesimpulannya,
sangat

banyak

berkhasiat

dan

mengambil

buah-buahan

faedahnya.
bermutu,

Selain

tempatan

segar,

mengambil

murah,

buah-buahan

tempatan juga dapat meningkatkan pendapatan para


petani. Oleh itu, makanlah buah-buahan tempatan
sebagai

buah-buahan

Sekian, terima kasih.

pilihan

kita.

You might also like