You are on page 1of 20

1.0 ASAS SENI REKA.

Rajah 1 carta asas seni reka.

1.1 UNSUR-UNSUR SENI


1.1.1 GARISAN
Garisan merupakan unsur seni yang paling asas. Tajuk ini biasanya diajar kepada murid
tingkatan satu dan dua. Murid tingkatan satu biasanya agak asing dengan teori seni dan guru
haruslah mengaitkan keadaan di persekitaran dengan asas-asas seni reka bagi
memperjelaskan bagaimana hubung kaitan objek-objek di persekitaran dengan seni visual.

1
A. PENGENALAN GARISAN

1. Garisan merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka wujudlah
garisan.

2. Garisan dihasilkan dengan menggunakan suatu alat atau media yang bermula dari suatu
titik permulaan merentasi sesuatu kawasan hingga terbina satu objek.

3. Garisan terdapat pada benda alam dan benda buatan manusia.


i. Contoh Garisan Pada Benda Buatan Manusia :-
Garisan pada tali, bakul anyaman, kain tenunan, bangunan, tayar kereta, corak
fabrik, jala, penapis dan sebagainya.

ii. Contoh Gaisan Pada Alam Semulajadi:


Garisan pada batu, haiwan dan tumbuhan seperti akar tumbuhan, tali, urat-urat
daun, ombak di lautan, titis-titis hujan, kulit haiwan dan tumbuhan, batu
marmar, kulit kayu dan sebagainya.

B. JENIS-JENIS GARISAN

1. Garisan Halus
2. Garisan Tebal
3. Garisan Beralun
4. Garisan Berpancar
5. Garisan Berlingkar
6. Garisan Berserabut
7. Garisan Bersudut-sudut
8. Garisan Bergerigi
9. Garisan Berbiji
10. Garisan Berbulu
11. Garisan Putus-putus
12. Garisan Berduri

Contoh-contoh garisan

2
Rajah 2 jenis-jenis garisan

C. FUNGSI GARISAN

1. Garisan menimbulkan rupa.


2. Garisan menimbulkan bentuk.
3. Garisan menimbulkan ilusi cahaya dan bayang.
4. Garisan mewujudkan ruang.
5. Garisan menghasilkan jalinan.
6. Garisan menghasilkan motif pada reka corak.
7. Garisan mewujudkan ton.
8. Garisan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid.

Rajah 3 fungsi garisan


3
Rajah 4 menunjukkan jenis garisan pada alam semula jadi.

D. GARISAN, TON & RUANG

1. Garisan yang halus menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang tebal akan
menimbulkan ton yang gelap.

2. Garisan yang jarang-jarang menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang rapat-
rapat menimbulkan ton yang gelap.

3. Garisan yang halus akan menimbulkan ilusi ruang yang jauh manakala garisan yang
tebal akan menampakkan ruang yang hadapan.

E. APLIKASI GARISAN DALAM KARYA SENI


1. Lukisan
2. Catan
3. Anyaman
4. Tenunan
5. Kolaj
6. Pualaman
7. Arca
8. Gurisan
9. Cetakan
10. Resis (batik / ikat celup)

4
Rajah 5 contoh bahan,media dan teknik yang dapat menghasilkan garisan.

1.1.2 JALINAN

A. APA ITU JALINAN

1. Jalinan merupakan kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda, seperti kesan pada
permukaan kulit durian, kulit rambutan, tapak kasut, kulit kayu, bulu kucing, belang pada
harimau dan lain-lain.
2. Jalinan pada benda buatan manusia dan benda ciptaan Tuhan memberi kesan tampak yang
berbeza.
3. Setiap objek yang berjalinan, mempunyai fungsi dan nilai-nilai yang tersendiri.

