You are on page 1of 24

BAB 1

NEGARA BANGSA

OBJEKTIF
Memahami istilah-istilah yang penting dalam subjek
Kenegaraan Malaysia
Dapat membezakan antara kenegaraan dan sejarah.
Mengenali konsep negara bangsa
Membezakan maksud Malaysian Malaysia.

Maksud Kenegaraan
Malaysia

Kursus yang sama


dengan Sejarah?

Ilmu
Kenegaraan
3

MAKSUD KENEGARAAN MALAYSIA


Bidang ilmu yang dibentuk khusus untuk
mewujudkan rasa jati diri malaysia
sekaligus melahirkan warganegara yang
baik dan bertanggungjawab.
Ilmu yang terbentuk hasil gabungan ilmu
sejarah, sosiologi, antropologi, sains
politik, agama, undang-undang dan
ekonomi. Ilmu ini merentasi di antara
bidang ilmu.
4

PERBEZAAN KENEGARAAN
MALAYSIA DAN ILMU SEJARAH
Sejarah sebahagian komponen ilmu kenegaraan
Intipati ilmu kenegaraan
Sejarah penghubung masa lalu dan masa kini.
Sejarah identiti bangsa

NEGARA
sesuatu kawasan atau wilayah
mempunyai penduduk yang menetap
kerajaan yang mempunyai kedaulatan

Negara

Definisi

Unit Politik yang


mempunyai
kedaulatan dan
tanggungjawab
dan kuasa
menjalankan
pentadbiran sendiri

Elemen
negara :

Penduduk
Sempadan
Kerajaan
Kedaulatan
7

NEGARA (RUMUSAN)
Istilah 'negara' merujuk kepada sebuah unit politik yang
mempunyai kedaulatan dan tanggungjawab serta kuasa
untuk menjalankan pemerintahannya sendiri. Negara
berfungsi sebagai perantaraan antara pemerintah
dengan masyarakat.

Segala tindakan dan kegiatan yang dilakukan oleh


sesebuah negara tertakluk kepada undang-undang dan
peraturan yang sah. Negara boleh diumpamakan
sebagai sebuah keluarga kerana negara mempunyai
unsur-unsur yang saling berkait antara satu sama lain.

RAS, ETNIK DAN BANGSA


Dari sudut biologi, 'ras' merujuk kepada satu kelompok
manusia yang mempunyai persamaan daripada segi
fizikal seperti warna kulit, bentuk kepala, mata, hidung,
bibir, telinga dan lain-lain

10

RAS, ETNIK DAN BANGSA


'etnik', anggota masyarakatnya mempunyai rasa
'kekitaan' atas ciri-ciri persamaan bagi membezakan
antara 'mereka' dan 'orang lain.
bangsa, unsur politik memainkan peranan yang sangat
penting.

11

Ras, Etnik dan Bangsa


Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa konsep 'ras' atau
'etnik' diasaskan kepada ciri-ciri, nilai, budaya, sejarah dan
warisan daripada satu kumpulan sahaja.

12

Manakala 'bangsa' pula boleh merangkumi beberapa


kumpulan 'ras' atau 'etnik' yang disatukan di bawah satu
sistem pemerintahan dan perundangan serta
mempunyai tanggungjawab yang sama untuk mematuhi
perlembagaan 'bangsa' itu.

13

KEPELBAGAIAN KAUM DI
MALAYSIA
Kepelbagaian kaum ini menjadikan masyarakat yang
wujud di Malaysia lebih unik dan menarik kerana di
dalamnya terdapat pelbagai budaya, bahasa, agama,
muzik, tarian, kesenian, pakaian dan makanan yang ada
antaranya boleh dikongsi bersama.

14

sebuah Negara yang berdaulat dengan rakyatnya hidup


bersatu padu
tanpa dipisahkan oleh ikatan primordial yang sempit
mempunyai keyakinan serta kepercayaan yang tinggi
kepada sistem pemerintahan dan undang-undang yang
dilaksanakan di negara tersebut

NEGARA BANGSA

15

NEGARA BANGSA
...membentuk sebuah negara yang bersatu
padu serta menyanjung masa hadapan yang
dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah
sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan
kelompok-kelompoknya, menikmati
kehidupan bersama yang sepenuhnya
berasaskan persamaan hak dan keadilan,
membentuk sebuah Bangsa Malaysia
dengan rasa taat setia dan pengabdian
yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa
tersebut.
16

FAKTOR PEMBENTUKAN
NEGARA BANGSA
Lingua Franca
Integrasi
Kewarganegaraan
Patriotisme
Demokrasi

17

FOKUS DAN STRATEGI


PELAKSANAAN NEGARA
BANGSA
Memperkasakan Bahasa Kebangsaan
Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional
Memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya
bangsa
Membina jati diri dan semangat patriotik dalam diri
individu

18

MALAYSIAN MALAYSIA

dibawa oleh Lee Kuan Yew


Malaysia for Malayan
berusaha untuk mempengaruhi orang bukan Melayu di
Malaysia
ingin mengenepikan institusi beraja dan mencabar
kedudukan istimewa orang Melayu
persamaan hak bagi semua melalui satu ideologi
politik, sosial dan ekonomi

19

MALAYSIAN MALAYSIA
seakan sama dengan rancangan Malayan Union
rancangan ini mendapat bantahan yang keras dari orang
Melayu.

20

SEBAB-SEBAB PENOLAKAN
MALAYSIAN MALAYSIA

Mengenepikan agama Islam sebagai


agama rasmi.

Menafikan kewujudan institusi beraja.

Menolak bahawa Bahasa Malaysia


sebagai bahasa rasmi

Menentang hak-hak istimewa orangorang Melayu dan bumiputera


21

KEPENTINGAN
MATAPELAJARAN
KENEGARAAN

Memberi kefahaman tentang latar


belakang, proses dan perkembangan
sejarah pembinaan negara supaya nilainilai murni yang terkandung di dalamnya
dapat difahami dan dihayati sepenuhnya.

Membantu melahirkan sebuah


masyarakat Malaysia yang mempunyai
nilai-nilai moral dan keperibadian yang
tinggi serta berpegang teguh kepada
nilai-nilai dan amalan agama yang dianuti
22

KEPENTINGAN
MATAPELAJARAN
KENEGARAAN

Membentuk masyarakat supaya mempunyai


keyakinan yang teguh terhadap kemampuan
dan kebolehan diri sendiri bagi menghadapi
pelbagai masalah dan cabaran yang bakal
ditempuhi.

Meninggalkan sebuah negara Malaysia yang


cemerlang dan gemilang sebagai satu
warisan untuk diperturunkan kepada
generasi yang akan datang.
23

KESIMPULAN
Bagi membina negara bangsa ini, nilai-nilai
kenegaraan yang tinggi perlu disemai dalam setiap
sanubari rakyat Malaysia tanpa mengira kaum bagi
memperjuangkan keamanan dan mencapai
matlamat wawasan 2020 sekaligus menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara maju. Walau
bagaimanapun bukan mudah untuk membentuk
Malaysia sebagai negara bangsa. Oleh itu, semua
pihak harus memainkan peranan masing-masing
dan harus konsisten bagi memastikan
pembentukan negara bangsa Malaysia tercapai
dan menuju ke arah negara maju.
24

You might also like