You are on page 1of 4

TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (PENGURUSAN)

DEPUTY SECRETARY GENERAL (MANAGEMENT) __ KEMENTERIAN


PENDIDIKAN
Kementerian Pendidikan Malaysia MALAYSIA
Ministry of Education Malaysia
Aras 6, Siok E8
Kompleks E Tel: 03-88846152
,?9mf,"~dbiran Kerajaan Persekutuan Faks: 03-8889 5040
/&~04~~../AYA Laman Web: www.moe.gov.my
!~j,/ i l:h "c.~\ Ruj. Kami: KPM.500-7/117JldC(I1)
;:~-/
,..,I .~, Tarikh : '\ Jun 2017

,,-::;.. \

\~~~0~f;.
Seperti Senai"af-Edaran

YBhg. DatuklDato'/DatinlTuan/Puan

PERTUKARAN KELUAR PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) YANG


MENGHADAPI MASALAH KESIHATAN BERADA DALAM JAWATAN
KUMPULAN (POOL), BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA YANG MEMPEROLEH MARKAH
PRESTASI 80% DAN KE ATAS

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2. Sepertimana pihak YBhg. DatuklDato'/Datin/Tuan/Puan sedia maklum,


pelaksanaan pertukaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) ke jawatan
kumpulan (Pool) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada masa ini
dilaksanakan berdasarkan kepada Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian
Pelajaran Malaysia Bilangan 2 Tahun 2009.

3. Pelaksanaan pertukaran PPP ke jawatan kumpulan (Pool) adalah antaranya


bagi membolehkan seseorang pegawai yang menghadapi masalah kesihatan
mendapatkan rawatan atau memperoleh cuti sakit yang berkelayakan dalam satu
tahun kalendar dan pertukaran seseorang pegawai ke dalam jawatan kumpulan
(Pool) akan membolehkan Ketua Jabatan mengisi tempat pegawai tersebut dengan
pegawai lain. Dengan kaedah ini, sistem pengajaran dan pembelajaran (PdP) di
sesebuah sekolah atau sesuatu tugas di sesebuah jabatan akan terus terlaksana
dengan baik dan lancar. ./ht. ;)..u1J;ffJ
1
4. Walau bagaimanapun, berdasarkan maklumat dan pemantauan BPSM ke
atas pegawai yang berada dalam jawatan kumpulan (Pool) KPM, adalah didapati:

4.1 Sebilangan PPP memperoleh markah prestasi yang melebihi 80%


daripada Pegawai Penilai. Markah prestasi yang diperolehi
menunjukkan pegawai berkemampuan melaksanakan tugas hakiki
dalam keadaan kesihatan pegawai berkenaan yang mungkin berkait
dengan tahap kesihatan yang bertambah baik; dan

4.2 Terdapat sebilangan PPP yang berada di dalam jawatan kumpulan


(Poo!) telah diperakukan oleh penyelia untuk dipertimbangkan kenaikan
pangkat atas dasar pegawai telah berkhidmat dengan prestasi yang
baik.

5. Oalam hubungan ini, Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan


Pelajaran (LKPPP) No.1 yang bersidang pada 24 Februari 2017 telah memutuskan
supaya PPP yang berada di dalam jawatan kumpulan (Poo!) dan memperoleh
markah yang layak diberi pertimbangan untuk kenaikan pangkat ditangguhkan
terlebih dahulu pertimbangan kenaikan pangkat sehinggalah pegawai ditukarkan
keluar dari jawatan kumpulan (Poo!) dan ditempatkan melaksanakan tugas hakiki di
jabatan atau sekolah.

6. Sehubungan itu, kerjasama YBhg. OatuklOato'/Oatinffuan/Puan adalah


dipohon untuk mengenalpasti PPP di bawah seliaan pihak YBhg.
OatuklOato'/Oatin/Tuan/Puan yang masih berada di dalam jawatan kumpulan (Poo!)
atas sebab masalah kesihatan tetapi telah menunjukkan tahap kesihatan yang
semakin baik dan prestasi kerja yang memperoleh markah 80% dan ke atas
untuk diperakukan keluar daripada jawatan kumpulan (Pool). Ini terutamanya
kepada pegawai yang Laporan Perubatan menunjukkan pegawai tersebut telah
semakin sihat dan dapat menjalankan tugas-tugas hakiki dengan baik.

2
7. Di penempatan di sekolah, pengetua atau guru besar bolehlah berbincang
dengan pegawai dalam menentukan waktu atau masa mengajar minima yang sesuai
dengan kemampuan pegawai dan selepas enam (6) bulan di penempatan hakiki,
pegawai boleh diperakukan penilaian untuk tujuan kenaikan pang kat Time Based
Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) sehingga menunjukkan prestasi yang baik dan
memenuhi kriteria kenaikan pangkat yang ditetapkan.

8. Kerjasama dan perhatian YBhg. DatuklDato'/DatinlTuan/Puan berhubung


perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.
"SEHATI SEJIWA"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

(DATO' JAMI
Timbalan Ketua etiausaha (Pengurusan)
b.p. Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia

s.k.
KSU
KPPM
SUB(SM)
TSUBK(SM)
TSUB(SM) K
TSUB(SM) P
KPSU(SM)TIW
Fail Timbul

3
SENARAIEDARAN

Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Selangor
Jalan Jambu Bol 4/3E, Seksyen 4
40604 Shah Alam
SELANGOR

Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Persiaran Tunku Syed Sirajuddin
50604 KUALA LUMPUR

Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya
Jalan P16, Presint 16
62150 Wilayah Persekutuan
PUTRAJAYA

Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Kelantan
Bandar Baru Tunjong
16010 Kota Bharu
KELANTAN

Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Perlis
Jalan Tun Abd. Razak
01990 Kangar
PERLIS

Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Melaka
Jalan Bukit Beruang
Peti Surat No. 62
75902 MELAKA

Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Pulau Pinang
Bangunan Syed Putra
10900 PULAU PINANG

Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Terengganu
Jalan Bukit Kecil
20604 Kuala Terengganu
TERENGGANU

Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Pahang
Bandar Indera Mahkota
25604 Kuantan
PAHANG

You might also like