You are on page 1of 2

2.3 Bahasa Perpaduan.

Dalam Laporan Razak 1956 dinyatakan bahawa, tujuan akhir dasar pendidikan negara ini adalah untuk menyatukan murid yang berlainan bangsa di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan

menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Walau bagaimanapun, kemajuan ke arah ini hendaklah dilaksanakan dengan berperingkat-peringkat dan tidak boleh dipaksa secara mendadak. Berdasarkan Laporan Razak jelas bahawa dasar pendidikan yang dilaksanakan dapat membentuk perpaduan kaum di negara ini. Peranan bahasa Melayu melalui pendidikan dalam pembentukan perpaduan telah terbukti apabila bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan di peringkat rendah dan menengah, kerana didapati bahasa Melayu mempunyai kekuatan untuk membina hubungan diantara pelajar yang berbilang kaum dan budaya. Mereka boleh berkomunikasi dengan baik antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan dapat memahami bahasa Melayu dengan mudah. Usaha penyatuan turut diperluas melalui kegiatan kokurikulum yang memberikan peluang kepada mereka untuk berkomunikasi dan berinteraksi melalui aktiviti-aktiviti kelab dan persatuan Bahasa Melayu seperti minggu bahasa kebangsaan, majlis deklamasi sajak, berbalas pantun, syarahan dan pidato disamping berpeluang untuk memupuk nilai-nilai murni seperti bekerjasama dan semangat kekitaan dan secara tidak langsung usaha menyatukan bangsa Malaysia diterapkan melalui bahasa Melayu. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, murid-murid akan dilibatkan secara langsung dengan aktiviti berbahasa

seperti lisan, membaca, menulis serta memahami sistem bahasa Melayu yang mampu mengungkap pelbagai bidang ilmu, menguasai kecekapan berbahasa dan ketepatan berkomunikasi bangsa murid-murid tersebut. Amalan sikap saling bekerjasama, bertolak ansur dan saling menghormati sesama kaum dapat diwujudkan semenjak di bangku sekolah lagi. Oleh itu, sekolah mempunyai peranan yang penting dalam merealisasikan matlamat pembentukan perpaduan bangsa tercapai melalui bahasa Melayu. tanpa batasan agama dan

You might also like