You are on page 1of 1

Kelebihan artikel

Kelebihan Artikel ini dilihat melalui penyusunan isi yang jelas mengenai kedudukan ekonomi dan peranan
Chettiar di Tanah Melayu 1945-1957. Penglibatan komuniti Chettiar dalam perdagangan candu, insuran dan
bidang ekonomi komersial seperti perladangan getah di Tanah Melayu ini tidak diketahui ramai kerana
disinonimkan dengan aktiviti peminjaman wang semata-mata. Selain itu, kelebihan artikel ini turut memberi
perkaitan dengan kemelesetan ekonomi dunia yang memberikan kesan kepada ekonomi orang Melayu.
Kedudukan ekonomi komuniti Chettiar bertambah kukuh di sekitar tahun 1930-an sehingga Perang Dunia
Kedua. Dalam pentadbiran Jepun, kedudukan Chettiar di Tanah Melayu mulai tidak kukuh kerana pelbagai
ordinan dan lembaga yang ditubuhkan yang menyebabkan sumber kewangan Chettiar hilang nilai. Keadaan
bertambah buruk, selepas Jepun menyerah kalah, British mengumumkan 'Moratorium Proclamation’ yang
menyekat semua institusi kewangan untuk beroperasi. Sehingga komuniti Chettiar telah membuat tuntutan
dalam skim pampasan kemusnahan perang. Seterusnya, kelebihan artikel ini memperlihatkan usaha komuniti
Chettiar mengambil ikhtihar untuk mendapat naungan politik demi membantu mengembalikan kedudukan
ekonomi. Menjelang kemerdekaan ramai dalam kalangan komuniti Chettiar telah pulang ke India, yang
menyebabkan bilangan peminjam wang semakin berkurangan pada tahun berikutnya. Oleh itu, kedudukan
Chettiar di Tanah Melayu diketengahkan melalui menjana kerjasama ekonomi, masalah berhutang dan masalah
kehilangan hak milik tanah dikalangan orang Melayu.

You might also like