You are on page 1of 6

Terdapatnya kesan yang diperlihatkan menerusi kebangkitan di Pattani disebabkan

oleh kewujudan konflik yang bermula pada tahun 1786 apabila kerajaan Siam berjaya
menakluki kerajaan Kesultanan Melayu Pattani melalui siri peperangan. Penaklukan telah
mengubah struktur pemerintahan dan geografi negeri Pattani apabila kerajaan Siam
melaksanakan dasar ‘Pecah dan Perintah’.[26] Negeri Pattani telah dipecahkan kepada tujuh
wilayah dan setiap satunya dilantik raja-rajan ‘boneka’ yang bertujuan untuk melemahkan
kekuasaan orang Mealyu. Disamping itu ia bertujuan untuk membentuk proses
decentralization atau pemusatan kuasa disebabkan tekanan daripada kuasa-kuasa Eropah
yang lain di mana mempunyai inkuiri dalam berlumba-lumba mencari kawasan untuk
dijadikan kawasan jajahan mereka di Asia Tenggara. Fenomena ini menjadi semakin nyata
apabila Perancis berjaya menakluki wilayah di Timur Sungai Mekong di bahagian Selatan.
Hal ini, turut dilihat dengan kerajaan British yang aktif untuk menguasai wilayah Timur Laut
Burma, Selatan China dan negeri-negeri di Tanah Melayu Utara sehingga ke Segenting Kra.
Raja Chulalongkorn selaku raja Siam ketika itu telah membentuk dasar Thesaphiban dalam
merealisasikan pemusatan kuasa ke atas negeri Pattani.

Pada tahun 1897 kerajaan Siam melalui Menteri Dalam Negeri telah mengeluarkan Akta
Pentadbiran Daerah yang dikenali sebagai Phraratchabanyat Laksana Pakkhrong Thongti.
seterusnya dua tahun kemudian akta tersebut diperkemas kinikan sehinggalah
diperkenalkan peraturan mengenai pentadbiran wilayah yang dikenali sebagai Kho
Bangkhap Pokkhrong Huamung.[27] Kedua-dua akta tersebut secara umumnya bertujuan
memecahkan negeri Pattani kepada wilayah-wilayah dan memperalihkan kuasa
pemerintahan raja-raja Melayu terhadap kerajaan Siam apabila mereka mulai sedar akan
kuasa mereka semakin berkurang ke atas negeri Pattani. Kemuncak persengketaan pada
tahun 1902 apabila Tengku Abdul Kadir selaku raja di wilayah Pattani telah ditangkap dan
dilucutkan jawatan sebagai raja Melayu di Pattani. Begitu juga dengan raja-raja Melayu di
wilayah-wilayah lain yang turut menerima nasib yang sama. Impaknya, membawa kepada
penghapusan sistem pemerintahan raja-raja Melayu di Pattani.Penangkapan dan perlucutan
jawatan raja-raja Melayu tidak hilang begitu sahaja namun ia diperjuangkan oleh OMIP.
Sebelum itu ia diperjuangkan oleh golongan ariatokrat tetapi apa tahap yang seterusnya ia
mula diperjuangkan oleh golongan Agama dan pemimpin-pemimpin tempatan. Penentangan
mereka dilihat menggunakan pelbagai strategi termasuklah mendapatkan pengaruh dan
kepercayaan daripada kerajaan British di Tanah Melayu untuk menekan kerajaan British di
Tanah Melayu untuk menekan kerajaan Siam. Namun, usaha mereka ternyata meleset
apabila British mengadakan Perjanjian Bangkok atau ‘Anglo Siamese-Treaty’ dengan
kerajaan Siam pada tahun 1909.[28] Perjanjian pengesahan sempadan member kebebasan
kepada kerajaan Siam untuk melakukan apa sahaja ke atas negeri Pattani tanpa campur
tangan British. Oleh hal demikian, kerajaan Siam mula menyentuh soal-soal budaya, identity
dan pendidikan dalam kehidupan OMIP. Salah satu dasar yang berkaitan ialah dasar
Rathaniyom yang diperkenalkan oleh Phibul Songkhram pada tahun 1938. Dasar ini telah
membawa kepada ciri-ciri kebudayaan Siam sahaja dibenarkan berkembang di Thailand.[29]
Orang Melayu Islam Pattani terpaksa berhadapan dengan dasar yang menindas kelompok
mereka di mana dipaksa meninggalkan identiti Melayu-Islam dan mengamalkan identiti
Thailand-Buddha.
