You are on page 1of 2

NAMA PEMBACA: NG XING YEE, P’NG TI SHUEN, TENG YUAN YING

TAJUK ARTIKEL: MENANGANI ISU KESELAMATAN DI SEKOLAH

TARIKH PEMBACAAN ARTIKEL: 02/11/2020 JUMLAH MUKA SURAT: -

1. RINGKASAN EKSEKUTIF (ringkasan artikel secara keseluruhan)

Beberapa insiden yang berlaku dalam kawasan sekolah juga perlu diberi perhatian
serius supaya tidak terus menimbulkan kerisauan. Kes buli dan penderaan telah
difokuskan. Bukan itu sahaja, insiden kemalangan di sekolah seperti kejadian tiang gol
jatuh menimpa pelajar juga wajar dipandang serius. Oleh itu, semua pihak berkenaan
harus menilai semula peranan dan tanggungjawab mereka agar isu keselamatan di
sekolah dapat diselsaikan secara meyeluruh. Dalam kawasan sekolah, pihak pentadbir
boleh menyediakan persekitaran yang selesa, selamat dan kondusif kepada pelajar.
Sebagai contoh, semua peralatan dan prasarana yang ada di sekolah sentiasa
dipantau dan diselenggara secara berkala mengikut jadual. Dalam keadaan ekonomi
yang tidak menentu kita sudah tidak boleh bergantung harap sepenuhnya kepada
peruntukan kewangan dari pihak kerajaan semata-mata apatah lagi dengan bilangan
sekolah yang terlalu banyak di negara kita. Lantaran itu, pihak sekolah mesti berusaha
secara proaktif dengan kerjasama dan bantuan pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG) untuk menyediakan kemudahan terbaik dan selamat kepada pelajar.
Seterusnya, pihak sekolah juga harus lebih menitikberat dan berwaspada pada kes
buli. Hal ini demikian kerana, kes ini masih berterusan dan khususnya berlaku di
sekolah asrama penuh.

Dalam kes buli, pihak sekolah seharusnya cari punca kenapa anak-anak ini bertindak
agresif sehingga boleh mencederakan orang lain dan langkah-langkah pencegahan
perlu dilaksanakan sepanjang masa. Contohnya, pihak Kementerian Pengangkutan
sudah mula bertindak dengan kuat kuasa zon larangan selepas kelamangan maut dan
kita harap pihak berkuasa tempatan juga berbuat demikian. Langkah-langkah
pencegahan kemalangan jalan raya adalah pasangkan papan-papan tanda amaran
untuk perhatian pengguna jalan raya, bina jejantas sekiranya ada peruntukan dan
lokasinya sesuai supaya anak-anak boleh melintas jalan dengan selamat, pihak
sekolah dengan bantuan PIBG juga perlu mendapatkan perkhidmatan pengawal
keselamatan jika belum ada untuk bertindak sebagai warden trafik ketika waktu puncak
dan tawaran Kementerian Dalam Negeri untuk menggunakan khidmat Jabatan
Sukarelawan Malaysia (Rela) bagi mengawal lalu lintas di kawasan sekolah. Pada
masa yang masa, pihak polis juga mempuyai peranan yang penting bagi
menyelesaikan masalah seperti gangsterisme, penyalahgunaan dadah dan pelbagai
jenayah lain membabitkan pelajar sekolah di samping kes penculikan di luar kawasan
sekolah. Langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh polis adalah rondaan secara
kerap dan menugaskan anggota polis untuk melakukan intipan secara berjadual wajar
supaya dapat mencegah kejadian penculikan dan pelbagai salah laku jenayah dalam
kalangan pelajar sekolah daripada terus berleluasa.

2. PEMBELAJARAN YANG DIPEROLEHI DARI PEMBACAAN


- Selain daripada pihak sekolah memainkan peranan yang penting dalam
menjaminkan keselamatan anak-anak di sekolah manakala pihak polis juga
memainkan peranan yang amat penting juga.

You might also like