You are on page 1of 3

A-27-05, JALAN WANGSA DELIMA 8,

RESIDENSI WANGSAMAS,

50600 WANGSA MAJU,

KUALA LUMPUR.

Kolej Universiti Picoms (PIUC),

No 3,Jalan 31/10A,Kawasan Perindustrian IKS,

Taman Batu Muda,68100 Batu Caves, 30 OCTOBER 2020

Kuala Lumpur

Tuan,Puan

Permohonan Menduduki Peperiksaan Akhir Sem 6

Nama: IKRIMAH ZA’IM BIN HILMI

Matrik No: PC07180022

Semester: Sem 6

Pinjaman PTPTN : PINJAMAN PENUH

1. Saya Ikrimah Za’im Bin Hilmi ingin membuat permohonan untuk menduduki peperiksaan
akhir bagi semester 6 ini pada 16/11/2020. Hal ini kerana , saya dapati nama saya
terlibat dalam senarai pelajar yang mempunyai tunggakan yuran penginapan. Seperti
yang saya sedia maklum sebelum memasuki PIUC, pihak PIUC menyediakan asrama dan
pengangkutan percuma pada tahun pertama iaitu selama setahun. Saya daftar masuk ke
asrama pada 29/7/2018 dan sepatutnya bermula bayaran penginapan bermula bulan 8
2019 sehingga januari 2020 . Tetapi saya dimaklumkan oleh warden asrama yang saya
tidak perlu bayar lagi yuran penginapan selagi pihak HEP tidak mengeluarkan surat hitam
putih kepada pelajar. Sehingga kini tiada surat hitam putih yang saya terima daripada
mana-mana pihak mengenai yuran penginapan. Dan Cik Emy orang atasan HEP juga
menyatakan semasa orentasi bahawa para pelajar yang hadapi bayaran penginapan
tertunggak boleh selesaikan sebelum hari graduasi . Dan graduasi kami adalah dalam
tempoh 1 hingga 2 tahun lagi.

2. Saya cuba untuk menghubungi pihak HEP bagi menjelaskan hal ini tetapi tidak mendapat
sebarang respon. Pelajar tidak diberikan maklumat terperinci mengenai bayaran
tunggakan ini dan tiada sebarang memo dikeluarkan bagi membuat pembayaran. Kami
hanya mendapat maklumat mengenai hal ini pada 24/10/2020, iaitu 3 minggu sebelum
tarikh peperiksaan.
3. Keluarga saya juga mengalami masalah kewangan berikutan pendemik covid-19 yang
sedang berlaku. Bagi pihak saya sendiri pula, saya terkandas di kuala lumpur dan tidak
dapat balik ke sisi keluarga yang berada di Melaka akibat pelaksanaan pkpb. Saya
terkandas di Kuala Lumpur kerana pihak picoms telah mengeluarkan arahan rasmi agar
para pelajar akhir tahun fakulti farmasi untuk pulang ke kampus tetapi dibatalkan. Saya
tinggal bersendirian di Kuala Lumpur dan terpaksa menanggung kos yang tinggi dengan
harga sewa bilik sahaja berjumlah RM 450. Baru-baru ini mentor fakulti farmasi ada
meminta informasi mengenai pelajar yang terkandas di Kuala Lumpur tetapi tiada
sebarang bantuan yang disalurkan oleh pihak picoms kepada saya.

4. Saya harap pihak PIUC membenarkan saya untuk menduduki peperiksaan akhir bagi sem
ini kerana saya tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk membayar semua
tunggakan dalam masa 3 minggu . Saya harap pihak PIUC mengambil tindakan yang
sewajarnya mengenai isu ini.

Terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh pihak PIUC.

Yang benar,

IKRIMAH ZA’IM BIN HILMI

PC07180022

PELAJAR DIPLOMA FARMASI JULAI 18


LAMPIRAN SURAT TAWARAN KEMASUKAN KE PIUC

You might also like