Oleh hal demikian, terdapat beberapa kesan kebangkitan yang ditunjukkan oleh
masyarakat Pattani.

Kesan yang pertama ialah kewujudan Gerakan Pemisah. Lahirnya gerakan pemisah
juga adalah salah satunya ingin menuntut kemerdekaan. Lahirnya gerakan ini di Selatan
Thailand adalah sejak peringkat awal di mana masyarakat Melayu-Muslim terintegrasi dalam
negara Thailand. Mereka sangat menentang dasar asimilasi yang diterapkan oleh
pemerintah Thailand. Bentuk kebangkitan bersifat pasif sehinggalah membawa kepada
ledakan keganasan yang mana terjadi apabila keadaan yang kemuncak dalam
mempertahankan perjuangan mereka. Pada awalnya pimpinan kebangkitan ini terdiri
daripada kaum ulama dan keturunan bangsawan.

Namun, sejak tahun 1970-an terjadi perubahan pada pola dan watak-watak yang
terlibat dalam kebangkitan tersebut. Watak penting yang memimpin gerakan adalah
daripada generasi muda yang memiliki ilmu pengetahuan ataupun berpendidikan. Tokoh-
tokoh muda Melayu-Muslim tersebut lebih agresif dan canggih dalam mengorganisasikan
dan menyusun strategi pergerakan. Demikian pula dalam mengekpresikan bahasa
perjuangan, mereka berbahasa “dalam bahasa yang sama” dengan bahasa politik
pemerintah Thailand. Bagaimana tuntutan dan proses didasarkan atas asas-asas yang
diperintahkan oleh pemerintah Thailand, iaitu kebebasan persamaan, dan jaminan hak-hak
politik bagi semua warga negara tanpa memandang etnik. Selain berjuang di dalam negeri,
masalah etnik Melayu-Muslim di Selatan Thailand sangat aktif diperjuangkan menerusi
diplomasi yang dilakukan di peringkat antarabangsa. Para intelek muda tersebut mempunyai
wakil-wakil dalam pertemuan-pertemuan di peringkat antarabangsa seperti konferens Islam
di Asia, Konferens Liga Dunia Islam, Konferens Para Menteri Luar Negeri Islam, dan
Konferens Liga Arab. Begitu juga dengan dasar tuntutan yang diperjuangkan, yang mana
sebelumnya terbatas pada kuasa otonomi dalam urusan keagamaan, kebudayaan dan
hukum, namun mulai pertengahan 1970-an tuntutannya berkembang, iaitu keinginan untuk
membentuk suatu pemerintahan yang berkuasa autonomi. Dalam memperjuangkan cita-cita
tersebut, etnik pattani melakukan pergerakan-pergerakan terutama salah satunya dengan
pemberontakan untuk memisahkan diri dari kerajaan Thailand.Gerakan pemisah berpusat di
wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat yang merupakan sebahagian daripada kerajaan
Pattani. Terdapat tiga faktor utama juga yang mempengaruhi sentimen pemisahan di
Thailand iaitu kepercayaan akan nilai-nilai tradisional dan ‘keagungan’ kerajaan Pattani.[30]
Identifikasi dengan orang Melayu, hal ini diperkukuhkan lagi dengan hubungan melimpasi
sempadan dengan keluarga mereka di Utara negeri Kelantan serta disebabkan juga faktor
orientasi keagamaan berasaskan Islam. Antara gerakan pemisah yang wujud akibat
daripada kebangkitan di Pattani ialah Gerakan Gabungan Melayu Pattani Raya (GAMPAR).