B. JENIS-JENIS JALINAN
1. Jalinan Sentuh
a. Merupakan kesan permukaan yang dapat dilihat dan dirasa melalui sentuhan
seperti, permukaan batu, kulit kayu, kulit kerang

b. Jalinan sentuh dapat dipindahkan ke permukaan 2 dimensi melalui beberapa


teknik seperti capan, cetakan, gosokan dan sebagainya.

2. Jalinan Tampak
Merupakan kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui
sentuhan seperti, sayap rama-rama, kulit tembikai, kertas pembalut hadiah, kertas
dinding, corak tekstil dan sebagainya.

5
C. FUNGSI JALINAN
1. Sebagai Penyamaran - seperti sesumpah, serangga, harimau dan kuda belang.
2. Menahan Geseran - tayar kereta, tapak kasut.
3. Sebagai hiasan - corak pakaian, corak kertas dinding.
4. Pengaliran air dan udara.

D. CONTOH PENGHASILAN KARYA BERJALINAN TAMPAK


i. Gosokan
Teknik gosokan menggunakan bahan berjalinan sentuh sebagai subjek, di mana
permukaan kertas hendaklah diletakkan di atas benda berjalinan seperti duit
syiling, batu-batu jalan, kulit kayu. Seterusnya hendaklah menggunakan pensel atau
pensel warna untuk digosokkan atas permukaan kertas tersebut bagi mendapat
kesan jalinan.
ii. Capan
Kaedah ini banyak digunakan sebagai aktiviti di sekolah rendah, menggunakan
bahan-bahan berjalinan sentuh seperti daun, sayur-sayuran, ubi kentang, kacang
bendi, lalu di sapu warna dan dicap pada permukaan kertas.
iii. Ikat dan celup
Menggunakan kaedah pengasingan warna dengan menggunakan cara mengikat
bahagian-bahagian kain yang tidak ingin diwarnakan. Selesai mengikat dengan
getah atau tali rafia, kain hendaklah dicelup ke dalam pewarna atau dye mengikut
warna yang dikehendaki.

iv. Pualaman
Menggunakan kaedah pengasingan warna minyak dengan air. Air diletakkan ke
dalam tray lalu di titiskan dengan cat minyak. Seterusnya kertas diletakkan pada
permukaan air yang mengandungi cat tersebut.
v. Batik
Kaedah batik termasuklah batik blok, batik canting dan sebagainya.
vi. Lukisan dan catan
Menggunakan pen, pensel warna, pensel atau cat dapat menghasilkan kesan ilusi
jalinan.

E. KAEDAH PENGHASILAN KARYA BERJALINAN SENTUH

i. Anyaman
Penghasilan anyaman rotan, anyaman buluh, anyaman tikar dan sebagainya.
ii. Tenunan
Jalinan menggunakan benang atau tali dapat mewujudkan kesan jalinan sentuh.
iii. Sulaman
Semua jenis sulaman temasuk sulaman silang pangkah, tekat, quilting dan
sebagainya mencipta kesan jalinan sentuh.
iv. Kolaj
Merupakan kaedah potong dan tampal, selain dari potong, kolaj juga boleh dibuat
daripada bahan-bahan seperti daun, kacang, pasir, kulit siput dan lain-lain.

6
1.1.3 RUPA

A. PENGENALAN
Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya. Rupa boleh
dihasilkan daripada garisan, warna dan jalinan.

B. JENIS-JENIS RUPA
i. Rupa Geometri
Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi, empat segi dan
lain-lain rupa yang bersudut. Dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris, set
geometri dengan ukuran-ukuran tertentu
ii. Rupa Organik
Rupa organic merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya seperti rupa daun,
rupa orang, rupa ikan dan sebagainya. Dihasilkan secara sepontan.

C. RUPA POSITIF DAN RUPA NEGATIF


Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan tertentu. Rupa negatif
ialah ruang di sekeliling rupa objek tersebut.

