You are on page 1of 41

TAJUK 14:

PEMBINAAN
NEGARA-BANGSA

Konsep negara-bangsa
Rukun Negara
Masyarakat majmuk
Integrasi nasional
Isu dan cabaran semasa
perpaduan: PATRIOTISME
KONSEP NEGARA BANGSA
(nation building)
• “Negara” + “Bangsa”
• Negara:
– Unit Politik yang mempunyai kedaulatan dan tanggungjawab
dan kuasa menjalankan pentadbiran sendiri.
– Negara berfungsi sebagai perantaraan antara pemerintah dengan
masyarakat.
• Bangsa
– 3 takrifan utama:
1. Dari perspektif perundangan = status kewarganegaraan menurut
Perlembagaan
2. Dari perspektif keturunan = berdasarkan ciri fizikal (biologi)
dan budaya (ras, kaum & etnik)
3. Dari perspektif politik = komuniti politik dalam wilayah tertentu;
identiti sepunya pembentukan negara berdasarkan sejarah
KONSEP NEGARA BANGSA
• Diasaskan atas bangsa yang disusun dalam satu
organisasi negara (Perjanjian Versailles 1919)
• Sebuah negara yang berdaulat dengan rakyatnya hidup
bersatu padu tanpa dipisahkan oleh ikatan primordial
yang sempit
• Rakyat mempunyai keyakinan serta kepercayaan yang
tinggi kepada sistem pemerintahan dan undang-undang
yang dilaksanakan di negara tersebut
• Rakyat menerima nila-nilai kebangsaan/universal yang
sama untuk dikongsi bersama dan ini mengikat semua
dalam satu bangsa yang bersatu.
• Nilai-nilai kebangsaan terdiri daripada pelbagai bentuk
seperti bendera kebangsaan, lagu kebangsaan, ideologi atau
dasar- dasar negara tertentu yang bertujuan menyatukan
rakyat seperti dasar pendidikan atau dasar kebudayaan
kebangsaan
KONSEP NEGARA BANGSA
• Proses pembinaan negara bangsa – satu proses
yang panjang
• Melibatkan proses pemupukan nilai seperti; setia
pada negara, keharmonian dan tolak ansur
• Di Malaysia – konsep “bangsa Malaysia” oleh Tun Mahathir
– tidak menghapuskan identiti kaum tetapi kesepaduan
dalam kepelbagaian
• Negara bangsa mengikut Tun Mahathir - “dibina dan
dibangunkan dengan rakyat yang menyanjung masa
depan yang dikongsi bersama, berintegrasi seluruh
wilayah dan kelompoknya, menikmati kehidupan bersama
berasaskan persamaan hak & keadilan, menumpukan taat
setia dan pengabdian tidak berbelah-bahagi terhadap
bangsa & negara mereka.”
FAKTOR PEMBINAAN NEGARA
BANGSA
• Lingua Franca
• Integrasi
• Kewarganegaraan
• Patriotisme
• Demokrasi
PEMBINAAN NEGARA BANGSA:
KONTEKS DI MALAYSIA
• “Perpaduan dalam kepelbagaian”
• Usaha/proses ke arah pembinaan negara bangsa:
 Perlembagaan Persekutuan
• Hasil tolak ansur antara kaum
– Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
– Islam agama Persekutuan
– Kebebasan beragama
 Rukun Negara = ideologi negara
• Falsafah menghormati dan meraikan kepelbagaian
 Wawasan 2020
• Matlamat mewujudkan “Bangsa Malaysia”
• Sistem pendidikan kebangsaan
PEMBINAAN NEGARA BANGSA:
KONTEKS DI MALAYSIA
Peranan/Faktor yang membawa kepada
pembinaan negara bangsa:
Pemimpin politik
Sistem perkongsian kuasa dalam kerajaan
Bahasa kebangsaan
Sistem pendidikan kebangsaan
FOKUS DAN STRATEGI UNTUK
PEMBINAAN NEGARA BANGSA
• Memperkasakan Bahasa Kebangsaan
• Memantapkan perpaduan negara dan
integrasi nasional
• Memupuk kecintaan terhadap seni, warisan
dan budaya bangsa
• Membina jati diri dan semangat patriotik
dalam diri individu
RUKUN NEGARA