GAMPAR ditubuhkan pada bulan Mac tahun 1948 di Kota Bharu, Kelantan oleh orang-orang
Pattani yang tinggal di Tanah Melayu. penubuhannya bertujuan untuk menyatukan semua
orang Melayu di selatan Thailand seperti wilayah Pattani, Yala, Narathiwat dan Satun
menjadi negeri Melayu Islam. Kedua membentuk pemerintahan sesuai dengan kehendak
dan pendirian kebangsaan Melayu, adat resam Melayu dan agama Islam. Ketiga,
meningkatkan taraf kehidupan orang Melayu Pattani supaya mendapat hak, keadilan,
kebebasan dan pendidikan. Malahan, GAMPAR dibentuk oleh rakyat Pattani yang tinggal di
Malaya yang didaftarkan atas nama badan kebajikan dan memperjuangkan politik
kebebasan yang menuju cita-cita agama, bangsa, dan tanah air.[31] Selain itu, GEMPAR
juga bermatlamat dalam mengukuhkan hubungan rapat pertalian keluarga di Pattani dan
memperbaiki taraf hidup mereka di sana. Bekerjasama antara satu sama lain dan saling
bantu-membantu malahan, memperbaiki taraf pelajaran dan menghidupkan kebudayaan
Melayu di Selatan Thailand. Presidennya ialah Tengku Mahmud Mahyuddin Ibni Sultan Abdul
Kadir Kamaruddin Syah, yang merupakan Putera Sultan Pattani yang terakhir. Usaha gigih
GEMPAR dalam meraih simpati pihak luar dilihat berhasil apabila raja-raja Melayu di Tanah
Melayu, Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS), Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu (UMNO), Malay Nasionalist Party (MNP), Persatuan Melayu Singapura dan lain-lain
lagi. Mereka bersimpati dan menyatakan secara rasmi menyokong perjuangan GEMPAR
(Mohd Zamberi, 1993).[32] Kesan daripada usaha GEMPAR telah memberi tekanan kepada
kerajaan Thailand apabila wujudnya perdebatan di Parlimen Thailand pada 4 Mac 1948 yang
membawa pengakuan Perdana Menteri Thailand tentang tiga sebab utama yang menyekat
tuntutan orang Melayu. Tiga sebab tersebut ialah penganiayaan oleh pegawai-pegawai
kerajaan Thailand yang tidak berpengalaman dan masalah korupsi yang berleluasa
dilakukan dalam kalangan masyarakat Islam Pattani, dasar pentadbiran Thailand yang
sebelumnya di mana berupa penekanan telah menghalang kebebasan agama, walaupun
telah dibatalkan tetapi masih meninggalkan kesan yang mendalam di hati masyarakat Islam
Pattani, dan kebanyakan sekolah-sekolah yang terdapat di wilayah-wilayah Islam Pattani
selama ini Cuma diajar dalam penghantar bahasa Thailand bukannya bahasa Melayu.
