You are on page 1of 20

9

BAB
BUDAYA DAN
HUBUNGAN
ETNIK DI MALAYSIA
Hasil Pembelajaran

Setelah mempelajari bab ini, pelajar dapat:


 Memahami konsep dan definisi budaya serta
komponen kebudayaan secara umum
 Menghuraikan kepelbagaian budaya dalam
kehidupan masyarakat Malaysia
 Menjelaskan kepentingan Kebudayaan
Kebangsaan dalam membina hubungan etnik
yang harmonis

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (Edisi Keempat) All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 9– 3
Pengenalan

 Budaya merupakan salah satu elemen penting


yang menjadi asas kepada identifikasi etnik.
 Dalam melayari kehidupan sebagai masyarakat
Malaysia yang pelbagai etnik, sensitiviti budaya
penting dan perlu dipelihara secara kolektif.
 Pendidikan mengenai kebudayaan perlu dan
amat penting seperti pendidikan agama yang
diajar di sekolah dan universiti.

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (Edisi Keempat) All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 9– 4
Konsep Kebudayaan

 Kebudayaan ialah cara hidup yang merangkumi


nilai, tingkah laku, simbol (objek) dan segala
sifat serta karakteristik yang lazim dikongsi oleh
sesuatu kelompok.
 Kebudayaan sesuatu masyarakat membimbing
cara pemikiran dan tingkah laku anggotanya.
 Kebudayaan bukan sahaja mengikat ahli
masyarakat itu tetapi juga institusi-institusi
utama masyarakat dengan menyediakan satu
set matlamat dan nilai yang dikongsi bersama.
HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (Edisi Keempat) All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 9– 5
Definisi Kebudayaan

 Definisi budaya yang dikemukakan oleh Edward B.


Tylor (1832–1917), “… Kebudayaan ialah satu
keseluruhan yang kompleks yang terangkum di
dalamnya pengetahuan, kepercayaan, kesenian,
moral, undang-undang, adat resam dan lain-lain
kemahiran dan kebiasaan yang diperoleh manusia
sebagai anggota masyarakat.”
 Bronislaw Malinowski (1884–1942) pula mendefinisikan
kebudayaan sebagai ciptaan manusia dalam usahanya
untuk memenuhi keperluan hidup sama ada berbentuk
material atau bukan material.
HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (Edisi Keempat) All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 9– 6
Komponen Kebudayaan
 Terdapat tiga komponen asas dalam memahami
budaya, iaitu artifak (artifact), mentifak (mentifact)
dan sosiofak (sociofact).
1) Artifak merujuk objek atau material yang
dihasilkan oleh budaya
2) Mentifak merujuk idea, nilai dan kepercayaan
yang dikongsi dalam budaya
3) Sosiofak merujuk struktur dan institusi yang
wujud dalam masyarakat yang mempengaruhi
tingkah laku budaya dalam sesebuah masyarakat.

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (Edisi Keempat) All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 9– 7
Artifak

 Komponen ini merangkumi semua ciptaan


manusia yang berbentuk fizikal termasuk
teknologi.
 Artifak yang terdapat dalam sesebuah
masyarakat mencerminkan nilai kebudayaan
masyarakat tersebut.
 Selain mencerminkan nilai, artifak juga
mencerminkan tahap teknologi masyarakat
tersebut.

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (Edisi Keempat) All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 9– 8
Mentifak

 Mentifak terbahagi kepada lima komponen, iaitu


pengetahuan, nilai, kepercayaan, norma dan
simbol.
 Pengetahuan−Komponen ini melibatkan idea
manusia yang bersifat empirikal. Segala maklumat
dan idea tentang persekitaran semula jadi dan
persekitaran ciptaan manusia termasuk di bawah
kategori pengetahuan.
 Semua kebudayaan ada pengetahuannya tersendiri,
sama ada ia dikongsi ataupun tidak dengan
kebudayaan lain.
HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (Edisi Keempat) All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 9– 9
Mentifak (sambung…)
 Nilai ialah standard tentang apa-apa yang baik, yang
disukai, yang cantik seperti yang didefinisikan oleh
sesuatu kebudayaan dan menjadi panduan bagi
kehidupan sosial.
 Kepercayaan ialah pernyataan tentang apa-apa yang
dianggap benar atau palsu oleh anggota sesuatu
masyarakat. Kebanyakan manusia mengandaikan
bahawa apa-apa yang mereka percayai adalah benar
dan rasional.

