You are on page 1of 17

BAB LATAR BELAKANG

3 PLURALITI MASYARAKAT
ALAM MELAYU
Hasil Pembelajaran

Setelah mempelajari bab ini, pelajar dapat:


 Menghuraikan pola penghijrahan pedagang asing pada
zaman Kesultanan Melayu Melaka sebagai pusat pluraliti
masyarakat di rantau Alam Melayu
 Menjelaskan proses asimilasi antara golongan imigran
dengan masyarakat tempatan di Alam Melayu
 Menilai kesan asimilasi antara golongan imigran dengan
masyarakat tempatan
 Menjelaskan komposisi dan amalan kehidupan suku kaum
utama di Sabah dan Sarawak
 Menjelaskan sejarah penghijrahan golongan imigran ke
Sabah dan Sarawak dalam meningkatkan pluraliti
 masyarakat di kedua-dua negeri tersebut
HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (Edisi Keempat) All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 3– 3
Pengenalan

 Pluraliti atau kemajmukan masyarakat yang berhijrah dan


menetap di rantau Alam Melayu merupakan fakta dan
bukti bersejarah yang menunjukkan interaksi antara etnik
sudah berlaku sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.
 Pembentukan pluraliti baharu ialah kesan kemasukan
komuniti imigran dan perkahwinan antara golongan ini
dengan masyarakat tempatan, terutama dengan etnik
Melayu. Kesan ini telah membentuk pelbagai komuniti
baharu seperti masyarakat Melayu–Arab, masyarakat Cina
Peranakan, iaitu Baba dan Nyonya, masyarakat Jawi
Peranakan dan masyarakat lain yang masih wujud hingga
kini di Malaysia.
HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (Edisi Keempat) All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 3– 4
Pluralisme Budaya Alam
Melayu

 Ciri pluraliti dan masyarakat plural


• Konsep pluraliti alam Melayu perlu difahami sebagai
asas untuk memahami masyarakat plural.
• Kewujudan pelbagai etnik di alam Melayu telah
menyumbang terhadap pembentukan masyarakat
plural yang dapat hidup bersama walaupun terdapat
kepelbagaian dalam aspek-aspek yang berbeza.
• Kedatangan penjajah yang berteraskan tiga matlamat
utama, iaitu Gospel, Gold dan Glory telah memberi
kesan terhadap sistem kehidupan masyarakat di alam
Melayu.

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (Edisi Keempat) All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 3– 5
Pluralisme Budaya Alam
Melayu (sambung…)

 Pluralisme:
Ideologi yang menyamaratakan kepercayaan dan
pegangan yang berbeza dalam masyarakat.
 Pluraliti:
Wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu
tempat pada satu masa secara semula jadi –
masyarakat Melaka.
 Pluralistik:
Wujudnya kepelbagaian bangsa dan agama secara
dirancang di suatu tempat pada suatu masa dan
dipaksa oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan
– era penjajah British.
HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (Edisi Keempat) All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 3– 6
Pluralisme Budaya Alam
Melayu (sambung…)

 Realitinya, Malaysia ialah sebuah negara unik yang


memiliki keistimewaan kerana wujudnya masyarakat
plural yang ketara.
 Proses pembentukan masyarakat plural yang berlaku
adalah berbeza pada masa dahulu berbanding dengan
masa ini.
 Berlakunya proses tersebut pada zaman sebelum
penjajahan adalah berbeza dengan zaman selepas
penjajahan.

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (Edisi Keempat) All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 3– 7
Pluralisme Budaya Alam
Melayu (sambung…)

 Masyarakat plural terbentuk daripada pelbagai bangsa


yang mendiami sesuatu kawasan di Alam Melayu seperti
Melayu, Cina, India, Eropah, Jepun dan lain-lain lagi.
 Masyarakat pelbagai bangsa pada zaman sebelum
kedatangan orang Eropah terbentuk melalui proses
semula jadi tanpa sebarang rancangan pemaksaan.
 Hasilnya, mereka berjaya mewujudkan interaksi harmoni
antara penduduk, alam sekitar dan sistem sosial, politik
dan agama yang telah sedia ada dalam dunia baharu
mereka.
 Mereka sanggup berkahwin dengan penduduk tempatan
secara suka rela. Contohnya, masyarakat Cina Baba
ialah keturunan Cina yang telah berkahwin dengan
orang masyarakat tempatan.
HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (Edisi Keempat) All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 3– 8
Kemuncak Pluraliti Alam Melayu
Kesultanan Melaka

 Pemerintahan
• Era Melaka merupakan kemuncak keagungan kerajaan
Melayu.
• Melaka dianggap sebagai The Venice of the East.
• Masyarakat plural yang terdiri daripada pelbagai bangsa
dapat hidup dengan aman dan damai kerana hasil
daripada sistem pemerintahan yang adil.
• Perlaksanaan Hukum Kanun Melaka dan Undang-
Undang Laut Melaka yang berteraskan Islam mampu
memberi keadilan kepada masyarakat plural Melaka
pada waktu tersebut.
HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (Edisi Keempat) All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 3– 9
Kemuncak Pluraliti Alam Melayu
Kesultanan Melaka (sambung)