• Latar belakang pembentukan Rukun


Negara
• Objektif
• Prinsip
PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA
Tarikh
Peristiwa
13 Mei 1969
Rusuhan Kaum
16 Mei 1969 Darurat diisytiharkan (Ordinan No.2 Kuasa-kuasa Perlu) oleh
Yang Di Pertuan Agong (atas nasihat PM):
- perintah berkurung
- larangan berkumpul
- kawalan keselamatan
Sistem dan fungsi Parlimen digantung
Pilihanraya umum 1969 ditangguhkan

17 Mei 1969 Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan


Pengarah - Tun Abdul Razak
 mengembalikan keamanan
 menegakkan semula kepatuhan pada undang-undang
 memupuk suasana harmoni dan percaya mempercayai
(sukar dilaksanakan)
PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA
Tarikh
Peristiwa
Ogos –
Majlis Muhibbah Negara dan Jabatan Perpaduan ditubuhkan
Disember 1969
- mengendalikan usaha dan aktiviti bercorak muhibbah
antara kaum
- ditukar menjadi Kem. Perpaduan Negara (Kem.
Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat)

29 Januari 1970
MAGERAN menubuhkan Majlis Perundingan Negara
(MPN) di bawah undang-undang Darurat
- penasihat MAGERAN
- membincang dan meneliti isu-isu perpaduan dan mencari
jalan penyelesaian masalah berbilang kaum
- membentuk rukunegara

31 Ogos 1970 Rukunegara diisytiharkan oleh YDA


RUKUN NEGARA
• Ideologi kebangsaan
• Susunan prinsip hidup bermasyarakat yang
mengandungi nilai-nilai kenegaraan dan
norma-norma sosial yang meliputi aspek
kehidupan bernegara seperti keagamaan,
kebudayaan, ekonomi, politik dan
perundangan
OBJEKTIF RUKUN NEGARA