[33]Pengakuan yang dilakukan oleh Perdana Menteri Thailand ini seakan-akan mereka telah
memahami masalah Orang Melayu Islam Pattani (OMIP) dan sewajarnya melakukan
rombakan terhadap dasar-dasar yang dilaksanakan di ketiga-tiga wilayah. Namun, tidak
mempunyai sebarang perubahan yang berlaku malahan semakin diperketatkan aktivitiorang
Melayu Pattani. Kerajaan Thailand dilihat berusaha menyekat aktiviti (GEMPAR) dan
pemimpin-pemimpin Melayu Pattani apabila berbincang dengan kerajaan British untuk
menyekat segala aktiviti OMIP di Tanah Melayu. British dilihat lebih mementingkan
hubungan dengan Siam. Oleh hal demikian, British bertindak membantu Siam dengan
menghapuskan pergerakan-pergerakan di Tanah Melayu termasuk GEMPAR. Hal ini, dengan
cara British mengarahkan supaya Tengku Mahmud Mohyideen tidak aktif memperjuangkan
kemerdekaan Pattani. Manakala, Haji Sulong pula menerima nasib yang malang apabila
hilang dan dipercayai dibunuh oleh Kerajaan Thailand.Seterusnya, gerakan pemisah adalah
seperti Barisan Nasional Pembebasan Pattani (BNPP) atau National Liberation Front of
Pattani (NLFP) yang dalam bahasa Melayu dikenali sebagai Barisan Nasional Pembebasan
Pattani (BNPP), terbentuk pada tahun 1960, dianggap sebagai organisasi yang paling tua di
antara organisasi-organisasi gerakan pemisah. Ia didirikan oleh seorang aristocrat Melayu,
[34] yakni Tengku Mahyaddin yang dilahirkan di Pattani pada tahun 1905. Tengku
Mahyaddin adalah putera Raja Pattani yang terakhir, Abdul Kadir sesudah perang Dunia II.
Setelah Haji Sulong ditangkap pada tahun 1948, banyak pemimpin Melayu melarikan diri ke
Kelantan untuk menghalang kerjasama, termasuk bekas anggota parlimen dari Narathivat
Adul Na Siburi. Ketika Mahyaddin meninggal dunia dalam tahun 1953 Adul mengambil alih
pimpinan BNPP.[35] Pemimpin asal BNNP tersebut sebahagian besar terdiri daripada
anggota elit Melayu Pattani tradisional dan yang berperanan dalam agama seperti ulama
dan imam masjid dan madrasah.[36] Sejak tahun 1977, organisasi tersebut diambil alih oleh
sebuah kelompok baru yang secara terang-terangan bertujuan memulihkan Pattani ke
dalam zaman kegemilangannya yang lalu, di bawah pimpinan seorang raja atau sultan.
Setelah aktif sekian lama, BNPP dianggap berjasa memperkenalkan masalah kaum muslimin
kepada dunia Arab. Melalui hubungan-hubungan di timur tengah, organisasi tersebut
berjaya menghantar pelajar-pelajar Pattani ke banyak universiti, termasuk Al-Azhar di Kairo
(Mesir), university Raja Abdul Aziz di Jeddah (Arab Saudi), dan sebagainya. Organisasi
tersebut juga telah mendirikan sebuah pejabat di Kota Mekkah untuk mengkordinasikan
kegiatannya di bahagian dunia tersbut. Setiap tahun, diadakan pertemuan yang sesuai
dengan musim haji di mana untuk membahas dan mengatur strategi pemerintah Bangkok
juga merasa cemas dengan kenyataan bahawa organisasi itu dapat mengutus wakil-
wakilnya ke pelbagai pertemuan Islam.[37]Di daerah Pattani Raya, BNPP dengan giat
menentang usaha pemerintah yang ingin mendirikan wilayah-wilayah yang berpenganut
Buddha. Sejak zaman Sarit Thanarat iaitu pada tahun 1957 sehinggalah 1973, pemerintah
pusat berusaha memperkembangkan jumlah pendudukn Buddha di daerah tersebut. sejak
tahun 1960, sekitar 100 000 orang Thailand dari Timur Laut Thailand telah dipindahkan ke
daerah Pattani, Yala dan Narathiwat. Menurut rencana, sebanyak 650, 000 orang Thailand-
Buddha akan dipindahkan ke daerah muslim. Wilayah-wilayah tersebut, di samping para
penganut Buddha dan pedagang Cina, dijadikan sasaran menerusi ugutan dan gangguan.
Menurut dokumen-dokumen pemerintah, berbagai kelompok di dalam BNPP membiayai
kegiatan-kegiatan subversif dengan hasil wang ugutan atau kutipan “wang perlindungan”
yang “tiga puluh peratus daripadanya hendaklah diberikan kepada dana pentadbiran pusat”.
