You are on page 1of 7

SULIT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN


Semester 2 Tahun 3

PEPERIKSAAN : MEI 2019

KAMPUS :

ANGKA GILIRAN :

KOD KURSUS : SJHK3113


KURSUS : SEJARAH SABAH SARAWAK
MASA : 2 JAM 30 MINIT
JUMLAH MARKAH : 100

ARAHAN KEPADA CALON

1. Buku soalan ini mengandungi dua bahagian:


Bahagian A : 10 soalan struktur (60 markah)
Bahagian B : 3 soalan esei (40 markah)
2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan dua soalan Bahagian B.
3. Semua jawapan hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan.

BUKU SOALAN INI MENGANDUNGI 7 HALAMAN BERCETAK

© 2016 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


SULIT SJHK3113

BAHAGIAN A
( 60 markah )

Jawab semua soalan.

1. a

2. Jepun telah memerintah selama 3 tahun di Sabah dan Sarawak. Pelbagai bentuk
serangan yang dilaksanakan semasa pemerintahan Jepun di Borneo Utara.

a. Nyatakan bentuk serangan Jepun ke atas Sabah.


Serangan Jepun ke atas Sabah mula dilancarkan pada 4 jun 1942. Kemudian
tawanan kawasan-kawasan di Sabah pula berlaku satu per satu. Pulau Labuan
dan Beaufort pula ditawan oleh Jepun pada 3 Januari 1942 manakala Kota
Kinabalu pula ditawan pada 9 Januari 1942, Sandakan 19 Januari 1942, Tawau
24 Januari 1942, Lahad Datu 27 Januari 1942, Kudat 1 Mei 1942 dan akhirnya
pantai Barat Sabah jatuh sepenuhnya kepada pihak Jepun pada bulan Mei
1942. Hal ini disebabkan oleh, keberkesanan strategi Jepun semasa melakukan
serangan di Sabah, iaitu dengan penggunaan basikal ke kawasan-kawasan
Sabah serta bantuan ketenteraan seperti kapal perang. Rentetan itu, British
gagal mempertahankan Sabah dan terpaksa berundur diri.

b. Huraikan kesan pendudukan Jepun di Sarawak dari aspek sosial.

Kesan pendudukan Jepun di Sarawak telah menjadi titik tolak kepada


kemunculan pertubuhan kaum ibu. Empat perwakilan dari keturunan suku
kaum yang besar di Kuching iaitu Melayu, Cina, India dan Iban merupakan isi
pertubuhan kaum ibu di Sarawak ini. Contohnya, Orang Melayu diwakili oleh
Puan Lily Eberwine, perwakilan Cina diwakili oleh Puan Mary Ong, perwakilan
India diwakili oleh Puan Gopal dan perwakilan Iban diwakili oleh Puan Barbara
Bay. Pemimpinnya dipilih oleh Setno Yamada.Pertubuhan kaum Ibu ini adalah
untuk mengumpul besi yang tidak terpakai dan mengadakan pasar ria untuk
memungut wang dan dijadikan hadiah kepada Saldadu Jepun. Pertubuhan Ibu
ini juga dikerah untuk mengadakan kumpulan tarian dan nyanyian untuk
pertunjukan pentas. Mereka juga dikerah bagi menanam pokok ubi kayu untuk
menyara kehidupan kerana pada ketika itu, bekalan makanan seperti beras
amat sukar didapati.

2 SULIT
© 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT SJHK3113

Seterusnya, Penerapan Adat Jepun. Hal ini ada dicatat oleh Kratoska
1998 : 324 dalam bukunya Japanese Occupation of Malaya : A Social and
Economic History terbitan Hurst & Company, London 1998, iaitu antara usaha
awal yang dilakukan oleh Jepun ialah menerapkan adat orang Jepun kepada
penduduk tempatan di Sarawak iaitu adat orang Jepun yang menundukkan
kepala apabila bertemu antara satu sama lain sebagai tanda hormat kemudian
diperkenalkan kepada orang umum mengenai adat ini. Lama-kelamaan, adat ini
menjadi satu kebiasaan kepada orang ramai untuk menundukkan kepala
apabila mereka bertemu.