1. Mencapai perpaduan yang lebih erat di


kalangan masyarakat;
2. Memelihara hidup yang demokratik;
3. Mencipta satu masyarakat yang adil supaya
kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil
dan saksama;
4. Membentuk satu sikap yang liberal terhadap
tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai
corak;
5. Membina sebuah masyarakat progresif
dengan menggunakan sains dan teknologi
moden
PRINSIP-PRINSIP RUKUNEGARA
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
• Kepentingan individu RAKYAT PERLU
mempunyai nilai dan • Menghormati:
kepercayaan agama
– harta awam
• Teras dan asas – simbol-simbol kedaulatan negara
keperibadian individu,
bangsa dan negara • mematuhi undang-undang
• Benteng diri dari melakukan • produktif
perkara-perkara negatif • meningkatkan nama baik negara
(perbuatan-perbuatan anti (aktiviti sosial, ekonomi dan politik)
sosial) • sanggup sumbang masa dan tenaga
untuk pembangunan masyarakat
dan negara
• setia, sanggup dan berani
mempertahankan negara
• bersifat altruistik
PRINSIP-PRINSIP RUKUNEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
• Kedudukan: • Perlembagaan Malaysia
– raja berperlembagaan
• Undang-undang penting
– kaum bumiputera dan untuk mewujudkan
bukan bumiputera dalam
pembangunan masyarakat yang aman, stabil
sosioekonomi dan makmur
• Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan sementara KESOPANAN DAN KESUSILAAN
perkembangan bahasa lain tidak
dihalang
Membentuk warganegara:
• Agama Islam sebagai agama
rasmi tetapi kebebasan beragama • bersopan (beradab, ikut
dijamin peraturan, tertib dan bermaruah)
• Hak asasi rakyat dijamin • bersusila (berakhlak dan
berhemah mulia)
• Soal kerakyatan dan soal sistem
pemerintahan • Individu beradab dan
berakhlak mulia
MASYARAKAT MAJMUK
Ciri utama masyarakat majmuk oleh J. S. Furnival (1956)
: (Berdasarkan gambaran keadaan di Malaysia
sehingga 1960an)
• Pelbagai kaum dan keturunan
– Melayu, Cina, India, Arab, Eropah, Siam dan penduduk
asli (bumiputera)
• Mereka bercampur tetapi tidak bersatu
• Berdekatan tetapi terpisah dalam sistem politik
– Bertemu ketika membeli belah, kemudian pulang
ke kelompok masing-masing
• Berpegang kepada kebudayaan, cara hidup, agama,
bahasa, idea, kepercayaan dan kaedah tersendiri
• Terdapat pembahagian tenaga buruh yang
berdasarkan perkauman
Masyarakat Majmuk Di Malaysia:
Latar belakang
• Di peringkat awal sebelum penjajahan – migrasi kecilan melalui
aktiviti seperti perdagangan dan misi keagamaan
• Sehingga awal abad ke 19, lebih 90% penduduk di Tanah
Melayu adalah Melayu.
• Pertengahan abad ke-19, penghijrahan masuk kaum Cina dan
India secara beramai-ramai ekoran dasar terbuka Inggeris untuk
kepentingan ekonomi – membentuk masyarakat majmuk –
• Dasar pecah dan perintah Inggeris
– kumpulan etnik - dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan,
pekerjaan dan pendidikan.
– Kesan - perasaan perkauman yang tinggi – tragedi 13 Mei
• Selepas 13 Mei – kerajaan melaksanakan pelbagai dasar yang
bermatlamatkan untuk perpaduan kaum – KESEPADUAN
SOSIAL
PROSES DAN TAHAP UNTUK MENCAPAI
PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL
• Terdapat beberapa tahap dan proses yang
mungkin dilalui oleh negara yang mempunyai
pelbagai kaum ke arah mencapai perpaduan dan
integrasi nasional seperti:
Akomodasi
Proses asimilasi kecil
 Asimilasi budaya /Akulturasi
 Asimilasi strutur
Asimilasi
Amalgamasi
PERPADUAN
• “Satu proses yang menyatupadukan seluruh anggota
masyarakat dan negara melalui ideologi negara supaya setiap
anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai
bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air”
• Penyatuan dalam semua aspek: fizikal, ekonomi, politik dan
sosial
• Perpaduan penting bagi sesebuah negara yang
mempunyai kepelbagaian
– Ras etnik, bahasa, agama, kebudayaan dan pegangan
• Keutuhan negara bergantung kepada keharmonian sosial
– Wujud kestabilan politik
– Tingkatkan pertumbuhan ekonomi
INTEGRASI
• “Satu proses bagi mewujudkan satu identiti
nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang
terpisah dari segi kebudayaan, sosial, ekonomi dan
