You are on page 1of 3

Ibu Bapa

Ibu bapa merupakan uswah hasanah kepada anak-anak yang diumpamakan kain putih dan
bertangggungjawab menentukan coraknya.

Guru

Definisi guru Ahli masyarakat yang mempunyai perhubungan sosial yang saling berkait rapat dengan
masyarakat berstatus. Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang
dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah.

(Mok Soon Sang, 1990)


Guru adalah poros utama pendidikan. Ia menjadi penentu kemajuan suatu negara di masa
depan. Secara umum, tugas guru adalah mengajar siswa-siswi agar memilki pengetahuan dan
keterampilan dalam masing-masing bidang pelajaran.

Media massa

Media massa merujuk kepada pelbagai teknologi media yang bertujuan untuk mencapai sejumlah
besar pengguna media melalui komunikasi massa. Teknologi melalui komunikasi dilakukan dengan
cara yang pelbagai. Secara umumnya, media massa boleh terbahagi kepada dua iaitu media
elektronik yang terdiri daripada televisyen, radio dan internet serta media cetak yang menggunakan
objek fizikal terdiri daripada akhbar, majalah dan bahan-bahan bercetak yang lain.

ICT

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ialah satu lagi istilah/termaju untuk teknologi maklumat
(IT) yang menekankan peranan komunikasi bersatu dan penyepaduan telekomunikasi (talian telefon
dan isyarat tanpa wayar), komputer serta perisian perusahaan, perisian tengah, penyimpanan, dan
sistem audio visual yang diperlukan, yang membolehkan pengguna mengakses, menyimpan,
menghantar, dan memanipulasi maklumat.

Ilmu Pengetahuan

Ilmu pengetahuan merujuk kepada kefahaman manusia terhadap sesuatu perkara yang mana ia
merupakan kefahaman yang sistematik dan diusahakan secara sedar. Pada umumnya, pengetahuan
mempunyai potensi untuk dimanfaatkan demi kebaikan manusia.

Perpaduan

Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah
masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang
mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains
kemasyarakatan.

Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam masyarakat ringkas atau biasa ia mungkin
berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi. Bagi
masyarakat yang lebih kompleks pula, terdapat beberapa teori berkaitan faktor yang menyumbang
kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat.

Alam sekitar

Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di
permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar juga boleh dipanggil flora dan fauna.
Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai kepada kesejahteraan kehidupan.
Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Namun, alam
sekitar di negara kita semakin tercemar. Isu pencemaran alam sekitar ini tidak boleh dipandang
remeh oleh masyarakat. Terdapat beberapa cara boleh dilakukan menjaga kebersihan tersayang
kita.

Kesihatan

Kesihatan juga membawa erti kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif.

Kesihatan amat penting dalam menjamin keceriaan hidup setiap individu. Kesihatan merujuk satu
keadaan tubuh badan yang tidak mengalami sebarang masalah seperti ada penyakit kencing manis
dan mudah diserang penyakit berjangkit lain.

Kesihatan secara menyeluruh tidak hanya tertumpu kepada kesihatan fizikal tetapi merangkumi
kesihatan mental.

Warisan budaya

Warisan budaya ialah peninggalan artifak fizikal dan ciri tidak ketara sesebuah kelompok atau
masyarakat yang diwarisi daripada generasi terdahulu, dikekalkan pada masa kini serta dipelihara
untuk generasi akan datang.

Warisan budaya bangsa merupakan adat dan cara hidup sesebuah kaum atau bangsa yang
diamalkan sejak turun-temurun

Budi Bahasa

Budi bahasa merujuk kepada tutur kata,kelakuan,sopan santun dan tatatertib,akal kebijaksanaan
dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia,dengan kata lain,setiap gerak laku,tutur
kata,tata hidup,pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain.
Budi bahasa bermaksud percakapan yang baik, teliti dan elok dalam tutur kata, halus
tutur kata, hormat-menghormati, bijaksana, tinggi budi bicara, pemurah, belas kasihan,
beradab, bersopan santun, mengamalkan budi pekerti yang baik dan mulia serta tingkah
laku yang baik dan mulia.

Patriotik

Patriotisme didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap 'tanah air'

 Apa itu patriotik, sebenarnya?


Mengibarkan Jalur Gemilang bila tiba masanya? Pergi ke Dataran Merdeka pada 31 Ogos?
Menghafal lirik lagu Keranamu Malaysia?

Menurut kamus Dewan Edisi ke-4, 'patriotik' bermaksud bersifat sebagai patriot
(orang yang mencintai & mempertahan kedaulatan negara). Jika dilihat seimbas lalu,
maksudnya itu seakan-akan merujuk kepada anggota keselamatan seperti polis & tentera.
Namun, kita semua sebenarnya mampu menzahirkan sifat seorang patriot dalam cara yang
berbeza.

Patriotik mengikut definisi saya sendiri ialah menghargai, menyanjung & mempertahan
kepelbagaian budaya & identiti yang ada di Malaysia; dalam masa yang sama memastikan
kepelbagaian itu disertai dengan rasa hormat yang mutual antara satu sama lain. Selain itu,
patriotik itu adalah sentiasa mengangkat martabat jati diri saya (sebagai seorang Muslim,
Melayu Johor, & rakyat Malaysia) serta memastikan perkara tersebut sentiasa terjaga
daripada sebarang anasir hedonism (the belief that gaining pleasure is the most important
thing in life) yang datang dari luar.

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu
kesalahan lagi-Confucius
Tempat terbaik untuk menangis adalah lengan ibu.” - Jodi Picoult

“Apa pun yang kita berikan kepada orangtua tidaklah cukup untuk menggantian apa yang orangtua
berikan pada kita.” - Nima Mumtaz

Kebijaksanaan bukan merupakan produk dari sekolah, tapi dari usaha seumur hidup untuk
mendapatkannya -Albert Einstein

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah-Lao Tze

Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, pokoknya pun sihat-Beng Tju

Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah -Lao Tze

You might also like