7
D. RUPA DALAM AKTIVITI MENCORAK
Rupa boleh berubah dan mewujudkan rupa yang lain dengan cara tindanan, tambahan atau
luakan ( pengurangan ). Rupa dalam aktiviti mencorak, merupakan susunan rupa yang
berulang-ulang dengan jarak dan kedudukan tertentu. Rupa akan menghasilkan kesan corak
daripada perlawanan rupa positif dengan rupa negatif. Hasilan corak akan lebih menarik
apabila rpa disusun berulang-ulang dalam susunan tertentu.

E. JENIS-JENIS SUSUNAN DALAM MENCORAK

i. Susunan selang-seli
ii. Susunan turun separa
iii. Susunan batu-bata.
iv. Susunan orgee
v. Susunan cerminan
vi. Susunan sisik ikan

F. RUPA DAN LAMBANG / LOGO


Rupa boleh diolah menjadi lambang atau simbol kepada sesebuah syarikat, persatuan dan
pertubuhan. Rupa juga boleh menjadi jenama kepada sesuatu barangan.

G. RUPA DAN MUKA TAIP


i. Muka taip ialah jenis-jenis rupa berbentuk huruf.
ii. Rupa muka taip boleh menghasilkan pelbagai gaya.
iii. Rupa muka taip boleh terdiri daripada muka taip serif(berekor)dan sanserif (tidak berekor).

8
1.1.4 BENTUK

A. PENGENALAN

1. Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada satu
permukaan dan bersifat tiga dimensi (3D)
2. Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan karya seni yang bersifat
realistik.
3. Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan bagi menghasilkan bentuk seperti
garisan, jalinan, rupa, ruang dan warna.
4. Garis luar sesuatu objek yang akan berubah mengikut arah pandangan mata.
B. CIRI-CIRI BENTUK

1. Bersifat tiga dimensi (3D) mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman


2. Berstruktur - mempunyai rangka yang membolehkan membentuk form atau isipadu dengan
tepat dan sempurna
3. Boleh dilihat dari semua arah mempunyai lebih dari satu permukaan
4. Terdapat bayangan mempunyai kesan cahaya dan bayang

C. JENIS-JENIS BENTUK
i. Bentuk Konkrit
a. Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa, disentuh dan dilihat
daripada pelbagai sudut.
b. Mempunyai ciri-ciri nyata dan maujud (benar-benar wujud di hadapan mata).
c. Contoh benda berbentuk konkrit ialah seperti batu, kayu, meja, kereta dan
sebagainya.
ii. Bentuk Ilusi.

a. Bentuk ilusi ialah bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-
unsur seni seperti warna, garisan dan lain-lain
b. Bentuk objek yang dilihat dan dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi, cetakan
atau pada permukaan rata (bersifat dua dimensi)
c. Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati melalui deria
penglihatan.
d. Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang dapat mencipta bentuk, penggunaan
kesan cahaya dan bayang merupakan faktor terpenting.

D. MEMBINA BENTUK KONKRIT

Bentuk boleh dihasilkan melalui :-

1. Garisan anyaman (rotan, lidi, buluh) , tenunan (benang, tali), lingkaran (dawai).
2. Rupa potongan kadbod (polihidera), teknik lipatan kertas (seni origami), teknik lipatan kain
(topologi).
3. Bentuk juga boleh dibina dengan menggunakan tanah liat, plaster of paris, kayu, lilin, sabun,
batu, kaca dan sebagainya.

9
Rajah 6 menunjukkan jenis-jenis bentuk

1.1.5 RUANG

A. PENGENALAN RUANG & PERSPEKTIF


1. Perubahan saiz, jarak dan warna objek alam akan berlaku apabila objek tersebut dilihat
pada jarak jauh.
2. Dalam konteks seni, proses tersebut dinamakan perspektif.
3. Perubahan nilai ton warna kanan mewujudkan ruang kedalaman atau kecetekan sesuatu
ruang mengikut ktentuan pelukis.
4. Dalam karya 2 dimensi, garisan grid digunakan untuk menimbulkan ruang dan ilusi 3
dimensi melalui 3 cara iaitu :-

a. Perspektif 1 titik lenyap


b. b. Perspektif 2 titik lenyap
c. Perspektif 3 titik lenyap

B. PANDUAN MENGHASILKAN LUKISAN


i. Perspektif 1 titik lenyap
Perspektif 1 titik lenyap berpunca daripada satu arah (fokus) jauh dan
menghilang. Objek akan menjadi besar apabila hampir dengan kita.
ii. Perspektif 2 titik lenyap

