You are on page 1of 1

Aktiviti Kelas Yang Boleh Merapatkan Hubungan Antara Murid yang Pelbagai Budaya.

Salah satu aktiviti mesra budaya yang boleh diaplikasikan dalam bilik dajah ialah aktiviti nyanyian
secara berkumpulan. Murid dari kaum dan bangsa yang berlainan perlu dibahagikan secara sama rata
dalam setiap kumpulan. Sebelum aktiviti bermula, guru akan memperdengarkan lagu yang berkaitan
dengan isi pembelajaran yang ingin disampaikan pada hari berkenaan kemudian meminta setiap
kumpulan untuk mengubah lirik tersebut ke dalam bahasa lain mengikut bangsa yang terdapat dalam
setiap kumpulan. Akhir sekali, setiap kumpulan akan mempersembahkan hasil kerja mereka di hadapan
kelas.

Berdasarkan aktiviti tersebut, kita dapat lihat bahawa campur aduk murid-murid berbilang kaum dan
bangsa dalam satu kumpulan dapat memberi peluang untuk mereka berinteraksi dan berkomunikasi
secara terbuka. Hal ini dikatakan demikian kerana, kita dapat lihat sendiri murid-murid berbincang
dalam melaksanakan dan menyiapkan tugasan yang diberi. Melalui aktiviti ini juga, ia boleh merapatkan
hubungan antara murid pelbagai budaya dari aspek bahasa yang mana mereka akan mempelajari atau
mengetahui bahasa lain selain bahasa Melayu dan bahasa mereka sendiri. Selain itu, kerjasama juga
dapat diwujudkan yang mana boleh membentuk kesepaduan antara mereka dan juga dapat membentuk
budaya satu Malaysia. Melalui kerjasama ini, proses penerimaan akan berlaku antara pelbagai budaya.
Hal ini membawa sangat membawa makna kerana walaupun murid- murid ini berbeza bahasa, namun
masing- masing boleh menerima dan menghormati bahasa rakan-rakan yang lain.

You might also like