Selain itu, nyanyian dan muzik juga dijadikan alat untuk menyebarkan
budaya jepun ke atas penduduk tempatan, terutamanya murid-murid sekolah.
Lagu kebangsaan Jepun iaitu Kimigayo diajar dan Setiap pagi murid-murid
dikehendaki menyanyi lagu kebangsaan Jepun sambil tunduk hormat kepada
Maharaja Jepun dan menghadap kearah Negara Jepun iaitu arah matahari naik.
Usaha memperkenalkan adat dan budaya ini bertujuan menunjukkan unsur-
unsur budaya Jepun yang luhur, disamping memperlihatkan sikap Jepun yang
menganggap orang Asia setaraf.

Akhir sekali, aspek pendidikan. Di dalam pendidikan di Sabah, bagi


mengikis budaya Barat, pemerintah Jepun menghapuskan segala bentuk
pendidikan Barat. Bagi memenuhi tujuan itu, Jepun mengharamkan pengunaan
bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar dan mata pelajaran bahasa inggeris
di sekolah-sekolah. Sistem pendidikan Jepun memberi tumpuan kepada
ketaatan dan kesetiaan kepada Maharaja Jepun, kepatuhan kepada kerajaan
Jepun dan kerelaan seseorang untuk berkhidmat bagi Negara Jepun.
Kemudian Jepun memperkenalkan penggunaan bahasa Jepun iaitu Nippon-go
bagi menggantikan bahasa Inggeris sebagai usaha mendekatkan penduduk
tempatan dengan adat dan budaya Jepun. Bahasa Jepun diajar disekolah-
sekolah yang terdapat di Sarawak pada ketika itu. Semua urusan dalam sistem
perhubungan seperti perkhidmatan pos dan telegraf wajib menggunakan
bahasa Jepun.

3 SULIT
© 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT SJHK3113

3. Isu penyerahan Sabah oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan Penyerahan
Sarawak oleh Raja Charles Vyner Brooke kepada Britain menunjukkan keadaan
yang berbeza antara kedua-dua negeri tersebut. Sabah dan Labuan diserahkan
tanpa banyak tentangan, akan tetapi di Sarawak pula keadaannya sangat berbeza
yang mana melibatkan banyak bentuk penentangan.

a. Huraikan salah satu sebab penyerahan Sabah kepada British


Antara sebab-sebab penyerahan Sabah kepada British ialah kerosakan yang
dialami selepas pendudukan Jepun. Hal ini demikian kerana, Jepun juga
pernah mentadbir negeri Sabah sehingga Perang Dunia Kedua berlaku.
Selepas peristiwa perang tersebut, Sabah banyak mengalami kerugian dan
kemusnahan sama seperti negeri Sarawak. Serangan Tentera Berikat telah
memusnahkan bandar- bandar, perhubungan serta pengeluaran eksport.
Justeru, bagi membaik pulih segala kerosakan dan kemusnahan yang
berlaku, Sabah perlu mempunyai sumber kewangan yang banyak untuk
membangunkan semula negerinya. Oleh kerana Sabah tidak mampu
menyediakan dana perbelanjaan yang besar, maka SBUB mengambil langkah
selamat untuk menyerahkan Sabah kepada British. Akhirnya, Sabah berada
di bawah pentadbiran Tanah Jajahan Mahkota British selepas 63 tahun
syarikat berpiagam itu memerintah di Sabah.

b. Huraikan reaksi masyarakat di Sabah terhadap isu penyerahan Sabah kepada


British.

Isu penyerahan Sabah kepada British kurang mendapat perhatian rakyat


tempatan. Hal ini kerana rakyat Sabah hanya ingin berada di bawah
pentadbiran kerajaan yang baik. Oleh yang demikian, penyerahan Sabah
kepada British berlaku tanpa sebarang penentangan yang teruk. Perkara ini
juga mungkin disebababkan oleh rakyat Sabah yang kurang kesedaran tentang
erti sebenar kemerdekaan. Menurut Sheela (1993), penduduk- penduduk di
Sabah tidak memahami tujuan perubahan pemerintahan daripada Kompeni
kepada pemerintahan British.

Selain itu, perkembangan parti politik di Sabah juga jauh ketinggalan


berbanding negeri- negeri lain. Perkara tersebut menjadikan rakyat kurang

4 SULIT
© 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT SJHK3113

pengetahuan dan pengalaman tentang bidang pentadbiran serta penglibatan


dalam bidang politik. Semua kekurangan tersebut menyebabkan mereka tidak
jelas misi dalam usaha menentang penyerahan Sabah kepada British. Jika
dilihat dari segi yang berbeza, mungkin juga reaksi pasif mereka ini
disebabkan oleh pelaksanaan Piagam tahun 1881. Merujuk Piagam 1881,
Kompeni tidak memberi ruang dan peluang kepada orang- orang Sabah untuk
campur tangan dalam pentadbiran negeri itu.