10
Mempunyai 2 titik disebelah kanan dan kiri lukisan dan memfokuskan ke arah
bahagian tengah yang menjadi bahagian terdekat atau paling hadapan.
iii. Perspektif 3 titik lenyap
Biasanya digunakan semasa menghasilkan lukisan bangunan-bangunan yang
Tinggi.

1.1.6 WARNA
A. PENGENALAN
i. Tuhan telah menjadikan alam ini penuh dengan warna warni yang boleh dinikmati
oleh manusia;
ii. Manusia boleh membina imej dirinya dengan penampilan warna yang tepat dan
sebuai mengikit situasi tertentu.
iii. Roda warna adalah gambaran visual warna ditetapkan mengikut hubungan warna
antara watu sama lain.
iv. Bermula dengan posisi roda warna, warna asas mempunyai jarak yang sama daripada
satu sama lain, kemudian tercipta warna sekunder dan tertier.
v. Istilah-istilah ini merujuk kepada kumpulan atau jenis warna

B. JENIS-JENIS WARNA

i. Warna Asas

Warna asas atau warna primer merupakan warna dasar sesebuah warna. Warna-warna yang
tidak boleh dibuat daripada campuran warna lain tetapi boleh menghasilkan warna kedua dan
ketiga. Mempunyai kuasa yang hebat. Digunakan dalam penghasilan seni seperti poster,
bendera, logo, lencana dan sebagainya.

Rajah 7 Warna

11
ii. Warna Sekunder
Juga dipanggil warna kedua. Warna sekunder dicipta daripada campuran dua warna
asas. Warna sekunder = warna asas + warna asas. Warna sekunder ialah jingga, ungu dan
hijau :
a. Jingga = merah + kuning
b. ungu = merah + biru
c. hijau = kuning + biru

iii. Warna Tertier


Dicipta daripada campuran warna asas dan warna sekunder di sebelahnya dalam roda warna :
Warna tertier = warna asas + warna sekunder
Warna tertier terdiri daripada :
a. biru ungu = biru + ungu
b. biru hijau = biru + hijau
c. kuning jingga = kuning + jingga
d. kuning hijau = kuning + hijau
e. merah jingga = merah + jingga
f. merah ungu = merah + ungu

C. WARNA PANAS & WARNA SEJUK


i. Warna PanasTerdiri daripada kumpulan warna merah, jingga dan kuning, termasuk
warna merah jingga, merah ungu, dan kuning jingga.
ii. Menimbulkan suasana yang ceria, meriah, riang dan sebagainya
iii. Warna-warna panas akan kelihatan lebih menonjol kehadapan
iv. Sesuai untuk catan bertemakan perayaan, peperangan, kemeriahan, pesta dan
sebagainya.
v. Contoh bahan-bahan sekitar yang di dalam kumpulan warna panas iaitu kumpulan
warna merah dari cili dan bunga yang berwarna merah.
vi. Contoh karya yang menggunakan warna-warna panas. Penggunaan warna-warna
merah, hitam jingga dan kuning menimbulkan suasana panas pada karya-karya
berikut.
D. Warna Sejuk
i. Merupakan kumpulan warna-warna biru, hijau, ungu, biru ungu, biru hijau
dan merah ungu.
ii. Menimbulkan suasana nyaman, selesa, sejuk, segar, sedih dan sunyi
iii. Warna-warna ini menghasilkan ilusi kejauhan dan kebelakang.
iv. Sesuai jika digunakan untuk menghasilkan kertas dinding, catan bertema alam
semulajadi, kematian, kesegaran.
v. Contoh objek alam yang mempunyai kumpulan warna-warna sejuk seperti laut
dan langit, permandangan di kawasan laut, warna biru dan ungu serta warna biru
dan hijau di dasar laut.
vi. Contoh karya seni yang menggunakan kumpulan warna sejuk seperti penggunaan
warna biru dan kesan sewarna serta campuran warna biru , hijau dan ungu
menimbulkan suasana sejuk.

