You are on page 1of 2

____________________________________________________________________________________

No. Kad Pengenalan : 971024015162


Tarikh : 29 OGOS 2016

IRNE INDRIANA BINTI ARSHAD


NO 26 JALAN PERMATA 13/6,
TAMAN PERMATA 1,
86000 KLUANG ,JOHOR DARUL TAKZIM ,MALAYSIA

Assalamualaikum wrt.wbt.
TAWARAN KEMASUKAN KE KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)
SESI II 2016/2017

Didoakan semoga tuan/ puan sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T.

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan tuan/ puan untuk melanjutkan pengajian di KUIS telah diterima dan tuan/
puan telah ditawarkan mengikuti pengajian seperti ketetapan berikut:

FAKULTI : FAKULTI PENDIDIKAN


PROGRAM : BACHELOR OF EDUCATION (HONS) TEACHING ENGLISH AS A SECOND
LANGUAGE (TESL) WITH MULTIMEDIA (BE01)
KAEDAH PENGAJIAN : SEPENUH MASA
TEMPOH PENGAJIAN : 4 TAHUN
TARIKH PENDAFTARAN : 15 NOVEMBER 2016
LOKASI PENDAFTARAN : PUSAT KONVENSYEN KUIS
MASA PENDAFTARAN : 8.30 PAGI HINGGA 3.30 PETANG
YURAN PENDAFTARAN : RM 1,000.00 (WARGANEGARA MALAYSIA)

Sila rujuk Lampiran 1 untuk maklumat lanjut.

Sehubungan itu, pihak kami merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak tuan/ puan kerana memilih
KUIS untuk melanjutkan pengajian.

Sekian,terima kasih.

Wassalam.

'Di sini lahirnya...Da'i, Ulama & Umara'

Timbalan Rektor
Pengurusan Korporat (Pembangunan dan Pengantarabangsaan)
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
(Bagi pihak KUIS)
Surat ini adalah cetakan komputer. Tidak memerlukan tandatangan.
LAMPIRAN I
1. Tawaran ini sah bagi tahun akademik dan sesi pengajian yang ditawarkan sahaja.

2. Sila pastikan pastikan semua Sijil Akademik ASAL dan salinan yang telah disahkan dibawa bersama pada hari
pendaftaran.

3. Senarai keperluan dan dokumen untuk PENDAFTARAN boleh di dapati di laman web KUIS. Sila muat turun
(download) dokumen berikut:

i Surat Tawaran Kemasukan,

ii Borang Permohonan Kemasukan, dan

iii Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu.

4. Pemeriksaan kesihatan boleh dijalankan di Hospital/ Klinik kerajaan atau swasta.

5. Semua pelajar sepenuh masa WAJIB menginap di asrama yang disediakan oleh pihak KUIS (tertakluk
kepada kekosongan).

6. Sebarang pertukaran program boleh dibuat dalam tempoh seminggu selepas hari pendaftaran.

7. Pihak KUIS berhak membatalkan mana-mana program yang ditawarkan jika jumlah pelajar tidak mencapai 20
orang. Walau bagaimanapun, pelajar dibenarkan untuk membuat pertukaran program berdasarkan kelayakan
dan syarat kemasukan yang ditetapkan.

8. Surat tawaran ini TERBATAL sekiranya:

i Tuan/ puan gagal mendaftar pada tarikh pendaftaran yang ditetapkan.

ii Tuan/ puan disahkan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar mengalami masalah psikiatrik dan HIV/AIDS
sebelum atau selepas penerimaan tawaran.

iii Tuan/ puan didapati terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

iv Tuan/ puan didapati menipu dalam memberi maklumat palsu semasa mengisi permohonan kemasukan
sama ada secara online atau manual.

v Dokumen/ Sijil Kelayakan yang dikemukakan adalah tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan
oleh agensi berkaitan (Contoh: KPT/ MQA).

9. Sebarang informasi, sila hubungi saluran berikut:

No. Telefon : 03-8911 7000 no. sambungan : 2240/ 2239/ 1220/ 1205

No. Faksimili : 03-8926 8462

No. Whatsapp : 019-389 6937

E-mel : admission@kuis.edu.my

Surat ini adalah cetakan komputer. Tidak memerlukan tandatangan.

You might also like