Semangat nasionalisme di Sabah juga tidaklah seteguh di Tanah


Melayu. Walaupun terdapat beberapa persatuan yang menyokong kebangkitan
orang- orang Sabah seperti Persatuan Kebangsaan Melayu Sabah dan Barisan
Pemuda Sabah, namun kewujudannya masih tidak mampu menjadi pendorong
untuk menimbulkan semangat nasionalisme. Berbanding rakyat Sabah itu
sendiri, Kesultanan Sulu iaitu negara jiran bagi Sabah menentang penyerahan
Sabah. Hal ini demikian kerana, Kesultanan Sulu mendakwa bahawa Sabah
adalah milik mereka. Tetapi, tentangan tersebut langsung tidak memberikan
kesan kepada British. Maka, sejujurnya penyerahan Sabah kepada British tidak
mendapat sebarang penentangan yang berkesan daripada rakyat tempatan di
Sabah.

4. Proses sosialisasi telah merancakkan kewujudan parti-parti politik yang diwakili


oleh pelbagai etnik di Sabah dan Sarawak.
a. Nyatakan parti-parti politik yang wujud di Sabah menjelang penubuhan
Persekutuan Malaysia.
Antara parti politik awal yang wujud di Sabah ialah The United National
Kadazan Organisation (UNKO), The United Sabah National Organisation
(USNO), Pasok Momogun, Sabah Chinese Association (SCA) dan Sabah Indian
Congress (SIC).

b. Huraikan secara ringkas kewujudan parti politik The United Sabah National
Organisation (USNO).

Kewujudan parti The United Sabah National (USNO) ini adalah hasil
daripada kesedaran orang-orang Melayu Islam terutamanya Datu Mustapha
Harun dan pemimpin-pemimpin Islam Sabah yang bergiat dalam berbagai
persatuan Islam. Kebanyakan pemimpin persatuan Islam tersebut menjadi
pemimpin dalam parti USNO. Di antara mereka yang menjadi pengasasnya
ialah Datuk Hj.Zakaria Gunn, Datuk Ahmad Mahmud, Hj.Yusuf Shamsuddin,
Parman bin Hassan Raji, Datuk Hj. Ariffin, Datuk Abd. Malik Jangkat, Datuk

5 SULIT
© 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT SJHK3113

Othman Hj. Sidik dan Datu K.M Edinin (Abdullah Hussain, 1976 : 69). Pemimpin
utama Persatuan Islam Putatan, Allahyarham Datuk Hj. Abu Bakar Titingan
adalahTimbalan Presiden USNO yang pertama. Pemimpin-pemimpin Islam ini
telah berjaya menggabungkan persatuan-persatuan sosial dan Islam seluruh
Sabah di bawah naungan satu parti politik. Sejak awal penubuhan parti USNO
ini, ia telah dipimpin oleh Datu Mustapha Datu Harun yang merupakan seorang
pemimpin bumiputera tempatan yang sangat kuat pengaruhnya dalam
kalangan orang Islam Sabah sejak awal tahun 1950-an. Sebelum menjadi
peneraju kepimpinan parti USNO, beliau pernah memegang jawatan sebagai
Ketua Anak Negeri Gred Satu yang membawa gelaran Orang Kaya-kaya dan di
lantik menjadi ahli Majlis Perundangan Sabah pada tahun 1955.

Pada 24 Disember 1961, Datu Mustapha menggariskan cogan kata Parti


iaitu Bersatu, Bersedia, Berkhidmat ke arah mencapai kemerdekaan melalui
Malaysia. USNO sejak awal lagi menyokong gagasan Malaysia kerana ia dapat
menjamin perkembangan ekonomi dan kestabilan politik Sabah. Malah
pembentukan ini mampu menyekat perkembangan komunis di Sabah.Datu
Mustapha adalah pemimpin pertama Sabah yang menyokong agama Islam
dijadikan agama rasmi Sabah dan begitu juga Bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi.

6 SULIT
© 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT SJHK3113

BAHAGIAN B
( 40 markah )

Jawab dua soalan.

1.

KERTAS SOALAN TAMAT

7 SULIT
© 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

You might also like