BNPP yang beroperasi di negeri Kelantan dan di wilayah Thailand juga giat mendorong
orang Melayu Pattani untuk memohon menjadi warga negara Malaysia. Melalui individu-
individu yang mempunyai kewarganegaraan yang bertindih tersebut, BNPP dapat
meneruskan kegiatan-kegiatannya di daerah persempadanan, kerana mereka dapat
melimpasi persempadanan dengan bebas. Terdapat banyak pelajar Pattani yang
memperolehi biasiswa dari pemerintah Malaysia termasuk dalam kategori orang-orang yang
mempunyai warga negara yang bertindih atau berganda. Setelah menyelesaikan pengajian,
mereka menjadi pegawai negeri Malaysia dan terus membantu organisasi BNPP. Dengan
demikian, orang-orang Melayu-Muslim Pattani secara beransur-ansur memasuki birokrasi
Malaysia, tiada perbezaan dengan apa yang dilaksanakan oleh masyarakat Palestin di
pelbagai negara Arab.[38] BNPP adalah kelompok Islam konservatif, dan dipercaya
mempunyai hubungan yang rapat dengan Parti Islam se-Malaya (PAS), yang telah berkuasa
di Kelatan.[39]BNPP mempunyai hubungan yang baik sangat dengan Parti Islam (PI),
sebuah parti Islam konservatif dengan pengaruh yang besar di negeri Kelantan yang
bersempadan dengan wilayah Thailand. BNPP dan para ahlinya mendapat sokongan moral
dan material dari pejabat-pejabat pemerintah Kelantan. Akan tetapi, sejak PI menderita
akibat kekalahan pada tahun 1978, arus bantuan material dari negeri itu berkurang.
Walaupun demikian, ikatan erat antara gerakan pemisah di Selatan Thailand dan para
pejabat di Kelantan dapat dipertahankan. Dapat difahami bahawa pemerintah Thailand
merasa bimbang dengan keadaan tersebut, walaupun pemerintah Malaysia telah memberi
jaminan tidak akan campur tangan dalam permasalahan tersebut. Kerana berorientasikan
kerajaan, BNPP juga memelihara hubungan yang erat dengan unsure-unsur yang lebih
konservatif di Pattani Raya. Pemerintah Thailand mencatatkan kejayaan BNPP dalam
usahanya menarik sokongan dari kalangan “masjid dan pondok” adalah yang paling efektif
dalam menyerukan “Islam sebagai faktor penyatu bagi kepelbagaian dalam kalangan
masyarakat Melayu”.[40]Selanjutnya, gerakan pemisah Barisan Revolusi Nasional Pattani
(BRN) atau pun Liberation Front of Republic Pattani (LRFP). Barisan Revolusi Nasional
Pattani adalah sebuah organisasi yang berasaskan di Utara Malaysia dan beroperasi di
Selatan Thailand. Dibentuk oleh Ustaz Karim Haji Hassan, BRN didirikan pada Mac 1963
sebagai sebuah gerakan. Gerakan tersebut bertujuan “republic”, dan cenderung kearah
suatu bentuk sosialisme Islam. Malahan, jauh lebih berfokus kepada gerakan politik,
khususnya di sekolah-sekolah agama, yang bersifat gerila.[41] Menurut sumber-sumber
pemerintah Thailand, asas gerakan tersebut terletak di kota dan memiliki pasukan gerila
yang baik kelengkapannya. Kebanyakan pemimpinnya berpendidikan luar negeri, khususnya
Malaysia dan Indonesia. BRN yang dipimpin oleh seorang bekas guru pondok[42] dan
seorang guru agama iaitu Haji Karim Hassan, bertujuan mencetuskan suatu revolusi sosial
dan membebaskan daerah Pattani dengan cara kekerasan.Tambahan pula, yang lebih
membimbangkan pemerintah Thailand adalah kenyataan bahawa BRN mempunyai
hubungan yang rapat dengan Parti Komunis Malaya (CPM) dan giat menyebar luaskan
ideologi Komunis-Sosialis dalam kalangan penduduk Melayu. Ideologi gerakan tersebut
sering dikenali sebagai sosialisme Islam, BRN bekerjasama dengan pihak komunis terasing
beberapa penyokong yang lebih konservatif di Malaysia dan Timur Tengah.