petempatan dalam sesebuah unit politik”
• Identiti nasional = hubungan kaum lebih erat; wujud
perasaan hidup bersama
• Integrasi juga = proses penyatuan semua aspek
fizikal, ekonomi, politik, sosial termasuklah biologikal
(kahwin campur)
– Memadai terdapat beberapa wakil sanggup hidup
bersama
– Penerimaan oleh masyarakat = wujud integrasi
• Integrasi lebih kepada ikatan batin iaitu
ikatan perasaan, hati dan pemikiran
AKOMODASI
• Proses awal
• Kumpulan etnik menyedari perbezaan norma
dan nilai antara etnik, tetapi masih
mempertahankan nilai dan budaya masing-
masing
• Hidup secara harmoni
• Di Malaysia – ini proses yang dilalui semasa
zaman penjajahan Inggeris
ASIMILASI BUDAYA / AKULTURASI
• Satu proses di mana kumpulan minoriti mempelajari
budaya kumpulan majoriti
– budaya sahaja; tidak pada keseluruhan aspek
– pelajari cuma ilmu pengetahuan, kepercayaan, seni
lukis, moral dan akhlak, bahasa, undang-undang, adat
resam dan lain2 kemahiran
– Masih berpegang kpd ajaran agama asal; identiti asal
tidak hilang
• Kaum Cina dan India banyak mengamalkan budaya tempatan
– berbaju kurung, guna dialek bahasa Melayu, makan
dgn tangan, duduk bersila, pelajari tarian dll.
– membezakan kaum Cina Malaysia dan India Malaysia
dengan kaum Cina dari China dan kaum India dari
India
– mereka telah mengalami asimilasi budaya atau akulturasi
– masih boleh dilabelkan sebagai kaum Cina atau India
kerana identiti asal belum terhakis
ASIMILASI STRUKTUR
• Proses kumpulan minoriti berjaya menyertai institusi
utama kumpulan majoriti
– Pendidikan, petempatan, ekonomi, politik dan sosial
• Kumpulan minoriti tidak hilang ciri dan identiti asal
cuma mengalami sedikit perubahan
– DEB – kumpulan etnik disatukan dengan
penyusunan semula masyarakat; wujud kerjasama
dan hubungan erat dlm pelbagai bidang
– Politik – kewujudan parti Perikatan, kemudiannya
Barisan Nasional memudahkan proses ini berlaku
• Boleh berlaku secara sedar atau tidak kerana ia
melibatkan dimensi sosialisasi dalam
masyarakat
ASIMILASI
• Satu proses percampuran kumpulan2 minoriti ke
dalam kumpulan etnik yang lebih besar
– proses integrasi 1 hala
• Kumpulan minoriti akan hilang pegangan asal, agama,
budaya, bahasa
– Pelajari, sertai dan amal cara hidup majoriti
– Akhir proses: 1 kelompok yang sama & seragam
• Satu proses yang sukar dicapai dalam masyarakat Malaysia
– banyak jurang perbezaan
– Tidak mudah kump. minoriti tinggalkan budaya,
bahasa, agama dan pegangan mereka
– Terpaksa amalkan cara hidup majoriti
• Cth: masyarakat Cina di Indonesia
AMALGAMASI
• Proses percantuman menyeluruh dalam aspek
kehidupan & merupakan dimensi yang tertinggi dalam
integrasi
• Kepelbagaian kumpulan etnik bercampur dan berpadu
= satu budaya baru
– Kepelbagaian etnik > amalgamasi > kelompok baru
– Tercapai melalui perkahwinan campur secara
besar- besaran
– Etnik Melayu + Etnik Cina = budaya baru
• Sukar dicapai di Malaysia
PLURALISME
• Konsep mempertahankan kepelbagaian kumpulan etnik
• Dibahagi kepada:
1. Pluralisme Kebudayaan
• Pengekalan ciri-ciri kebudayaan dan identiti
pelbagai kelompok
• Tidak perlu ubah, amal dan sertai cara hidup kumpulan lain
• Mudah diterima; tidak jejaskan kepentingan
• Dilihat sebagai kekuatan
2. Pluralisme Ubahsuaian
• Kumpulan etnik terpengaruh oleh budaya orang lain
= sedikit perubahan
• Kekal kepelbagaian etnik tetapi menerima sedikit unsur-
unsur kumpulan lain hasil dari pergaulan, interaksi
sosial dan perhubungan
• Penerimaan ini dikatakan sebagai mengalami ubahsuaian
LANGKAH KERAJAAN
POLITIK
UNTUK
MENCAPAI PERPADUAN
- Politik permuafakatan – perkongsian kuasa dalam
kerajaan SOSIAL
- Rukunegara
- Dasar Pelajaran Kebangsaan
- Dasar Kebudayaan Kebangsaan
- 1Malaysia
EKONOMI
• Dasar-dasar pembangunan – matlamat utama :
perpaduan kaum
– Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional dll
Isu dan Cabaran Perpaduan di
Malaysia
• Pengalaman Malaysia
– Konsep Malaysia Malaysian oleh Lee Kuan
Yew semasa konflik Malaysia-Singapura (1965)
– Tragedi 13 Mei 1969
– Isu-isu pendidikan
– Isu bahasa kebangsaan
• Patriotisme – penting dalam mempertahankan
“perpaduan dalam kepelbagaian”
PATRIOTISME