❑ Perdagangan
• Aktiviti perdagangan antarabangsa juga berjalan
dengan baik hasil daripada sistem urus tadbir yang
berteraskan Islam.
❑ Kependudukan
• Masyarakat Melaka pada waktu tersebut terdiri
daripada pelbagai etnik antarabangsa yang hidup
dalam suasana aman dan damai.
❑ Kebudayaan
• Kedatangan para pedagang antarabangsa ke
Melaka juga telah menyumbang kepada
multibudaya yang tersendiri.
HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (Edisi Keempat) All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 3– 10
Pembentukan Masyarakat
Pluralistik oleh Penjajah

 Ketibaan Inggeris merupakan titik pemisah antara


pluraliti dan masyarakat plural.
 Berbeza dengan penjajah Eropah yang lain, Inggeris
menggunakan senjata serampang dua mata dalam misi
penjajahan mereka, iaitu imperialisme dan kolonialisme.

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (Edisi Keempat) All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 3– 11
Pembentukan Masyarakat
Pluralistik oleh Penjajah
(sambung…)

 Dari aspek imperialisme, mereka menjajah secara


fizikal. Mereka memerah segala kekayaan hasil bumi
negara jajahan, seperti bijih timah dan emas, demi
kepentingan ekonomi negara mereka sendiri.
 Dari segi kolonialisme, mereka memperkenalkan sistem
sosial, politik dan agama mereka kepada penduduk
tempatan.
 Hasilnya, imperialisme budaya digunakan sebagai alat
untuk menjajah dan mengawal kehidupan masyarakat
peribumi seperti yang berlaku di India, iaitu 120,000
orang Inggeris berjaya memerintah 600 juta orang India.

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (Edisi Keempat) All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 3– 12
Pembentukan Masyarakat
Pluralistik oleh Penjajah
(sambung…)
 Prinsip
• Pemisahan agama dan negara (sekularisme), agihan
kuasa, federalisme.
• Kedatangan Inggeris ke Alam Melayu membawa
konsep pemikiran pemisahan negara dan agama.
• Agama dianggap sebagai penyumbang kepada
perselisihan manakala sains dianggap sebagai
penyumbang kepada kemajuan.
• Inggeris turut memperkenalkan sistem pentadbiran
yang berasaskan tiga unsur penting, iaitu kehakiman,
eksekutif dan perundangan.

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (Edisi Keempat) All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 3– 13
Pembentukan Masyarakat
Pluralistik di Malaysia

 Kedatangan orang China dan India ke Tanah


Melayu pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-
20 bertujuan untuk memenuhi peluang pekerjaan
seperti perlombongan, perladangan dan
perniagaan yang disediakan oleh pihak penjajah
British, orang-orang China, India dan Melayu.

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (Edisi Keempat) All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 3– 14
Pembentukan Masyarakat
Pluralistik di Malaysia
(sambung…)

 Kewujudan peluang pekerjaan yang banyak,


kekalutan ekonomi dunia dan galakan daripada
British yang menjajah Tanah Melayu pada
waktu itu telah menjadi faktor penggerak yang
seolah-olah ‘memaksa’ kedatangan orang-
orang China dan India ke Tanah Melayu.

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (Edisi Keempat) All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 3– 15
Pembentukan Masyarakat
Pluralistik di Malaysia
(sambung…)
 Perlembagaan
• Kontrak sosial merupakan satu kesepakatan yang
telah dirunding, pembentukan parti-parti politik etnik
dan ‘coalition’ sebagai model permuafakatan politik
(Parti Perikatan, Barisan Sosialis, Barisan Nasional,
Barisan Alternatif).
• Perlembagaan merupakan panduan asas terhadap
perlaksanaan sistem politik di negara ini.
• Perlembagaan mencatatkan kontrak sosial seperti
yang dipersetujui bersama antara kaum di negara ini.

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (Edisi Keempat) All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 3– 16
Pendidikan

 Sistem pendidikan kebangsaan telah dibentuk berasaskan


keseragaman kurikulum, sukatan mata pelajaran dan
orientasi. Sistem itu penting sebagai satu wadah bagi
menyatukan budaya yang pelbagai.
 Usaha ke arah ini sebenarnya telah dilakukan semenjak
sebelum merdeka lagi, khususnya melalui dua laporan,
iaitu Laporan Razak pada tahun 1956 dan Laporan
Rahman Talib pada tahun 1960.
 Matlamat utama dasar pendidikan menurut kedua-dua
laporan tersebut ialah untuk menyatukan kanak-kanak
daripada berbilang etnik di bawah satu sistem pendidikan
kebangsaan dengan menggunakan satu bahasa
pengantar tunggal, iaitu bahasa Melayu (Wan Hashim
1983).
HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (Edisi Keempat) All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 3– 17

You might also like