Selain itu, usaha untuk memasukkan sosialisme, Islamisme, dan nasionalisme dalam
doktrin menyebabkan berlakunya perpecahan. Walaupun gerakan tersebut adalah berskala
kecil, namun ia mengutamakan cara-cara kekerasan dan bertanggungjawab atas peristiwa-
peristiwa pengeboman dan penculikan. Gerakan BRN tidak terkenal dalam kalangan yang
lebih beragama dan konservatif, generasi muda Melayu pattani merasa tertarik oleh
pendekatan sosialis, revolusionernya. Para ulama merasa tidak ingin , kerana BRN lebih
menekankan sosialisme daripada Islam. Oleh hal demikian, dengan daya tarik sosialisnya,
ditambah dengan kerjasama yang diperoleh dari Parti Komunis (Thailand dan Malaysia),
BRN telah mengaku aktif di keempat-empat provinsi ataupun kesemua provinsi, dan
sebahagian besar provinsi Songkhla. Dengan demikian, walaupun kecil gerakan pemisah ini
dianggap sebagai ancaman besar ke atas keamanan dan kestabilan di Selatan Thailand yang
membimbangkan pihak pemerintah negera Thailand.Pada tarikh 7 Ogos tahun 1977 BRN
membentuk “Tentera Pembebasan Rakyat Muslim”, yang sering melakukan tindakan militer
bersama dengan gerilawan komunis Thailand.[43]Pembentukan pasukan tersebut telah
membentuk suatu gerakan yang mempunyai potensi yang merbahaya dalam
memperjuangkan matlamat mereka. BRN telah mengubah persoalan agama yang
melibatkan pemerintah Thailand dan golongan minoriti Orang Melayu Islam Pattani (OMIP)
menjadi sebuah konflik ideology yang melibatkan negera-negara asing. Parti Komunis Cina
dan Parti Komunis Vietnam merupakan pendukung yang kuat menerusi parti-parti komunis
setempat di kawasan Thailand. Selain itu, perjuangan diteruskan di bawah pimpinan BRN
yang sepastinya membawa kepada kemasukan banyak bantuan material dari sekutu-sekutu
yang berideologi yang sama. Hal ini, akan menyebabkan berkembangnya daya tarikan
sosialis dalam kalangan orang Melayu Islam Pattani. Prospek ini sangat membimbangkan
para pemimpin gerakan-gerakan pemisah yang lain yang bimbang bahawa sokongan
komunis tersebut akan merugikan citra gerakan kemerdekaan secara keseluruhannya.
[44]Gerakan Pemisah BRN dengan parti-parti komunis Thailand dan Malaya tersebut turut
mendiskreditkan gerakan pemisah dalam kalangan orang Malaysia yang lebih konservatif
dan lebih berorientasikan kepada Islam dan di kalangan Arab di Timur Tengah. Sebuah
gerakan yang peringkat awalnya sebagai suatu perjuangan untuk kebebasan agama dan
hak menentukan nasib sendiri berdasarkan solidariti etnik dan Islam, mewujudkan impak di
mana secara pelahan telah memasuki pengaruh ideologi materialistik. Ancaman komunis
dianggap sebagai suatu ancaman bersama oleh semua pemerintah dalam lingkungan
ASEAN. Simpati yang telah diperoleh golongan Melayu-Muslim di Pattani Raya dari kalangan
Muslim di dalam dan di luar kawasan tersebut, mulai berkurangan.

You might also like