• Patriotisme didefinisikan sebagai perasaan bangga


dan cinta kepada negara serta kesediaan untuk
berkorban apa saja demi kepentingan negara
• 'Tanah air' (atau 'ibu pertiwi') mungkin suatu
bandar atau rantau, namun dlm konteks ini
bermaksud bangsa dan/atau negara
• Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti:
– bangga akan pencapaian dan budaya bangsa,
kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar
budayanya, dan identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam
rumpun bangsa
PATRIOTISME
• Patriotisme adalah suatu sentimen nasional yang
menekankan kepada aspek kesetiaan dan kecintaan yang
mendalam kepada negara.
• Kemerdekaan yang dicapai sesebuah negara adalah berbeza
antara satu sama lain dan biasanya ia bukanlah sesuatu
yang mudah.
• Justeru, kecintaan yang mendalam kepada negara adalah
asas utama untuk memastikan negara terus bebas dan
merdeka dari sebarang bentuk penjajahan.
Patriotisme merosot?
• Kehidupan semakin mewah dan mudah
– gaya hidup masyarakat berubah
• Kekurangan pengetahuan sejarah
• Pengaruh budaya global
– luntur budaya ketimuran
– pengaruh budaya asing hasil globalisasi
• Nilai-nilai kebersamaan berkurangan
– kurang bercampur gaul, persepsi mind your
own business
Isu Patriotisme di Malaysia
• Pengetahuan sejarah negara yang merupakan asas
kepada pembentukan peradaban bangsa semakin
dilupakan.
• Pengetahuan dan literasi sejarah umumnya dianggap satu
aset intelektual yang tidak mendatangkan keuntungan atau
bernilai perdagangan.
• Oleh itu ia tidak dipentingkan dan dianggap sekadar
satu pengetahuan am.
• Patriotisme tidak sekadar kepada penyertaan fizikal atau
luaranseperti :
– beruniform kemas serta aksi berkawat yang tersusun rapi
dengan gaya segak dan wajah yang serius.
– mengibar bendera semasa menyambut ulang tahun Kemerdekaan.
Isu Patriotisme di Malaysia
• Peristiwa atau contoh sikap tidak cintakan negara:
– perbuatan memperlekehkan bendera dan lagu
Negaraku (Namawee)
– sekelompok anak muda mengibarkan bendera
'Sang Saka Malaya dan ‘insiden memijak dan
menconteng gambar Perdana Menteri serta
melondehkan seluar di Dataran Merdeka, Kuala
pada sambutan Merdeka Ogos 2012
Bagaimana memupuk patriotisme?
• Pendidikan patriotisme – melalui pendidikan
formal dan tidak formal
• Kerjasama semua pihak seperti ibu bapa,
keluarga, institusi pengajian dan media massa
• Penambahan nilai secara konsisten melalui
program kerajaan
LANGKAH KERAJAAN DALAM
MEMPERTINGKATKAN PATRIOTISME
• Program seperti BTN dan PLKN
• Pendaulatan bahasa Melayu
• Perpaduan dalam Dasar Pendidikan – sistem
sekolah kebangsaan
– Terbaru – Perpaduan Melalui Sekolah Satu Aliran
LANGKAH KERAJAAN DALAM
MEMPERTINGKATKAN PATRIOTISME
PERPADUAN MELALUI SEKOLAH SATU ALIRAN
• Sekolah Satu Aliran : Sekolah Kebangsaan yang menggunakan BM
sbg medium pengantar sepenuhnya. Bahasa Inggeris, Cina &
Tamil diajar sbg subjek wajib kpd semua pelajar
• Mengembangkan konsep Sekolah Wawasan yang
pernah diperkenalkan oleh kerajaan
• Demi perpaduan, semua kelompok masyarakat dihimpunkan
di bawah satu bumbung.
• Berbeza dengan Sekolah Wawasan yang menempatkan 3
buah sekolah berbeza dalam satu kawasan
• Sebagai idea pengukuh polisi Memartabatkan Bahasa Malaysia
dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) membantu
masyarakat memahami erti perpaduan yang dibawa oleh konsep 1
Malaysia.
• Pemusatan agenda pendidikan dalam satu aliran yang sama
dilihat mampu menyelesaikan kemelut sensitiviti kaum di
Malaysia.

You might also like