You are on page 1of 3

1.

0 PENGENALAN

Kebudayaan berkait rapat dengaan gaya hidup seharian yang diamalkan dalam kehidupan
masyarakat. Secara umumnya, kebudayaan bermaksud tamadun sesebuah masyarakat
yang diperturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain. Unsur kepercayaan, teknologi,
ekonomi, sosial dan politik merupakan aspek yang terkandung di dalamnya.

Perbezaan budaya yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat dapat membezakan


mereka dengan masyarakat lain sekali gus melambangkan jati diri masyarakat mereka.
Selain itu, dengan adanya pelbagai jenis budaya ini mereka dapat meningkatkan maruah
bangsa bagi negara mereka khususnya.

Kesimpulannya, budaya mempunyai aspek yang sangat luas. Justeru, kita perlu
mengkaji setiap aspek budaya yang diamalkan supaya boleh dijadikan sebagai pengajaran.

1
2.0 KONSEP BUDAYA MENGIKUT TAKRIF TOKOH

Budaya secara umumnya boleh didefinisikan sebagai aktiviti yang dilakukan oleh manusia
meliputi aspek kesenian, makanan, tarian dan sebagainya. Selain itu, budaya dalam bahasa
Inggeris ialah culture yang berasal daripada bahasa Latin iaitu colere. Mengikut pandangan
Suwardi Endraswara (2006:4), perkataan itu bermaksud kehidupan manusia yang
memelihara dan melakukan pelbagai tindakan yang menghasilkan tindakan budaya.

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, budaya telah ditakrifkan dengan pelbagai pendapat yang mempunyai


perkaitan antara setiap pendapat. Jadi, secara keseluruhannya budaya bermaksud cara
hidup sesebuah masyarakat yang melambangkan identiti mereka yang tersendiri. Selain itu,
budaya mempunyai dua jenis iaitu budaya material dan bukan material mengikut
masyarakat tertentu. Namun, peredaran masa yang berlaku telah menyebabkan berlakunya
pengaruh luar yang mempengaruhi budaya masyarakat Melayu. Kesannya, identiti bangsa
Melayu tergugat. Justeru, kita sewajarnya berusaha untuk terus menjaga kedaulatan dan
identiti budaya masyarakat Melayu agar tidak hilang ditelan zaman.

2
BIBLIOGRAFI

A. Aziz Deraman. (1994). Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur:

Cahaya Pantai (M) Sdn Bhd.

Abdul Nasir Hj. Paisal. (2011). Modul PGSR BMM 3114 Kebudayaan Pendidikan Rendah.

Kuala Lumpur: IPG Kementerian Pelajaran Malaysia.

Abdul Halim Ali. (2003). Bingkisan Sastera: Diwangsa Publications & Distributors Sdn.

Bhd.

Amat Juhari Moain. (1990). Kepercayaan Orang Melayu Berhubung dengan Pertanian.
Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Conrad Phillip Kottak. (1986). Cultural Anthropology. Michigan: University of Ann Arbor.

Gazali Dunia. (1992). Kesusasteraan Melayu Lama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Harun Mat Piah. (2000). Puisi Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like