You are on page 1of 2

BILAKAH BERMULANYA TAMADUN MELAYU?

Menurut video 1,tamadun Melayu dikatakan bermula sekitar


5000 tahun yang lampau.Istilah Melayu berasal daripada
sebatang sungai yang deras alirannya iaitu sungai
Melayu.Terdapat tiga dimensi yang berbeza dalam Masyarakat
Melayu iaitu ras,budaya dan bahasa.Ras yang bermaksud kaum
atau puak.

(Kamus Dewan Edisi Empat),merujuk kepada mereka yang


memiliki ciri-ciri yang sama dan berasal daripada alam Melayu
yang sama. Budaya yang mewujudkan masyarakat Melayu
mengekalkan Islam dalam pembentukan masyarakat Melayu.
Bahasa Melayu ialah bahasa yang dituturkan oleh seluruh
masyarakat Melayu Nusantara. Masyarakat Melayu terbahagi
kepada Masyarakat Melayu Proto dan Masyarakat Melayu
Deutro. Kumpulan Proto Melayu membawa kebudayaan neolitik
yang maju,terdiri pada orang asli yang mendiami semenanjung
Malaysia.Mereka menjalani kehidupan bercucuk tanam.

Kebudayaan Gangsa Besi dibawa oleh masyarakat Melayu


Deutro dan mendiami di kawasan pantai di Asia
Tenggara.Mereka mahir dalam bidang pelayaran dan
perkapalan. Terdapat beberapa lapisan pemerintahan Tamadun
Melayu yang komplek. Mereka diketuai oleh raja sebagai
pemimpin,ulamak sebagai penasihat,gologan pembesar
sebagai pembantu raja dalam urusan pentabiran dan
pedangang serta petani sebagai penyumbang ekonomi
berkembang tamadun Melayu. Terlahirnya tamadun melayu
seriring dengan pembentukan pusat-pusat kerajaan Melayu
awal seperti kerajaan agrarian dan kerajaan maritin.
WUJUDKAH TAMADUN MELAYU?

Berdasarkan visiual video 2,terdapat beberapa teori bukti


wujudnya tamadun Melayu.Antaranya ialah Teori Keluar dari
Taiwan atau terkenal sebagai Teori Kereta Api Express ke
Polynesia,Teori Keluar Yunan dan Theory Out of Afrika.Terdapat
satu lagi teori bawa Masyarakat Melayu berasal daripada
sebuah tamadun yang hilang ,yang telah wujud kira-kira 15000
tahun sebelum masihi berdasarkan kajian oleh pakar antropologi
Professer Wan Hashim Wan Teh dan Professer dan Pakar
Arkelogi Professer Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman.

Menurut ahli arkeologi ,kerajaan Melayu di lembah Bujang dan


Kuala Selingsing telah wujud sejak 2500 tahun dahulu. Adanya
pelabuhan yang menguruskan pedagang yang melalui Selat
Melaka dan diketuai oleh pemimpin sesebuah tempat. Terdapat
dua dimensi pembentukan kerjaaan Melayu iaitu sebelum
kedatangan Islam dan selepas kedatangan Islam.Sebelum
kedatangan Islam, agama Hindu berpengaruh di tamadun
Melayu manakala dari segi bahasa pula Bahasa Jawa Kuno dan
Bahasa Melayu Kuno merupakan bahasa di Kerajaan
Melayu.Tulisan Sanskrit digunakan sebelum kedatangan
Islam.Bahasa Melayu diangkat menjadi Bahasa lingua franca
dan tulisan arab-jawi digunakan selepas kedatangan Islam.

You might also like