12
E. PENGENALAN WARNA BERTINDAK
Pengetahuan tentang warna bertindak amat penting dalam menghasilkan seni dan
komunikasi (grafik) seperti logo, poster, kulit buku, corak dan sebagainya agar kesan
yang tertentu dapat dihasilkan. Bagi menghasilkan seni grafik, sekiranya pemilihan
warna pada sesebuah karya yang tidak sesuai akan mengakibatkan karya tersebut
gagal menarik perhatian dan menyampaikan mesej daripada seni grafik tersebut.
Contohnya jika sebuah poster menggunakan warna latar belakang serta ilustrasi yang
seakan-akan sama dengan kapsyen/muka taip (tajuk poster) sudah pasti poster tersebut
gagal memperlihatkan mesej yang hendak disampaikan disamping gagal menarik
perhatian orang ramai dan hanya merugikan. Warna yang bertindak negatif juga akan
menyebabkan tiada kesan keterbacaan jika dilihat dari jarak yang jauh. Ini
menyebabkan penonton tidak akan membaca poster tersebut sekaligus poster tersebut
gagal berfungsi bagi menyampaikan mesej.

E. MAKSUD WARNA BERTINDAK

1. Warna yang sama pada latar belakang yang berlainan akan menimbulkan kesan yang
berbeza.

2. Apabila dua warna menimbulkan kontra yang jelas dan ketara, tindakan positif
dihasilkan.

3. Apablia dua warna menimbulkan kesan ton dan nilai yang hampir sama, tindakan
negatif dihasilkan.

4. Contoh kesan-kesan terhadap pemilihan warna-warna yang bertindak negatif dan


positif jika diaplikasi pada kapsyen poster. Cuba kecilkan sedikit mata anda bagi
membaca kapsyen BELIA BENCI DADAH di bawah bagi mendapatkan kesan seperti
melihat dari jarak jauh.

13
1.2 PRINSIP REKAAN

Rajah 1. Carta Prinsip Rekaan.

Prinsip rekaan merujuk kaedah dan teknik susunan atau pengolahan unsur seni untuk
menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni visual. Terdapat tujuh prinsip rekaan ,
antaranya harmoni , kontra , penegasan , imbangan , irama dan pergerakan , kesatuan, dan
kepelbagaian .

A. Harmoni

1. Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang
sesuai dan seimbang. Harmoni tidak akan muncul jika tedapat ciri-ciri yang
bercanggah.
2. Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman , tenang , teratur
dan damai.
3. Aplikasi warna dari kumpulan yang sama dapat menimbulkan gambaran harmoni
dalam sesuatu gubahan.
4. Aplikasii prinsip rekaan harmoni dapat menimbulkan gambaran yang sempurna pada
pandangan.
5. Contoh seni harmoni adalah seperti dibawah.

14
Rajah 2 warna harmoni

15
1.2.2. Kontra
1. Kontra wujud apabila terdapat unsur-unsur seni yang bertentangan ataubercanggahan dalam
sesuatu gubahan.
2. Aplikasi prinsip rekaan kontra akan menimbulkan daya tarikan, kerana ciri-ciri
yang bertentangan akan menimbulkan perbezaan.
3. Contoh seni kontra adalah seperti dibawah.