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (Edisi Keempat) All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 9– 10
Mentifak (sambung…)
 Norma merupakan tingkah laku standard yang
diterima oleh sesuatu kelompok dan dijangka
dipatuhi oleh semua anggota kelompok
masyarakat.
 Norma ialah peraturan dan jangkaan (expectation)
yang menjadi panduan tingkah laku bagi anggota
sesuatu kelompok.
 Sumner membahagikan norma kepada dua jenis,
iaitu mores dan folkways (resam). Mores ialah
standard tingkah laku bermoral yang ditetapkan
oleh sesebuah masyarakat.
HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (Edisi Keempat) All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 9– 11
Mentifak (sambung…)

 Simbol ialah apa-apa sahaja yang membawa makna


kepada sekelompok manusia yang berkongsi
kebudayaan yang sama. Isyarat tangan, lampu
isyarat, lambang dan bendera kebangsaan, misalnya
Jalur Gemilang ialah contoh simbol.
 Bahasa merupakan kunci kepada dunia kebudayaan
kerana bahasa ialah satu sistem simbol yang
membenarkan anggota sesuatu masyarakat itu
berkomunikasi antara satu sama lain dengan lebih
efektif.

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (Edisi Keempat) All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 9– 12
Sosiofak

 Sosiofak merujuk cara sesebuah masyarakat


berinteraksi dan menjalani kehidupan yang
dizahirkan dalam budaya dan pelbagai institusi
sosial.
 Antara institusi sosial utama ialah institusi
agama, keluarga, pendidikan, politik, ekonomi
dan sebagainya.

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (Edisi Keempat) All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 9– 13
Kepelbagaian Budaya

 Kepelbagaian budaya bukan sahaja terdapat di


dunia ini pada keseluruhannya, malah elemen
tersebut terkandung dalam sesebuah komuniti,
masyarakat atau negara.
 Penghijrahan penduduk dari pelbagai negara
kini telah memberikan satu limpahan
kemasukan budaya luar sehingga membentuk
negara berbilang budaya seperti di Malaysia.

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (Edisi Keempat) All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 9– 14
Subbudaya

 Subbudaya merujuk pola kebudayaan yang


membezakan segmen tertentu bagi populasi
sesuatu masyarakat.
 Remaja bandar, pemuzik, penagih dadah,
buruh, penjaja, peminta sedekah—semuanya
menunjukkan pola subbudaya tertentu yang
membezakan antara satu sama lain walaupun
mereka ialah anggota masyarakat Malaysia.

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (Edisi Keempat) All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 9– 15
Lawan–Budaya (Counterculture)

 Lawan–budaya merujuk pola kebudayaan


kelompok tertentu dalam sesuatu masyarakat
yang menolak pola kebudayaan yang diterima
oleh kebanyakan anggota masyarakat tersebut.
 Contoh counterculture ialah kelompok ‘hippie’ di
Amerika Syarikat pada tahun 1960-an. Di
Malaysia, kelompok hiburan seperti punk dan
kelompok militer seperti al-Maunah.

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (Edisi Keempat) All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 9– 16
Budaya Tinggi dan Budaya Popular

 Budaya tinggi (high culture) merujuk pola kebudayaan


kelompok elit atau kelas bangsawan di dalam sesuatu
masyarakat.
 Budaya tinggi dalam masyarakat sering dikaitkan
dengan muzik, seni lukis, tarian, pakaian, tingkah laku
yang tertentu yang dipraktiskan oleh golongan elit.
 Kebudayaan popular pula merujuk pola kebudayaan
yang terdapat dalam kalangan rakyat biasa.
 Kebudayaan popular sudah mula diterima sebagai
kebudayaan global apabila budaya rock, Internet, video
games dan McDonald’s sudah diterima sebagai
kebudayaan yang popular di Malaysia.
HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (Edisi Keempat) All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 9– 17
Kebudayaan Kebangsaan

 Falsafah dan prinsip Kebudayaan Kebangsaan


ialah hasil daripada Kongres Kebudayaan
Kebangsaan tahun 1971.
 Bertujuan melahirkan cara hidup yang bersifat
kebangsaan selaras dengan Malaysia sebagai
negara berbilang kaum.
 Kebudayaan kebangsaan mempunyai tiga
objektif utama.

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (Edisi Keempat) All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 9– 18
Kebudayaan Kebangsaan
(sambung…)

 Pertama, untuk mengukuhkan perpaduan bangsa


dan negara melalui kebudayaan.
 Kedua, untuk memupuk dan memelihara
keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada
kebudayaan kebangsaan.
 Ketiga, untuk memperkaya dan mempertingkatkan
kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian
yang seimbang dengan pembangunan
sosioekonomi.

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (Edisi Keempat) All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 9– 19
Penerimaan Budaya

 Masyarakat Malaysia melalui proses sosialisasi


menerima kepelbagaian budaya yang diamalkan
dalam kehidupan harian.
 Misalnya, amalan budaya makanan, budaya
busana dan lain-lain dalam masyarakat Malaysia
semakin diterima dan dikongsi bersama.
 Semangat penerimaan kepelbagaian budaya ini
sekali gus membolehkan masyarakat Malaysia
hidup dan menikmati kesepaduan dalam
kepelbagaian.
HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (Edisi Keempat) All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 9– 20

You might also like