16
1.2.3. Penegasan
1. Penegasan dalam konteks Pendidikan Seni Visual adalah merupakan sesuatu
2. yang boleh memberi tumpuan kepada pemerhatian tampak.Penegasan pada sesuatu objek pada
alam semula jadi dapat berfungsi dengan sepenuhnya sekiranya objek tersebut dapat menarik
perhatian seseorang.
3. Penegasan sememangnya dapat menonjolkan sesuatu unsur atau objek dalam
4. sesuatu hasil karya yang dapat menarik perhatian.Aplikasi prinsip rekaan penegasan akan
memberikan daya tumpuan yang lebih terhadap unsur seni tersebut.
5. Contoh penegasan seperti dibawah.

1.2.4 Imbangan.
2. Imbangan bermaksud keadaan yang berpadanan dari segi berat , tarikan , dan
tumpuan perhatian.
3. Aplikasi prinsip ini akan memberikan tumpuan yang tidak membiarkan ruang kosong yang
ketara.
4. Terdapat dua jenis imbangan :

1. Imbangan simetri wujud apabila unsur-unsur yang ada pada bahagian kiri dan

kanan atau atas dan bawah dalam satu komposisi itu sama. Aplikasi imbangan

simetri akan menghasilkan kesan yang lebih stabil, kukuh dan kelihatan formal.

2.Imbangan tidak simetri wujud apabila sesuatu gubahan itu mempunyai unsur

yang sama atau berlainan tetapi berbeza dari segi penampilannya.

17
3.Contoh jenis imbangan adalah seperti berikut.

18
1.2.5. Irama dan pergerakan.
2. Irama dan pergerakan ialah satu kesan ilusi yang wujud daripada perulangansusunan satu
atau lebih objek secara berterusan untuk menimbulkan harmoni,Objek yang tersusun itu
adalah objek utama dan berbeza dengan latar.
3. Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan realistikterhadap sesuatu gubahan.
4. Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dan sebagainya.
5. Berikut adalah contoh irama dan pergerakan.

1.2.6 Kesatuan.
1. Kesatuan ialah penggabunggan prinsip rekaan dan unsur seni dalam usaha
melahirkan sesuatu rekaan seni visual yang sempurna lagi baik.

2. Penggabungan ini selalunya menjurus kepada tema dan idea yang sama yang
Saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain.

3. Fungsi Kesatuan
a. Menghasilkan karya yang lebih lengkap, teratur dan sempurna.
b. Menimbulkan suasana yang tenteram dan selesa
c. Menjadikan karya lebih menarik.
d. Menjadikan karya penuh dengan unsur-unsur seni.

19
4. CONTOH: Logo,ilustrasi,lambang,corak,komik,grafik dan lain-lain.

1.2.7. Kepelbagaian
i. Kepelbagaian ialah hasil karya yang mempunyai penggabungan pelbagai gaya,nilai dan idea,yang
berbeza dalam sesuatu gubahan.
ii. Kepelbagaian merujuk kepada keadaan yang mempunyai penggabungan pelbagai gaya,nilai dan idea
yang berbeza dalam suatu gubahan.
iii.Kepelbagaian dapat diwujudkan melalui aktiviti gayaan,perlanjutan dan kontra.Aplikasi prinsip
rekaan kepelbagaian dalam karya seni visual dapat memberi gaya,variasi tenaga,dan daya tarikan
bagi gubahan itu.Keadaan yang mempunyai penggabungan pelbagai gaya, nilai dan idea yang
berbeza dalam sesuatu gubahan.Kepelbagaian dapat diwujudkan melalui aktiviti gayaan, lanjutan
dan kontra.

vi. Aplikasi prinsip rekaan kepelbagaian dalam karya seni visual memberi gaya,

v. variasi, tenaga dan daya tarikan bagi gubahan itu.Aplikasi prinsip irama dan pergerakan dalam
kegiatan menggambar dapat menghasilkan irama dan suasana yang tertentu, gambar jadi lebih
menarik,menimbulkan daya tarikan yang lebih menarik, menimbulkan kesan visual yang lebih
hidup dan realistik.

20

You might also like